Wednesday, April 7, 2010

Drama Pertama bertajuk FAIL 578



SKRIP Pertama

Tajuk Drama: Fail 578
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan

Hampir 55 buah drama termasuk drama bersiri dan beberapa buah Filem telah saya tulis dan co write bersama suami dan team penulis saya... Drama berjudul "OPEN FILE" merupakan drama pertama yang saya tulis iaitu pada tahun 1996..

FAIL 578 menceritakan tentang Maliq seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak malas namun amat bijak dalam IT. Dia juga amat bijak memecahkan semua kod kod di mana mana komputer sahaja. Walaupun Maliq seorang yang malas namun dia pandai membodek Bossnya. Itu yang membuatkannya amat disenangi oleh majikannya itu. Ini membuatkan semua rakan sekerja Maliq membencinya.

Pada suatu hari Maliq tertidur di satu sudut didalam pejabatnya dan tidak menyedari bahawa telah tiba tamat waktu kerja. Rakan rakan sekerjanya mengambil keputusan untuk mengenakan Maliq. Mereka semua keluar dari pejabat dan terus mengunci Maliq di dalam pejabat itu dan pulang.

Maliq sedar dari tidur dan terkejut mengetahui bahawa dia telah terkunci di dalam pejabat dan tidak dapat keluar. Maliq mencuba pelbagai cara namun dia tetap gagal untuk keluar dari pejabat itu.

Maliq terpaksa menerima hakikat bahawa dia kini terpaksa bermalam di pejabatnya.

Oleh kerana terlalu bosan, Maliq bermain game di komputernya namun kerana terlalu bosan Maliq mengambil keputusan untuk meng"hack" semua komputer teman teman sekerjanya. Maliq gembira kerana berjaya menyelongkar beberapa fail yang mempunyai rahsia peribadi rakan rakannya itu. Akhirnya maliq mengambil keputusan untuk meng"hack" komputer bossnya. Maliq terkejut apabila dia dapat membuka semua fail di dalam komputer majikannya itu namun gagal menyahkodkan satu fail iaitu "FAIL 578" , Ini membuatkan maliq merasa curiga dan mencuba pelbagai cara untuk menembusi fail itu dan akhirnya dia berjaya. Maliq terkejut apabila mendapati fail itu memiliki semua bahan bahan bukti penyelewengan majikannya. Belum sempat maliq meneliti fail itu tiba2 pegawai sekuriti yang datang membuat rondaan tiba dan meminta supaya Maliq keluar dari pejabat itu.

Mulai dari hari itu Maliq yang pemalas bertukar menjadi sangat rajin. dia yang pertama tiba di pejabat dan yang terakhir untuk keluar dari pejabat itu .

Akhirnya Maliq berjaya menumpaskan semua penyelewengan majikannya sehingga menyebabkan majikannya dibuang kerja. kini Maliq telah dinaikkan pangkat yang tinggi dan semuanya berjalan dengan baik sehinggalah satu hari dia terkunci lagi dipejabatnya...

No comments: