Saturday, April 10, 2010

VCD "OK"



Tajuk VCD : OK
Skrip : Adza Irdawati Adenan
Pengarah : Saiful Apek
Pelakon : Saiful Apek , Bob Ku2, Yassin, D'ADZA & Chicken Disk

SINOPSIS "OK"

Lim Tem Pek (Apek) merupakan seorang pengusaha VCD cetak rompak yang terkemuka di ibukota..?? Walau pun itulah cita citanya, untuk menjadi berita hangat pada muka hadapan setiap surat khabar di Malaysia namun pada hakikatnya dia hanya penjual vcd vcd haram di pasar pasar malam sahaja. Pada suatu hari kegiatannya telah dapat dihidu oleh pihak berkuasa dan akhirnya terpaksa dipenjarakan selama beberapa tahun di penjara kerana enggan membayar denda pada pihak mahkamah.

Setelah keluar dari penjara Lim Tem Pek telah insaf dan bersumpah tidak akan lagi melakukan kerja kerja yang melanggar undang undang itu. Kini dia ingin melakukan sesuatu yang halal untuk menebus kesalahannya pada negara.

Setelah lama berfikir, minatnya yang mendalam di dalam bidang penyiaran tidak dapat ditolak ketepi olehnya . Akhirnya Lim Tem Pek mengambil keputusan untuk mencari artis berkumpulan untuk bernaung di bawah syarikat barunya Suala Merlu Snd Bhd. Dengan berbekalkan wang pemberian ayah dan ibunya yang sudah meninggal yang masih ada di dalam simpanan, Lim Tem Pek hanya dapat menghasilkan sebuah album sahaja. Kini niat murninya disiarkan didalam iklan disetiap surat khabar dan majalah di malaysia ni. Secara tak langsung cita cita untuk namanya tercatat di surat khabar termakbul walau pun kolum iklan yang disiarkan hanyalah sebuah kolum yang kecil dan dihujung hujung surat khabar. Namun Lim Tem Pek tetap berbangga.

Di sebuah kampung yang digelar Kampung Baham Harimau terdapat sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak iaitu Kuman yang merupakan jaguh di dalam kampung tersebut. Kuman yang sejak dari lahir telah menanam sifat untuk menjadi yang pertama atau jaguh dalam segala hal. Walaupun di rumah , dia lah orang pertama yang akan mandi , bersarapan , baca surat khabar dan lain lain lagi. Tiada sesiapa pun termasuk ibu bapanya yang dibenarkan berbuat apa apa pun melainkan dia, orang pertama yang melakukannya dahulu.

Kampung Baham Harimau sering mengadakan pesta makanan.Terdapat banyak jenis pertandingan berkaitan dengan makanan seperti, siapa makan paling banyak, siapa makan paling sikit, siapa boleh siapkan makanan dalam tiga minit (selalunya pemenangnya adalah orang yang memasak mee segera lah...) , dan bermacam macam lagi. Dan telah menjadi adat pertandingan di situ, ia pasti akan dimenangi oleh jaguh kampung yang tidak pernah tewas pada tangan sesiapapun iaitu Kuman.

Ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan Kuman yang berturut turut pada setiap tahun itu. Piala piala yang dimenanginya lebih banyak dari trofi trofi yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Pada suatu hari pencabar terdekatnya Yassin yang baru kalah terbaca tentang iklan yang disiarkan oleh Lim Tem Pek di surat khabar. Tanpa berfikir panjang Yassin terus mencabar Kuman dihadapan seluruh penduduk Kampung Baham Harimau untuk pergi ke Kuala Lumpur dan menjadi artis rakaman untuk Suala Merlu Snd Bhd. Sekali gus menjadi orang pertama dikampung mereka digelar sebagai artis.

Untuk menunjukkan bahawa dia tidak akan tewas dengan cabaran kawannya itu Kuman menyatakan yang dia pasti tidak akan menjejakkan lagi kakinya dikampung itu sekiranya ia gagal. Walaupun berbuih mulut ibubapanya menasihatkan supaya Kuman menghentikan kerja gila untuk ke Kuala Lumpur namun Kuman tetap berkeras. Kini Kuman telah bersiap siap untuk memulakan "adventurenya" itu

Di sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari Kampung Baham Harimau terdapat sebuah kampung bernama Kampung Menjunjung Sireh. Di kampung itu tinggallah empat orang anak gadis yang sejak dari kecil asyik melalak (menyanyi) sahaja. Mereka akan menyanyi walaupun semasa mereka membasuh pakaian, membasuh pinggan, mandi , memasak mahupun sedang membeli belah dan beberapa tempat lagi yang tidak begitu logik. Cita cita mereka untuk menjadi artis yang terkenal suatu hari nanti selalu sahaja dikutuk dan diperlekehkan oleh seluruh penduduk kampung itu.

