Showing posts with label RTM1. Show all posts
Showing posts with label RTM1. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

HIJRAH SABRINA


Skrip Ke 40

Tajuk Drama: HIJRAH SABRINA
Skrip : Adza Irdawati & Martias Ali
Siaran: RTM 2010

SINOPSIS

Shawn pulang ke Malaysia dengan membawa bersama isterinya Sabrina seorang warga British yang dinikahinya sewaktu menuntut di kota London. Namun ia langsung tidak menceritakan perkara tersebut kepada YB Karim dan Puan Noor iaitu ayah dan ibunya. YB Karim dan Puan Noor mempunyai agenda tersendiri iaitu mahu mengahwini Shawn dengan Camelia seorang model terkenal anak kepada Datuk Zakaria yang juga seorang ahli perniagaan berjaya.

YB Karim berharap melalui ikatan ini dapatlah ia menyelamatkan perniagaannya yang kini mengalami krisis kewangan. Kerana telah berjanji dengan Datuk Zakaria, YB Karim dan Puan Noor merahsiakan status Shawan dari mereka.

Sabrina dilayan dengan hina oleh Puan Noor yang menganggap bahawa Sabrina telah merosakkan ikatan kekeluargaan mereka. Kak Milah, orang gaji YB Karim mejadi tempat untuknya mengadu. Sabrina cuba mencari apakah cara hidup islam hadari. Kesungguah Sabrina menyebabkan Kak Milah sering membawa Sabrina ke surau untuk mendengar kuliah subuh. Tanpa ia sedari bahawa imam disurau itu adalah Malik seorang pemuda yang pernah jatuh hati kepadanya sewaktu mereka menuntut dahulu. Namun Malik sanggup mengorbankan perasaanya bila mengetahui bahawa Sabrina menyintai Shawn yang juga rakan karibnya.

Sabrina dilayan seperti seorang hamba tebusan di dalam rumah mewah itu. Puan Noor lebih menganggap Sabrina tidak lebih dari dalah seorang dari orang gajinya dan masih beranggapan bahawa Shawn masih bujang dan bakal mengahwini Camelia.

Dari kecil Camelia disemaikan dengan kata-kata bahawa ia bakal mengahwini Shawn bila tima masanya kelak hinggakan Camelia merasa suratan hidupnya bersama Shawn telah tertulis. Camelia telah menutup pintu hatinya pada mana-mana lelaki selain dari Shawn. Namun pada masa yang sama Haiqal seorang pegusaha fasion tanahair menaruh hati padanya. Haiqal menggunakan kecantikan Camelia untuk ia mendapatkan perhatian penggiat fesyen yang berpusat di Paris.

Puan Norr dan YB Karim terang-terang di hadapan Sabrina mengaturkan pertunangan Shawn dengan Camelia. Apabila Sabrina bertanya Puan Noor dengan tegas mengatakan bahawa seorang lelaki Islam boleh berkahwin sehingga empat orang.

Melihatkan Sabrina dihina didepan mata Shawn menyebabkan Shawn hilang sabar dan memarahi ibunya. Tindakan itu menyebabkan Puan Noor “pura-pura” jatuh sakit. Kerana menyesali dengan perbuatannaya meyebabkan Shawn cuba menjaga hati ibunya semula. Peluang ini di ambil oleh Puan Noor bila mana ia telah menghalau Sabrina keluar dan memberitahu Shawn bahawa Sabrina sudah tidak tahan dengan adat orang timur. Berbekalkan kepada surat “palsu” yang ditinggalkan oleh Sabrina menyebabkan Sabrina merelakan pemergian Sabrina.

Dalam hilang arah tuju, Sabrina telah bertemu dengan Malik secara tidak sengaja. Malik membawa Sabrina ke rumah ibunya dan di sana Ibu Sabrina menjaga Sabrian denga baik dan ia mulai mendalai agama Islam.
Namun semenjak ketiadaan Sabrina, Shawn mula merinduinya. Shawn mulai sedar bahawa ia masih menyintai Sabrina. Namun demi menjaga hati Puan Noor, Shawn menurut sahaja kehendak mereka.

Haiqal mendapat surat tawaran kontrak dari Paris yang mahukan ia membawa Camelia dan koleksi fesyennya ke sana. Ia terus menyampaikan berita gembita tersebut kepada Cemelia yang telah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang model profesional antarabangsa. Kini Camelia terbelengu di antara cita-cita dan “cintanya”.

Mendapat tahu bahawa Camelia mendapat tawaran dari Paris, Puan Noor mencadangkan supaya Shawn terus mengahwini Camelia sebelum Camelia membuat keputusan untuk ke luar negara.

Haiqal yang tidak mahukan cita-citanya musnah terus membocorkan rahsia kepada Tan Sri bahawa Shawn sebenarnya telah berkahwin. Tan Sri terkejut dengan berita terbaru itu dan menyerahkan keputusan kepada Camelia. Camelia kini terpaksa menimbangkan apakah “berbaloi” ia mengahini Shawn lantas terus bertanyakan kepada Shawan apakah ia menyintainya. Shwan pasrah dengan pertanyaan tersebut dan menyatakan bahawa ia menyintai Sabrina. Kak Milah kemudian menceritakan hal yang sebenar yang menyebabkan Sabrina keluar dari rumah.

Shawn nekad mencari Sabrina dan bertemu dengan Malik. Malik marah dengan tindakan Shawn yang mengabaikan Sabrina menyatakan bahawa Sabrina telah kembali ke kota London. Malik mengambil keputusan untuk ke Kota London bagi mencari Sabrina. Namun pemergiannya hanya sia-sia kerana Sabrina telah menyertai pasukan sukarela ke Iraq.

MAK YONG


Skrip Ke 39

Tajuk Drama: MAKYONG
Skrip : Adza Irdawati, Adza Nasyaemie & Martias Ali
Penerbit: Jurey Rosli & PTVM
Siaran: RTM (sedang keudara di RTM sekarang)

SINOPSIS

Pergolakan di sempadan Thailand telah membawa Munah dan anak gadisnya Fatimah ke Malaysia setelah suaminya telah terbunuh dalam satu pengeboman oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.Rachman membawa mereka menyeberangi sempadan dan terpaksa membunuh temannya Amit kerana mensyaki bakal membocorkan rancangan penghijrahan Munah dan fatimah itu.Namun tanpa pengetahuan rachman, Amit hanya cedera parah namun telah diselamatkan oleh seorang jurulatih pasukan tomoi.

