Tuesday, November 2, 2010

Drama Bersiri DENDAM KESUMA


Tajuk Drama : DENDAM KESUMA
Skrip oleh: Adza Nasyaemie, Adza Irdawati, MF Kencana & Martias Mohd Ali
Pengarah: Zaili Sulan
Durasi: 6 Episod X 1 jam
Siaran: Astro Citra
Ditayangkan pada : Oktober 2010

Drama lapan episod bercorak epik itu diarahkan pengarah berkaliber, Zaili Sulan. Selain Faezah drama yang bakal ditayangkan pada September ini menampilkan Mubarak Majid, Rashid Jaafar, Rashidah Jaafar, Roslan Hussien, Namron dan Tania Zara.

SINOPSIS
Skrip ke 49

Skrip oleh: Adza Nasyaemie, Adza Irdawati, MF Kencana & Martias Mohd Ali
Pengarah: Zaili Sulan
Durasi: 6 Episod X 1 jam
Siaran: Astro Citra
Ditayangkan pada : Oktober 2010

Drama lapan episod bercorak epik itu diarahkan pengarah berkaliber, Zaili Sulan. Selain Faezah drama yang bakal ditayangkan pada September ini menampilkan Mubarak Majid, Rashid Jaafar, Rashidah Jaafar, Roslan Hussien, Namron dan Tania Zara.

EPISOD 1

Terjadi perselisihan faham antara Sultan Mahmud Shah dengan Bendahara Seri Maharaja apabila bendahara mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa mempersembahkan dahulu Tun Fatimah kepada sultan yang pada masa itu baru sahaja kematian permaisurinya..Perbuatan bendahara ini telah menyebabkan sultan berdendam dengan bendahara dan dendam ini semakin membara apabila Raja Mudeliar dan Kitul memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan untuk pergi menabur fitnah tentang bendahara kepada Sultan bahawa ia hendak merampas takhta kerajaan Melaka dari Sultan Mahmud Shah.

Bendahara Seri Maharaja dan keluarganya telah dihukum bunuh tanpa diusul periksa dahulu. Maka matilah ayah, abang dan ahli keluarga Tun Fatimah termasuk suaminya Tun Ali. Berita itu pantas sampai ketelinga Tengku Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud Shah dan dengan segera dia ke tempat menjatuhkan hukuman. Di sana Tengku Zainal sempat menghentikan hukuman yang bakal dijatuhkan kepada Tun Fatimah.

EPISOD 2

Tun Fatimah menjadi seakan orang gila kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa hampir seluruh keluarganya telah dibunuh. Tengku Zainal yang kasihan melihat keadaan Tun Fatimah telah membawa Tun Fatimah untuk dirawat oleh Nenek Kebayan yang tinggal di dalam hutan. Tengku Zainal merahsiakan tentang hal itu dari sesiapa bagi menjaga keselamatan Tun Fatimah. Tun Fatimah sering teringatkan kisah-kisah pertemuan dirinya dan suaminya, Tun Ali.

Diketahuilah punca mengapa Raja Mendaliar begitu dendam kepada Tun Mutahir hinggakan memfitnah Tun Mutahir yang akhirnya menyebabkan ia sekelurga dibunuh. Hal ini bermula apabila pertama kali Portugis datang mendarat ke pelabuhan Melaka, mereka telah menanyakan khabar bendahara Melaka. Seterusnya ke rumah Dato’ Bendahara dan menyampaikan rantai emas ke leher bendahara sendiri. Tanpa tidak terus memohon untuk ke Istana Sultan Melaka. Apabila selesai memberi hadiah maka mereka terus bongkarkan sauh dan pergi.

EPISOD 3

Tun Fatimah masih dalam keadaan tidak waras. Kehilangan ahli keluarga benar benar membuatnya sedih. Diatas permintaan Tengku Zainal maka Nenek Kebayan terus cuba untuk merawatnya. Tengku Zainal menjadi merah kepada kekandanya Sultan Mansur diatas kekejaman yang dilakukan kepada Tun Fatimah dan keluarganya, maka dia terus mengadap Baginda. Apabila diajukan tentang hukuman yang dijalankan kepada keluarga Tun Fatimah, Baginda Sultan menyatakan bahawa dia tidak dapat berbuat apa apa kerana hukuman telah dijalankan.

Baginda juga bersedih kerana Tun Fatimah yang amat diminatinya dianggap telah mati. Tiba-tiba Raja Mendaliar menanyakan kepada Tengku Zainal akan kebenaran tentang khabar angin bahawa Tengku Zainal telah menyelamatkan Tun fatimah. Sultan terkejut mendengar perkhabaran itu, bimbang diapa-apakan Tun Fatimah. Tengku Zainal berbohong menyatakan Tun Fatimah telah melarikan dirinya sebelum ia sempat berbuat apa-apa.

Bertambah sedihlah Sultan Mahmud Syah apabila mengetahui wanita yang disukainya itu hilang entah kemana. Ia juga baru menyedari akan betapa bodohnya tindakkannya itu membunuh Bendahara yang bijaksana. Baginda mengambil keputusan untuk turun tahta sementara, dan anaknya Sultan Ahmad Syah mengantikannya. Raja Mendaliar memberitahu pihak Portugis bahawa ini adalah masa yang paling baik untuk menyerang Melaka.

EPISOD 4

Tun Fatimah semakin sembuh. Dan kini dia semakin mendendami Sultan Mansur kerana telah membunuh keluarganya dengan kejam. Tun Fatimah meminta Nenek Kebayan mengajarnya untuk mendalami ilmu persilatan sebagai persediaannya untuk menuntut bela atas kematian keluarganya itu. Tengku Zainal gembira melihat Tun Fatimah telah kembali sihat. Dalam diam Tengku Zainal telah jatuh hati Pada Tun Fatimah dan hampir setiap malam Tengku Zainal masuk kedalam hutan dan kerumah Nenek Kebayan semata-mata untuk bertemu dengan Tun Fatimah. Tanpa mengetahui perasaannya itu tidaklah bertepuk sebelah tangan.

Raja Mendaliar iaitu salah seorang pembesar istana dan orang yang paling dipercayai oleh Tuanku Sultan, merasa curiga dengan kelakuan tengku Zainal itu, maka dia mengekori Tengku Zainal dan terkejut apabila mendapati bahawa Tengku Zainal bertemu dengan Tun Fatimah secara sembunyi sembunyi. Raja Mendaliar segera ke Hulu Melaka untuk menemui Sultan Mahmud Syah dan memberitahu akan Tun Fatimah masih lagi hidup dan adiknya, Tengku Zainal selama ini telah berbohong kepada baginda Sultan.

Murka dengan perbuatan adiknya itu, Sultan Mahmud Syah segera kembali ke istananya dan mangambil semula tahtanya itu. Dititahkan supaya adiknya itu dihukum bunuh kerana telah membohongi dirinya, serta Tun Fatimah dibawa mengadap baginda.

EPISOD 5

Tun Fatimah dan Tengku Zainal terkejut apabila mereka tiba-tiba didatangi oleh pegawal istana diketuai oleh Raja Mendaliar. Tun Fatimah bertambah dendam kepada Sultan Mahmud Syah apabila lelaki yang telah banyak membantunya itu juga dihukum bunuh oleh Sultan yang kejam itu.

Sultan Mansur gembira apabila bertemu semula dengan Tun Fatimah. Dia meminta supaya Tun Fatimah menjadi isterinya dan sekaligus menjadi Permaisuri Melaka. Tun Fatimah yang amat mendendami Sultan Mansur tanpa berfikir dua terus menolaknya. Sultan Mansur murka. Namun tiba tiba Tun Busu Setia mengadap dan menyatakan bahawa dia akan memujuk sepupunya supaya bersetuju menjadi isteri baginda. Tun Fatimah marah kepada Tun Busu Setia kerana menyangkakan sepupunya itu gilakan harta dan pangkat. Namun Tun Busu Setia menyatakan bahawa dia memujuk Tun Fatimah untuk menjadi Permaisuri Sultan kerana dengan cara itu mereka boleh menuntut kebenaran diatas kematian keluarga mereka itu. Akhirnya Tun Fatimah terpaksa bersetuju. Maka berkahwinlah Tun Fatimah dan Sultan Mansur.

EPISOD 6

Tun Fatimah kini bergelar Permaisuri Melaka. Walaupun dia menjadi isteri kepada Sultan Melaka namun tidak sekali kali dia melupakan niatnya untuk menuntut bela atas kematian keluarganya. Tanpa pengetahuan sesiapa terutama Sultan Mansur, Tun Fatimah sering bertemu 3 orang teman rapatnya iaitu Tun Anum, Laila Sari dan Dang Rani, dengan nasihat Tun Busu Setia mereka bertiga mulai menyamar menjadi lelaki dan keluar di waktu malam dan mula menyisat tentang kegiatan Raja Mendaliar.

Pada masa yang sama Raja Mendaliar telah bersekongkol bersama Laksamana Diego Lopez De Sequeira dari Portugis untuk menggulingkan tanah melaka. Tun Busu Setia kini telah dinaikkan pangkat dan sering bersama Anakanda Sultan Mansur iaitu Tengku Ahmad. Dengan perlahan lahan Tun Busu Setia menggunakan pengaruhnya itu dan membuka mata Tengku Ahmad tentang kebenaran Raja Mendaliar yang kini seakan berkuasa besar di dalam negeri Melaka itu. Tun Busu Setia juga mempengaruhi Tengku Ahmad untuk menyiasat kan kematian Tun Mutahir dan keluarganya itu.

