Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

BUKU LAMA DIARI BARU


Skrip ke 19

Tajuk Drama: Buku Lama Diari Baru
Genre: Komedi
Skrip Oleh: Martias Ali & Adza Irdawati
Pengarah : Asmad
Siaran : RTM (2006)


SINOPSIS
------------
Tibanya hujung tahun dan menjelangnya tahun baru 2006. Samad seorang peniaga kecil kedai runcit mulai mengemas kini buku akaunnya untuk tahun 2005 bagi mengira untung rugi perniagaannya itu. Setelah di semak semula ia mendapati banyak hutang tertunggak dari para pelanggannya. Walaupun hutang mereka sedikit untuk satu-satu hari tetapi setelah di congak jumlah hutang mereka keseluruhannya ia mendapati jumlah tersebut terlalu banyak.

Ekoran dari itu Samad bercadang untuk membuat satu resolusi tahun baru iaitu tidak membenarkan pelanggan-pelanggannya membeli barang secara hutang selagi hutang mereka tidak di jelaskan lagi. Samad bersetuju dengan cadangan anaknya Wani untuk mengeluarkan surat INVOIS kepada setiap pelanggan-pelanggannya yang berhutang dengannya. Secara tidak langsung Wani kini menjadi agen pengutip hutang di mana Wani bakal menerima 20% dari hasil kutipan tersebut kelak.
Terdapat 3 pelanggan utama yang berada di dalam kedudukan kritikal iaitu Pak Yahya, Makcik Gayah dan Kak Linda.
Pak Yahya mempunyai hutang sebanyak RM 758.46. Pak Yahya tiba di kedai samad untuk membeli barang tetapi Samad menyuruh ia bertemu Wani dahulu di satu kaunter khas yang telah di sediakan. Wani kemudiannya memberikan INVOIS kepada Pak Yahya. Pak Yahya amat terkejut dengan jumlah yang tertera di dalam INVOIS tersebut dan menuduh Samad dan anaknya sengaja mengada-adakan jumlah tersebut. Wani lantas membuka buku hutang dan menceritakan satu persatu barang-barang yang di ambil oleh Yahya dari awal tahun sehingga kehari ini. Namun ada sesetengah barang yang di ambil itu di ambil oleh isterinya tanpa pengetahuan Pak Yahya.

Wani memberi tempoh sehingga awal tahun baru untuk Pak Yahya untuk menjelaskan hutang-hutang tersebut sebelum ia mengenakan 10% faedah atas kelewatan pembayaran itu kelak. Pak Yahya kemudiannya menceritakan kepada isterinya Mak Dara akan syarat baru Samad. Mak Dara jadi berang lantas mencari buku-buku lama yang mengandungi hutang Fauziah (Isteri Samad) yang merangkumi hutang kain, hutang kuih raya, hutang urut dan hutang tempahan baju. Namun Fauziah berkeras dengan mengatakan bahawa semua hutang tersebut telah lama Mak Dara halalkan.

Wani kini menjadi pening kerana hutang ibunya melebihi hutang Pak Yahya di kedai kerana semua hutang-hutang tersebut tekumpul semenjak 5 tahun yang lalu.
Makcik Gaya pula berhutang sejumlah RM 556.90 dan kebanyakannya di gunakan sebagai modal untuk berniaga kuih dan nasik lemak. Makcik Gaya geram dengan tidakan Samad lalu menyuruh ia membayar semula harga lebihan kuih dan nasi lemak yang ia berikan hampir setiap hari

Samad tidak berpuas hati dengan kata-kata Makcik Gaya kerana semua kuih dan nasi lemak yang diberinya itu adalah lebihan dari kuih yang tidak habis dijual. Wani lebih bengang dengan makcik Gaya bila mana ia mendapati surat INVOIS nya di jadikan bekas pembalaut nasi lemak sahaja.

Kak Linda seorang Janda muda banyak mengambil barang tanpa membayar wang kepada Samad. Ini lebih memeningkan Wani kerana jumlah hutangnya hampir mencecah RM1,400. Sedang Wani cuba menghantar INVOIS tersebut, Samad melarang Wani. Ini menyebabkan Wani mengesaki ayahnya sedang memasang umpan untuk menggoda Kak Linda. Setiap bulan Samad akan memberi Kak Linda membli apa sahaja sehingga RM 100 secara hutang.

Perkara tersebut terus di sampaikan kepada ibunya Fauziah. Fauziah menjadi marah dan sanggup menemani Wani menagih hutang dari Kak Linda. Mereka berdua tidak ubah seperti Ah Long yang menagih hutang dari pelanggannya. Namun lebih menghairankan apabila Samad menyebelahi Kak Linda.

Fauziah menjadi marah dan mulai menuduh Samad bermain kayu tiga. Samad serba salah untuk menceritakan segala-galanya. Kekecohan mulai berlaku namun segala-galanya terlerai apabila Samad menceritakan bahawa Kak Linda merupakan agen pembekal ubat tongkat ali yang ia amalkan setiap hari tanpa pengetahuan Fauziah. Samad membayar harga ubat tersebut secara “butter trade” dengan Kak Linda.

Bila masuknya tahun baru, Samad membuang buku lamanya dan menggantikan dengan yang baru. Namun segala urutan tahun yang lalu sama sahaja. Pak Yahya masih meminta hutang, Mak Gaya masih memberikan lebihan kuih dan nasi lemak kepada mereka.

Cuma satu sahaja yang berubah, kaunter Wani kini menjadi storkis menjual ubat tongkat ali di mana Wani dan Kak Linda menjadi rakan kongsi dan juga ibu tiri barunya. Bermulalah diari baru dalam kehidupan Samad di mana ia kini berbini dua.

Wednesday, December 1, 2010

HIJRAH SABRINA


Skrip Ke 40

Tajuk Drama: HIJRAH SABRINA
Skrip : Adza Irdawati & Martias Ali
Siaran: RTM 2010

SINOPSIS

Shawn pulang ke Malaysia dengan membawa bersama isterinya Sabrina seorang warga British yang dinikahinya sewaktu menuntut di kota London. Namun ia langsung tidak menceritakan perkara tersebut kepada YB Karim dan Puan Noor iaitu ayah dan ibunya. YB Karim dan Puan Noor mempunyai agenda tersendiri iaitu mahu mengahwini Shawn dengan Camelia seorang model terkenal anak kepada Datuk Zakaria yang juga seorang ahli perniagaan berjaya.

YB Karim berharap melalui ikatan ini dapatlah ia menyelamatkan perniagaannya yang kini mengalami krisis kewangan. Kerana telah berjanji dengan Datuk Zakaria, YB Karim dan Puan Noor merahsiakan status Shawan dari mereka.

Sabrina dilayan dengan hina oleh Puan Noor yang menganggap bahawa Sabrina telah merosakkan ikatan kekeluargaan mereka. Kak Milah, orang gaji YB Karim mejadi tempat untuknya mengadu. Sabrina cuba mencari apakah cara hidup islam hadari. Kesungguah Sabrina menyebabkan Kak Milah sering membawa Sabrina ke surau untuk mendengar kuliah subuh. Tanpa ia sedari bahawa imam disurau itu adalah Malik seorang pemuda yang pernah jatuh hati kepadanya sewaktu mereka menuntut dahulu. Namun Malik sanggup mengorbankan perasaanya bila mengetahui bahawa Sabrina menyintai Shawn yang juga rakan karibnya.

Sabrina dilayan seperti seorang hamba tebusan di dalam rumah mewah itu. Puan Noor lebih menganggap Sabrina tidak lebih dari dalah seorang dari orang gajinya dan masih beranggapan bahawa Shawn masih bujang dan bakal mengahwini Camelia.

Dari kecil Camelia disemaikan dengan kata-kata bahawa ia bakal mengahwini Shawn bila tima masanya kelak hinggakan Camelia merasa suratan hidupnya bersama Shawn telah tertulis. Camelia telah menutup pintu hatinya pada mana-mana lelaki selain dari Shawn. Namun pada masa yang sama Haiqal seorang pegusaha fasion tanahair menaruh hati padanya. Haiqal menggunakan kecantikan Camelia untuk ia mendapatkan perhatian penggiat fesyen yang berpusat di Paris.

Puan Norr dan YB Karim terang-terang di hadapan Sabrina mengaturkan pertunangan Shawn dengan Camelia. Apabila Sabrina bertanya Puan Noor dengan tegas mengatakan bahawa seorang lelaki Islam boleh berkahwin sehingga empat orang.

Melihatkan Sabrina dihina didepan mata Shawn menyebabkan Shawn hilang sabar dan memarahi ibunya. Tindakan itu menyebabkan Puan Noor “pura-pura” jatuh sakit. Kerana menyesali dengan perbuatannaya meyebabkan Shawn cuba menjaga hati ibunya semula. Peluang ini di ambil oleh Puan Noor bila mana ia telah menghalau Sabrina keluar dan memberitahu Shawn bahawa Sabrina sudah tidak tahan dengan adat orang timur. Berbekalkan kepada surat “palsu” yang ditinggalkan oleh Sabrina menyebabkan Sabrina merelakan pemergian Sabrina.

Dalam hilang arah tuju, Sabrina telah bertemu dengan Malik secara tidak sengaja. Malik membawa Sabrina ke rumah ibunya dan di sana Ibu Sabrina menjaga Sabrian denga baik dan ia mulai mendalai agama Islam.
Namun semenjak ketiadaan Sabrina, Shawn mula merinduinya. Shawn mulai sedar bahawa ia masih menyintai Sabrina. Namun demi menjaga hati Puan Noor, Shawn menurut sahaja kehendak mereka.

Haiqal mendapat surat tawaran kontrak dari Paris yang mahukan ia membawa Camelia dan koleksi fesyennya ke sana. Ia terus menyampaikan berita gembita tersebut kepada Cemelia yang telah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang model profesional antarabangsa. Kini Camelia terbelengu di antara cita-cita dan “cintanya”.

Mendapat tahu bahawa Camelia mendapat tawaran dari Paris, Puan Noor mencadangkan supaya Shawn terus mengahwini Camelia sebelum Camelia membuat keputusan untuk ke luar negara.

Haiqal yang tidak mahukan cita-citanya musnah terus membocorkan rahsia kepada Tan Sri bahawa Shawn sebenarnya telah berkahwin. Tan Sri terkejut dengan berita terbaru itu dan menyerahkan keputusan kepada Camelia. Camelia kini terpaksa menimbangkan apakah “berbaloi” ia mengahini Shawn lantas terus bertanyakan kepada Shawan apakah ia menyintainya. Shwan pasrah dengan pertanyaan tersebut dan menyatakan bahawa ia menyintai Sabrina. Kak Milah kemudian menceritakan hal yang sebenar yang menyebabkan Sabrina keluar dari rumah.

Shawn nekad mencari Sabrina dan bertemu dengan Malik. Malik marah dengan tindakan Shawn yang mengabaikan Sabrina menyatakan bahawa Sabrina telah kembali ke kota London. Malik mengambil keputusan untuk ke Kota London bagi mencari Sabrina. Namun pemergiannya hanya sia-sia kerana Sabrina telah menyertai pasukan sukarela ke Iraq.