Yanie , Ida , Tuty dan Rina sering membuat latihan vokal sendiri di rumah. Setiap rancangan TV yang berkaitan dengan nyanyian pasti tidak akan dilepaskan oleh mereka. Namun mereka semua mempunyai pe el (perangai) mereka masing masing.

Yanie kakak sulung mereka mempunyai suara yang paling merdu antara mereka semua. Namun kerana terlalu lama asyik menyanyi dihadapan ketiga tiga orang adiknya, dia tidak mempunyai keyakinan untuk bernyanyi dihadapan penonton lebih dari tiga orang.

Walaupun pernah dicuba olehnya, namun yang keluar adalah suara suara yang amat sumbang sekali dan menyebabkan banyak kaca kaca dirumah mereka habis pecah.Ida anak kedua pula mempunyai masalah berat badan . Walaupun mempunyai badan yang besar namun suaranya sangat halus sekali. Ida sering menghadapi masaalah apabila membayangkan dirinya dihadapan penonton yang pada pandangannya akan mengutuk habis habisan tentang berat badannya itu.
Tuty merupakan anak paling cantik antara mereka . Walaupun berbadan kecil namun dia bersuara besar. Tuty amat senang jatuh hati pada lelaki. Namun citarasanya amat teruk sekali. Dia sering terpikat kepada orang orang yang "unik" pada pandangan matanya lah. Ramai lelaki lelaki unik ini dipermainkan oleh Tuty. Tuty bertekad untuk tidak melukakan hati lelaki lelaki lagi sekiranya dia bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari lagi. Namun sekiranya terdapat jejaka jejaka yang benar benar hensem yang ingin menarik perhatiannya pasti akan "direject" oleh Tuty.

Rina pula merupakan adik bongsu mereka.Rina mempunyai suara serak serak basah ala ala Ella. Rina agak tomboy berbanding dengan kakak kakak mereka. Sesiapa sahaja yang menggangu atau mengutuk mereka akan segera "dibereskan" oleh Rina. Namun pada hakikatnya Rina mempunyai kecantikan semulajadi yang pasti dapat menawan sesiapa sahaja yang melihatnya, itupun jika dia disolek. Namun Rina berkeras untuk tidak mahu disolek mahupun oleh kakak kakaknya kerana dia berpendirian tegas untuk tidak menjadi seorang hipokrit.
Suatu hari Yanie terbaca tentang iklan oleh Lim Tem Pek itu. Setelah lama berbincang mereka berempat berazam untuk ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita cita mereka menjadi penyanyi. Disamping itu juga mereka ingin membuktikan pada orang kampung tentang kebolehan sebenar mereka dan menutup setiap mulut yang menghina mereka dahulu. Dan setelah lama berbincang mereka memberi nama kumpulan mereka sebagai kumpulan D Adza bersempena dengan nama keluarga mereka.

Tidak jauh dari Kampung Menjunjun Sireh terdapat pula sebuah kampung bernama Kampung Kecil Anak Badak. Di kampung itu terdapat sekumpulan kanak kanak yang berkawan baik. Mereka adalah Edie , Jiji, Syawal dan Jibam.Kerja mereka adalah menyakat dan mempermainkan penduduk kampung .Mereka juga masing masing amat berminat untuk bernyanyi namun nyanyian mereka lebih menjurus kepada lagu lagu komedi yang mereka gubah sendiri. Mereka mengelarkan kumpulan mereka ChickenDis.("masakan ayam" kata orang melayu)
Mereka sering menghiburkan penduduk kampung dengan celoteh dan lagu lagu komedi mereka. Ramai yang menyuruh mereka ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis seperti idola mereka SENARIO. Edie yang terbaca tentang iklan dari Syarikat Suala Merlu Snd Bhd menyarankan kepada kawan kawannya untuk mencuba nasib. Oleh kerana pada masa itu cuti sekolah mereka masih panjang maka semua mereka pun bersetuju.

Lim Ah Pek merasa bangga kerana ramai yang datang ke pejabatnya untuk diuji bakat. Kuman yang agak lewat sampai itu menolak setiap peserta yang berada dihadapannya sehinggalah dia berada paling hadapan dan orang pertama untuk diuji bakat oleh Lim Ah Pek. Tidak lama kemudian Kuman , kumpulan D Adza , Kumpulan ChickenDis dan kesemua calon yang hadir selesai diuji bakat oleh Lim Tem Pek. Semua berdebar untuk menunggu keputusan dari Lim Tem Pek untuk menjadi penyanyi yang bernaung di bawah syarikat Suala Merlu Snd Bhd itu. Dalam pada itu dalam diam diam Tuty tertarik hati dengan Kuman yang pada pandangannya Lelaki idaman yang dicari carinya selama ini.

Lim Tem Pek menghadapi dilema apabila dia berminat dengan tiga calon yang datang untuk uji bakat iaitu Kuman , Kumpulan D Adza dan Kumpulan ChickenDis. Ini kerana pada Lim Tem Pek setiap mereka mempunyai kelebihan masing masing. Namun Lim Tem Pek tidak mempunyai cukup modal untuk membuat tiga buah album. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah memilih yang terbaik antara tiga calon itu.

Lim Tem Pek menyatakan keputusannya membawa Kuman, D Adza dan ChickenDis ke peringkat akhir uji bakat.Mereka semua amat gembira kerana telah dipilih ke peringkat akhir. Dan siapa yang tidak berjaya Lim Tem Pek menyarankan supaya pulang saja dan cuba lagi lain tahun.

Lim Tem Pek menyuruh mereka berlatih vokal masing masing di dalam studio miliknya. Dia juga telah mengupah beberapa orang guru musik untuk mengajar cara teknik menyanyi dengan betul. Kuman sering ingin menjadi yang pertama untuk memulakan latihan .Lim Tem Pek menyatakan dia akan membuat suatu Show di .......... Di sana dia akan menguji bakat sebenar Kuman , D Adza dan ChickenDis. Cara mereka menyanyi, berinteraksi bersama peminat dan reaksi peminat terhadap mereka akan diambil kira. Dan siapa dapat menyampaikan persembahan yang terbaik akan diberikan kontrak membuat album bersama syarikat Suala Merlu Snd Bhd.

Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta antara Kuman dan Tuty. Namun oleh kerana azam yang kuat untuk menyahut cabaran penduduk kampungnya supaya menjadi artis pertama dikampungnya membuatkan Kuman banyak menggunakan taktik kotor.Show yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Kini bakat sebenar mereka semua akan diuji. ChickenDis diberi penghormatan oleh Lim TemPek untuk menjadi artis pertama memulakan persembahan. Oleh kerana ini melanggar prinsip Kuman untuk jadi yang pertama , Kuman mengambil keputusan untuk mensabotaj kumpulan Chicken Dish. Kuman telah memanggil Syawal ke belakang pentas kerana katanya ada peminat wanita ingin bertemu dengannya. Syawal yang bangga itu terus kebelakang pentas. Tiba tiba Kuman menangkap dan mengikat tangan Syawal dan diikat pada tandas di belakang pentas itu.

Ahli kumpulan ChikenDish yang lain mencari cari Syawal namun tidak berjumpa. Untuk tidak membuang masa. Lim Tem Pek menyuruh kumpulan D Adza memulakan persembahan. Kuman merasakan tindakannya mengikat Syawal tadi hanyalah sia sia kerana dia masih tidak dipilih oleh Lim Tem Pek untuk menjadi orang pertama memulakan persembahan pada hari itu. Kini dia berazam untuk mensabotaj kumpulan D Adza pula.

Rina menegaskan bahawa dia tidak mahu disolek. Namun setelah puas dipujuk oleh kakak kakaknya Rina terpaksa akur. Setelah selesai sahaja di mekap Rina kelihatan sangat cantik. Rina yang tidak menyangkakan perubahan drastik pada dirinya itu merasa gembira dan tidak sabar sabar untuk memulakan persembahan. Mereka akhirnya berjalan di atas pentas. Tiba tiba Ida menyorok dibelakang Iyanie , Ini kerana dia tidak mahu penonton mempersendakan tentang berat badannya. Tiba tiba mata Ida terpandang kepada penonton penonton yang kebanyakkannya mempunyai berat badan yang sama dengannya. Ini membuatkan Ida merasa selesa dan yakin bahawa dia pasti tidak akan diketawakan oleh orang orang yang senasib dengannya.

Lagu dimainkan, dan kali ini Yanie pulak mengalami traumanya iaitu terpaksa bernanyi dihadapan penonton yang melebihi tiga orang. Semua adik adik Iyanie memujuk Iyanie untuk menghapuskan rasa takutnya itu. Iyanie memejamkan matanya dan membayangkan dia bernyanyi hanya dihadapan ketiga tiga adiknya. Perlahan lahan Iyanie membuka matanya dan mendapati dia sudah dapat menghapuskan traumanya. Suara merdunya amat disukai oleh semua penonton .
Kuman yang tidak puas hati kerana tidak dipilih untuk menjadi orang pertama memulakan persembahan mengambil keputusan untuk mensabotaj pertunjukkan D Adza. Kuman cuba mengganggu mikrofon yang sedang digunakan oleh kumpulan D Adza. Tanpa ia sedari mikrofon yang ditutup bunyinya itu sedang digunakan oleh buah hatinya Tuty. Menyedari hal itu Tuty terus memandang ke arah Kuman yang berada di belakang pentas. Oleh kerana tidak mahu melukakan hati Tuty, Kuman membetulkan semula mikrofon yang disabotajnya tadi.

Tidak lama kemudian Syawal yang diikat oleh Kuman dapat melarikan diri dan mendapatkan anggota kumpulannya yang lain. Lim Tem Pek menyuruh mereka bersiap untuk membuat persembahan selepas sahaja D Adza selesai.

D Adza yang baru habis membuat pertunjukkan itu mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton. Lim Tem Pek yang menyaksikan reaksi penonton tersenyum bangga. Kini tibalah giliran ChikenDis pulak membuat persembahan. Sedang mereka rancak menyanyi Kuman yang tidak puas hati kerana menjadi artis yang terakhir untuk membuat persembahan mengambil keputusan untuk bertindak. Sedang Kuman menghampiri tirai untuk dijatuhkan keatas kepala kumpulan ChickenDis namun sempat dihalang oleh Tuty .ChickenDis mendapat sambutan hangat dari penonton. Semua berpuas hati dengan persembahan mereka.

Kini tibalah giliran Kuman. Kuman tidak mempunyai semangat untuk membuat persembahan. Ini kerana dia bukanlah orang pertama membuat persembahan pada hari itu. Setelah puas dipujuk oleh Tuty akhirnya Kuman akur dan memberi persembahan yang sangat baik. Kini penonton memberikan tepukan gemuruh pada Kuman pula.

Secara tidak langsung segala masaalah atau trauma yang menimpa Kuman, D Adza dan ChikenDis dapat diatasi. Kuman mula memahami bahawa menjadi orang pertama dalam segala hal tidak menjadikan dirinya sebagai pemenang. Tidak kira giliran anda yang keberapa namun sekiranya anda terbaik anada tetap akan menjadi yang terbaik. Iyanie dapat mengatasi rasa takutnya untuk menyanyi dihadapan penonton yang melebihi tiga orang. Ida pula terpaksa menerima keadaan dirinya dengan seadanya dan tidak malu dengan apa yang dia miliki.

Tuty akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mempermainkan perasaan kaum lelaki lagi setelah menemui lelaki idamannya iaitu Kuman. Rina pula mula bersikap seperti seorang gadis . Dia kini lebih gemar mengenakan make up dan pakaian wanita. ChickenDis dapat membuktikan pada orang kampung bahawa mereka benar benar berbakat dalam bidang nyanyian mahupun bidang lawak jenaka. Kini mereka semua menjadi seperti sebuah keluarga.

Lim Tem Pek merasa bangga dengan kebolehan kesemua calon yang ingin menjadi artis dibawah syarikatnya. Oleh kerana modal yang tidak cukup , Lim Tem Pek hanya dapat menerbitkan hanya sebuah album sahaja.Namun dia menghadapi dilema untuk memilih anatara mereka.

Akhirnya Lim Tem Pek mengambil keputusan untuk mengambil kesemua mereka iaitu Kuman, D Adza dan ChikcenDis untuk menjadi artis syarikatnya namun dengan satu syarat. Mereka terpakasa berkongsi album. Ini bermakna tiga artis membuat sebuah album kompilasi. Mereka semua bersetuju dengan syarat Lim Tem Pek itu.

Akhirnya syarikat Suala Merlu Sdn Bhd menjadi sangat maju ini kerana album kompilasi Kuman, D Adza dan Chiken mendapat sambutan hangat.

Lagu "KEMBALILAH" nyanyian D'ADZA 
adalah antara lau sound track dalam VCD "OK"

No comments: