Friday, April 9, 2010

DRAMA BERSIRI "BOLA CINTA" 26 episod



Sebuah drama bersiri berjudul "BOLA CINTA"

Sebuah Konsep : Din Enuja & Martias Ali
Skrip oleh : Adza Nasyaemie, Fairuz Padoli, adza irdawati & Martias Ali

Tajuk : BOLA CINTA
Durasi : 60 min X 26 episod
Penerbit : ENUJA


SINOPSIS BOLA CINTA

Haziq mendapat kontrak bola sepak di sebuah kelab. Fiza pula sedang meraikan kejayaanya mendapat tawaran berlajar di luar negara. Rakan-rakan Haziq mencabar Haziq untuk mencium pipi Fiza jikalau pasukan bola sepaknya Manchester United kalah di tangan Liverpool dalam permainan yang sedang ditayangkan secara langsung itu.

Haziq baru mengetahui yang Fiza adalah anak kepada Dato Rahman, pemilik kelab Keramat FC itu. Ia mengambil keputusan untuk berjumpa Fiza untuk memohonnya supaya tidak memberitahu kejadian tersebut kepada bapanya, yang pasti akan menutup peluangnya bermain bola sepak bersama pasukan tersebut.

Haziq dibelasah oleh kekasih Fiza, Jamal yang merupakan senior dan juga kapten pasukan bola sepak Keramat FC dan menyebabkan Haziq terlantar di hospital.

Fiza melawat Haziq di hospital untuk memohon maaf atas keterlanjuran Jamal memukul Haziq hinggakan keadaannya parah. Fiza ditemani oleh ayahnya Dato Rahman, pemilik Keramat FC. Fiza menyedari yang dalam diam-diam ia telah jatuh hati kepada Haziq, ia mengambil keputusan untuk memaafkan Haziq. Haziq diyakini oleh Fiza yang ia akan memujuk ayahnya supaya mengambil Haziq bermain semula dalam pasukan Keramat FC itu. Haziq juga sebenarnya sudah jatuh hati kepada Fiza.

Atas pujukkan Reena iaitu anak juru latih Keramat FC, Haziq diberi peluang keemasan untuk menyertai kem latihan pasukan Keramat FC. Jurulatih Bahar begitu senang hati atas kemampuan dan skill Haziq, ia sering memuji Haziq di hadapan keluarganya hinggakan timbul perasaan suka Reena ke atas Haziq.

Dalam masa yang sama kemampuan Haziq di atas padang bola menimbulkan perasaan tak senang hati beberapa orang pemain tetap Keramat FC, terutamanya Jamal. Jamal merupakan anak kepada Dato Gaus, seorang teman baik Dato Rahman. Dato Rahman mempunyai masalah kewangan sehinggakan ia terpaksa menjual beberapa saham besar syarikatnya kepada Dato Gaus. Jamal meracuni fikiran ayahnya untuk meminta Dato Rahman menyingkirkan Haziq, namun tidak berjaya apabila Dato Rahman bulat-bulat menentang permintaan Dato Gaus.

Di kampung, ibu Haziq, Zaleha merasa risau melihat anaknya begitu taksub dengan bermain bola sepak itu. Ia bimbang anaknya tidak mahu melanjutkan pelajaran. Haziq berjanji ia akan melanjutkan pelajarannya jika ia mempunyai peluang. Haziq dan Fiza berjumpa buat kali terakhir di padang bola sebelum Fiza hendak bertolak pergi ke luar negara, mereka berdua begitu sedih sekali. Jamal merasa cemburu melihat keadaan itu. Dalam masa yang sama, Reena kawan baik Fiza juga telah mula jatuh hati pada Haziq.
Dalam satu sesi latihan kaki Haziq telah dibentes oleh Jamal. Hal ini menyebabkan Haziq terpaksa direhatkan dari bermain bola sepak. Dato Rahman dan Jurulatih Bahar amat kecewa apabila pemain bintang mereka itu tidak dapat bermain untuk jangka waktu yang lama. Haziq mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej tempatan, ibu bapa Haziq amat gembira akan tawaran tersebut. Haziq berbelah bahagi.

Sekembalinya Fiza ke tanah air berikutan cuti semesternya, ia menjadi terkejut apabila mengetahui yang Haziq sedang direhatkan berikutan kecederaannya. Fiza menjadi marah dengan Jamal, dan memutuskan hubungan mereka. Reena terkejut apabila melihat reaksi negatif Fiza apabila diberitahu yang dia dan Haziq sedang bercinta, tali persahabatan mereka yang sekian lama akrab itu menjadi jauh berikutan cinta tiga segi tersebut. Haziq berasa bersalah atas apa yang terjadi.

Haziq mengambil keputusan untuk mengembirakan hati ibu bapanya dengan setuju untuk melanjutkan pelajarannya itu, ia juga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Reena berikutan kejadian tegahan Jurulatih Bahar serta persahabatan Reena dan Fiza yang terjejas kerana dirinya itu. Semasa mendaftarkan diri di kolej itu, Haziq bertemu dengan lelaki yang sedari dahulu lagi menawarkan kontrak bola sepak kepadanya iaitu Habib.

Habib yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak kolej tempat Haziq berlajar itu telah mengambil Haziq untuk bermain dalam pasukannya itu, dan kali ini Haziq menerima tawaran Habib. Kelab bola sepak Keramat FC pula kian teruk apabila ia asyik sahaja kalah dalam pertandingan berikutan tunggak utama pasukan itu, Haziq sudah tiada. Dato Rahman mengambil keputusan untuk merehatkan Jamal walaupun ditegah Dato Gaus, bapa Jamal.

Dalam sebuah kejohanan bola antara kolej, kemampuan Haziq telah menarik perhatian seorang pemilik kelab besar dan terkenal Malaysia, Gempak FC. Kelab yang selama ini memang diminati oleh Haziq. Pada masa yang sama, Dato Rahman memujuk Haziq untuk menyertai semula Keramat FC dan menawarkan kontrak yang mahal sekali. Haziq benar-benar di dalam dilema sama ada bermain dengan pasukan yang sememangnya menjadi impiannya selama ini ataupun kelab pertama yang mengambilnya itu.

Fiza yang masih lagi mengharapkan Haziq itu kecewa apabila Haziq menolak tawaran ayahnya itu, dalam masa yang sama persahabatannya dengan Reena kembali terjalin. Haziq kini bermain dalam pasukan yang paling kuat Malaysia, Gempak FC. Ia juga menjadi bintang bola popular Malaysia, mempunyai peminat yang begitu ramai sekali, namun segemilang mana kehidupannya kini, ia masih berasa sunyi kerana dalam diam-diam perasaan cintanya terdapat dua insan iaitu Fiza dan Reena masih ada. Akhirnya Jamal mulai insaf dan berjaya menawan hati Fiza. Reena mendapat panggilan dari Haziq untuk keluar bersama.


Drama bersiri BOLA CINTA ini akan menemui penonton TV2, jam 9 malam. Diarahkan Jo Yusof, dan dilakonkan oleh Shahz Jaszle, Memey Suhaiza, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Rosnah Johari, Rahim Jailani dan Hafidzuddin Fazil.

2 comments:

stephen said...

Salam... Saya suka sinopsisnya. Konflik mudah difahami. Cuma untuk ada kelab bola di malaysia, 5 tahun lagi belum tentu ada. Sekarang pun masih zaman gawat.

AToDeZ said...

salam bro, maaf, tapi nak download siri dia dekat mana? haha. suke sangat lah cerita dia.