Wednesday, December 1, 2010

RAYA SENDIRIAN


Skrip Ke 43
Skrip Oleh : Adza Irdawati
Pengarah : Encik Jurey Rosli
Lakonan : Liza Abdullah, Zaidi Omar, Balkis Semundur Khan
Ditayangkan pada 2 OKTOBER 2008 (KHAMIS) JAM 10.00 PAGI.

SINOPSIS Telemovie Komedi "RAYA SENDIRIAN" Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kisah bermula dengan tiga buah keluarga iaitu keluarga Mak Ngah, keluarga Pak Tih dan Acu, berkumpul di rumah Mak Long sebelum mereka semua berkonvoi beramai ramai pulang kekampung halaman di Kedah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun itu.

Keluarga Mak Long terdiri dari Mak Long , Pak Long, Fariz(10thn) dan Hafridz. Namun Hafridz lebih senang dirinya dipanggil dengan nama timbangannya Debab. Keluarga Mak Ngah terdiri daripada, Mak Ngah, Pak Ngah dan Nabil . Keluarga Pak Tih terdiri daripada Pak Tih, Mak Tih, Dhani dan Dhiya. Manakala Acu yang belum berumahtangga juga turut sama dalam rancangan mereka sekeluarga untuk beraya di kampung pada tahun itu.

Debab seorang kanak kanak yang hiperaktif dan juga agak nakal. Ibubapa mereka sering menyalahkan Fariz sekiranya Debab terlibat dalam sebarang masalah. Ini kerana Ibubapa Fariz mahukan Fariz bertanggungjawab sebagai seorang abang untuk menjaga satu satunya adiknya itu. Ini membuatkan Fariz seakan memendam rasa tidak puas hati pada Debab. Dan Debab yang agak nakal itu mengambil kesempatan melanggar semua peraturan yang diberikan oleh Ibubapanya kerana dia percaya abangnya yang akan menerima padahnya.

Kedatangan kesemua ahli keluarga kerumah itu membuatkan Debab merasa tidak selesa. Dia terpaksa berkongsi segala galanya dengan sepupu sepupunya. Dan lebih menyakitkan hatinya ialah apabila abangnya Fariz seakan akan membuat pakatan bersama semua sepupunya yang lain untuk membaikot Debab yang dikatakan sangat nakal itu. Akhirnya Fariz dan Debab mulai bergaduh besar. Fariz menyatakan bahawa dia amat bencikan Debab manakala Debab menyatakan bahawa dia lebih rela menyambut hari raya seorang diri daripada terpaksa menyambutnya bersama abangnya itu. Namun pertengkaran itu dileraikan oleh Ayah mereka. Pak Long memarahi Fariz dan berkeras supaya Fariz menjaga adiknya itu. Dan sekira sesuatu berlaku pada Debab, maka Fariz harus bertanggungjawab Ini membuatkan Fariz semakin mendedami adiknya itu.

Hari yang ditunggu tunggu oleh mereka semua akhirnya tiba. Namun kekecohan berlaku apabila kesemua mereka lewat bangun. Mereka semua bergegas bersiap untuk bertolak pulang ke kampung. Keadaan bertambah tertekan dengan laporan trafik dari radio yang menyatakan lebuhraya menuju ke Utara semakin sesak . Mereka semua masuk ke dalam kereta masing masing dan terus beredar dari rumah itu

Tiba tiba Mak Long menyedari bahawa Debab tidak berada di dalam kereta dan terus bertanyakan kepada Fariz tentang ketiadaan adiknya itu. Namun Fariz dengan yakin menyatakan bahawa dia ada melihat Debab menaiki kereta Pak Tih. Lalu mereka tanpa ragu ragu terus meneruskan perjalanan mereka. Namun apa yang tidak diketahui oleh Fariz ialah, orang yang disangkakan Debab itu sebenarnya adalah Dhani . Dhani kelihatan seakan akan Debab kerana dia telah meminjam pakaian dan topi milik Debab kerana baju yang dipakainya telah kotor terkena rendang yang ingin dibawa pulang ke kampung tertumpah keatasnya .

Di rumah, Debab yang baru bangun terkejut apabila mendapati bahawa dia telah ditinggalkan oleh kesemua ahli keluarganya. Namun dia merasa lega kerana akhirnya tiada sesiapa pun yang akan menghalangnya melakukan apa sahaja yang diingininya. Debab mula bermaharaja lela di rumahnya itu. Dia mula merancang untuk menyambut Hari Raya dengan caranya sendiri.