Munah dan Fatimah menumpang dirumah sepupu Munah Sibon di bachok Kelantan. Sibon merupakan satu satunya Tok dalang buta yang disanjung dan dihormati di Kelantan.Anak Sibon pula merupakan seorang penari Makyong terhebat dan dianggap bakal menjadi primadona Makyong di suatu hari nanti.

Kehadiran mereka berdua menggembirakan fatimah. Namun masa berlalu pantas dan apabila Fatimah mulai lebih mengusai Makyong dan kini semua tumpuan lebih tertumpu kepada Fatimah dan zaman kegelapan Zubaidah kini muncul dan ini membuatkan Zubaidah membuat rancangan untuk mengusir mereka dari situ.

Dalam masa yang sama Azim seorang penuntut jurusan seni dari Kuala Lumpurtiba disitu untuk membuat thesisnya tentang tarian Makyong. Lama kelamaan hati Azim terpaut kepada Fatimah tanpa menyedari bahawa Zubaidah terlebih dahulu telah jatuh cinta pandang pertama terhadapnya.

Sibun pula merasakan Azim layak untuk menggantikan tempatnya sebagai tok dalang, namun niatnya itu telah membuatkan pengikutnya marah kerana mereka rasa mereka lebih lama bersama Sibun dan lebih layak untuk menggantikan tempat Sibun sebagai Tok Dalang. lebih lebih lagi mereka marah kerana Azim tidak berdarah dan berasal dari Kelantan.

Sementara itu Amit yang telah pulih sepenuhnya telah belajar Tomoi dan menjadi yang terbaik. Kini dia merantau sekeliling malaysia bersama pasukan tomoinya memasuki pertandingan tomoi sambil cuba menjejaki rachman untuk membalas dendam.


Episod 1
Tahun 1998, Sitpong (50an) terbunuh di dalam satu letupan yang di rancang di sepadan Negara Thailand. Atas nasihat dari penduduk kampung, Munah (40an) di suruh lari meninggalkan Thailand bersama anak perempuannya Fatimah (20an). Ada segelintir penduduk menganggap Sitpong sebagai duri dalam daging dan banyak terlibat di dalam kancah pergolakan di sempadan Siam itu.
Ratchman kekasih Fatimah membawa Munah dan Fatimah menyeberangi sungai Golok untuk melarikan diri. Ratchman sanggup berbuat apa sahaja demi melihat Fatimah dan juga Munah selamat. Ini termasuk membunuh salah seorang kawannya Amit, yang di kuatiri bakal membongkarkan rahsia penghijrahan Fatimah bersama ibunya Munah. Ratchman menembak Amit dan terus jatuh ke dalam sungai Golok.
Sesampai di sempadan Munah terus di bawa ke Tumpat, tempat di mana Ratchman mahu menyembunyikan mereka berdua. Namun Munah kemudian meminta pemandu tersebut membawa dia ke Bachok di mana dia mempunyai seorang saudara yang menetap di sana. Fatimah kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Amit. Namun Amit berjanji dia akan mencari Fatimah di suatu hari nanti.
Munah tiba di rumah Sibun, seorang warga Siang yang telah lama bermastautin di Kelantan dan kini menjadi rakyat Malaysia. Sibun merupakan seorang yang sangat disanjung tinggi oleh penduduk setempat kerana kecekapannya bermain wayang kulit dan lancar bercerita seperti seorang tok dalang yang hebat. Namun bukan itu yang menyebabkan dia disanjungi dan di kagumi. Dia dikagumi kerana dia adalah satu-satunya tok dalang yang cacat penglihatan. Kedua matanya buta kerana di belasah di dalam satu perlawanan tomoi sewaku di masih muda dahulu.
Sibun dan Zubaidah iaitu anak gadisnya terpaksa menyembunyikan Munah dan Fatimah untuk beberapa ketika bagi mengelakkan dari mereka berdua di berkas oleh pihak yang bertanggung jawab.

Dalam masa yang sama Azim seorang pelajar jurusan muzik di sebuah pusat pengajian tinggi, telah menyertai kumpulan pemuzik Makyong sebagai sesi prektikal dan juga untuk membuat thesis pengajiannya. Azim mula merapati Zubaidah sehingga Zubaidah mulai tertarik pada Azim.
Episod 2
Kehadiran Fatimah dan Munah telah menceriakan Zubaidah. Zubaidah kini tidak lagi kesaorangan apatah lagi ibunya baru sahaja meninggal dunia setahun yang lampau. Darah seni yang ada pada Sibun turut megalir pada Zubaidah. Zubaidah merupakan seorang penari Makyong yang di sebut sebut bakal menjadi primadona dan pelapis seni budaya Kelantan suatu masa nanti.
Zubaidah sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian dan budaya. Fatimah tertarik dengan kehebatan Zubaidah menarik Makyong sehingga telintas untuknya meniru dan mencuba tarian tersebut. Hinggalah pada suatu hari Zubaidah terlihat Fatimah menari Makyong sendirian lantas Zubaidah menawarkan diri untung mengajar Fatimah. Fatimah amat gembira dengan pelawaan Zubaidah. Ternyata lenggok dan tari Fatimah lebih cantik dan lembut berbanding dengan dirinya sendiri.
Dalam pada itu Amit yang di anggap telah mati rupanya masih hidup selepas di selamatkan oleh Sintrak seorang jurulatih tomoi yang terlihat dia terdampar di tebing sungai. Setelah pulih, Amit nekad untuk membalas dendam ke atas Ratchman. Ratchman pula telah bersiap untuk mengekori Fatimah dan mahu melamarnya menjadi isteri.
Ratchman sampai ke Tumpat, namun dia mendapati bahwa Munah dan Fatimah tidak berada di situ. Ratchman kecewa, namun dia terus mencari mereka dari satu daerah ke satu daerah yang lain. Tanpa dia sedari, Amit juga sedang memburunya juga. Munah sering sendirian mengenangkan suaminya yang telah terbunuh. Sibun cuba menceriakan Munah dengan persembahannya serta gurauannya di dalam setiap persembahan.
Beberapa teman rapat Sibun menyuruh Sibun mengambil Munah sebagai isteri setelah sekian lama dia menduda. Namun Sibun enggan kerana dia takut di tuduh mahu mengambil kesempatan. Dalam pada itu, Fatimah semakin mahir menari dan menyanyi Makyong.
Sintrak pula sedang sibuk melatih pasukannya yang akan membuat beberapa siri perlawanan di negeri Kelantan. Amit memujuk Sintra untuk turut serta bagi membolehkan dirinya mencari Fatimah secara tidak langsung. Kerana menyimpan perasaan ingin membalas dendam, Amit mendalami sukan tomoi secara serius sehingga Sintrak terpesona dengan kehebatan Amit. Akhirnya Amit terpilih untuk menyertai pasukan tomoi Sintrak.

Episod 3
Satu majlis keramaian akan diadakan. Zubaidah dan Sibun telah di jemput bagi membuat persembahan. Namun tiba-tiba Zubaidah diserang demam panas. Zubaidah memujuk Fatimah untuk menggantikan tempatnya. Setelah dipujuk akhirnya Fatimah bersetuju. Pada mulanya kumpulan Makyong meragui akan keupayaan Fatimah. Namun setalah mereka melihat kelembutan serta kemerduan suara Fatimah, mereka mulai merasakan bahwa Fatimah lebih hebat dari Zubaidah.
Banyak jemputan meminta Fatimah menjadi penari Makyong sehingga Zubaidah mulai merasa tersisih serta tercabar. Zubaidah mulai merasa kesal kerana mengajar Fatimah Makyong. Azim secara tiba-tiba mulai menaruh hati pada Fatimah. Tanpa Azim sedari selama ini bahawa Zubaidah telah lama jatuh hati kepadanya.
Satu hari Azim datang untuk menjengok Sibon untuk belajar cara bermain wayang kulit. Di situlah Zubaidah mulai mengesyaki bahawa Azim telah jatuh hati pada Fatimah. Fatimah kini mulai menaruh dendam terhadap Zubaidah. Namun berlainan dengan Sibun yang beranggapan bahawa Azim mempunyai potensi untuk mewarisi bakat tok dalang yang ada pada dirinya itu.
Zubaidah mulai berubah menjadi seorang diktator di dalam rumahnya. Dia sering menyuruh Fatimah melakukan kerja-kerja rumah sehingga Fatimah tidak mempunyai waktu untuk membuat latihan serta mengadakan persembahan. Zubaidah terus mencuba untuk mendekati Azim namun Azim lebih memberi perhatian kepada Fatimah.
Sibon menyatakan kepada rakan-rakannya yang dia mahu bersara dari menjadi tok dalang dan mencadangkan untuk Azim mengganti tempatnya. Kenyataan tersebut telah menyebabkan Kamal seorang pemain gendang merasa kecewa. Dia beranggapan yang dia lebih layak menjadi tok dalang kerana dia sudah lama bersama Sibun dan juga dia adalah orang Kelantan sejati berbanding dengan Azim yang bukan berdarah Kelantan.
Kamal terus beranggap bahawa Sibun telah di pengaruhi oleh Fatimah dan ibunya Munah di dalam membuat keputusan. Perkara ini telah membuka peluang untuk Zubaidah yang memusuhi Munah dan Fatimah untuk dia terus merapati Azim. Munah dan Fatimah mulai di perlaku seperti hamba di rumah tanpa pengetahuan Sibun yang tidak mampu melihat apa-apa.
Sementara itu Amit semakin garang menewaskan lawan dari satu daerah ke satu daerah yang lain. Destinasi pertarungan seterusnya adalah di Bachok di mana Fatimah dan Munah berada dan membolehkan dia bertemu dengan Ratchmen.

Episod 4
Kamal tidak berpuas hati dengan Azim. Dia lantas memberi kata putus kepada Azim untuk meninggalkan bumi Kelantan. Namun Azim berkeras kerana mahu menghabiskan sesi prektikal serta thesisnya. Kerana keenggannya, Azim kemudian telah di belasah Kamal dan beberapa orang lain.
Azim menggagahi dirinya pergi ke rumah Sibun. Munah dan Fatimah merawat Azim yang cedera teruk tanpa pengetahuan Zubaidah. Mereka menyembunyikan Azim di sebuah bangsal. Di sinilah Azim meluahkan perasaan cintanya pada Fatimah. Sedikit demi sedikit, Fatimah juga telah jatuh hati pada Azim.
Sibun kehairanan kerana Azim tidak datang bertemu dengannya bagi mempelajari ilmu seorang tok dalang. Akhirnya Munah menceritakan bahawa Azim sedang di rawat di bangsal belakang rumah. Sibun kemudian bertemu dengan Azim. Demi untuk menjaga keselamatan Azim, Sibun lantas mengajarnya ilmu persilatan tomoi. Walaupun Sibun seorang buta, tetapi mata hatinya dapat mebaca setiap pergerakan sehingga Azim tergamam melihat kehebatan Sibun.
Ratchman mendapat berita bahawa Munah dan kekasihnya berada di daerah Bachok. Dia lantas bergegas ke sana. Setiba di sana dia bertemu dengan Zubaidah dan bertanyakan perihal Fatimah. Zubaidah meminta Ratchman berjanji supaya membawa Fatimah dan Munah keluar dari Bacok selepas dia membawa Ratchman bertemu mereka berdua. Ratchamn setuju dengan perjanjian tersebut.
Namun niat Rathman terbantut apabila mendengar cerita bahawa Amit beradi di rumah Sibun setelah mendapat maklumat bahawa Fatimah dan Munah berada di situ. Amit telah menawan Fatimah dan Munah dan berlakulah satu pergaduhan dengan Ratchman sehingga Rathman cedera parah.
Kerana terus berdendam, Amit telah memperkosa Fatimah di hadapan Rathman. Rathman dan Fatimah telah di jumpai terikat di satu kawasan hutan belukar. Dendam Amit kini terbalas.
Azim merasa marah kerana Amit telah memperkosa Fatimah lalu mencabar dia untuk bertarung di tomoi sehingga ke titisan darah terakhir. Sibun mendapat tahu bahawa jurulatih tomoi yang membimbing Amit adalah Sintrak musuh lamanya yang menyebabkan dia menjadi buta

Episod 5
Zubaidah mulai menjadi serba salah kerana menjadi punca kejadian tersebut. Zubaidah bertemu dengan Amit supaya tidak mengapa-apakan Azim. Namun Zubaidah telah di jadikan mangsa rakus Amit. Zubaidah akhirnya di jadikan tebusan oleh Sintrak.
Malam perarungan di antara Azim dan Amit berlangsung dengan sengit. Namun kepantasan Azim dan juga semangat juang yang tinggi menyebabkan Amit tewas. Sintrak marasa malu kerana anak didiknya tewas kepada anak murid musuh lamanya.
Sintrak memberi syarat untuk membebaskan Zubaidah jika Sibun mahu bertarung dengannya. Munah keberatan untuk mengizinkan. Azim pula cuba melawan Sintrak namun tewas juga. Akhirnya Sibun menerima pelawaan Sintrak.
Perlawanan tersebut telah berlangsung dengan hebat dan Sintrak banyak membelasah Sibun. Namun kekuatan mata hati Sibun akhirnya berjaya juga menewaskan Sintrak.
Pihak berkuasa tiba dan memberkas Amit dan Sintrak. Zubaidah menjadi separuh gila. Azim merelakan untuk melepaskan Fatimah bagi merestui cinta Ratchman dan Fatimah. Sibun kemudian mengistiharkan Azim sebagai pengganti tok dalang jika dia tiada nanti.

Tuesday, November 23, 2010

IDRIS BECA - 13 Episod



Skrip ke 31
Tajuk Drama: IDRIS BECA
Durasi: 13 episod X 30 min

Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
Penerbit : En Jurey Rosli

Syarikat: World Evolution Brain (WE
B)
Lakonan: Wan Hanafi Su, yus Waizar, Kamaliah mat Dom, Damien dll.
Siaran : RTM 2007
Di atas kejayaan telemovie "ANAK PENARIK BECA" skrip oleh Martias Ali dan arahan oleh En Jurey Rosli di dalam memenangi beberapa award di Anugerah Sri Angkasa, maka sebuah novel adaptasi dari drama ini dan juga sebuah drama bersiri 13 episod berjudul "IDRIS BECA" telah direalisasikan. Drama IDRIS BECA menceritakan kehidupan Idris semasa kecil hingga dewasa dan sehinggalah dia bekerja sebagai penarik beca dan digelarkan Idris beca oleh semua teman temannya.

Sinopsis Setiap Episod

Episod 1

Kamal (anak Idris) baru sahaja berkerja di sebuah syarikat. Ia kemudian meminta supaya Idris berhenti dari berkayuh beca dan berjanji akan membantu keluarganya.Namun Idris menjadi serba salah. Ia kemudian bertemu Malik dan Haji Deraman. Mereka juga menasihatkan Idris supaya bersara. Idris kemudian bersetuju dengan pandangan kawan-kawannya itu memandangkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Keesokan harinya Idris tidak dapat duduk senang dirumah. Ia mulai resah. Lantaran ia membersihkan dan membetulkan beca kesayangannya itu. Setelah agak keletihan ia terus duduk lalu terlelap di atas becanya itu. Idris terus dibuai pelbagai mimpi yang kenangan silamnya bersama beca tuanya itu (recap babak dalam telemovie Anak Penarik Beca)
Bila terjaga dari mimpi, Idris mengambil keputusan untuk kebandar dengan becanya. Namun di dalam perjalanan menuju ke bandar, ia telah terlibat dalam kemalangan. Idris cedera dan terus dibawa ke hospital.

Dalam pada itu seorang pemuda Inggeris ( Mathias Heweitt ) telah sampai di bandaraya Melaka dan terus mencari Idris Beca dengan bertanya kepada orang-orang beca di bandar. Mereka mengatakan bahawa Idris baru sahaja kemalangan dan kini sedang dirawat di hospital.Tulang kaki Idris yang pernah patah dahulu kini retak semula. Doktor menasihatkan Idris terus bersara dari mengayuh becanya. Namun Idris berkeras untuk keluar dari hospital dan hanya mahu di rawat di rumah. Mathias Heweitt tiba di hospital dan mendapati Idris telah keluar.

Episod 2

Kamal menjadi berang dengan keputusan Idris untuk pulang ke rumah. Ia kemudian menyewa sebuah lori untuk membawa beca tersebut ke pusat pembuangan sampah. Dalam pada itu tiba-tiba muncul Mathias Hewitt di rumah. Mathias Hewitt adalah seorang wartawan bebas yang berasal dari kota London. Ia menceritakan bahawa ayahnya seorang pegawai Inggeris di Malaysia dahulu meminta ia mencari “Idris Beca” dan membuat catatan tentang kisah hidup Idris Beca untuk disiarkan kepada masyarakat di negaranya.

Lama-kelamaan barulah Idris menyedari bahawa pegawai Inggeris tersebut pernah terhutang nyawa kepadanya suatu masa dahulu. Idris kemudian mulai bercerita kisah hidupnya itu.Penceritaan Idris bermula di tahun awal 50an di kala Idris berusia dalam lingkungan 11 tahun. Ayahnya (Pak Ehsan) merupakan seorang nelayan laut yang kuat berkerja dan kuat semangat. Kehidupan mereka agak susah kais pagi makan pagi dengan pendapatan yang tak menentu. Idris yang mempunyai seorang abang berusia 14 tahun bernama Yahya sentiasa membantu ayahnya turun ke laut menangkap ikan. 

Tiap-tiap hari selepas sembahyang maghrib Idris akan di hantar ke rumah Haji Ishak untuk belajar mengaji dan juga bersilat. Ia berkawan pula dengan Deraman anak Haji Ishak. Musim tengkujuh menjelang lagi. Namun Pak Ehsan tetap degil untuk turun ke laut walaupun isterinya Rogayah menghalang. Ah Meng (Taukey Meng) dan Haji Ishak puas menasihatkan Pak Ehsan supaya jangan kelaut, namun ia tetap berdegil.Pak Ehsan terus ke laut bersama anak sulungnya Yahya. Namun bala petaka menimpa dua beranak itu apabila sampan mereka karamdipukul ribut. Itulah kali terakhir Idris menatap wajah ayahnya.

Episod 3

Kehidupan Idris kini bersama ibunya di sebuah rumah usang berdekatan dengan pantai. Namun semenjak ketiadaan suaminya, Rogayah sering tidak sihat. Idris yang masih mentah alpa dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.Taukey Meng cuba membantu dengan menghulurkan keperluan harian. Namun lama kelamaan pertolongan Taukey Meng telah di salah ertikan oleh jiran-jiran Rogayah. Mereka menuduh Rogayah membuat perbuatan sumbang dengan Taukey Meng demi menyara kehidupan. Rogayah mulai merasa sedih dan melarang Taukey Meng membantunya lagi. Kerana tertekan, Rogayah jatuh sakit. Penyakit Rogayah semakin tenat sehinggalah ia menjadi nazak.Idris yang amat sedih dan buntu kemudian menceritakan kepada Haji Ishak tentang kesihatan ibunya. Haji Ishak kemudian pergi ke rumah Rogayah dan mendapati Rogayah tenat. Ia kemudian meminta bantuan Taukey Meng membawa Rogayah ke rumah sakit dengan menggunakan lanca milik Taukey Meng namun Rogayah meninggal dunia di dalam perjalanan. 

Semenjak hari itu, Idris menjadi anak yatim piatu. Haji Ishak kemudian membawa Idris tinggal bersamanya. Ia menanam semula semangat Idris dengan pelbagai nasihat dan panduan hidup. Selama 3 tahun Haji Ishak menjaga idris seperti anaknya sendiri. Haji Ishak memberi 3pegangan hidup kepada Idris itu murah Ibadat, murah simpai, dan murah memberi.Sepanjang Idris tinggal di rumahn Haji Ishak dia tidak lupa menjenguk rumah usangnya, ia sering kerumah peninggalan ayahnya itu untuk bercucuk tanam dan menternak ayam kampung bagi mencari sedikit duit menampung serta meringankan Haji Ishak.

Episod 4

Sewaktu usia Idris mencecah 13 tahun, Idris sudah pandai berdikari. Sebahagian sayur yang di tanamnya di jual kepada orang kampung. Namun pada suatu hari ia mendapati ternakan ayamnya semakin kerap dicuri. Ia kemudian mulai mengintip bagi menangkap pencuri tersebut. Akhirnya ia terlihat Ah Seng anak kepada Taukey Meng yang punya angkara mencuri ayam ternakannya itu. Dengan perasaan marah ia lantas meluru ke arah Ah Seng dan terus membelasah Ah Seng. Secara kebetulan, Haji Ishak terlihat kejadian tersebut dan terus meleraikan mereka.

Haji Ishak memarahi sikap Idris lantas memukul Idris. Tiba-tiba Haji Ishak di serang penyakit jantung dan terus meninggal dunia. Idris meratapi kematian Haji Ishak dan mulai menyalahi dirinya sendiri.Dalam pada itu, Taukey Meng naik berang dengan sikap Ah Seng yang masih degil dan nakal. Ia memukul Ah Seng yang masih tidak tahu untuk membalas budi keluarga Pak Ehsan. Taukey Meng menceritakan bagaimana satu masa dahulu, Pak Ehsan pernah menyelamatkan nyawa dia dan isterinya sewaktu sampan mereka karam di pukul ombak besar. Di kala itu Taukey Meng sedang melarikan diri dari dipaksa menganggotai Parti Komunis Malaya.Mujur pada ketika itu Pak Ehsan sedang memukat ikan di laut dan terlihat mereka berdua lantas membawa mereka ke kampung. Semenjak itu Taukey Meng berjanji akan sentiasa mengenang dan membalas budi Pak Ehsan sekeluarga.

Idris mengambil keputusan untuk kembali ke rumah buruk tinggalan arwah ayahnya bagi memulakan kehidupan baru setelah kematian Hj Ishak. Namun pada masa yang sama, Pak Rahman mahu mengambil semula tapak rumah milik arwah bapanya dengan alasan hutang tanah itu masih belum di bayar. Kerana mengenangkan itulah sahaja harta peninggalan ayahnya maka Idris berjanji untuk melunaskan hutang arwah ayahnya itu dengan bekerja bersungguh - sungguh. 

Di waktu pagi Idris terus ke jeti nelayan membantumemunggah ikan demi mendapatkan sedikit bekalan untuk di bawa pulang. Sesungguhnya Idris sanggup berkerja lebih masa untuk mendapatkan wang yang lebih tanpa mengenal penat lelah.
Idris amat kecewa apabila sekumpulan kanak-kanak lain mengejek dan mencercanya. Namun Idris tidak mempeduli malah dia dapat mengawal perasaan dengan tabah. Pada saat itu Idris mengumpul azam mengubah kehidupannya untuk membina masa depan yang lebih sempurna tanpa merasa kemiskinan sebagai sempadan untuk hidup bahagia.

Episod 5

Kerana terlalu kuat berkerja akhirnya Idris mulai sakit-sakit. Ekoran dari itu Idris pengsan sewatu menuju kepasar membawa ikan. Taukey Meng yang kebetulan berada di situ terus membawa Idris ke rumahnya yang tidak jauh dari situ.Ia kemudian memberikan rawatan cara tradisional cina. Taukey Meng menasihatkan Idris supaya banyak berehat dan jangan memikirkan pasal hutang tanahnya itu. Taukey Meng kemudian secara senyap telah mendahulukan wangnya bagi membayar hutang Pak Ehsan kepada Pak Rahman. Isteri Taukey Meng juga menjaga Idris seperti anaknya sendiri.
Ah Seng masih teringatkan bagaimana Idris membelasahnya dahulu dan terus berdendam. Namun lama kelamaan Idris berjaya mengambil hati Ah Seng. Idris yang memulakan bagi memulihkan keadaan dengan dahulu meminta maaf kepada Ah seng walaupun pada hakikatnya Ah Seng yang bersalah. 

Taukey Meng menyuruh Ah Seng supaya mencontohi sikap Idris. Dengan kehadiran Idris sepanjang jatuh sakit dirumah Taukey Meng, Aheng mulai berubah menjadi seorang budak yang baik dan rapat dengan Idris.Idris melihat banyak beca yang dibaiki oleh Taukey Meng dan merasakan bahawa ia perlu memiliki sebuah beca bagi meringankan kerjanya. Setelah sembuh dirawat dan dijaga oleh Taukey Meng, Idris kembali sihat dan kembali semula ke rumahnya.

Episod 6

Kerana mengenangkan jasa Taukey Meng, Idris mengambil keputusan untuk membalasnya dengan cara mengemas halaman bengkel kedai taukey Meng setiap pagi selepas ia mengangkut ikan di jeti, walaupun Taukey Meng tidak pernah meminta dia membuatnya.
Kerana simpati dan kasihan pada Idris, Taukey Meng lalu memberi 5 sen setiap hari kepada Idris sebagi upah. Setiap hari selepas selesai membuat kerja itu Idris akan bertemu dengan Malik kawan baiknya.Malik seorang budak yang gemar bermain seruling. Di sinilah Idris belajar meniup seruling.Wang yang di terima dari upah mengambil barangan hasil laut dan juga upah membersihkan kedai Taukey Meng disimpannya. Harapan Idris agar suatu hari ia mampu membeli becanya sendiri bagi 

mengubah masa depan dirinya.Setelah genap setahun, Idris mengambil simpanannya dan menuju ke kedai Taukey Meng dan menyatakan hasrat untuk memiliki beca. Taukey Meng simpati dan terharu dengan kesungguhan Idris lantas memberikan sebuah beca kepada Idris. Ia juga menyuruh Idris membayarnya jika ia mempunyai wang lebih.Maka bermulalah kehidupan Idris sebagai penarik beca. Semua orang tergamam melihat kesungguhan Idris sehingga mampu memiliki becanya sendiri.

Episod 7

Idris mulai berkerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat. Wang yang ia dapat digunakan untuk membayar hutang rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya.Pelbagai kejadian yang menimpa Idris. Ada yang tidak membayar sewa beca dan ada juga yang memberi lebihan wang kerana kebaikan dan keperibadian Idris. Idris di senangi oleh semua orang. Selain daripada berurusan dengan Taukey Meng , Idris juga sentiasa berurusan dengan keluarga Raju. Penoreh getah di ladang getah berdekatan kampungnya.Raju mempunyai anak yang bernama Muthu yang berkawan baik dengan Idris setelah tertarik dengan sifat baik hati dan kuat bekerja.Namun ada suara-suara yang tidak senang dengan kerjaya baru Idris. Penarik-penarik beca lama merasakan Idris mulai mencuri pelanggannya. Akibat dari itu, Idirs telah di pukul dan becanya di tolak masuk ke dalam parit.

Mujur Malik, Ah Seng dan Muthu datang membantu. Idris tidak dapat mengayuh beca kerana kakinya sakit. Malik yang teringin untuk memiliki becanya sendiri menawarkan diri untuk menggantikan Idris. Kerana kesungguhan itu, Idris mengajar Malik cara-cara menunggang basikal.Mereka berdua menjadi sahabat baik.

Episod 8

Malik akhirnya bercadang untuk membeli beca. Ia meminta Idris membantunya kerana wang yang ia ada masih belum mencukupi. Idris bersetuju kerana mengenangkan Malik banyak membantunya dan juga Malik adalah sahabat baiknya. Dari situ bermulalah kehidupan mereka berdua sebagai penarik beca. Kehadiran seorang pegawai Inggeris telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat kampung. Namun tidak bagi Idris yang tidak pernah memandang isu kulit dan agama di dalam soal mencari sesuap makan. Pegawai Inggeris itu menawarkan Idris menghantarnya ke rumah seorang resident Inggeris. Namun perbuatannya tidak di senangi Malik banyak menasihati Idris namun Idris masih dengan pendiriannya sendiri. Akibat dari itu Idris telah di pukul oleh orang kampung.Tulang kaki Idris telah patah dan Idris terpaksa duduk di rumah. Oleh sebab itu Idris tidak dapat membayar hutang kepada Pak Rahman. Idris cuba sedaya upaya untuk pulih dengan cepat. Namun Malik menghalang Idris dari berbuat demikian kerana takut akan memudaratkan.

Ah Seng datang bersama ayahnya Taukey Meng. Taukey Meng menggunakan ubat-ubatan tradisi cina bagi menyembuhkan luka Idris. Raju dan Muthu juga simpati turut membantu dengan memberikan ubat-ubatan India. Namun ternyata luka Idris memakan masa yang lama untuk di sembuhkan. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, Idris terpaksa menggadai becanya bagi meringankan beban kehidupan sehariannya.Kemerdekaan negara berlangsung pada 31 ogos 1957, namun pada tarikh yang sama Idris terlantar dalam kesedihan.

Episod 9

Pada suatu hari, orang kampung mulai kecoh bila pegawai Inggeris yang cuba pernah mereka pukul dahulu muncul sambil menunggang beca milik Idris. Ia kemudian terus menuju ke rumah Idris.Idris tergamam dengan kehadiran pegawai Inggeris tersebut. Ia mengucapkanterima kasih kepada Idris kerana sanggup menggadaikan nyawa bagi menyelamatkan dirinya dahulu. Ia mendapat tahu bahawa Idris terpaksa menggadai beca akibat kejadian tersebut lantas terus menebus semula beca tersebut dan memberikan kepada Idris.

Pegawai Inggeris tersebut menyatakan bahawa kemerdekaan dan kemajuan negara akan lebih cepat dinikmati jika lebih ramai orang mencontohi sifat dan perlakuan Idris.Ia menyatakan pada Idris, suatu hari nanti ia mahu semua orang mengetahui siapa Idris Beca. Selepas mengucapkan selamat Merdeka, pegawai Ingeris itu pergi dan menyatakan bahawa tugasnya di tanah bertuah ini sudah selesai.Orang kampung yang terlibat di dalam kejadian memukul Idris berkumpul dan meminta maaf kepada Idris.

Episod 10

Setelah pulih sepenuhnya Idris mulai mengayuh beca semula. Pada suatu hari ia telah terserempak dengan Muthu yang di dalam kesedihan. Muthu amat kecewa kerana percintaan dia dan Rani telah di dihalang oleh orang tua Rani.Idris memujuk Mutu supaya bersabar. Idris mengambil keputusan untuk bertemu orang tua Rani dan berbincang dengan ayah Rani. Kerana menghormati keberanian Idris serta budi bahasa Idris akhirnya ayah Ranimerestui perhubungan Muthu dan Rani.

Dalam masa yang sama, Pak Majid sering menceritakan kebaikan tingkah laku Idris kepada isteri ( Mak Esah) dan anaknya Hasnah. Namun Mak Esah lebih berangan-angan untuk menjodohkan Hasnah dengan seorang lelaki bernama Jamal, seorang pegawai kerajaan dan anak kepada ketua kampung. Namun Pak Majid tidak senang dengan sikap bongkak Jamal yang terlalu bangga dengan status dirinya. Jamal sengaja mengumpan Mak Esah dengan pemberian wang ringgit juga pakaian.Bila Jamal mengetahui Idris adalah saingannya, ia kemudian mulai bermusuh dengan Idris.

Episod 11

Hasnah lebih menyanjungi sikap Idris walaupun Idris terlalu merendah dirinya. Namun lama kelamaan Idris jatuh hati kepada Hasnah. Namun Idris cuba melawan perasaannya. Ia cuba menjauhkan dirinya dari Hasnah. Namun pada suatu hari Idris merasa cemburu apabila Mak Esah meminta Jamal menghantar Hasnah ke kelas masakan, dengan menaiki motosikal.

Jamal pula berniat buruk dan membawa Hasnah ke sebuah pantai yang terpencil. Jamal cuba memperkosa Hasnah. Kebetulan Idris cuba mententeramkan hatinya dengan bermain seruling di tepi pantai. Tiba-tiba ia terdengar suara Hasnah menjerit meminta tolong. Idris terus menuju kearah suara itu.Jamal dan Idris berlawan. Idris membuka pencak silatnya menyebabkan Jamal teruk dibelasah. Idris kemudian membawa Hasnah pulang kerumahnya.

Sewaktu Idris pulang kerumah ia mendapati sekumpulan pemuda (kuncu-kuncu Jamal) sedang menanti. Mereka mulai membelasah Idris. Malik yang terlihat kejadian tersebut terus memberi tahu Deraman. Kebetulan, Muthu dan Ah Seng juga berada di situ dan mereka lantas pergi ke tepat kejadian untuk membantu.Idris cedera parah. Beca miliknya juga telah dirosakkan. 

Episod 12

Idris terlantar di rumah. Ah Seng membawa beca milik Idris kerumahnya untuk di baiki. Idris beranggapan becanya kini tidak dapat di baiki lagi. Namun Ah Seng kembali semula kerumahnya dan membawa beca tersebut yang telah di baiki. Mak Esah mulai akur dan mulaimenyesal. Pak Majid bercadang untuk menjodohkan Idris dan Hasnah. Puas Pak Majid memujuk Idris supaya menerima Hasnah sebagai isteri namun Idris seakan telah patah hati.Setelah gagal memujuk akhirnya Pak Majid meminta kawan-kawan Idris pula membantu bagi memujuk Idris yang sememangnya seorang yang keras hati. Kekerasan hati Idris akhirnya cair juga bila mana mereka meminta Idris menyanyi bersama Hasnah di pentas ghazal di satu majlis keramian. Cinta Idris dan Hasnah berputik semula.

Akhirnya mereka berkahwin berpelaminkan beca Idris.Cerita Idris terhenti disitu. Mak Nah menitiskan air matanya mendengar cerita dari Idris. Kamal juga menyedari betapa beca tersebut terlalu bernilai dalam diri ayahnya. Baru ia teringat yang beca tersebut telah di bawa ke pusat pelupusan sampah dan terus menuju ke situ. Namun tiba di situ ia mendapati beca tersebut telah tiada.

Episod 13

Kamal kini semakin rungsing bila Idris sering bertanya di mana becanya kini. Pelbagai alasan Kamal berikan. Kamal kemudian pergi ke kedai Ah Seng bagi membeli beca baru. Namun Ah Seng curiga kerana Idris teramat sayang kepada beca tuanya itu.Kamal membawa beca baru dan menunjukkan kepada Idris. Namun Idris tidak mahu menerimanya. Ia mahukan beca lamanya itu. Sementara itu, Mathias Hewitt terus mencari dan menemuramah kawan-kawan lama Idris bagi menyiapkan rencananya itu.

Kamal menemui jalan buntu untuk memujuk hati ayahnya. Idris semakin sayu apabila hari sambutan kemerdekaan semakin hampir dan becanya pada kali ini mungkin tidak dapat turut serta dalam perarakan.Namun secara tiba-tiba Ah Seng, Muthu, Malik dan Deraman muncul bersama beca Idris yang telah siap di hias bagi tujuan perarakan. Idris tersenyum puas. Mathias Hewitt sempat merakamkan gambar Idris bersama kawan-kawan seperjuangannya bergaya di atas beca merdeka milik Idris.Rencana dan gambar tersebut kemudian menghiasi muka depan sebuah akhbar tabloid di kota London.


(gambar diatas merupakan Novel oleh Martias Mohd Ali yang diadaptasikan dari drama ANAK PENARIK BECA)

BIAR RAHSIA


Monday, November 22, 2010

CINTA KALI KEDUA


Skrip ke 29

Tajuk Drama: CINTA KALI KEDUA
Idea Asal : Martias Mohd Ali
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan
Siaran : RTM 2004

Cinta Kali Kedua

Sebuah Percintaan Warga Tua

Hajah Ramlah (50an) menghabiskan sisa-sisa kehidupan tuanya dengan membuka sebuah pusat penjagaan orang-orang tua sejak 2 tahun dahulu. Di sinilah ia banyak mencurah baktinya menjaga kebajikan orang-orang tua sama ada ditinggallkan keluarga ataupun tidak berkemampuan. Namun perkahwinannya dahulu tidak dikurniakan zuriat.

Sebelum berkahwin dengan suaminya itu, Hajah Ramlah pernah bertunang dengan seorang pemuda Askar Melayu bernama Mustafar. Namun ikatan pertunangan mereka semakin hari semakin terlerai setelah keluarganya terpaut dengan seorang pemuda yang berkerja sebagai pegawai estet. Pertunangan mereka hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila kedua orang tuanya memutuskan pertunangan tersebut. Di saat itu, Mustafar sedang bertugas di sempadan Thailand.

Setelah hampir 2 tahun menghilang diri, Mustafar kembali ke kampung halaman mencari Ramlah. Namun ibu Mustafar menyerahkan cincin belah rotan yang dipulangkan semula oleh keluarga Ramlah. Mustafar kecewa dan menganggap bahawa Ramlah tidak setia pada janji mereka.

Ramlah berkahwin dengan Ramli dalam keadaan terpaksa. Namun kebahagiaan yang diimpikan tidak kesampaian juga. Ramli sebenarnya telah beristeri dan mempunyai anak. Kehidupannya kini bermadu. Setelah kematian Ramli, segala hartanya jatuh kepada isteri yang pertama bersama anak-anaknya. Walaupun begitu Ramli teleh meberikan wang simpanan yang cukup untuk masa tua Ramlah. Dari wang itulah Ramlah membuka pusat jagaan orang-orang tua. Namun setelah 2 tahun mengusahakan rumah jagaan tersebut, ia kini menghadapi masaalah kewangan bila peruntukan yang diperlukan tidak perolehi.

Mustafar yang kecewa telah membawa diri jauh dari kampung halaman. Kerana masih berpegang teguh pada janjinya dahulu, Mustafar terus membujang sehingga usia tuanya. Namun semenjak mencecah usia tua, Mustafar mulai merasa kesunyian tanpa kasih sayang. Walaupun ia mempunyai wang simpanan dan harta namun jiwanya kosong tanpa teman.

Pada suatu hari, Mustafar berjalan sendirian di tengah kota. Sedang ia berjalan di sebuah lorong, tiba-tiba ia di sambun oleh 2 orang penjenayah. Akibat dari itu, Mustafar telah dipukul keras ke kepala dan dompetnya di ragut. Mustafar yang ditemui oleh orang awam terus dibawa ke hospital.

Ekoran dari hentakan itu, Mustafar hilang ingatan. Kerana tiada dokumen diri dan tiada sesiapa yang menuntut Mustafar setelah berita penemuannya di siarkan di akhbar, pihak hospital mengambil keputusan untuk menghantar Mustafar ke rumah kebajikan masyarakat. Pihak Kebajikan Masyarakat telah meminta beberapa pusat jagaan orang tua untuk mengambil Mustafar dan Hajah Ramlah tergerak hati untuk menerima Mustafar ke pusat jagaannya walaupun di tentang oleh Hamidi (pegawai kanannya) yang menyatakan bahwa kedudukan kewangan pusat itu kini semakin meruncing untuk menerima penghuni baru.

Musatafar agak bingung kerana gagal mengenal dirinya sendiri. Namun setiap kali ia terlihat wajah Hajah Ramlah, ia seperti teringat sesuatu. Hajah Ramlah langsung tidak terlintas difikirannya bahawa Mustafar adalah bekas tunangnya dahulu. Mustafar pula seperti ingin tahu siapakah Hajah Ramlah sebenarnya dan sering mengekori gerak geri Hajah Ramlah sehingga Hajah Ramlah merasa curiga.

Pelbagai mimpi silam menghantui Mustafar semenjak ia mendiami pusat jagaan itu sehinggalah satu hari ia terjaga dari tidur dan menjerit nama Ramlah. Ramlah yang kebetulan melintasi bilik Mustafar tergamam dengan peritiwa itu. Ia kemudian menemui Mustafar dan merenung Mustafar sedalamnya sehinggalah ia menyedari bahawa Mustafar adalah bekas tunangnya dahulu.

Untuk memulihkan semula ingatan Mustafar, Ramlah mulai bercerita tentang cinta mereka dahulu serta rintangan yang mereka lalui. Sedikit demi sedikit cinta Ramlah berputik semula. Namun di sebalik itu juga, perasaan kecewa yang belum pernah ia luahkan kepada Ramlah membuak sama. Kini Mustafar pula mulai jual mahal dan tidak dapat menerima Ramlah kembali di dalam dirinya.

Pehubungan Mustafar dan Ramlah juga tidak disenangi oleh Hamadi yang beranggapan bahawa Hajah Ramlah akan mengabaikan pusat itu kelak. Penghuni-penghuni rumah itu dapat merasakan sesuatu keajaban bila mendapat tahu bahawa Mustafar adalah bekas kekasih Ramlah. Namun mereka kecewa dengan sikap Mustafar yang seperti mahu membalas dendam.

Penghuni pusat iru mulai merancang sesuatu. Mereka membuat pelbagai cara bagi menyatukan kembali Ramlah dan Mustafar. Dalam diam-diam mereka melamar Ramlah bagi pihak Mustafar dengan membuat hantaran sendiri. Palbagai helah yang mereka lakukan supaya Mustafar dapat menerima Ramlah kembali. Akhirnya Mustafar mengalah juga. Cintanya berputik untuk kali yang kedua.

Semua penguhuni merasa gembira dengan keputusan Mustafar. Namun disaat gembira itu tiba-tiba Hamadi menyatakan bahawa pusat itu terpaksa ditutup kerana pihak bank meminta Ramlah melangsaikan hutang sewa beli tapak pusat itu. Namun Mustafar menjadi penyelamat dengan menyatakan bahawa wang simpanan dan hartanya cukup untuk menyelamatkan pusat itu.

Akhirnya mereka berkahwin di dalam pusat jagaan orang-orang tua itu dengan segalanya di uruskan oleh penghuni pusat tersebut.

Sunday, November 21, 2010

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod


Skrip ke 28

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod
Skrip Oleh : Adza Irdawati & Martias Ali
Arahan: Martias Mohd Ali
Penerbit : K&S Vision Sdn Bhd & Martias Entertainment
Siaran : RTM1 (Januari, 2007)

Pelakon
Ciko Harahap sebagai Harith
Joey Daud sebagai Joie
Acong “Sweetchild” sebagai Azhar
Louis Iskandar sebagai Alberth
Dayang Erema sebagai Ana
Mak Jah sebagai Datin K
Adza Rinawati sebagai Rina

Sitkom Suasana merupakan sebuah sitkom muzikal dan menampilkan barisan pelakon yang terdiri dari artis artis rakaman seperti Cico Harahap, Joey Daud, Acong Sweetchild, Louis Iskandar dan juga Dayang Erema. Proses pemilihan pelakon telah mengambil masa kira-kira sebulan di mana lebih dari 60 orang pelakon telah di ujibakat yang mana kateria pemilihan utama memerlukan kesemua pelakon harus boleh menyanyi sebagai syarat utama biarpun sebagai watak sampingan ataupun watak extra.
Bagi proses penjiwaan watak, kesemua pelakon utama telah diberi kursus “Character Development” selama 2 minggu di mana mereka harus mengenal watak masing-masing dengan sepenuhnya.
Sitkom ini juga tidak di lakukan di dalam studio sebagai mana lazimnya. Sebuah kafe telah disewa selama 1 bulan dan di ubah suai untuk proses pengambaran bagi mengwujudkan suasana kafe yang berlainan dan ceria. Proses penataan cahaya juga melalui proses “rigging” dimana lampu-lampu di pasang secara kekal.

Konsep
Konsep Sitkom Suasana menggabungkan suasana persahabatan dan juga muzikal yang digarap dalam situasi sebuah kafe bernama Kafe Suasana yang telah ditulis oleh Martias Mohd Ali yang juga bertindak sebagai pengarah. Skrip pula ditulis oleh Adza Irdawati Adenan dan mempunyai 5 babak dan tidak seperti sitkom biasa yang hanya menggunakan 3 babak sahaja. Ia juga menggabungkan sedikit konsep dari sitkom ternama Friends dan juga Ally Mc Beal. Konsep warna hijau yang dapat dilihat di dalam sitkom ini melambangkan suasana aman dan damai.
Sitkom ini agak berlainan dari sitkom-sitkom lain yang pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan di mana ceritanya berkait di antara satu dengan yang lain.

Apa yang dapat dibanggakan adalah, sitkom ini tidak langsung menggunakan pelakon/pelawak yang sedia ada yang sering dilihat di sitkom-sitkom tempatan. Satu lagi kelainan di dalam sitkom ini adalah, tidak adanya kesan bunyi ketawa (sound efx) yang lazimnya di guna pakai di dalam penerbitan sitkom-sitkom tempatan. Sitkom ini juga tidak menggunakan dialog-dialog jenaka tetapi lebih menumpukan kepada situasi yang bakal membuatkan penonton tidak kering gusi.
Ini merupkan sitkom pertama yang diarahkan oleh Martias Mohd Ali yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis skrip dan pernah memenangi Anugerah Skrip Terbaik menerusi drama Anak Penarik Beca dan juga drama terbaik Hari-hari Terakhir Seorang Wanita. Kecenderungan untuk menerbitkan sitkom bermutu dimasa depan telah membawa En Martis Mohd Ali bertemu dengan Marc Cherry penulis dan pencipta sitkom Desperate Housewife sewaktu menghadiri Screenwriting Expo 5 bertempat di Hollywood Los Angels pada 19hb- 24hb Oktober yang lalu.