Tuesday, April 20, 2010

Drama Kemerdekaan Merdeka Ajis Merdeka Ajit



Skrip ke 12

Drama :Merdeka Ajid Merdeka Ajis (15 Ogos 2008)
Penulis Skrip : Martias Mohd Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Nasrizal Ngasri, Azizah Mahzan, Abu Bakar Omar, M Rajoli, Emelda Rosmila, Zamarul Hisham
Siaran: telah keudara di RTM pd 15 Ogos 2008

Skrip drama Merdeka Ajid Merdeka Ajis adalah hasil skrip Martias dan ditulis bersama saya dan ia merupakan skrip ke 12 yang pernah saya tulis bersama suami saya itu.

SINOPSIS
------------

Hajah Rosnah menyuruh anaknya Ajit ke bandar untuk melihat dan sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan. Pada Ajit, hari kemerdekaan tidak membawa apa-apa makna bagi dirinya. Dia lebih suka berfoya-foya dan berlumba haram dengan rakan-rakannya. Semasa berlumba Ajit dan rakannya telah dikejar polis. Dia ditimpa kemalangan dan jatuh pengsan. Setelah sedar dia mendapati dirinya berada di alam lain. Dia yang masih merasa bingung dengan keadaan sekelilingnya tiba-tiba mendapati orang kampung mengejarnya kerana mengendap Gayah anak Pak Itam.

Di alam ini juga namanya bertukar menjadi Ajis anak Pak Samad. Pak Samad malu kerana orang kampung menangkap Ajis semasa menghendap anak Pak Itam. Ajis kemudiannya bersubahat dengan Mahmood untuk mengagalkan rancangan orang kampung meraikan hari Merdeka. Mereka diupah Tuan Wilson untuk menghasut masyarakat kampung agar sentiasa tunduk dengan orang Inggeris.

Dalam pada itu Ajis yang bertukar menjadi Ajit hairan dengan keadaan di sekelilingnya. Hajah Rosnah dan tunang Ajit Siti cuba mengembalikan ingatan Ajit dengan membawanya bersiar-siar. Siti menerangkan keadaan Malaysia setelah 46 tahun merdeka. Ajis yang bertukar menjadi Ajit kagum dengan pencapaian negaranya setelah merdeka. Perasaan Ajit berubah dan semangatnya untuk merdeka daripada Inggeris semakin membuak-buak.

akhirnya Ajis dan Ajid sama sama menyedari akan kepentingan sebuah KEMERDEKAAN. Dan mereka akhirnya kembal ke zaman masing masing dan terus memperjuangkan kemerdekaan.

5 comments:

balqis nazid said...

ahahaaa...ceta ni..ingat2 2x tengok...
tak sangaka Ida yang tulis ceta i..
banyak pengajaran tu..

ADZA IRDAWATI said...

tengok ker citer ni... tankiuu.. citer ni dah lama dah Ida dgn martias tulis =)

Iha Zaliza said...

oh cerita ni, iha dah 2-3 kali tengok.. antara cerekarama paling iha suka sekali dulu sebab ada komedi dan pengajaran.. tak tau pulak Mak Dara yang tulis skrip ni.. tabik dengan Mak Dara.. :)

Izwan Rosllan said...

saya suke gile cite ni...cite ni kuar 2008, 2009 n 2010 xsilap sy..mase nak smbut hari merdeka...stiap tahun jgk sy akan tggu cite ni kuar...tapi skang da xkuar lg...mn nak cari cite ni eh? sy nak tgk lagi..

Izwan Rosllan said...

saya suke gile citer ni..mcmne nak tgk cite ni lg eh?bleh tgk online ke?