Pada suatu hari, Tun Fatimah merasa tidak sedap badan dan setelah berjumpa dengan bidan, diketahuilah dirinya bahawa ia sedang berbadan dua. Jijik akan dirinya yang membawa bayi lelaki yang telah membunuh kaum keluarganya, Tun Fatimah telah mengambil keputusan untuk membuang kandungannya itu. Hancur hati baginda apabila dikhabarkan bahawa Tun Fatimah telah keguguran, ia berjanji dengan Tun Fatimah untuk menunaikan apa sahaja permintaan Tun Fatimah sekiranya Tun Fatimah memberikannya putera lelaki. Tun Fatimah mengambil kesempatan itu untuk meminta bahawa putera lelaki sulungnya itu akan ditabal menjadi sultan selepas pemergian baginda. Baginda Sultan Mahmud Syah bersetuju dengan syarat Tun Fatimah itu.

EPISOD 7

Negeri Melaka menjadi lemah dan pincang dengan ketiadaan Bendahara Tun Mutahir. Keadaan menjadi huru hara dan tidak terkawal. Sultan Mahmud Syah juga tidak lagi tahu apa yang perlu dilakukannya dengan rakyatnya itu, ia kini benar-benar menyesali akan perbuatannya itu membunuh bapa Tun Fatimah. Buntu akan apa yang perlu dilakukan, Sultan mengangkat Tun Perak untuk mengantikan tempat Tun Mutahir selaku Bendahara Melaka yang baharu.

Mendapat perkhabaran akan pembunuhan Tun Mutahir dan Tun Ali, orang Portugis di Guo yang masih lagi marah akan peristiwa penangkapan orang-orang Portugis seramai 18 orang termasuklah Ruy De Aranjo kecuali Diego Lopez De Sequeira serta ada yang terbunuh. Tambahan pula mereka dihalau dan dilarang untuk menjalankan perniagaan di Melaka. Diego Lopez telah membuat keputusan untuk mempercepatkan persiapan untuk menyerang dan menakluki negeri Melaka.

Siasatan demi siasatan akhirnya Tun Fatimah mengetahui bahawa dalang yang membuat fitnah dan menyebabkan keluarganya terbunuh adalah Raja Mendaliar. Dengan lengkap perpakaian lelaki Tun Fatimah, Tun Anum , Dang Rani dan Laila Sari terus kerumah Raja Mendaliar untk membunuhnya. Namun Raja Mendaliar sempat melarikan diri ke istana dan terus dikejar oleh mereka.

EPISOD 8

Di Istana Raja Mendaliar mengejutkan seluruh isi istana dengan kehadirannya yang berdarah akibat telah diserang itu. Tun Fatimah, Tun Anum , Dang Rani dan Laila Sari turut tiba di istana. Sultan yang tidak kenal akan Tun fatimah yang berpakaian lelaki itu bertanyakan kenapa mereka mahu membunuh Raja Mendaliar. Tun Fatimah menyatakan bahawa keluarganya dibunuh atas fitnah yang dilemparkan oleh Raja Mendaliar. Terkejut dengan kata kata itu maka Sultan bertanya kebenaran kepada Raja Mendaliar. Namun Raja Mendaliar masih mahu menipu. Tun Busu Setia dan Tengku Ahmad tiba dan turut bersetuju dengan kata kata Tun Fatimah itu dan membuatkan Tuanku Sultan bertambah curiga akan kata kata Raja Mendaliar. Sultan Mahmud menyatakan bahawa dia akan menyelamatkan Raja Mendaliar sekiranya dia memberitahu perkara yang sebenar.

Akhirnya Raja Mendaliar mengaku bahawa dialah yang menyebar fitnah sehingga menyebabkan Tun Mutahir dan keluarganya terbunuh. Semua terkejut dengan kata kata Raja Mendaliar itu. Dengan tiba tiba Tun Fatimah terus menghunus keris dan membunuh Raja Mendaliar. Tuanku murka dengan tindakan Tun Fatimah itu dan terus menamparnya sehingga menyebabkan tenggolok yang dipakainya terjatuh . Sultan Mansur terkejut apabila mendapati orang itu adalah Tun Fatimah. Tun Fatimah memohon ampun atas perbuatannya. Namun Tuanku Sultan mengampunkannya sebaliknya dia meminta supaya Tun Fatimah membunuhnya kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada keluarga Tun Fatimah tanpa usul periksa.

Namun Tun Fatimah menyatakan bahawa dia tidak mungkin dapat berbuat begitu kerana hanya Tuanku Sultan adalah suaminya dan dia juga mulai menyayangi tuanku. Namun kegembiraan itu hanya sementara , ini kerana Melaka kini diserang oleh Portugis. Tidak lama kemudian Sultan Melaka, Tun Fatimah dan seluruh isi istana melarikan diri ke Kota Tinggi.

Drama Bersiri DENDAM KESUMA