Showing posts with label penulis skrip. Show all posts
Showing posts with label penulis skrip. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod


Skrip ke 28

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod
Skrip Oleh : Adza Irdawati & Martias Ali
Arahan: Martias Mohd Ali
Penerbit : K&S Vision Sdn Bhd & Martias Entertainment
Siaran : RTM1 (Januari, 2007)

Pelakon
Ciko Harahap sebagai Harith
Joey Daud sebagai Joie
Acong “Sweetchild” sebagai Azhar
Louis Iskandar sebagai Alberth
Dayang Erema sebagai Ana
Mak Jah sebagai Datin K
Adza Rinawati sebagai Rina

Sitkom Suasana merupakan sebuah sitkom muzikal dan menampilkan barisan pelakon yang terdiri dari artis artis rakaman seperti Cico Harahap, Joey Daud, Acong Sweetchild, Louis Iskandar dan juga Dayang Erema. Proses pemilihan pelakon telah mengambil masa kira-kira sebulan di mana lebih dari 60 orang pelakon telah di ujibakat yang mana kateria pemilihan utama memerlukan kesemua pelakon harus boleh menyanyi sebagai syarat utama biarpun sebagai watak sampingan ataupun watak extra.
Bagi proses penjiwaan watak, kesemua pelakon utama telah diberi kursus “Character Development” selama 2 minggu di mana mereka harus mengenal watak masing-masing dengan sepenuhnya.
Sitkom ini juga tidak di lakukan di dalam studio sebagai mana lazimnya. Sebuah kafe telah disewa selama 1 bulan dan di ubah suai untuk proses pengambaran bagi mengwujudkan suasana kafe yang berlainan dan ceria. Proses penataan cahaya juga melalui proses “rigging” dimana lampu-lampu di pasang secara kekal.

Konsep
Konsep Sitkom Suasana menggabungkan suasana persahabatan dan juga muzikal yang digarap dalam situasi sebuah kafe bernama Kafe Suasana yang telah ditulis oleh Martias Mohd Ali yang juga bertindak sebagai pengarah. Skrip pula ditulis oleh Adza Irdawati Adenan dan mempunyai 5 babak dan tidak seperti sitkom biasa yang hanya menggunakan 3 babak sahaja. Ia juga menggabungkan sedikit konsep dari sitkom ternama Friends dan juga Ally Mc Beal. Konsep warna hijau yang dapat dilihat di dalam sitkom ini melambangkan suasana aman dan damai.
Sitkom ini agak berlainan dari sitkom-sitkom lain yang pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan di mana ceritanya berkait di antara satu dengan yang lain.

Apa yang dapat dibanggakan adalah, sitkom ini tidak langsung menggunakan pelakon/pelawak yang sedia ada yang sering dilihat di sitkom-sitkom tempatan. Satu lagi kelainan di dalam sitkom ini adalah, tidak adanya kesan bunyi ketawa (sound efx) yang lazimnya di guna pakai di dalam penerbitan sitkom-sitkom tempatan. Sitkom ini juga tidak menggunakan dialog-dialog jenaka tetapi lebih menumpukan kepada situasi yang bakal membuatkan penonton tidak kering gusi.
Ini merupkan sitkom pertama yang diarahkan oleh Martias Mohd Ali yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis skrip dan pernah memenangi Anugerah Skrip Terbaik menerusi drama Anak Penarik Beca dan juga drama terbaik Hari-hari Terakhir Seorang Wanita. Kecenderungan untuk menerbitkan sitkom bermutu dimasa depan telah membawa En Martis Mohd Ali bertemu dengan Marc Cherry penulis dan pencipta sitkom Desperate Housewife sewaktu menghadiri Screenwriting Expo 5 bertempat di Hollywood Los Angels pada 19hb- 24hb Oktober yang lalu.

Wednesday, April 7, 2010

DRAMA "SECANGKIR AIR, SETEGUK USIA.."



SKRIP kedua

Tajuk Skrip: SECANGKIR AIR SETEGUK USIA
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan

Drama "SECANGKIR AIR, SETEGUK USIA adalah hasil skrip saya yang kedua yang saya tulis .

SECANGKIR AIR SETEGUK USIA mengisahkan tentang Datin Norin yang terlalu obses dengan kecantikan. Pelbagai kaedah dan pembedahan telah dilakukannya untuk membuatkan dirinya menjadi sentiasa jelita. Walaupun suaminya Dato Faizal tidak bersetuju dengan isterinya namun dia hanya mendiamkan dirinya dan mengikut segala permintaan isterinya itu.

Suatu hari Datin norin telah didatangi oelh seorang lelaki yang menawarkan kecantikkan yang tiada tolak bandingnya dengan hanya minum dari air ajaib dari cangkir antik yang dibawanya. Pada mulanya Datin norin agak skeptikal dengan kata kata lelaki itu. lelaki itu menyatakan bahawa dia memberi segelas minuman secara percuma dan Datin Norin tiada apa apa kerugian jika air itu tidak mujarab. Datin Norin kemudian meminum air itu dan lelaki itu terus beredar dari situ.

Malam itu Datin Norin menghadiri sebuah keramaian bersama Dato faizal dan semua hadirin disitu terkejut dan amat kagum dengan kecantikkan datin Norin. Datin Norin hairan dan melihat dirinya di cermin dan dia terkejut apabila dirinya menjadi sepuluh tahun lebih muda dan lebih cantik dari sebelumnya. datin Norin kini percaya kepada air cangkir milik lelaki itu.

Keesokkann paginya Datin Norin mencari lelaki itu di merata tempat namun gagal. Dia akhirnya pulang kerumah dn terkejut melihat lelaki itu berada di hadapan rumahnya. Datin Norin meminta untuk meminum air ajaib dari cangkir itu namun kali ini lelaki itu meminta bayaran. datin Norin terus membayarnya.

Begitulah rutin harian Datin Norin. setiap hari dia akan minum air ajaib dari cangkir ajaib itu dan setiap tegukan air itu membuatkan usianya menjadi lebih muda dan cantik. Namun semakin lama semakin tinggi harga yang dikenakan lelaki itu.

Dato Faizal hairan dengan perubahan isterinya itu. dia juga menyedari bahawa wang di akaun isterinya susut dengan mendadak.Dato Faizal juga hairan dengan kecantikan luar biasa isterinya itu.

Datin norin kehabisan wang dan meminta lelaki itu menurunkan harga bagi air ajaib itu namun lelaki itu enggan. datinNorin marah lalu menyatakan dia tidak mahu lagi berurus niaga dengan lelaki itu. lelaki itu berlalu . keesoakkan paginya datin Norin bangun dan terkejut apabila mendpati dirinya kini menjadi seorang wanita yang sangat tua dan juga buruk. Datin Norin sedar ini adalah akibat dari tidak meminum air ajaib itu. Dia akhirnya merayu lelaki itu untuk mendapatkan khidmatnya semula.

Datin Norin menjadi semakin obses dengan air ajaib dari cangkir ajaib itu. setelah semua wangnya habis kini Datin Norin menggunakan wangnya suaminya pula.

Dato faizal terkejut apabila menhetahui hampir kesemua wang simpanannya digunakan oleh isterinya lalu membekukan akaunnya. Lelaki itu kini nekad mahu mengenakan bayaran yang terlalu tinggi kepada Datin Norin dan datin Norin semakin terdesak apabila dirinya berubah menjadi tua pada setiap minit. Namun akhirnya Datin Norin gagal mendapatkan untuk membayar lelaki itu. Lelaki itu menyatakan dia tidak lagi mahu berurus niaga dengan orang yang tidak dapat membayarnya. datin Norin marah dan terus memaki hamunnya. Lelaki itu kemudian terdiam dan akhirnya bersetuju untuk memberikan air minuman terakhir kepada Datin Norin namun kali ini dari cangkir yang lain pula lalu dia terus berlalu dari situ.

datin Norin mengambil cawan yang berisi air ajaib itu dan terus meminumnya.

Dato faizal terkejut apabila pulang kerumah dan mendapati seorang nenek tua yang kelihatan berumur seperti ratusan tahun berada dirumahnya. datin Norin menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi hinggalah kepada air terakhir yang telah dimunumnya yang tidak membuatkan dirinya cantik namun telah menjadikan dirinya menjadi seorang wanita yang amat tua. Kerana terlalu mencintai isterinya Dato Faizal minum lebihan air di dalam cawan itu. Datin Norin menjerit namun tidak sempat menghalang suaminya itu.

Akhirnya kelihatan Datin Norin dan Dato Faizal yang sama sama kelihatan amat tua menangis dan berpelukan.

Di satu tempat yang lain kelihatan lelaki itu sedang menawarkan air ajaib dari cangkir ajaibnya kepada seorang wanita kaya yang lain.

Drama Pertama bertajuk FAIL 578



SKRIP Pertama

Tajuk Drama: Fail 578
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan

Hampir 55 buah drama termasuk drama bersiri dan beberapa buah Filem telah saya tulis dan co write bersama suami dan team penulis saya... Drama berjudul "OPEN FILE" merupakan drama pertama yang saya tulis iaitu pada tahun 1996..

FAIL 578 menceritakan tentang Maliq seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat swasta yang agak malas namun amat bijak dalam IT. Dia juga amat bijak memecahkan semua kod kod di mana mana komputer sahaja. Walaupun Maliq seorang yang malas namun dia pandai membodek Bossnya. Itu yang membuatkannya amat disenangi oleh majikannya itu. Ini membuatkan semua rakan sekerja Maliq membencinya.

Pada suatu hari Maliq tertidur di satu sudut didalam pejabatnya dan tidak menyedari bahawa telah tiba tamat waktu kerja. Rakan rakan sekerjanya mengambil keputusan untuk mengenakan Maliq. Mereka semua keluar dari pejabat dan terus mengunci Maliq di dalam pejabat itu dan pulang.

Maliq sedar dari tidur dan terkejut mengetahui bahawa dia telah terkunci di dalam pejabat dan tidak dapat keluar. Maliq mencuba pelbagai cara namun dia tetap gagal untuk keluar dari pejabat itu.

Maliq terpaksa menerima hakikat bahawa dia kini terpaksa bermalam di pejabatnya.

Oleh kerana terlalu bosan, Maliq bermain game di komputernya namun kerana terlalu bosan Maliq mengambil keputusan untuk meng"hack" semua komputer teman teman sekerjanya. Maliq gembira kerana berjaya menyelongkar beberapa fail yang mempunyai rahsia peribadi rakan rakannya itu. Akhirnya maliq mengambil keputusan untuk meng"hack" komputer bossnya. Maliq terkejut apabila dia dapat membuka semua fail di dalam komputer majikannya itu namun gagal menyahkodkan satu fail iaitu "FAIL 578" , Ini membuatkan maliq merasa curiga dan mencuba pelbagai cara untuk menembusi fail itu dan akhirnya dia berjaya. Maliq terkejut apabila mendapati fail itu memiliki semua bahan bahan bukti penyelewengan majikannya. Belum sempat maliq meneliti fail itu tiba2 pegawai sekuriti yang datang membuat rondaan tiba dan meminta supaya Maliq keluar dari pejabat itu.

Mulai dari hari itu Maliq yang pemalas bertukar menjadi sangat rajin. dia yang pertama tiba di pejabat dan yang terakhir untuk keluar dari pejabat itu .

Akhirnya Maliq berjaya menumpaskan semua penyelewengan majikannya sehingga menyebabkan majikannya dibuang kerja. kini Maliq telah dinaikkan pangkat yang tinggi dan semuanya berjalan dengan baik sehinggalah satu hari dia terkunci lagi dipejabatnya...