Setibanya di rumah Atok, keadaan menjadi riuh rendah sehinggakan tiada sesiapa pun yang mengetahui akan ketiadaan Debab. Namun keadaan itu berubah apabila Ayah Debab menyuruh Fariz memanggil adiknya untuk berbuka puasa. Kini Fariz menjadi takut apabila menyedari bahawa Debab tidak bersama mereka. Namun kerana takut akan hukuman yang akan diterimanya dari ayahnya telah membuatkan Fariz bersekongkol bersama kesemua sepupunya, supaya tiada sesiapa pun perasan akan kehilangan adiknya itu.

Saat dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia tiba apabila Penyimpan Mohor Mohor Besar mengumumkan bahawa Hari raya pada tahun itu jatuh pada keesokkan harinya. Berita itu diterima dengan sorakan gembira oleh semua ahli keluaraga yang berada di rumah Atok itu kecualilah Fariz. Dia mulai mencari akal untuk membetulkan kelalaiannya dalam menjaga adiknya itu.

Berbeza pula di rumah Mak Long, apabila Debab menyambut pengumuman raya itu dengan kegembiraan. Dia mula menghias rumah itu dengan caranya sendiri.

Takbir Raya berkumandang, kesemua ahli keluarga menunggu giliran untuk bersalam salaman sesama sendiri. Namun kesemua mereka menjadi panik apabila mendapati Fariz dan Debab tidak berada di situ. Setelah puas disoal selidik akhirnya salah seorang dari sepupu Fariz yang bersama sama membuat pakatan untuk menutup kehilangan Debab itu, akhirnya membocorkan rahsia. Mak Long dan Pak Long terkejut apabila mengetahui bahawa mereka telah meninggalkan Debab seorang diri dirumah, manakala Fariz yang merasa bersalah sedang dalam perjalanan pulang kerumah bagi mendapatkan adiknya semula.

Kegembiraan Debab semakin pudar apabila tiada seorang pun dari kawan kawannya hadir untuk beraya di rumahnya. Melihatkan keriuhan dan kegembiraan jiran jiran tetangganya yang masing masing menyambut Hari Raya bersama keluarga mereka membuatkan Debab terus mengambil keputusan untuk pulang kekampungnya.

Pelbagai insiden berlaku semasa perjalanan Fariz pulang kerumah. Begitu juga yang menimpa Debab semasa perjalanannya untuk pulang kekampung. Namun Debab tekad untuk menyambut hari raya bersama kesemua ahli keluarganya di kampung. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila Mak Long dan Pak Long turut bergegas untuk pulang kerumah untuk bersama kedua dua anak mereka Fariz dan Debab.

Akhirnya Fariz menemui Debab dalam satu perhentian dipertengahan jalan. Mereka saling meminta maaf. Dan kini masing masing menyedari bahawa mereka amat saling menyayangi sesama sendiri. Debab menyatakan bahawa dia menyesal kerana sering menyusahkan abangnya itu. Manakala Fariz menyatakan bahawa dia bersalah kerana tidak menjaga Debab seperti yang telah diamanahkan oleh ayah mereka .

Keadaan menjadi ceria apabila Fariz dan Debab bertemu dengan Ibubapa mereka sebelum mereka sempat beredar dari tempat perhentian itu. Akhirnya kesemua ahli keluarga yang lain tiba dengan masing masing membawakan juadah hari raya . Mereka akhirnya menyambut hari raya di tempat perhentian itu.

Setahun telah berlalu, perancangan menyambut hari telah dibuat dengan lebih teliti. Namun kekecohan tetap berlaku seperti tahun sebelumnya apabila kesemua mereka lewat bangun. Mereka semua bergegas bersiap untuk bertolak pulang kekampung. Setibanya kesemua mereka di rumah Atok, keadaan menjadi panik.. Kali ini kerana kehilangan Dhiya pula…


2 comments:

Anonymous said...

Saya punya beberapa kebijaksanaan indah.

Anonymous said...

Benar-benar posting blog informatif di sini teman saya. Aku hanya ingin memberikan komentar & mengatakan terus bekerja dengan kualitas. Saya sudah bookmark blog Anda hanya sekarang dan aku akan kembali untuk membaca lebih lanjut di masa depan teman saya! Juga baik dipilih warna pada tema itu berjalan lancar dengan blog menurut pendapat sederhana saya:)