Tuesday, November 30, 2010

MAKMAL FORENSIK :D10


Skrip Ke 38

Tajuk Drama: MAKMAL FORENSIK :D10
Durasi: 13 Episod X 1jam
Skrip : Adza Irdawati, Adza Nasyaemie & Martias Ali
Pengarah: Rashidi Ishak
Pelakon: Syed Aiman, Kieran ERA, Ahmad Mazlan Maaruf, Reanna Samsudin, Yasmin Haron dan Brian Iskandar.
Penerbit: Metrowealth MIG
Siaran: RTM 2007

Mengisahkan tentang sekumpulan anggota MAKMAL FORENSIK :D10 yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. PEJABAT MAKMAL FORENSIK :D10 diketuai oleh Tuan Megat Zainul dan dianggotai oleh Adam, Nina, Liyana, Micheal @ Mike Einstein dan beberapa anggotaforensik yang lain di unit itu.

Mereka dipertanggung jawabkan untuk mengendali, mencari dan menemukan bahan bukti bagi sesuatu kes jenayah bagi mencari kebenaran dan menegakkan keadilan dalam membenteras jenayah.

Drama bersiri ini membawa penonton ke satu dimensi berbeza di dalam penyelesaian sesuastu kes jenayah. Siri ini juga mengajak penonton untuk lebih memahami dan mendalami apa yang sebenarnya berlaku di dalam sesuatu kes jenayah dan seterusnya meleraikan spakulasi kejadian. Kelebihan anggota CSI mampu menyelesaikan sesuatu kes dengan berbekalkan ilmu, kepintaran dan keberanian.

Untuk musim yang pertama yang mengandungi 13 episod akan berlegar dari satu topik ke topik yang lain. Di setiap episod terdapat perkembangan sub-plot untuk setiap watak dan menjadi pautan (clif hanger) untuk turutan episod seterusnya.

Adam terdedah dengan pelbagai penemuan secara sengaja mahupun tidak sengaja yang membawanya semakin menjejaki pembunuh isteri dan anaknya walau di masa yang sama ia sedang menyelesaikan kes yang lain. Penemuan-penemuan bukti baru ini juga menjadikan ia sering dihantui mimpi-mimpi ngeri.

Secara sedar dengan tidak, Nina mulai jatuh hati pada Adam. Namun rahsia peribadinya (ia pernah dirogol teman lelakinya)menyebabkan ia sukar menerima kenyataan tersebut. Ia begitu sensitif (personal) bila berhadapan dengan kes rogol yang membawa kepada emosi yang berlebihan. Ia juga berusaha bagi menyatukan semula ibu dan ayahnay yang tela lama berpisah.

Kpt. Megat Zainul dinasihati oleh doktor supaya bersara dari tugasnya yang begitu havok dan tidak tentu masa. Ia berusaha untuk memulihkan ikatan kekeluargannya dan mahu mengambil hati anak-anaknya semula.

Liyana terperangkap dengan teka teki apabila mendapati ujian DNA seorang lelaki mempunyai persamaan dengan DNA miliknnya. Munkinkah lelaki itu ayahnya. Liyana cuba menjejaki ayahnya.

Diakhir setiap episod digambarkan suasana malam di kota metropolitan Kuala Lumpur dan kedengaran suara Micheal sedang berkumandang di radio dalam pelbagai suasana suka atau duka. Kemudian ia akan memainkan lagu mengikut mood cerita.

Wednesday, November 24, 2010

HUA HUA HUA


Skrip ke 36

Tajuk Drama : HUA HUA HUA
Terbitan : Gitu Gitu Production & Noradz Production

Dalam sitkom HUA HUA HUA, saya dan adik saya Adza Nasyaemie hanya berkesempatan menulis skrip untuk episod pertama rancangan HUA HUA HUA ini. Dan rasanya itu adalah skrip terakhir saya sebagai Panel Skrip di Gitu Gitu Production. Apa apapun.. Boss (Saiful Apek) memang terbaik dan sangat kreatif.. Beberapa tahun berada di GITU GITU PRODUCTION adalah satu pengalaman yang takkan saya lupakan. Tks Boss.. salah dan silap harap maafkan.. hoperfully dapat kita bekerjasama pd masa depan... terbaekkk boss... =)

Siri Komedi arahan Saiful @ Apek ini telah ditayangkan di ASTRO Ria bermula pada 17 November 2008 selama 13 minggu. Dimantapkan dengan gandingan pelakon komedi nombor satu negara Saiful @ Apek bersama beberapa pelakon-pelakon komedi lain seperti Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Nabil Raja Lawak serta pelakon undangan seperti Sharifah Shahirah, Raja Azura, Ijoy, Yassin, Zami Ismail dan lain-lain. Turut ditampilkan adalah dua artis baru yang bernaung di bawah Noradz Productions Sdn Bhd iaitu Adzrin Adzhar dan Farra Diarra.

SURAT CINTA


Skrip ke 33

Tajuk Drama : SURAT CINTA
Skrip Oleh: Adza Irdawati, Adza Nasyaemie & Martias Mohd Ali
Pengarah: En Jurey Rosli
Syarikat Penerbitan: World Evolution Brain (WEB)
Siaran: RTM2 (2010)

SiNOPSIS

10 tahun yang lampau, ada 3 sahabat baik menetap di sebuah kampung. Umur mereka di sekitar 16 tahun dan masih bersekolah. Iman seorang yang pemalu dan takut dengan perempuan. Sunil seorang berbadan gemuk dan kuat makan manakala Bakar @ Burn seorang mat bunga dan ulat buku. Setiap pagi mereka ke sekolah menaiki sebuah bas yang biasa mereka naiki, dan di situ kisah mereka bermula.

Wati merupakan anak ketua kampung yang jelita dan menjadi perhatian ramai yang seusia mereka. Namun Wati merupakan seorang yang pendiam dan mudah tersenyum. Ia berkawan baik dengan Chomel seorang gadis yang berbadan besar. Setiap pagi Iman, Sunil dan Burn akan menaiki bas yang sama menuju ke sekolah.

Dalam diam-diam Iman jatuh hati pada Wati sehingga ia meminta Burn mengarangkan sebuah surat cinta untuk Wati. Di dalam surat cinta tersebut Iman berazam mahu menjadikan Wati isterinya suatu hari nanti. Iman meminta Sunil memasukan surat cinta tersebut ke dalam beg Wati. Namun dengan tidak sengaja Sunil telah memasukan surat tersebut ke dalam beg kepunyaan Chomel.

Chomel pula memang gemar membuli Iman dan mempermainkan Iman. Namun semenjak Chomel mendapat surat tersebut, ia cuba merapati Iman walaupun Iman sebenarnya memberikan perhatian kepada Wati.

Iman beranggapan bahawa Wati telah membaca surat tersebut menerima “cintanya” itu. Keyakinan tersebut semakin menebal apabila Wati semakin rapat dengan Iman. Di dalam surat tersebut Iman akan menunggu Wati di perhentian bas yang sama 10 tahun akan datang.

Namun pada hakikatnya Chomel seperti mendapat semangat baru apabila ada insan yang menaruh hati padanya. Chomel terus menanam tekat bahawa Iman adalah calon suaminya akan datang.

10 tahun berlalu. Iman tidak berjaya di dalam pelajaran dan bekerja sebagai seorang penghantar surat. Burn menjadi seorang peguam yang disegani manakala Sunil pula bekerja sebagai seorang jurusolek artis.

Wati kini menjadi seorang penyanyi popular. Pertemuan tidak sengaja antara Wati dan Burn di sebuah majlis telah menyebabkan Burn jatuh hati kepada Wati. Iman hanya tersenyum dan tidak merasa apa-apa kerana ia telah melupakan “cinta monyetnya” dahulu. Burn sering keluar bersama Wati dan semakin hari Burn menyimpan azam untuk melamar Wati.

Namun pada satu hari, Iman telah didatangi sepucuk surat misteri yang mengandungi salinan surat cintanya yang pertama yang pernah dihantar kepada Wati 10 tahun yang lampau. “Wati” begitu mengharapkan bahawa Iman mengotakan janjinya dahulu. Kini Iman di persimpangan dilema kerana takut Burn akan kecewa setelah Burn kini benar-benar gila bayang.

Hari demi hari Iman semakin gelisah memandangkan hari yang mereka janjikan bersamaan dengan hari Burn berhasrat untuk melamar Wati.

Sunil pula baru menyedari bahawa ia masih menyembunyikan rahsia kesilapan surat tersebut selama 10 tahun. Sunil akhirnya menceritakan bahawa surat tersebut sebenarnya telah tersalah penerima. Sunil mengambil keputusan untuk menemui Chomel dan menceritakan perkara sebenarnya.

Keberanian Sunil bertemu “Chomel” telah menyebabkan “Chomel” jatuh hati kepada Sunil. Namun secara tiba-tiba Iman mulai menyedari bahawa sewaktu mereka bersekolah dahulu, dia dan Chomel begitu mesra dan sering membuatkan mereka gembira. Barulah Iman menyedari bahawa selama ini hatinya telah terpaut pada Chomel.

Iman kini bakal kehilangan Wati dan Chomel. Namun di dalam hatinya ia lebih sanggup melepaskan Wati daripada mengecewakan Chomel. Iman lantas meminta Sunil memutuskan perhubungannya dengan Chomel dan menyebabkan Sunil meradang.

Namun atas dasar persahabatan Sunil mengambil keputusan untuk berpisah dengan Chomel bagi memberi laluan kepada Iman dan menyebabkan Iman terharu. Iman baru menyedari bahawa Sunil merupakan sahabat sejatinya dan dia pula meminta maaf atas sifat buruknya itu.

Wati dan Burn menanti hari persandingan begitu juga dengan Chomel dan Sunil. Iman pasrah dan balik ke kampung. Dia kemudian duduk di perhentian bas menggamit nostalgia silam. Tiba-tiba bas sekolah lama yang pernah ia naiki dahulu tiba dan pemandu tersebut menyuruh ia naik.

Di dalam bas tersebut seorang gadis duduk di kerusi yang pernah Chomel monopoli dahulu. Gadis tersebut mengeluarkan perkataan yang sering “Chomel” gunakan bagi menyakat Iman suatu masa dahulu. Rupanya “Chomel” yang kini bersama Sunil adalah adik kepada Chomel yang pernah mereka gelarkan Gebu.

Chomel meminta Gebu mengambil tempatnya dan menyamar menjadi dirinya kerana dia tidak yakin dengan dirinya yang masih berbadan besar

Chomel membuat keputusan itu kerana dia tidak mahu menghampakan Iman yang mungkin menyimpan harapan selama 10 tahun untuk bertemu dengan seorang gadis jelita manakala bentuk badannya masih seperti masa zaman remajanya dahulu.

Akhirnya surat cinta yang membawa banyak kekeliruan telah menemukan dan menyatukan kesemua mereka semula.


Monday, November 22, 2010

CINTA KALI KEDUA


Skrip ke 29

Tajuk Drama: CINTA KALI KEDUA
Idea Asal : Martias Mohd Ali
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan
Siaran : RTM 2004

Cinta Kali Kedua

Sebuah Percintaan Warga Tua

Hajah Ramlah (50an) menghabiskan sisa-sisa kehidupan tuanya dengan membuka sebuah pusat penjagaan orang-orang tua sejak 2 tahun dahulu. Di sinilah ia banyak mencurah baktinya menjaga kebajikan orang-orang tua sama ada ditinggallkan keluarga ataupun tidak berkemampuan. Namun perkahwinannya dahulu tidak dikurniakan zuriat.

Sebelum berkahwin dengan suaminya itu, Hajah Ramlah pernah bertunang dengan seorang pemuda Askar Melayu bernama Mustafar. Namun ikatan pertunangan mereka semakin hari semakin terlerai setelah keluarganya terpaut dengan seorang pemuda yang berkerja sebagai pegawai estet. Pertunangan mereka hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila kedua orang tuanya memutuskan pertunangan tersebut. Di saat itu, Mustafar sedang bertugas di sempadan Thailand.

Setelah hampir 2 tahun menghilang diri, Mustafar kembali ke kampung halaman mencari Ramlah. Namun ibu Mustafar menyerahkan cincin belah rotan yang dipulangkan semula oleh keluarga Ramlah. Mustafar kecewa dan menganggap bahawa Ramlah tidak setia pada janji mereka.

Ramlah berkahwin dengan Ramli dalam keadaan terpaksa. Namun kebahagiaan yang diimpikan tidak kesampaian juga. Ramli sebenarnya telah beristeri dan mempunyai anak. Kehidupannya kini bermadu. Setelah kematian Ramli, segala hartanya jatuh kepada isteri yang pertama bersama anak-anaknya. Walaupun begitu Ramli teleh meberikan wang simpanan yang cukup untuk masa tua Ramlah. Dari wang itulah Ramlah membuka pusat jagaan orang-orang tua. Namun setelah 2 tahun mengusahakan rumah jagaan tersebut, ia kini menghadapi masaalah kewangan bila peruntukan yang diperlukan tidak perolehi.

Mustafar yang kecewa telah membawa diri jauh dari kampung halaman. Kerana masih berpegang teguh pada janjinya dahulu, Mustafar terus membujang sehingga usia tuanya. Namun semenjak mencecah usia tua, Mustafar mulai merasa kesunyian tanpa kasih sayang. Walaupun ia mempunyai wang simpanan dan harta namun jiwanya kosong tanpa teman.

Pada suatu hari, Mustafar berjalan sendirian di tengah kota. Sedang ia berjalan di sebuah lorong, tiba-tiba ia di sambun oleh 2 orang penjenayah. Akibat dari itu, Mustafar telah dipukul keras ke kepala dan dompetnya di ragut. Mustafar yang ditemui oleh orang awam terus dibawa ke hospital.

Ekoran dari hentakan itu, Mustafar hilang ingatan. Kerana tiada dokumen diri dan tiada sesiapa yang menuntut Mustafar setelah berita penemuannya di siarkan di akhbar, pihak hospital mengambil keputusan untuk menghantar Mustafar ke rumah kebajikan masyarakat. Pihak Kebajikan Masyarakat telah meminta beberapa pusat jagaan orang tua untuk mengambil Mustafar dan Hajah Ramlah tergerak hati untuk menerima Mustafar ke pusat jagaannya walaupun di tentang oleh Hamidi (pegawai kanannya) yang menyatakan bahwa kedudukan kewangan pusat itu kini semakin meruncing untuk menerima penghuni baru.

Musatafar agak bingung kerana gagal mengenal dirinya sendiri. Namun setiap kali ia terlihat wajah Hajah Ramlah, ia seperti teringat sesuatu. Hajah Ramlah langsung tidak terlintas difikirannya bahawa Mustafar adalah bekas tunangnya dahulu. Mustafar pula seperti ingin tahu siapakah Hajah Ramlah sebenarnya dan sering mengekori gerak geri Hajah Ramlah sehingga Hajah Ramlah merasa curiga.

Pelbagai mimpi silam menghantui Mustafar semenjak ia mendiami pusat jagaan itu sehinggalah satu hari ia terjaga dari tidur dan menjerit nama Ramlah. Ramlah yang kebetulan melintasi bilik Mustafar tergamam dengan peritiwa itu. Ia kemudian menemui Mustafar dan merenung Mustafar sedalamnya sehinggalah ia menyedari bahawa Mustafar adalah bekas tunangnya dahulu.

Untuk memulihkan semula ingatan Mustafar, Ramlah mulai bercerita tentang cinta mereka dahulu serta rintangan yang mereka lalui. Sedikit demi sedikit cinta Ramlah berputik semula. Namun di sebalik itu juga, perasaan kecewa yang belum pernah ia luahkan kepada Ramlah membuak sama. Kini Mustafar pula mulai jual mahal dan tidak dapat menerima Ramlah kembali di dalam dirinya.

Pehubungan Mustafar dan Ramlah juga tidak disenangi oleh Hamadi yang beranggapan bahawa Hajah Ramlah akan mengabaikan pusat itu kelak. Penghuni-penghuni rumah itu dapat merasakan sesuatu keajaban bila mendapat tahu bahawa Mustafar adalah bekas kekasih Ramlah. Namun mereka kecewa dengan sikap Mustafar yang seperti mahu membalas dendam.

Penghuni pusat iru mulai merancang sesuatu. Mereka membuat pelbagai cara bagi menyatukan kembali Ramlah dan Mustafar. Dalam diam-diam mereka melamar Ramlah bagi pihak Mustafar dengan membuat hantaran sendiri. Palbagai helah yang mereka lakukan supaya Mustafar dapat menerima Ramlah kembali. Akhirnya Mustafar mengalah juga. Cintanya berputik untuk kali yang kedua.

Semua penguhuni merasa gembira dengan keputusan Mustafar. Namun disaat gembira itu tiba-tiba Hamadi menyatakan bahawa pusat itu terpaksa ditutup kerana pihak bank meminta Ramlah melangsaikan hutang sewa beli tapak pusat itu. Namun Mustafar menjadi penyelamat dengan menyatakan bahawa wang simpanan dan hartanya cukup untuk menyelamatkan pusat itu.

Akhirnya mereka berkahwin di dalam pusat jagaan orang-orang tua itu dengan segalanya di uruskan oleh penghuni pusat tersebut.

Sunday, November 21, 2010

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod


Skrip ke 28

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod
Skrip Oleh : Adza Irdawati & Martias Ali
Arahan: Martias Mohd Ali
Penerbit : K&S Vision Sdn Bhd & Martias Entertainment
Siaran : RTM1 (Januari, 2007)

Pelakon
Ciko Harahap sebagai Harith
Joey Daud sebagai Joie
Acong “Sweetchild” sebagai Azhar
Louis Iskandar sebagai Alberth
Dayang Erema sebagai Ana
Mak Jah sebagai Datin K
Adza Rinawati sebagai Rina

Sitkom Suasana merupakan sebuah sitkom muzikal dan menampilkan barisan pelakon yang terdiri dari artis artis rakaman seperti Cico Harahap, Joey Daud, Acong Sweetchild, Louis Iskandar dan juga Dayang Erema. Proses pemilihan pelakon telah mengambil masa kira-kira sebulan di mana lebih dari 60 orang pelakon telah di ujibakat yang mana kateria pemilihan utama memerlukan kesemua pelakon harus boleh menyanyi sebagai syarat utama biarpun sebagai watak sampingan ataupun watak extra.
Bagi proses penjiwaan watak, kesemua pelakon utama telah diberi kursus “Character Development” selama 2 minggu di mana mereka harus mengenal watak masing-masing dengan sepenuhnya.
Sitkom ini juga tidak di lakukan di dalam studio sebagai mana lazimnya. Sebuah kafe telah disewa selama 1 bulan dan di ubah suai untuk proses pengambaran bagi mengwujudkan suasana kafe yang berlainan dan ceria. Proses penataan cahaya juga melalui proses “rigging” dimana lampu-lampu di pasang secara kekal.

Konsep
Konsep Sitkom Suasana menggabungkan suasana persahabatan dan juga muzikal yang digarap dalam situasi sebuah kafe bernama Kafe Suasana yang telah ditulis oleh Martias Mohd Ali yang juga bertindak sebagai pengarah. Skrip pula ditulis oleh Adza Irdawati Adenan dan mempunyai 5 babak dan tidak seperti sitkom biasa yang hanya menggunakan 3 babak sahaja. Ia juga menggabungkan sedikit konsep dari sitkom ternama Friends dan juga Ally Mc Beal. Konsep warna hijau yang dapat dilihat di dalam sitkom ini melambangkan suasana aman dan damai.
Sitkom ini agak berlainan dari sitkom-sitkom lain yang pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan di mana ceritanya berkait di antara satu dengan yang lain.

Apa yang dapat dibanggakan adalah, sitkom ini tidak langsung menggunakan pelakon/pelawak yang sedia ada yang sering dilihat di sitkom-sitkom tempatan. Satu lagi kelainan di dalam sitkom ini adalah, tidak adanya kesan bunyi ketawa (sound efx) yang lazimnya di guna pakai di dalam penerbitan sitkom-sitkom tempatan. Sitkom ini juga tidak menggunakan dialog-dialog jenaka tetapi lebih menumpukan kepada situasi yang bakal membuatkan penonton tidak kering gusi.
Ini merupkan sitkom pertama yang diarahkan oleh Martias Mohd Ali yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis skrip dan pernah memenangi Anugerah Skrip Terbaik menerusi drama Anak Penarik Beca dan juga drama terbaik Hari-hari Terakhir Seorang Wanita. Kecenderungan untuk menerbitkan sitkom bermutu dimasa depan telah membawa En Martis Mohd Ali bertemu dengan Marc Cherry penulis dan pencipta sitkom Desperate Housewife sewaktu menghadiri Screenwriting Expo 5 bertempat di Hollywood Los Angels pada 19hb- 24hb Oktober yang lalu.

Saturday, November 20, 2010

PABILA CAHAYA BERSINAR SEMULA


Skrip ke 27
Justify Full
Tajuk Drama: Pabila Cahaya Bersinar Semula
Skrip Oleh : Adza Irdawati

Sinopsis

Danial seorang anak kepada seorang jutawan merupakan seorang playboy dan sering menghabiskan harta keluarganya. walau puas dipujuk oleh ibubapanya Danial tetap dengan sikapnya itu. Danial bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya dan menjalin hubungan dengan setiausahanya June. Namun semakin lama June semakin tidak sabar dengan sikap playboy Danial yang sering bertukar pasangan di belakangnya.

Satu hari setelah keluar dari kelab malam dalam keadaan mabuk tiba tiba ketika Danial melintas jalan untuk ke keretanya satu cahaya kereta bersinar kearahnya dan dengan sepantas itu dia telah dilanggar.

Keadaan sunyi sepi tiba tiba Danial tersedar dan terkejut apabila mendapati bahawa penglihatannya kini telah tiada. Bukan sahaja dia menjadi buta malah dia kini telah hilang ingatan. Akhirnya Tok Ali Tok Batin orang asli menyatakan bahawa dia telah menemui Danial di tepi tebing sungai di hujung kampung mereka Danial terkejut.

Oleh kerana tidak tahu asal usulnya maka Tok Ali menamakannya Adam. Bermula hidup Adam sebagai salah seorang orang asli di perkampungan orang asli itu.

Tahun berlalu Danial telah berkahwin dengan anak Tok Batin bernama Maya dan kini Maya menggandungkan anak pertama mereka.

Maya sering mengikut Danial menjual barangan hasil kraf mereka dan orang asli di kampung mereka di bandar. Tiba tiba seorang wanita terkejut apabila terserempak dengan Danial. Wanita itu adalah Ibu Danial. Setelah diberitahu dan diterangkan oleh Ibu Danial tentang asal usulnya, kini ingatannya kembali teringat kembali. Dia terus memeluk ibunya.

Ibu Danial berkeras mahu membawa Danial pulang namun Maya agak keberatan. Namun Maya terpaksa akur dengan permintaan suaminya itu.

Berita penemuan Danial heboh diperkatakan. Ibu dan ayah Danial membawa Danial berjumpa pakar mata dan akhirnya Danial menjalani pembedahan mata dengan mendapat derma organ mata.

Setelah matanya kembali normal . Danial terkejut apabila terlihat kearah Maya yang tidak secantik seperti citarasanya. June tiba dihospital dan terus berpelukkan dengan Danial. Maya sedih.

Danial kembali kepada sifat lamanya semula. Dia mengabaikan Maya yang kini sarat mengandung itu. Dia berfoya foya dan bermain cinta dengan June tanpa segan silu dihadapan maya. Kecewa dengan sikap Danial. Maya lari dan pulang kekampungnya. Danial tidak memperdulikan kehilangan Maya.

Pada suatu malam Danial tiba tiba bermimpi . dia terlihat dirinya dilanggar oleh satu kereta yang cahayanya bersinar menyilaukan mata Danial. dan akhirnya Danial dapat melihat bahawa yang melanggarnya adalah June.

Danial terus menemui June dan melaporkan hal itu ke pihak polis.
June akhirnya tertangkap. Danial kini sedar bahawa dia bersalah terhadap Maya. Dia pulang ke kampung dan diikuti oleh ibubapa yang menghalang niatnya itu. Danial berlari kerumah dan terkejut mendengar tangisan bayi di rumah itu. Tok Batin mengambil bayi yang baru dilahirkan dan diserahkan kepada Danial dan menyatakan bahawa itu adalah anaknya. Bila Danial bertanya tentang Maya, Tok Batin menyatakan bahawa Maya telah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka. Danial terkejut dan menyesal dengan perbuatannya. dia berlari kehutan dnamun tiba tiba kakinya tersadung kayu dan terjatuh dan matanya terkena dahan pokok. Akhirnya Danial kembali menjadi buta. Danial menjerit sekuat hatinya.

Friday, November 19, 2010

MANAF ASTRO



Skrip ke 25

Tajuk Drama: MANAF ASTRO
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Pengarah: En Jurey Rosli
Genre: Komedi
Siaran :Astro Ria 2008

Manaf Astro mengisahkan tentang Manaf seorang kanak kanak yang amamt meminati rancangan Akademi Fantasia . Dia juga merupakan peminat nombor satu salah seorang peserta Akademi fantasia iaitu Mawi. Namun satu yang menghalangnya dari menonton dan mengikuti perkembangan rancangan kegemarannya iaitu dirumah yang diduduki bersama Atuk dan Neneknya tidak mempunyai siaran Astro. Ini membuatkan Manaf sedih. Namun teman baiknya Sarimah yang juga merupakan jiran sebelah rumahnya yang tahu akan minat Manaf terhadap Akademi Fantasia yang juga memiliki Astro sering menjemput Manaf menonton rancangan itu dirumahnya. Oleh kerana Manaf, Sarimah dan beberapa rakan rakan sepermainan mereka mempunyai minat yang sama terhadap rancangan Akademi fantasia maka mereka akhirnya menjadikan pondok permainan mereka sebagai "Pondok Akademi fantasia" . di situlah mereka semua memainkan peranan masing masing dimana Manaf akan berlagak seperti mawi dan rakan rakannya berlakon menjadi pengetua M. Nasir dan beberapa peserta dan tenaga pelajar yang lain. Semuanya berjalan lancar sehinggalah pada satu hari pertelagahan antara Atuk Manaf dan ayah Sarimah telah berlaku . Ini membuatkan ayah Sarimah tidak membenarkan Manaf untuk datang menonton Akademi fantasia di rumah mereka lagi. Ini membuatkan Manaf menjadi sangat sedih.

Atuk dan Nenek tidak sanggup melihat kesedihan cucu mereka itu, lalu nenek memujuk Atuk supaya mendapatkan satelit Astro untuk dipasang dirumah mereka. Atukbersetuju lalu membawa Manaf kebandar untuk mendapatkan Astro namun terkejut apabila mengetahui bayaran pemasangan untuk mendapatkan Astro amat mahal bagi mereka yang berpendapatan rendah. Atuk cuba meminta untuk berhutang namun tauke tidak membenarkan.

Manaf dan atuk pulang dengan perasaan hampa. "pondok akademi fantasia" menjadi sunyi tanpa kehadiran Manaf. Sarimah cuba meminta ayahnya membenarkan Manaf menonton rancangan Akademi Fantasia namun tidah diendahkan.

Konsert akhir akademi Fantasia semakin hampir. Manaf merasa amat terdesak untuk menonton rancangan itu. Dia mahu melihat Mawi berentap untuk merebut juara. Manaf mendapat satu akal.

Pada suatu malam , Sarimah dan keluarga dikejutkan dengan bunyi kuat dari atas bumbung rumah mereka , menyangkakan perompak, ayah keluar untuk menangkap perompak itu namun mereka terkejut apabila mendapati manaf berada di atas bumbung rumah itu untuk mencuri piring satelit Astro. Manaf terkejut apabila disapa oleh sarimah lalu jatuh dari bumbung.

Kisah Manaf itu kecoh dikatakan oleh seluruh penduduk kampung. Kesemua mereka datang melawat Manaf yang patah kaki. Akhirnya ayah dan Atuk akur bahawa kerana pertelingkahan dan kedegilan mereka telah membuatkan Manaf jadi begitu. mereka akhirnya berdamai. Ketua kampung turut hadir dan menyatakan bahawa dia sebenarnya amat gembira dengan penubuhan "pondok akademi fantasia' oleh manaf itu. Ini kerana ia dapat memberi aktiviti sihat kepada kanak kanak kampung itu dan dapat membendung mereka dari melakukan perkara yang tidak elok. maka ketua Kampung menyatakan berita gembira bahawa dia dan beberapa penduduk kampung bersetuju untuk memasang Astro di "pondok akademi Fantasia" . Manaf sangat gembira dengan berita itu.

Akhirnya Manaf, Atuk, nenek, Sarimah dan keluarganya dan hampir seluruh penduduk kampung menonton konsert akhir Akademi Fantasia di "pondok akademi Fantasia". Dan manaf orang yang paling gembira apabila Mawi dinobatkan sebagai juara Akademi fantasia.


Tuesday, October 19, 2010

CINTA TEKSI BERMETER



Skrip Drama ke 25

Tajuk Drama : CINTA TEKSI BERMETER
Genre: Komedi
Siaran : RTM (2005)
Skrip Oleh : Adza Irdawati Adenan

SINOPSIS
Mohsin ( 29 tahun ) adalah seorang pemandu teksi. Namun kerana kekacakan rupa parasnya orang ramai sering beranggapan bahawa Mohsin seperti orang yang berada.. Mohsin merupakan anak tunggal kepada pasangan Saadiah dan Khamis. Oleh kerana usia Mohsin semakin meningkat tua dan masih tidak berpunya , ibubapa Mohsin telah mengambil keputusan untuk menjodohkan Mohsin kepada anak jiran mereka Yasmin ( 30 tahun ) yang bekerja sebagai setiausaha dan tinggal di bandar. Walaupun Yasmin seorang anak dara tua tetapi kecantikan yang dimilikinya dapat menyembunyikan usia sebenar Yasmin. Walaupun kedua mereka iaitu Mohsin dan Yasmin tidak bersetuju dengan rancangan keluarga masing masing namun mereka terpaksa akur dan menghormati tindakan ibu bapa mereka .
Mohsin agak tertekan dengan perangai tunangnya yang sering berlagak seperti orang kaya walaupun pada dasarnya mereka berasal dari keluarga yang sederhana. Yasmin sering meminta barang barang yang mahal dari Mohsin. Yasmin juga telah menipu rakan rakan serumahnya yang dia telah ditunangkan dengan orang kaya. Perkara seperti inilah yang membuatkan Mohsin ingin mengelakkan diri dari sering bertemu dengan Yasmin.
Pada suatu hari Mohsin telah menumpangkan seorang wanita (Yusnita 20 tahun) menaiki teksinya. Yusnita sedang menangis teresak esak kerana baru ditipu oleh teman lelakinya. Yusnita terus memberitahu segala masaalahnya kepada Mohsin. Mohsin amat bersimpati akan nasib yang menimpa Yusnita. Apabila sampai sahaja di hadapan rumah, Yusnita menjadi kelam kabut kerana dia terlupa untuk membawa wang bersama. Mohsin menyatakan bahawa Yusnita tidak perlu membayar tambang teksinya kerana dia menolong Yusnita dengan ikhlas. Namun begitu Yusnita tetap berjanji akan membayar tambang teksi itu kepada Mohsin suatu hari nanti.
Setelah beberapa hari kemudian Mohsin bertemu kembali dengan Yusnita dan Yusnita ingin membayar wang yang telah dihutangnya namun Mohsin menolak. Yusnita telah mengajak Mohsin keluar makan malam bersamanya untuk membalas budi Mohsin. Dan dari situlah cinta Mohsin dan Yusnita berputik.
Yasmin sedar bahawa Mohsin sering mengelak dari bertemu dengannya. Yasmin tekat mahu berbincang dengan Mohsin untuk menyelesaikan masalaah itu. Semasa Yasmin dan Mohsin berbincang , Mohsin meluahkan rasa tidak puas hatinya akan sikap Yasmin yang sering berlagak seperti orang kaya dan sering meminta minta barang yang tidak mampu dibeli oleh Mohsin. Mohsin juga menyatakan bahawa ia tidak mahu lagi Yasmin menipu semua kawan kawannya bahawa Mohsin adalah orang kaya dan dia mahu Yasmin mengaku pada mereka yang Mohsin hanyalah seorang pemandu teksi sahaja.
Melihatkan ketegasan pada diri Mohsin yang belum pernah dilihat olehnya membuatkan Yasmin kagum dan sedar akan kehebatan diri Mohsin. Yasmin terus berjanji pada dirinya untuk mengubah sikap lamanya itu untuk memikat semula hati Mohsin.
Kini Yasmin telah berubah sikap. Dia lebih bersikap sopan santun dan sering mengambil berat akan diri Mohsin. Tanpa disedari Mohsin juga telah jatuh cinta pada Yasmin. Namun Mohsin sedar yang ia tidak mungkin dapat melepaskan Yusnita kerana ia juga terlalu mencintai Yusnita. Dan yang menambah kekusutan kepada masaalah Mohsin ialah apabila Yusnita selalu memujuk Mohsin untuk masuk meminangnya kerana Yusnita tidak mahu lagi dikecewakan. Dan sekiranya Mohsin tidak mahu bertunang dengannya, Yusnita meminta agar perhubungan antara mereka diputuskan.
Setelah lama berfikir Mohsin mengambil keputusan untuk meminang Yusnita. Mendengar berita gembira itu Yusnita bersiap siap untuk persiapan hari pertunangannya. Dan atas nasihat keluarga Yusnita mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah yang besar sedikit dari rumah flat yang didudukinya sekarang untuk memudahkan majlis yang akan diadakan nanti. Tanpa Mohsin dan Yusnita sedari rumah yang akan dia duduki itu adalah bersebelahan dengan rumah Yasmin. Namun apabila ditanya oleh Mohsin akan alamat rumah baru itu Yusnita menyatakan bahawa dia terlupa akan alamat baru itu dan menyuruh Mohsin menelifon dia sahaja untuk mengetahui kedudukan rumahnya nanti.
Yasmin dan Yusnita sering bertegur sapa dan akhirnya menjadi agak rapat. Yusnita mengajak Yasmin serta keluarganya ke majlis pertunangannya nanti. Namun Yasmin terpaksa menolak kerana dia terpaksa pulang awal pagi kekampungnya pada tarikh itu untuk berbincang sesuatu bersama keluarganya. Namun Yasmin berjanji sekiranya ia dapat pulang awal dia akan membawa keluarganya ke majlis pertunagan Yusnita itu.
Mohsin menyedari yang dia tidak dapat menyuruh ibubapanya untuk meminang Yusnita, Mohsin menyuruh rakan rakan nya yang juga terdiri dari pemandu teksi untuk pergi menemaninya meminang Yusnita. Keluarga Yusnita merasa hairan kerana ibu bapa Mohsin tidak bersama mereka namun Mohsin memberi alasan yang ibubapanya tidak sihat dan tidak dapat hadir pada hari itu .
Yasmin membawa ibubapanya dan ibubapa Mohsin kerumahnya. Mereka akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan antara Yasmin dan Mohsin. Melihatatkan riuh rendah suasana kenduri di rumah sebelah, mengingatkan Yasmin akan jemputan Yusnita ke majlis pretunangannya. Yasmin mengambil keputusan untuk menghadiri majlis pertunangan Yusnita bersama keluarganya serta keluarga Mohsin.
Keadaan menjadi kelam kabut pada hari pertunangan Mohsin dan Yusnita apabila Yasmin, ibubapa Yasmin dan ibubapa Mohsin mendapati Mohsin sedang menyarungkan cincin pertunangan kejari manis Yusnita. Adengan kejar mengejar , tarik menarik dan marah memarahi berlaku. Akhirnya Yasmin dan Yusnita menyuruh Mohsin membuat keputusan untuk memilih salah seorang antara mereka.
Oleh kerana terlalu cintakan Yasmin dan Yusnita dan tidak mahu kehilangan seorang pun antara mereka, Mohsin mengugut untuk memutuskan tali pertunangan dengan kedua duanya sekali.
Mendengarkan ugutan itu, Yasmin mahupun Yusnita menyedari bahawa mereka terlalu mencintai Mohsin dan tidak mahu kehilangannya. Maka mereka bersetuju untuk berkongsi kasih.
Dua tahun berlalu. Yasmin dan Yusnita kini berbadan dua. Mereka bermadu apabila masing masing mengahwini Mohsin. Mereka juga masih tinggal berjiran. Sedang mereka sibuk menjemur pakaian di halaman rumah masing masing kelihatan teksi milik Mohsin berhenti di hadapan rumah Yasmin dan Yusnita. Kelihatan Ying Ying duduk dihadapan dengan mesra melentokkan kepalanya ke bahu Mohsin. Mohsin terkejut apabila menyedari bahawa rumah makcik yang ingin Ying Ying lawati berhadapan dengan rumah kedua dua isterinya. Rahsia percintaan Mohsin dan Ying Ying terbongkar juga akhirnya. Kini Yasmin dan Yusnita mengejar Mohsin untuk memukulnya habis habisan.

Wednesday, September 29, 2010

EKSPRES KASIH


Skrip ke 24

Tajuk Drama: EKSPRES KASIH
Skrip Oleh: Adza Irdawati
Genre: Komedi
Siaran :RTM 2007

SINOPSIS
Cerita ini hanya melibatkan sehari sahaja dalam kehidupan Kulup. Iaitu dari pagi sehari sebelum hari raya hinggalah menjelang tengah malam menjelang syawal.
Kulup lewat 20an bekerja sebagai pemandu bas di syarikat bas Ekspress Kasih. Kulup adalah seorang yang amat pemalu,rendah diri dan terlalu tidak yakin pada diri sendiri. Kulup juga seorang yang kuat berangan.

Di stesen bas tempat dia bekerja, Kulup sering bertemu dengan seorang gadis awal 20an yang ayu dan sangat cantik.Dengan tingkah laku yang sopan dan senyuman yang boleh menghentikan degup jantung sesiapa sahaja yang melihatnya, Kulup menyedari yang dia sudah jatuh cinta. Siasatan demi siasatan dan tidak ketinggalan bantuan rakan rakan, Kulup mengetahui nama gadis idamannya itu ialah Kasih, yang kebetulan pula sama dengan nama syarikat bas tempat dia bekerja. Kulup semakin mempercayai bahawa ini adalah suatu yang dinamakan jodoh. 

Setiap hari Kasih akan pergi ke tempat kerja dengan menaiki bas dan pulang dari kerja dengan menunggu teman lelakinya Ayop di stesen bas itu. Ayop akan menjemputnya dengan sebuah kereta mewah dan menghantarnya pulang. Walaupun Kulup tahu hati Kasih sudah pun dimiliki. Namun dia tidak dapat membuang perasaan cinta yang semakin mekar dalam hatinya. Sebaliknya pula bagi Kasih. Dia langsung tidak sedar akan kewujudan Kulup di stesen bas itu jauh sekali di hatinya. 

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja Kulup pergi dan membongkar rahsia Ayop kepada Kasih. Rahsia Ayop yang menipu Kasih itu. Kulup tahu bahawa setelah menghantar Kasih pulang ke rumah setiap hari , Ayop akan kembali semula ke stesen bas itu untuk menjemput isterinya dari kerja bersama tiga orang anaknya dari sekolah. Dan mereka akan bertemu di tepi jalan stesen bas itu juga. Namun Kulup sedar siapalah dirinya untuk memberitahu itu semua pada Kasih dan terus mendiamkan dirinya sahaja. Ada diantara rakan sekerja Kulup yang sudah tamat kerja sedang bersiap siap untuk pulang sambil menceritakan perancangan mereka untuk menyambut hari raya esok. Di stesen bas itu juga kelihtan ramai umat islam yang sedang sibuk membeli belah pada saat saat terakhir untuk menyambut syawal esok. 

Jam ditangan Kulup menunjukkan pukul 8:30 pagi. Mata Kulup liar mencari bayang Kasih. Kesemua rakan sekerjanya sering memperli tindakannya itu. Ini kerana Kulup sanggup ke tempat kerjanya awal pagi setiap hari hanya untuk melihat Kasih pergi dan pulang dari kerja sedangkan syif kerja Kulup bermula pada sebelah petang. Tepat jam 8:45 pagi kelihatan Kasih duduk di tempat duduk di stesen itu. Rakan rakan Kulup menggalakkannya supaya Kulup pergi menegur Kasih namun belum sempat Kulup mengorak langkahnya, Kasih bergegas kearah Ayop yang berhenti di sisi jalan itu bersama kereta mewahnya. Kesemua rakan Kulup mentertawakannya. 

Kulup juga sedang menghadapi masalah di tempat kerjanya. Syarikat bas tempat dia mencari rezeki itu mengalami kerugian yang teruk kerana semakin hari semakin kurang penumpang yang menaiki bas syarikat itu. Ada kalanya Kulup hanya menghantar seorang sahaja penumpang. Pemilik syarikat bas itu nekad ingin menutup dan menjual perniagaannya sekiranya keadaan berterusan begitu. Ini bermakna Kulup akan kehilangan pekerjaannya. Kulup berada dalam dilema. 
Disebuah kampung , tidak jauh dari stesen itu Leha yang sedang sarat mengandung. sedang bertengkar dengan suaminya. Leha menegaskan bahawa dia sudah berjanji pada ibunya untuk merayakan hari raya tahun ini dikampungnya bersama sanak saudaranya. Manakala suami Leha pula menegaskan bahawa dia berjanji pada ibunya bahawa mereka akan merayakan syawal pada tahun ini di kampungnya. Pertengkaran mereka semakin lama semakin hebat. 
Di sebuah klinik/hospital berhampiran pula kelihatan keadaan dalam huru raya. Kesemua jururawat sedang giat bertungkus lumus mencari seseorang. Terdapat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek dan bersinglet pagoda turut sama dalam pencarian itu. Tidak lama kemudian seorang Doktor dan lengkap berpakaian seragam Doktor keluar dari klinik itu perlahan lahan dan berlalu dari situ.

Kini sudah masuk pukul 5:00 petang. Hati Kulup berdebar apabila terlihat Kasih yang baru pulang dari kerja dan setia menunggu kekasihnya di kerusi di stesen bas itu. Tiba tiba hati kulup bagaikan dirobek apabila Ayop datang menghampiri Kasih. Mereka ingin beredar dari situ. Tetapi belum sempat Mereka pergi Ayop dikejutkan dengan kedatangan isteri dan tiga orang anaknya. Melihat Ayop berpimpinan tangan dengan Kasih, isteri Ayop terus naik angin. Dia terus menampar wajah Kasih dan terus memarahi Kasih di khalayak ramai tanpa menghiraukan maruah Kasih. Kasih terkejut apabila isteri Ayop memberitahu bahawa Ayop sudah mempunyai 3 isteri dan dia adalah isterinya yang ketiga. Dan Ayop sudah mempunyai 9 orang anak. Dan sekiranya Kasih teringin menjadi isteri Ayop yang keempat supaya melangkah mayatnya dulu.

Belum sempat Kasih mempertahankan dirinya dengan memberitahu bahawa dia tidak tahu cerita yang sebenar. Isteri Ayop memberitahu bahawa pasti Ayop akan mengatakan bahawa dia adalah seorang usahawan berjaya namun pada hakikatnya Ayop hanyalah seorang driver kepada ayahnya dan kereta mewah yang dipandu itu adalah milik ayahnya. Dia juga memberitahu bahawa selama ini segala perbelanjaan Ayop dan kedua isterinya serta anak nya yang lain ditanggung oleh keluarganya yang kaya. Dan dia tidak mahu menanggung Kasih pula sekiranya Kasih ingin berkahwin dengan Ayop kelak. Kasih yang merasa malu terus berlalu dari situ. Ayop seperti orang bodoh tidak menghiraukan Kasih terus berlari dan memujuk isterinya yang berlalu dari situ. Sudah pasti dia tidak mahu kehilangan isteri yang menyara hidupnya itu. 

Jam menunjukkan pukul 7:15 petang. Kulup baru selesai berbuka dengan hanya memakan nasi bungkus di dalam bas dan termenung jauh mengenangkan nasib yang menimpa Kasih . Tidak lama kemudian seorang demi seorang penumpang menaiki bas itu. Mereka adalah Leha yang akhirnya bertekad untuk menunaikan janji pada ibunya supaya merayakan hari raya di kampung ibunya. Doktor yang lengkap berpakaian doktor itu menyusul masuk kedalam bas selepas Leha. Leha menyerahkan tiket bas kepada Kulup dan diikuti oleh Doktor. Tetapi sebelum menyerahkan tiket itu. Doktor tercari cari kesemua poket di baju dan uniformnya. Tidak lama kemudian dia teringat sesuatu. Dia mengeluarkan sebuah dompet dari dalam kasutnya. Apabila dia membuka dompet untuk mencari tiket Kulup terlihat kearah kad pengenalan dan hairan. Gambar pada kad pengenalan itu tidak sama dengan wajah Doktor. Tiba tiba dia dikejutkan dengan tiket betul betul di hadapan matanya yang diserahkan oleh Doktor. Kulup tersenyum dan menyuruh mereka duduk. Leha duduk di bahagian tengah begitu juga doktor. Namun sebelum dia duduk dia menutup semua kain tudung tingkap dalam bas itu. Kulup dan Leha hairan dengan gelagat Doktor itu. Doktor terus menyatakan bahawa kulitnya tidak boleh terkena cahaya kerana akan mendapat satu alahan yang teruk . Kulup dan Leha tidak dapat berkata apa apa dan hanya mendiamkan diri melihat keanehan doktor itu. 

Kulup tersenyum hambar melihat hanya 2 orang penumpang sahaja yang menaiki basnya hari itu. Belum sempat Kulup menutup pintu basnya untuk beredar, pintu itu diketuk kuat dari luar. Apabila Kulup membuka pintu itu alangkah terkejutnya Kulup apabila mendapati Kasih masuk dan menyerahkan tiket basnya pada Kulup. Kulup sedar bengkak di mata Kasih pasti pasti berpunca dari tangisan. Kasih yang ingin menenangkan fikirannya dari masalah yang dialaminya mengambil keputusan untuk pulang dan beraya di kampungnya sahaja. Setelah semua tiket bas yang lain habis. Kasih terpaksa membeli tiket bas dari Syarikat Ekspress Kasih yang sememangnya masih banyak itu. Bagai mimpi menjadi nyata. Kedatangan Kasih disambut dengan gembira sekali oleh Kulup. Kini bermulalah perjalanan Bas Ekspress Kasih dari Kuala Lumpur ke Kulim Kedah.

Sejak dari bertolak Kulup seperti tidak dapat duduk senang. Sesekali matanya liar melihat kearah cermin mencari kelibat Kasih namun tidak kelihatan. Kasih membaringkan kerusinya dan ia teru terusan mengalir air mata mengenangkan nasibnya. Manakala Doktor itu liar memandang keluar tingkap sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya. Leha pula sedang makan.

Sedang laju bas Ekspress Kasih meluncur di jalan raya tiba tiba Kulup terlihat akan sebuah kereta yang baru terbabas di hadapannya. Kulup memberhentikan bas itu untuk melihat keadaan pemandu kereta itu. Belum sempat Kulup berkata apa apa pemandu itu membuka bonet keretanya dan mengambil sebuah bag dan terus meluru masuk ke dalam bas dan menyatakan hasrat untuk menumpang bas itu. Kulup menyarankan supaya lelaki itu berhenti di balai Polis berdekatan untuk membuat aduan mengenai kemalangan yang dialami oleh lelaki itu namun lelaki itu enggan. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Edie dan ingin cepat pulang kerumah kerana kesemua saudaranya sedang menantinya untuk menyambut hari lebaran esok . Dia itu terus memaksa Kulup untuk meneruskan perjalanan. Kasihan mendengar cerita Edie itu, Kulup bersetuju meneruskan perjalanan mereka. 
Setelah beberapa puluh minit berlalu kedengaran suara Doktor itu yang bercakap seorang diri semakin lama semakin kuat. Seperti sedang memberikan ceramah dalam bidang kedoktoran kepada puluhan penuntut. Leha dan Edie hairan melihat kelakuan Doktor itu merenungnya. Menyedari orang sedang melihat kearahnya Doktor itu terus baring dan berpura pura tidur. 

Tidak lama kemudian Kulup terkejut apabila suatu suara yang paling merdu di dunia menyapanya dari belakang. Tidak lain tidak bukan Kasih duduk di kerusi belakang kerusi Kulup. Kasih bertanya berapa lama lagikah mereka akan sampai ke destinasi mereka. Dan tanpa mereka menyedari pertanyaan itu terus bertukar ke arah perbualan topik topik yang lebih menarik. Dan hinggalah ke topik yang lebih sensitif seperti isu mengenai hati dan perasaan. Kulup memberi banyak nasihat kepada Kasih mengenai cara menangani masalahnya itu. Kasih menyedari bahawa Kulup adalah seorang lelaki yang amat baik hati dan amat berlainan dari lelaki yang lain. Kasih menyatakan yang dia hairan kerana dia langsung tidak menyedari akan kewujudan Kulup di stesen bas yang dikunjunginya setiap hari hampir enam bulan itu. Kulup pula menyembunyikan kebenaran bahawa dia sering menunggu kehadiran Kasih di stesen bas itu selama enam bulan itu, dan juga perasaannya pada Kasih. 

Tidak lama kemudian kerancakkan perbualan mereka diganggu suatu jeritan. Tidak lama mereka menyedari bahawa jeritan itu datang dari Leha yang sedang sakit untuk melahirkan anaknya. Kulup terus memberhentikan basnya .Dalam keadaan panik itu. Kulup menggerakkan Doktor yang sedang tidur itu untuk membantu Leha melahirkan anaknya. Doktor itu seperti orang bodoh dan membuat pemeriksaan yang lucu ke atas Leha yang tiada kena mengena dengan kelahiran. Leha terus menjerit memberitahu Kulup supaya meneruskan perjalanannya ke Kulim secepat mungkin ini kerana dia tidak mahu mungkir janji pada ibunya dan akan cuba bertahan sehingga sampai di rumah ibunya untuk berraya. Kasih cuba menenangkan Leha sambil Doktor masih membuat pemeriksaan yang lucu dan aneh ke atas Leha. 

Kulup dengan panik cuba memandu basnya untuk sampai ke destinasi mereka dengan laju. Manakala Edie cuba menutup telinganya daripada mendengar bunyi jeritan Leha menahan kesakitannya.Jeritan Leha semakin lama semakin kuat . Ini membuatkan Kulup nekad untuk membawa bas itu lebih laju. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi siren Polis di belakang bas itu. Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta peronda Polis menahan bas itu. Kulup terpaksa memberhentikan bas itu dan membenarkan 2 orang anggota Polis masuk ke dalam bas itu. Edie yang kelihatan cemas terus berlari ke tempat duduk belakang dan bersembunyi. Setelah menceritakan keadaan yang Leha. Pihak Polis memberitahu bahawa Kulim hanya 5 minit dari situ dan mereka sedia mengeskod bas itu sehingga ke destinasinya. Kulup menarik nafas lega. 

Kini kereta Polis peronda berada di hadapan bas itu dan melancarkan dan mempercepatkan lagi perjalanan mereka. Edie yang cemas menghampiri Kulup dan memaksa Kulup untuk berhenti dan menurunkannya di sisi jalan sekarang juga. Namun Kulup enggan kerana dia ingin menghantar Leha ke rumah ibunya dulu. Dalam keadaan marah. Edie kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari bagnya dan mengacukan pada Kulup supaya memberhentikan bas itu. Kasih , Doktor dan Leha panik melihat keadaan itu. Namun tanpa disedari oleh Edie, Kulup memberanikan diri dengan menepis kearah tangan Edie yang memegang pistol itu hingga menyebabkan pistol jatuh ke tangga bas. Belum sempat Edie tunduk dan mengambil pistol itu, Kulup membelok sedikit basnya itu sehingga menyebabkan kepala Edie terhantuk ke pintu bas dan pengsan. Kasih kagum melihat keberanian Kulup itu. 

Dengan mengikut arah dari Leha bas itu kini berhenti betul betul dihalaman rumah ibu Leha. Leha tidak tertahan lagi dan terus menjerit dengan kuat. Doktor itu juga kemudian menjerit dengan kuat. Kulup bertanya kenapa Doktor tidak cuba untuk membantu Leha melahirkan anaknya. Doktor itu menyatakan dia hanya seorang doktor gigi dan tidak mengambil bidang perbidanan. Kulup kemudian memberanikan diri dan menghampiri Leha. Dia menyatakan supaya Leha jangan bimbang dan dia akan membidankan Leha. Kulup menyatakan bahawa dia pernah 2 kali membantu ayahnya di ladang melahirkan anak lembu. Mahu tidak mahu Leha terpaksa merelakan bantuan Kulup itu.

Dari luar bas itu kedengaran suara tangisan bayi bersama alunan takbir raya dari surau berdekatan. Kesemua ahli keluarga Leha berdiri di luar bas itu. Dengan perlahan lahan pintu bas terbuka. Kelihatan Edie yang masih pengsan jatuh tergolek di tanah. Bag yang dipegangnya turut jatuh lalu terbuka . Kelihatan banyak wang kertas jatuh bertaburan dan berterbangan di halaman rumah itu. Pihak Polis yang melihatnya terus melihat kearah gambar yang disimpan dalam poket mereka dan mendapati wajah orang yang dikehendaki adalah sama dengan wajah Edie. Mereka terus menggari Edie dan memasukkan dalam kereta Polis.
Tidak lama kemudian kelihatan Kulup turun dari tangga bas dengan memapah Leha keluar dari bas itu. Ahli keluarga mereka mendapatkan Leha dari Kulup. Diikuti oleh Kasih yang memegang bayi yang dibalut dengan baju sejuknya. Tiba tiba suami Leha sampai dengan kereta bersama ibunya. Mereka terus mendapat Leha dan anak yang baru dilahirkannya. Suami Leha meminta maaf kerana tidak mahu mengikut Leha pulang beraya di kampung . Mereka semua bermaaf maafan dan berbaik semula. Semua gembira sambil mencium anggota baru keluarga mereka itu. Semua mereka berterima kasih kepada Kulup kerana membantu Leha melahirkan bayi itu. Kulup hanya tersenyum sambil matanya menjeling kearah Kasih yang membalas senyumannya itu. 

Kulup kemudian dihampiri oleh 2 orang anggota Polis tadi. Mereka terus mengucapkan syabas kepada Kulup kerana berjaya menangkap penjenayah yang paling dikehendaki kerana kes rompak , samun dan banyak lagi. Mereka juga menyatakan terdapat hadiah ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya menumpaskan penjenayah itu. Kulup tersenyum gembira. 

Tidak lama kemudian kelihatan Doktor keluar sambil tersenyum lebar.Tiba tiba mereka terkejut apabila melihat sebuah ambulans masuk ke dalam halaman rumah ibu Leha. Kelihatan beberapa orang jururawat dan lelaki yang berpakaian seluar pendek dan bersinglet di Klinik sebelum ini mendapatkan Doktor. Tanpa berlengah lengah lagi mereka menyatakan bahawa Doktor itu sebenarnya adalah seorang pesakit mental yang berjaya melarikan diri dari klinik/ hospital mereka. Dia berjaya melarikan diri dengan mencuri pakaian Doktor dan menyamar sebagai Doktor untuk melepaskan dirinya.Barulah Kulup menyedari bahawa gambar pada kad pengenalan yang dilihat olehnya tadi dari dompet pesakit mental itu seiras dengan wajah lelaki yang bersinglet pagoda itu. Pastinya pesakit mental itu telah terambil dompet semasa ia mengambil uniform Doktor yang sebenar dan pastinya pesakit mental itu menggunakan duit lelaki itu untuk membeli tiket. Akhirnya semua jururawat dan Doktor yang sebenar itu berterima kasih pada Kulup dan membawa pesakit mental itu pergi dari situ. 

Jam menunjukkan tepat pukul 12:00 malam. Kulup memberhentikan basnya dihadapan rumah Kasih. Sebelum Kasih turun dari bas dia sempat mengucapkan Selamat Hari raya pada Kulup dan begitu juga dengan Kulup. Kasih bertanya dimana Kulup akan menyambut hari raya . Kulup menyatakan bahawa dia akan beraya dia atas bas sahaja ini kerana kampungnya jauh di Johor. Setelah berfikir seketika Kasih menjemputnya beraya bersama ahli keluarganya. Tidak lama kemudian kedatangan mereka dijemput oleh  semua sanak saudara Kasih.
Setahun berlalu Kasih kini telah sah bergelar isteri. Isteri kepada Kulup dan Syarikat bas Ekspress Kasih dimiliki oleh Kulup . Pemilik syarikat bas itu menjual syarikat itu dengan harga yang murah kepada Kulup. Dan Kulup membeli syarikat itu dengan hasil ganjaran yang diterimanya dari pihak Polis. Pemilik itu menjual syarikat itu kerana dia menyangka syarikat itu akan bankrup dan menjual dengan harga yang rendah pada Kulup. Namun tanggapannya itu meleset. Ini kerana syarikat itu bertambah berkembang dan maju kerana Kulup yang telah dianggakat sebagai seorang wira oleh rakyat Malaysia berjaya menarik ramai penumpang menaiki bas syarikatnya itu. 

Walaupun bergelar seorang usahawan berjaya, Kulup masih seperti dulu. Dia tetap membawa bas walaupun mempunyai banyak pekerja yang bekerja dibawahnya. Kekayaan dan kejayaan tidak mengubah sikap Kulup yang pemalu dan rendah diri itu.Pada suatu hari Kulup menaiki bas untuk memulakan perjalanannya. Belum sempat Kulup bertolak Kasih berlari kearahnya untuk menghantar bekal makanan padanya. Mereka berdua naik ke atas bas itu. Kelihatan seorang lelaki berpakaian Doktor, seorang wanita sarat mengandung dan seorang lelaki yang wajahnya sedikit seperti samseng yang memegang erat bag di tangannya sedang duduk di tempat masing. Mereka semua tersenyum lebar kepada Kulup dan Kasih. Kulup dan Kasih berpandangan sesama mereka. Tidak lama kemudian kedengaran dari jauh dan dari luar bas suara jeritan Kulup dan Kasih...

Thursday, September 23, 2010

Drama Bersiri FOBIA (Musim 2)



Skrip ke 23

Tajuk Drama: FOBIA (Musim 2)
Durasi : 30 min X 13 Episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Arahan : Encik Jurey Rosli
Genre: Seram
Siaran : ASTRO 2007

Drama bersiri ini memaparkan tentang Emilya, seorang penuntut Universiti sedang membuat tesis terhadap penyakit Fobia. Dia kesebuah hospital dan ingin bertemu dengan Kaunselor perubatan penyakit Fobia dan sekali gus ingin mewawancara pesakit Fobia untuk ditulis dalam tesisnya kelak. Namun tujuan sebenar Emylia ialah memahami bagaimana untuk mengatasi Fobia. Ini kerana Emylia juga mempunyai Fobia. Iaitu Fobia pada sentuhan . Ini kerana dia pernah cuba diperkosa oleh teman lelakinya suatu ketika dulu.

Pelbagai jenis Fobia dan penghidap Fobia telah ditemu bual oleh Emylia. Kini Emylia bertekad untuk membuat penyelidikan yang lebih mendalam mengenai Fobia dan penghidap Fobia.

Wednesday, September 22, 2010

Drama Bersiri " FOBIA" Musim 1



Skrip ke 22

Tajuk Drama: FOBIA (Musim 1)
Durasi : 30 min X 13 Episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Arahan : Encik Jurey Rosli
Genre: Seram
Siaran : ASTRO 2007

Drama bersiri ini memaparkan tentang penyakit fobia dan kesannya kepada penghidap fobia itu sendiri.

Fobia yang dipaparkan dalam episod episod musim pertama ini ialah:

Fobia Telefon - PHONOPHOBIA/ TELEFHONOPHOBIA
Fobia Ibu Mertua - PENTHERAPHOBIA
FobiaCabut Gigi - ODONTOPHOBIA
FobiaTikus - MUSOPHOBIA/MURIPHOBIA
Fobia Gemuk - OBESOPHOBIA
Fobia Lif
Fobia Duit - CHROMETOPHOBIA / CHREMATOPHOBIA
Fobia Kipas
Fobia Cermin - EISOPTROPHOBIA
Fobia Kahwin
Fobia Hutan
Fobia Kotor - AUTOMYSOPHOBIA
Fobia Segala galanya - PANAPHOBIA

Oleh kerana sambutan penonton yang amat memberangsangkan drama bersiri ini telah di sambung ke Musim kedua pada tahun 2008

GITULAH RAYA


Skrip ke 21

Tajuk Drama:GITULAH RAYA
Idea Asal : Adza Irdawati & Saiful Apek
Skrip Oleh: Adza Irdawati
Lakonan: Saiful Apek, Yassin, Bob Ku2, Marsha Af, Zarina Af, Felix Af, Sathiya,Hamid Gurkha, Allahyarhamah Yusni Jaafar,
Siaran :ASTRO RIA (2007)

SINOPSIS


Kecoh di dada dada akhbar mahupun di radio dan televisyen tentang kehilangan 3 orang artis terkenal iaitu Saiful Azam, Yassin dan juga Bob KU2. Ramai juga yang berpendapat mereka ini telah diculik oleh kumpulan Mat Sayap. Dan tidak kurang juga yang mengandaikan mereka telah mengalami kemalangan dan belum dapat ditemui. Kini gerakan dijalankan oleh berbagai pihak untuk mencari mereka dijalankan.

Tiada yang lebih bersusah hati atas kehilangan mereka terutamanya Manager mereka Mr Sam. Oleh kerana khabar angin mengenai ketiga tiga artis itu telah hilang, maka ramailah penerbit dan juga maneger bagi show show yang besar menemui Mr Sam untuk meminta wang pendahuluan yang telah mereka berikan pada Mr Sam bagi mendapatkan khidmat ketiga tiga artis naungannya itu untuk menjayakan filem mahupun show show mereka. Terutamanya yang paling ditakuti oleh Mr Sam ialah Pengurus untuk konsert Hari raya iaitu Manager Siti Nurhaliza iaitu Ayie. Ini membuatkan Mr Sam menjadi seperti orang hilang akal , kerana hampir kesemua wang pendahuluan itu telah dia gunakan untuk persiapan menyambut hari raya Deepavali. Kini Mr Sam terpaksa bersembunyi di pejabatnya untuk mengelakkan lebih ramai producer mahupun orang orang yang berkenaan mencarinya.

Di sebuah lorong di bawah sebuah jambatan, terdapat sebuah warung burger kepunyaan J.Lo atau nama sebenarnya Jalut. J.Lo seorang yang lemah lembut mahupun dari segi sikap dan percakapannya. J.Lo sering mencampur berbagai perisa baru di dalam menu burgernya itu dan itu yang membuatkan warungnya itu tidak laku. Tambahan pulak kini adalah bulan puasa, maka bertambah sukarlah untuk J.Lo meniaga. Namun J.Lo tidak berputus asa dia menvariasikan perniagannya dengan menjual kuih kuih Raya. J.Lo berusaha keras kerana ingin membeli kain ela yang dijual dengan harga yang mahal kerana mempunyai banyak labuci labuci dan berwarna striking yang diidaminya sejak dulu untuk dijahit dan dipakainya semasa Hari raya kelak.

Namun impian J.Lo mungkin tidak kesampaian kerana telah lama warungnya tidak didatangi pelanggan kerana kebanyakkan mereka sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Namun hanya seorang saja pelanggan tetapnya yang setia makan di warung milik J.Lo iaitu Apek.

Apek merupakan seorang salesman yang kurang berjaya. Dia menjual pelbagai jenis barang dari yang kecil sehingga barang yang tidak masuk akal kegunaannya. Maka dia banyak melobi J.lo untuk membeli barang jualan langsungnya itu.

Dan berdekatan dengan warung milik J.Lo terdapat seorang kontraktor Indonesia yang sedang membetulkan jalan iaitu Ranoma. Ranoma seorang peminat fanatic Siti Nurhaliza. Maka dia tidak berhenti henti menyanyi lagu \ Siti Nurhaliza. Dan dialog yang akan diucapkan olehnya juga banyak menggunakan lirik lirik dari lagu Siti Nurhaliza. Namun sejak Aidilfitri yang semakin tiba membuatkan Renoma menjadi sedih dan pilu mengenangkan kampung halaman dan juga saudara maranya yang jauh di seberang. Maka Apek dan juga J.Lo sering menenangkan perasaan Renoma itu dengan turut menyanyikan lagu lagu Siti versi sedih dan diselitkan juga dengan lagu raya yang juga dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

Sedang mereka menceritakan masalah mereka masing masing, kelihatan Mr Sam melaui kedai itu. Mr Sam terkejut melihat ketiga tiga mereka yang amat iras dengan ketiga tiga artis naungannya yang hilang itu. Tiba tiba Mr Sam mendapat satu akal. Dia memujuk Apek , J.Lo dan juga Renoma untuk menyamar menjadi Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin. Pada mulanya semuanya menolak usul oleh Mr Sam itu, namun setelah mendengar wang yang ditawarkan kepada mereka, maka Apek dan J.Lo yang sememangnya memerlukan wang itu terus bersetuju. Namun Renoma yang kuat imannya itu tidak mahu menyertai komplot itu. Namun setelah Mr Sam menyatakan mereka akan menjayakan satu konsert hari Raya bersama Siti Nurhaliza maka Renoma terus bersetuju.

Mr Sam membawa Apek, J.Lo dan renoma ke pejabatnya. Dia mula mengajar cara cara percakapan , berjalan dan juga cara artis menjawab soalan kepada mereka bertiga. Mr Sam juga menayangkan beberapa klip dari lakonan Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin kepada mereka supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas karektor yang terpaksa mereka lakonkan. Namun bukan mudah untuk Mr Sam “mengrooming” ketiga tiga mereka. Dia terpaksa “mengeraskan” J.Lo yang lemah lembut itu untuk menjadi seperti Bob KU2 yang agak brutal. Dia terpaksa membetulkan percakapan Apek dan Renoma supaya bertutur dalam bahasa Malaysia yang sempurna. Dan yang paling mencabar ialah memakaikan mereka pakaian yang sering dipakai oleh ketiga tiga artisnya. Akhirnya mereka ini berjaya di”klon”kan oleh Mr Sam menjadi seperti. Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin.

Namun ujian pertama pada mereka adalah apabila producer David Teoh datang ke pejabat itu. David Teoh yang pada mulanya mahu memarahi Mr Sam kerana kehilangan artis artis yang telah menandatangai kontrak bersamanya untuk menjayakan filem filem mereka telah hilang, namun mereka kembali tenang setelah bertemu dengan Klon yang telah dicipta oleh Mr Sam.

Namun berbagai kekeliruan berlaku apabila Apek, J.Lo mahupun Renoma yang langsung tidak tahu menahu tentang filem membincangkan tentang filem dan kontrak dengan kedua dua producer itu. David teoh merasa amat gembira kerana ketiga tiga yang disangkakan artis itu telah meminta harga yang 300 kali lebih murah berbanding yang telah diminta oleh mereka dahulu untuk menjayakan filem filem itu. Mr Sam yang tidak dapat berkata apa apa bertambah pening dengan situasi itu. Ramai wartawan menelefon Mr Sam untuk menanyakan tentang penemuan ketiga tiga artis itu. Dan terus menjadi bahan berita terkini bahawa ketiga tiga artis itu telah ditemui dan selamat.

Di suatu rumah, kelihatan ketiga tiga artis yang dikatakan hilang iaitu Saiful Azam, Yassin dan juga Bob KU2 sedang bergembira dan sedang mengenakan pakaian raya masing masing. Mereka semua gembira kerana mahu menyambut hari raya bersama sanak saudara dan rakan mereka di kampong. Mereka juga gembira kerana berjaya mengenakan manager mereka yang selalu “cekik darah” dan selalu “songlap” wang hasil dari show mahupun filem yang mereka telah jayakan. Mereka sebenarnya mengambil keputusan untuk lari sebentar dari manager mereka supaya manager mereka insaf dan tidak lagi menindas mereka. Dan apa yang membuatkan mereka mengambil tindakan nekad itu ialah apabila manager mereka menyuruh mereka menjayakan konsert hari raya. Padahal masing masing mahu pulang beraya di kampong masing masing.Namun kegembiraan mereka itu bertukar wajah apabila tersebarnya berita tentang penemuan mereka .
Setelah David Teoh dan juga Prof beredar dari situ. Pak Tam membawa Siti Nurhaliza ke pejabat untuk meminta penjelasan pada Mr Sam tentang konsert hari raya yang akan berlangsung esok. Namun Pak tam gembira setelah melihat ketiga tiga artis sudah kembali. Renoma menjadi terkelu kerana berhadapan dengan idolanya. Atas desakan Pak Tam, Apek, J.Lo dan juga Yassin terpaksa berlatih menyanyi untuk konsert mereka esok. Maka keadaan menjadi kecoh apabila kesemua mereka menyanyi dengan sumbang. Namun lama kelamaan mereka berjaya menyanyi dengan baik sekali. Renoma cuba untuk berbual dengan Siti Nurhaliza, namun dia tidak berjaya apabila abang siti Nurhaliza sering berada disisinya. Namun renoma tetap berpuas hati kerana berjaya bertemu dengan idolanya itu.

Pak Tam mula bertanya tentang bayaran mereka. Namun belum sempat Mr sam menyatakan sebut harga Renoma menyatakan bahawa dia ikhlas membuat konsert itu dan tidak mahu sebarang bayaran untuk menjayakan konsert itu mahupun sepuluh konsert yang akan datang. Mr Sam menjadi bertambah pening kerana dia kini bukannya dapat mengaut keuntungan dengan membuat penipuan itu tetapi sebenarnya mempercepatkan proses kebankrupan syarikatnya.

Tiba tiba mereka semua dikejutkan dengan kedatangan ketiga tiga artis original iaitu Saiful Azam , Bob KU2 dan Yassin. Ketiga tiga klon iaitu Apek, J.Lo dan Renoma terus melarikan diri setelah bertentangan mata dengan artis yang sebenar itu dan meninggalkan Mr Sam seorang diri untuk membetulkan keadaan. Mr. Sam memohon maaf kepada artis artis naungannya kerana baru kini dia sedar bertapa sifat tamaknya telah membawa bencana kepada dirinya dan juga syarikat miliknya. Mr Sam berjanji akan lebih bertanggung jawab dan jujur pada artis artisnya itu.

Apek, JLo dan Renoma kembali kewarung milik J.Lo. Mereka merasa bersalah kerana turut berkomplot bersama Mr sam. Namun mereka semua merasa puas kerana masing masing mendapat keuntungan dalam penyamaran mereka. Renoma dapat bertemu dengan artis pujaannya iaitu Siti Nurhaliza. Manakala Apek dan J.Lo yang mendapat cash cek dari Producer David Teoh dan juga dari Prof. Razak Moheidi. Maka mereka semua mempunyai kenanagan Hari Raya Aidilfitri yang termanis dalam hidup mereka kecuali Apek kerana dia menyambut Hari raya Cina.

Wednesday, August 25, 2010

LAGU BUAT DEWI


Skrip ke 20

Tajuk Drama: Lagu Untuk Dewi
Skrip Oleh: Martias Ali & Adza Irdawati
Lakonan: Zamarul Hisham, Rozita Che Wan dll
Siaran : RTM (2006)

SINOPSIS
------------

Telah masuk satu tahun, Razali hidup dalam keadaan kurang siuman. Saban hari ia merasakan bahawa isterinya ada bersama dan bercakap dengannya pada hal isterinya telah hampir setahun meninggal dunia. Orang kampung menggelarnya “Zali Gila” namun pada pandangan Razali, orang kampung yang gila kerana tidak percaya yang isterinya masih hidup.

Razali merupakan seorang nelayan dan berkahwin dengan sepupunya Dewi seorang gadis jelita. Perkahwinan mereka bahagia dan sedang menanti saat-saat menimang cahayamata. Razali seorang pemuda kacak yang memiliki kebolehan bermain gitar dan menyanyi. Saban malam Ia tidak jemu-jemu menyanyikan lagu untuk isterinya. Kadang-kadang bila ilham menjelma, Razali akan mencipta beberapa lagu khusus untuk Dewi.

Dewi sering memujuk Razali menghantar lagu-lagu ciptaannya kepada syarikat rakaman, namun bagi Razali lagu-lagu ciptaannya khusus untuk orang yang ia sayangi sahaja. Tanpa pengetahuan Razali, Dewi telah merakamkan lagu ciptaan Razali ke dalam keset dan mengirim lagu-lagu tersebut ke syarikat rakaman.

Sewaktu Razali kelaut, Dewi telah menerima sepucuk surat dari syarikat rakaman yang menyatakan minat untuk megambil lagu Razali. Dewi merasa gembira namun takut untuk memberi tahu pada Razali. Lantaran itu, Dewi telah membalas surat persetujuan tanpa kebenaran Razali.

Selang beberapa minggu kemudian, Dewi telah ditimpa petaka apabila ia terjatuh. Di kala itu, Razali telah ke laut untuk menangkap ikan. Ekoran dari itu, Dewi keguguran dan kehilangan banyak darah. Dewi menghembuskan nafas terakhirnya tanpa Razali disisinya.

Razali pulang seperti biasa ke rumah, namun suasana rumahnya berubah. Jenazah isterinya telah terbaring didalam rumah. Razali yang terlalu sayangkan isterinya meratapi kematian isterinya setiap hari dan masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Akibat terlalu tertekan, Razali mulai menjadi kurang siuman.

Mulai dari hari tu, Razali sering dilihat bercakap seorang diri seperti sedang bercakap dengan isterinya. Ia membasuh baju-baju isterinya serta menyediakan makanan untuk isteri kesayanganya. Saban hari ia memujuk isterinya supaya bercakap dengannya dan ingin tahu apakah isterinya merajuk kepadanya.

Keadaan kurang siuman Razali akhirnya menjadi bahan sindiran orang kampung. Razali sering diperbodohkan dan dipermain-mainkan. Dari hari kesehari, keadaan hidup Razali menjadi semakin tidak terurus.

Beberapa bulan kemudian, lagu ciptaan Razali mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Namun tidak siapa tahu lagu tersebut adalah ciptaannya kerana pencipta lagu tersebut menggunakan nama samaran “Dewi”. Di rumah Razali walaupun mempunyai radio dan TV namun ia tidak pernah memasangnya semenjak kematian “Dewi”.

Tidak berapa jauh dari rumah Razali, terdapat rumah Pak Mail dan isterinya Che Pah yang mempunyai seorang anak dara yang sungguh jelita bernama Melati. Melati sering menjadi perhatian pemuda kampung yang tidak putus-putus menyatakan hasrat mahu menyuting Melati. Namun kesemuanya ditolak oleh Melati yang menyatakan bahawa ia masih belum mahu berumahtangga. Farid seorang pemuda kampung yang menjadi peraih ikan dianggap sebagai pemuda yang paling berjaya dan bergaya. Ia juga menyimpan hasrat mahu memperisterikan Melati. Lantaran itu ia sering mengumpan Pak Mail dan Che Pah dengan wang ringgit.

Pada suatu pagi, Melati mandi dibelakang rumah di dalam bilik air yang terletak diluar rumah. Sambil mandi Melati menyanyikan sebuah yang sedang popular di radio. Dikala itu juga Razali melintasi kawasan rumah tersebut. Ia tergamam mendengar seperti suara Dewi sednag menyanyikan lagu yang ia cipta untuk isterinya.

Dalam kotak fikiran Razali, suara itu adalah suara isterinya. Ia lantas membuka pintu bilik air dan masuk. Melati lantas menjerit dan kebetulan Farid datang untuk berjumpa Pak Mail. Farid bersama kawan-kawannya lantas membelasah Razali yang dituduh cuba mencabul kehormatan Melati.

Kerana mengenangkan Razali memang tidak siuman, orang kampung mengambil keputusan merantai Razali dirumahnya sendiri. Namun Pak Mail dan Che Pah masih berperikemanusiaan. Setiap hari ia memberi bekalan makanan kepada Razali. Walau bagaimana pun, Razali tidak mahu menjamahnya.

Che Pah menyatakan simpatinya akan nasib yang menimpa Razali kepada Melati. Melati merasa bersalah. Ia mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan Razali sambil membawa bekal makanan.

Pada pandangan Razali, kehadiran Melati adalah kehadiran isterinya. Razali mulai mejamah makanan yang disuapkan oleh Melati. Sedikit demi sedikat keadaan Razali semakin pulih. Melati telah membersihkan Razali dengan mencukur dan memberi Razali baju bersih. Perasaan belas kasihan Melati lama-lama menjadi sayang.

Sesekali Razali menyuruh Melati menyanyikan lagu yang sering ia nyanyikan. Didalam rumah Razali terdapt selonggok surat yang masih belum dibuka. Melati merasa hairan kerana kebayakan suar tersebuat datangnya dari syarikat rakaman. Namun Melati tidak membuka surat tersebut.

Che Pah mengamuk apabila Melati sering menceritakan tentang Razali. Che Pah mahu Melati mengahwini Farid. Namun Melati menolak. Tanpa pengetahun Pak Mail, sebenarnya Che Pah banyak meminjam wang daripada Farid untuk membeli barang kemas dan beberapa barang lain. Che Pah takut jika Farid tidak menjadi menantunya, ia terpaksa membayar hutang yang banyak kepada Farid.

Kesihatan Razali semakin beransur pulih semenjah kehadirian Melati. Namun Razali kecewa kerana Melati(yang di sangka isterinya) sering kerumah Che Pah hingga tidak pulang di waktu malam. Razali menjadi berang dengan sikap Melati yang mengabaikan rumahtangga.

Perasaan Razali semakin berang apabila Che Pah sering memerahi “isterinya” dan menyebabkan Razali mengamuk. Kerana kuatir sesuatu akan berlaku kepada Melati, Che Pah memaksa Melati menerima pinangan Farid sebagai alasan demi menjaga keselamatan mereka semua. Namun Melati menolak keras desakan orang tuanya.

Pada suatu malam Melati kerumah Razali dengan harapan agar Razali dapat menerima bahawa isteri sebenarnya telah tiada. Namun kehadirian Melati ke rumah Razali telah diserbu oleh orang kampung yang mengatakan bahawa Melati menjalani hubungan sulit dengan Razali. Ketua kampung mendesak supaya mereka berkahwin.

Disebabkan peristiwa itu, Farid menjadi berang dan memaksa Che Pah membayar segala hutang piutangnya dengan segera.

Disaat kritikal itu Razali terdengar temubual penyanyi “lagu untuk dewi” menceritakan bagai mana seorang gadis bernama Dewi telah memberikan lagu itu kepadanya sebelum ia meninggal dunia. Setelah mendengar lagu itu di radio barulah Razali menyedari bahawa isterinya telah tiada.

Razali membuka semua surat yang di kirim dan mendapati terdapat banyak wang royalty di dalam sampul surat tersebut. Ia kemudian menemui Che Pah dan membantunya menyelesaikan segala hutangnya kepada Farid dan berhasrat untuk mengahwini Melati.