Showing posts with label WEB. Show all posts
Showing posts with label WEB. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

TUAH TERTIPU

Skrip ke 60

Tajuk Drama: TUAH TERTIPU
Penerbit: Jurey Rosli
Penulis Skrip: Adza Irdawati Adenan


Job pertama untuk tahun 2011 saya adalah sebuah telemovie berjudul TUAH TERTIPU yang akan memulakan perggambaran isnin depan. Skrip drama ni dah lama siap. cuma sekarang nak kena repair sikit. Al maklumlah, TUAH TERTIPU ni planing dulunya nak dijadikan filem bersama Saiful Apek namun tak jadi. So kena kasi repair bagi sesuai untuk sebuah telemovie.

Drama ini akan diproducekan oleh WORLD EVOLUTION BRAIN SDN BHD (WEB) dan akan diarahkan oleh En Jurey Rosli. Doa doakanlah semoga penggambaran drama ni berjalan lancar... =)

Wednesday, December 22, 2010

Drama Bersiri "SONGKOK"


Skrip ke 58

Tajuk Drama: SONGKOK
Durasi: 13 episod
Pengarah: Jurey Rosli
Penulis Skrip:Martias Ali, MF Kencana, Adza Nasyaemie & Adza Irdawati Adenan
Pelakon:Mubarak Majid, Zieg Koo, Collan Koo, Yus Waizar, Hasnol, Mandi Chong dll
Terbitan: World Evolution Brain Sdn Bhd

“SONGKOK” mengisahkan tentang kehidupan Mustafa yang merupakan seorang pembuat songkok tradisional . Namun tiada seorangpun dari zuriatnya yang mahu diperturunkan bakatnya itu. Arus pemodenan dan cara pemikiran anak anaknya yang kaya dengan IT membuatkan mereka alpa dan lupa bahawa jasa songkoklah yang membesarkan dan memberi mereka pelajaran hinggalah dapat mengenal dunia yang serba canggih yang menjadi teras hidup mereka kini. Namun Mustafa tidak berdendam malah jauh sekali berkecil hati dengan sikap anak anaknya itu. Cuma rasa terkilan tetap ada.

Chong Lee rakan sedari zaman mudanya amat memahami perasaan temannya itu. Dia tahu bertapa bermaknanya songkok pada Mustafa. Dia juga tahu bertapa kerana songkok buatan tangan Mustafa itu juga telah menyelamatkan nyawanya suatu masa dahulu.
Gerai songkok Mustafa lengang, sepi, sesepi surau dikampung yang diduduki Mustafa dan isterinya Ziaton itu. Hanya segelintir golongan tua yang memenuhi jemaah disurau itu. Dan kebanyakan warga belia seperti anak anak Mustafa, Daris dan Iwan yang telah berhijrah kebandar bagi mengejar kehidupan yang lebih menjamin masa hadapan mereka atau sebenarnya mengejar materialistik dan kebendaan. Kini yang tinggal bersama Mustafa dan Ziaton hanyalah anak tunggal perempuan mereka iaitu Zara. Zara yang sedang belajar ditingkatan lima juga turut berikrar untuk menjejak langkah seperti abang abangnya untuk meninggalkan kampung dan mahu bergelar warga kota . Dia agak malu dengan karenah ayahnya yang sering bercakap dan menceritakan kisah kisah merdeka kepada setiap orang yang ditemuinya. Ini kerana dibelakang Mustafa ramai yang mencemuhnya. Kerana mereka yang mendengar kisah merdeka dari Mustafa tidak dapat menghubung kaitkan antara merdeka dan seorang pembuat songkok seperti Mustafa.

Tanpa diduga anak Chong Lee, Chong Wu atau lebih senang dipanggil Wu seakan jatuh cinta dengan seni membuat songkok yang halus lagi teliti oleh mustafa itu. Setelah berkali kali Chong Lee memujuk teman rapatnya agar menerima Wu sebagai anak muridnya akhirnya Mustafa bersetuju. Maka bermulalah hidup Wu sebagai pembuat songkok. Ramai teman Wu mencemuh Wu kerana berjinak dalam bidang yang jauh tersasar dari budaya dan kepercayaan mereka itu. Namun Wu tidak memperdulikan kata kata hinaan mereka itu. Jauh disidut hatinya, Wu sedar bertapa dia dan terutama sekali bapanya terhutang nyawa pada Mustafa dan songkoknya itu.

Pada satu malam tanpa diduga, Daris dan Iwan pulang kerumah Mustafa. Tujuan mereka Cuma satu, iaitu untuk membawa Mustafa, Ziaton dan Zara tinggal bersama mereka dibandar. Daris dan Iwan menyatakan mereka mahu membalas budi ayah mereka dan mahu ibubapa serta adik kesayangan mereka mengecapi kemewahan yang dinikmati mereka di ibukota itu. Namun niat murni mereka itu tidak dipersetujui oleh Mustafa. Kerana berpindah keibukota bermakna tamatlah kerjanya sebagai pembuat songkok di gerainya itu. Marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa yang lebih mengutamakan songkok dan gerainya lebih daripada anak anaknya, membuatkan Daris dan Iwan keluar dari rumah . Ziaton dan Zara cuba memujuk Mustafa namun usaha mereka sia sia. Mustafa bertegas bahawa membuat songkok adalah hidupnya. Dan dia tidak sekali kali akan meninggalkan apa yang telah sebati dengan hidupnya selama ini.
Daris dan Iwan berjalan tanpa arah tuju di kawasan kampung mereka itu. Akhirnya mereka bertemu dengan Chong Lee di satu simpang. Lalu Chong Lee menjemput Daris dan Iwan kerumahnya.

Sementara itu, di hadapan rumah Mustafa kedengaran riuh rendah suara anak anak muda yang menghabiskan waktu mereka dengan gejala rempit. Mustafa kesal melihat sikap anak anak muda dikampungnya itu. Oleh kerana tidak tahan dengan bunyi deruman enjin enjin motor mereka yang saban malam menjadikan jalan diahadapan rumah Mustafa sebagai tapak permulaan lumba haram mereka, maka Mustafa nekad dan terus berhadapan dengan mereka. Mustafa menyedarkan mereka bahawa negara memerlukan tenaga belia seperti mereka untuk mencapai kegemilangan dan kedaulatan negara pada masa hadapan. Mustafa juga nekad akan memberitahu akan aktiviti yang mereka jalankan saban malam kepada ibubapa mereka masing masing sekiranya masih mahu meneruskan kerja sia sia mereka itu. Ini membuatkan mereka marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Mustafa itu.

Di rumah Chong Lee, Daris dan Iwan meluahkan perasaan mereka kepada Chong Lee . Mereka tidak faham kenapa ayah mereka lebih mengutamakan songkok dari segalanya. Akhirnya Chong Lee menceritakan segala galanya kepada Daris dan Iwan.

Chong Lee menceritakan bahawa suatu masa dahulu dia adalah seorang komunis . Dan dia melarikan diri dari militant itu kerana tidak setuju dengan fahaman songsang mereka. Chong Lee menjadi orang buruan dan dikehendaki dibunuh oleh ketua komunis kerana telah dianggap pengkhianat. Chong Lee akhirnya ditemui lalu ditembak oleh bekas pasukan komunisnya. Dengan luka yang parah, Chong Lee menggagahi dirinya untuk melarikan diri dengan masuk kedalam sebuah surau. Dan disitulah merupakan saat pertama Chong Lee dan Mustafa bertemu. Tanpa mengira fahaman, bangsa mahupun agama, Mustafa menyelamatkan Chong Lee dari dibunuh oleh komunis yang mulai mencarinya didalam surau itu dengan memakaikannya songkok miliknya kepada Chong Lee. Dengan penyamaran itu akhirnya dapat mengaburi mata komunis dan mereka akhirnya berlalu dari situ. Chong Lee terhutang budi dan nyawa kepada Mustafa. Dan pertolongan Mustafa tidak terhenti disitu sahaja. Takut keluarganya mendapat bahaya, akhirnya Mustafa mengambil keputusan untuk merawat luka Cong Lee di gerai songkoknya dan bukan dirumahnya. Maka bermula dari situ satu ikatan persahabatan mula bersemi di kedai songkok itu.

Dan di satu kejadian lain pula, Chong Lee menceritakan kepada Daris dan Iwan bagaimana Mustafa meminta derma kepada seluruh penduduk kampung bagi menjayakan perjalanan Tuanku Abdul Rahman untuk ke London bagi menuntut kemerdekaan. Chong Lee juga turut sama dalam membantu rakan karibnya itu. Akhirnya Mustafa dan Chong Lee dapat mengumpul sejumlah wang dan oleh kerana bag yang diisi wang koyak maka Mustafa memasukkan semua wang yang dikumpulnya bersama Chong Lee kedalam songkok yang pernah digunakannya untuk menyelamatkan nyawa Chong Lee dahulu. Mustafa menyerahkan songkok berisi wang itu kepada salah seorang orang kanan kepada Tuanku Abdul Rahman.

Tanpa disangka, gambar Tuanku Abdul Rahman yang terpampang di muka hadapan surat khabar itu sedang mengenakan songkok milik Mustafa yang diserahkan olehnya kepada orang kanan Tuanku suatu masa dahulu. Tambah mengejutkan Mustafa apabila dia menerima surat dari Tuanku Abdul Rahman. Namun surat itu tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapapun oleh Mustafa termasuk Chong Lee mahupun seluruh keluarga Mustafa hingga kini.

Mendengar kisah kisah kehebatan ayah mereka bersama songkoknya membuatkan Daris dan Iwan sedar bertapa bermaknanya songkok dalam hidup ayah mereka. Daris dan Iwan mulai insaf.
Kumpulan mat rempit akhirnya menunjukkan rasa protes mereka pada Mustafa dengan cara membakar kedai songkok milik Mustafa. Akhirnya berita kebakaran itu tiba juga ditelinga Mustafa. Dengan cemas Mustafa tiba dikedainya yang hampir separuh dijilat api. Mustafa sedih melihat bencana yang menimpa kedainya itu. Namun seraya teringatkan sesuatu yang berharga yang berada dalam kedainya itu, Mustafa tanpa berfikir panjang terus merempuh masuk kedalam kedai itu. Wu yang melihat keadaan itu terus cuba menyelamatkan Mustafa lalu turut sama masuk kedalam kedai yang semakin dijilat api itu.
Chong Lee, Daris, Iwan, Ziaton, Zara dan orang kampung tiba kemudian ditempat kejadian dan masing masing cuba membantu. Namun sudah terlambat apabila mereka terlihat Wu membawa keluar sekujur tubuh yang tidak bernyawa lagi iaitu mayat Mustafa yang kelihatan sedang memeluk songkok yang hampir terbakar hangus ditangannya. Daris , Iwan , Ziaton, Zara, Chong Lee meratapi kematian Mustafa itu. Wu menyatakan bahawa Mustafa mahu menyelamatkan songkok kesayangannya dari terbakar namun akhirnya telah mengakibatkan dirinya yang terkorban.

Setelah selesai upacara pengkebumian Mustafa kesemua yang hadir semakin beransur pulang dan hanya meninggalkan anak anak dan isteri Mustafa di sisi kubur Mustafa itu. Daris menangis sambil memeluk songkok yang cuba diselamatkan oleh arwah ayahnya itu. Namun tiba tiba sepucuk surat jatuh dari dalam songkok itu. Kesemua mereka hairan. Daris membuka perlahan surat itu lalu membacanya. Dia terkejut apabila mendapati surat itu datangnya dari Tuanku Abdul Rahman yang menyatakan terima kasih kepada Mustafa kerana bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Mustafa. Dan beliau menyatakan bahawa beliau berbangga bahawa seorang pembuat songkok seperti Mustafa sanggup berjuang bersamanya memerdekakan tanah melayu dari terus dijajah.
... ...

DOA KE SYURGA


Skrip ke 57

Tajuk Drama: DOA KE SYURGA
Pengarah: Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip: Adza Irdawati Adenan
Pelakon: Hanis Kamal, Raihan Kamal, Puteri Fatin Nasuha, Rozie Rashid, Esma Daniel
Terbitan: World Evolution Brain
Siaran: Telah disiarkan pd 29 Okt 2010 @ RTM1

Drama ini saya dedikasikan kepada Allahyarhamah ADZA SUZYRIANI ADENAN" 1978-1994

Al Fatihah..

SINOPSIS
Kisah berlaku di sebuah kampung bernama Sg Choh terletak di Rawang Selangor. Penduduk majorotinya berangsa Melayu Bangkahulu. Namun terdapat juga bagsa Cina dan India dalam kelompok yang agak besar di situ. Penduduk di Kampung Sg Choh memang peramah dan saling menghormati di antara satu dengan yang lain.

Cikgu Zainuddin seorang guru yang dihormati di kawasan tersebut. Dia mempunyai seorang isteri bernama Zabedah juga seorang guru dan tiga orang anak. Yang sulung dalam tingkatan lima bernama Anuar, Zarina anak yang kedua dalam tingkatan 4 manakala anak bungsunya bernama Kamal berusia 12 tahun.. Sedari lahir Kamal mengidap penyakit HAHD (Attention-Deficit Hyperactivity Disorder ).

Kerana penyakit tersebut, Kamal sering di jadikan bahan jenaka. Orang kampung memang telah masak dengan perangai Kamal. Sering kali Kamal merayau sendirian dan di kala malam ada sahaja orang kampung yang menghantarnya pulang. Bukannya niat Cikgu Zainuddin mahu melepaskan tanggung jawabnya menjaga Kamal. Merka tidak sanggup mengurung Kamal seperti orang tebusan di rumah. Hanya satu tabiat Kamal yang sukar untuk di bendung. Kamal pantang berjumpa denga sungai. Dia pasti berendam dan bermain air di sungai berdekatan dengan estate ladang getah.

Namun kehadiran Kamal di sebuah jeram amat tidak di senangi oleh beberapa kanak-kanak nakal yang sering bermain di kawasan tersebut. Kamal sering di buli dan di perbodohkan oleh mereka. Ijat, Ah Kit dan Rama memang terkenal kerana kedegilan dan kenakalan mereka.

Berdekatan denga estate terdapat sebuah kuil hindu. Bila lapar sahaja Kamal dengan tidak segan silu akan meminta seorang Sami Mutu sedikit makanan. Sami Mutu kadang kadang merasa risau kerana Kamal sering datang ke kuil tersebut dan ramai yang agak kurang senang dengan kehadirian Kamal. Ahkirnya Kamal di larang menghampiri kuil tersebut kerana takut Kamal akan melakukan apa-apa kerosakan di situ. Mereka juga mengesaki bahawa Kamal mencuri kasut di kuil tersebut. Namun sebenarnya Kamal di peralatkan oleh Ijat, Ah Kit dan Rama.

Sami Mutu bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Dia menasihati Cikgu Zainuddin supaya menasihatkan dan menjaga anaknya dari menghampiri kawasan suci mereka. Cikgu Zainuddin akur. Kini dia terpaksa mengawasi anaknya dari tidak ke kawasan kuil tersebut. Cikgu Zainuddin telah mengarahkan Anuar dan adiknya Zarina untuk menjaga Kamal.

Kerana terpaksa Anuar terpaksa membawa Kamal kemana sahaja dia pergi. Setiap petang Anuar akan pergi ke rumah Tauke Loy. Dia sering belajar bersama anak Tauke Loy iaitu Steven Loy. Ruamh Taukey Loy pola berdekatan dengan sebuah tokong Cina. Setiap petang juga tokong tersebut akan membuat latihan gendang Cina. Kerana leka berlajar bersama Steven, Kamal di biarkan bermain sendirian di luar rumah.

Kamal mula tertarik dengan bunyi-bunyi gendang lantas masuk ke dalam tokong tersebut. Kamal mulai mengganggu latihan. Bukan itu sahaja, Kamal dengan tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah tembikar antik sehingga pecah sewaktu melihat mereka berlatih. Akibat dari itu Anuar terpasa membawa Kamal pulang. Kerana simpati Tauke Loy membayar ganti rugi bagi pihak Kamal.

Cikgu Zainuddin tiada pilihan. Dia mulai hilang sabar. Dia terpaksa merantai kaki anaknya walaupun dia berat untik berbuat demikian.

Master Lim, jurulatih seni gendang Cina mulai serba salah bila terlihat Kamal di rantai. Dia tidak mahu kerana kejadian tesebut, Kamal di perlaku seperti itu. Master Lim bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Master Lim juga menawarkan dirinya untuk mengajar Kamal bermian gendang kerana Kamal begitu minat terhadap alat gendang Cina. Begitu juga dengan Sami Mutu. Sami Mutu dan memohon supaya Cikgu Zainuddin melepaskan Kamal. Dia berjanji jika Kamal datang, dia akan menjaga Kamal sebaiknya.

Namun Cikgu Zainuddin enggan. Dia risau jika Kamal terus mengganggu mereka semua. Zarina dan Anuar merasa simpati melihat Kamal di rantai. Akhirnya mereka mengambil keputusan melepaskan Kamal.

Sedang Anuar dan Zarina leka dengan kerja rumah masing-masing, Ijat datang dan mengajak Kamal bermian di sungai. Memang sudah lama Kamal tidak bermain air di sungai. Kamal yang lurus bendul kemudian mencuri keluar dari rumah.

Tiba di kuil, Ijat, Ah Kit dan Rama menyuruh Kamal mencuri kasut di luar kuil. Namun bila dia menuju ke arah Ijat, sekumpulan pengunjung kuil mengejar mereka. Kamal lari mengikut Ijat, Ah Kit dan Rama. Mereka menuju kearah sungai. Kerana takut, Ijat, Ah Kit dan Rama terjun ke dalam jeram. Lazimnya mereka tidak terjun ke tangah dan hanya bermain di terbing kerana air sungai yang dalam. Namun kerana ketakutan mereka semua terjun ke kawasan yang paling dalam.

Ketiga-tiga mereka terkapai-kapai lemas. Kamal turut terjun ke sungai. Kelebihan yang ada pada Kamal, dia mampu berenang. Kamal menyelamatkan kesmua mereka dari lemas. Namun kerana belari dan berenang, kaki kamal kekejangan. Akhirnya Kamal lemas. Mujur orang kuil datang dan menyelamatkan Kamal. Namun kamal telah banyak terminum air dan paru-parunya telah di masuki air.

Kamal kemudan di bawa ke hospital. Pada malam itu juga, sekumpulan sami India dan juga sami Budha berkumpul di depan rumah Cikgu Zainuddin dan berdoa dengan cara mereka meminta tuhan memanjangkan umur Kamal. Dalam masa yang sama juga di surau satu sembahyang hajat di lakukan meminta agar Tuhan memanjangkan umur Kamal. Namun Kamal telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu di hospital.

AKU BUDAK KAMPUNG


Skrip ke 56

Tajuk Drama: AKU BUDAK KAMPUNG
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Ali
Arahan & penerbit: Jurey Rosli
Pelakon: Qazeem Nor, Joey Daud, Munir Phineballerz dll
Terbitan: World Evolution Brain Sdn Bhd

SINOPSIS

Kisah bagaimana dua sahabat telah mengiklankan untuk mencari seorang teman serumah apabila mendapati sewa rumah mereka telah dinaikkan. Muncullah Halim seorang budak kampung yang baru mendapat kerja di Kuala Lumpur mengisi kekosongan rumah tersebut.

Rem dan Poji merupakan dua sahabat baik danmereka semua dibesarkan di Kuala Lumpur. Kehidupan mereka social dan liar. Rem gemar berlumba haram manakala Poji pula gemar dengan aliran muzik underground.

Sukar bagi Halim dan dua sahabat ini untuk bersama. Halim sering ditertawakan kerana sikap kekampungannya itu. Namun Halim cuba berdamping dengan mereka tanpa memperlecehkan kelakuan mereka. Halim masih berpegang dengan jati diri anak melayunya serta berpaut teguh kepada ajaran Isalm.

Lama kelamaan mereka dapat juga menerima kehadiran Halim di dalam rumah tersebut. Satu persatu asaalah yang di alamai oleh mereka cuba Halim selesaikan. Walupun ia budak kampung namun dia bukan seorang yang bodoh tak berpelajaran. Berperwatakan kampung dan merendah diri adalah kunci kejayaan Halim.

Tanpa mereka sedari sebenarnya Halim memiliki Master dari sebuah universiti terkemuka di luar negara. Bukan itu sahaja, Halim bijak dalam bidang permotoran serta mampu bermain alat muzik dengan baik. Semua itu tidak pernah ia tonjolkan kepada sesiapa pun. Bagi mereka Halim amat daif akan semua itu. Sembahyang lima waktu tidak pernah Halim abaikan sama sekali.

Halim sering pergi berlumba haram di hujung minggu. Kerana cabaran dari kawan-kawannya Rem telah sanggup bertaruh wang ringgit yang banyak. Namun akhirnya Rem tewas dan terpaksa membayar sejumlah wang yang banyak kepada pencabarnya. Lebih malang lagi apabila motosikal Rem telah di rosakkan oleh pencabarnya.

Hanya Poji sahaja yang mampu membantu Rem untuk melunaskan wang kekalahan Rem. Kebetulan Poji mendapat tawaran untuk bermain muzik di satu majlis. Namun malang tidak berbau. Poji mengidap demam panas.

Halim kemudian menawarkan diri untuk mengantikan tempat Poji. Mereka tergamam apabila mendapati Halim begitu bagus bermain gitar sehingga dia mendapat pujian dari kwan-kawan Poji. Rem dan Poji merasa malu kerana sering mengutuk Halim. Lebih memeranjatkan apabila Halim berjaya membaiki motosikal Rem.

Kini mereka semua menghormati Halim dan mulai tidak memadang rendah terhadap keupayaan orang kampung seperti Halim.

Drama Bersiri "LORONG"


Skrip ke 55
Tajuk Drama : LORONG
Durasi: 13 Episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Ali
Arahan & Penerbit: Jurey Rosli
Terbitan: World Evolution Brain Sdn Bhd
Siaran ASTRO RIA 2010


Sebuah drama bersiri bergenrekan seram, suspen dan penyiasatan dan telah pun ditayangkan di Astrp Ria pada tahun 2010

Friday, December 17, 2010

CUCU SEORANG PRIMADONA


Skrip ke 46

Tajuk Drama: CUCU SEORANG PRIMADONA
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan
Arahan: En. Yusuf Kelana
Lakonan: Fimie Don, Wan Maimunag, Jeff Omar dll
Penerbit: En. Jurey Rosli
Syarikat: World Evolution Brain
Siaran: telah ditayangkan pd 2hb Oktober 2010 @ RTM 2

SINOPSIS

Ku Zaidah Bt Ku Sulaiman adalah seorang artis yang amat terkenal pada era lewat 70an dan 80an. Lakonannya dalam filem filem tempatan telah mencecah puluhan filem. Dan hampir setiap majlis anugerah filem telah mengangkatnya sebagai pelakon wanita terbaik.
Ku Zaidah juga sering menjadi tajuk utama dalam hampir setiap majalah mahupun akhbar pada masa itu. Setiap perkembangan terbaru mengenai karier atau peribadinya pasti akan diketahui ramai. Ini membuatkan Ku Zaidah menjadi seorang primadona yang amat di minati, digilai dan disanjung tinggi.

Akhirnya Ku Zaidah mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini seorang lelaki biasa bernama Kamala. Mereka dianugerahkan seorang cahayamata bernama Iskandar. Dan lama kelamaan Ku Zaidah semakin menyepikan diri dari dunia glamour. Tahun berganti tahun akhirnya bintang Ku Zaidah semakin malap dan akhirnya terus dilupakan begitu sahaja.

Kini Iskandar telah berkahwin dengan Julia . Namun perkahwinan mereka tidak direstui oleh Ku Zaidah . Ini kerana Ku Zaidah amat tidak menyenangi Julia yang datang dari kampung dan dari keluarga yang tidak berada. Dia lebih senang jika Iskandar mengahwini pelakon jelita Naima yang amat tergilakan Iskandar. Dengan harapan perkahwinan antara anaknya dan pelakon yang sedang melonjak naik namanya itu dapat menaikkan kembali nama Ku Zaidah di dalam dunia seni yang amat dicintainya. Namun Iskandar enggan dan tetap mahu mengahwini Julia. Kerana sayangkan anaknya, Ku Zaidah menyimpan perasaannya dan terpaksa mengizinkan Iskandar berkahwin dengan Julia tanpa rela hati. Kedatangan Danial iaitu anak kepada Iskandar dan Julia juga masih tidak dapat memadam perasaan Ku Zaidah pada Julia.

Malang tidak berbau apabila satu kemalangan telah meragut nyawa Kamal, Iskandar dan Julia. Ini membuatkan Ku Zaidah seperti orang hilang arah. Dia menyalahkan Julia atas kemalangan itu. Kini Ku Zaidah terpaksa hidup bersama cucunya Danial.

Masa pantas berlalu, kehidupan Ku Zaidah dan Danial semakin meruncing kerana Ku Zaidah tiada sumber pendapatan. Ini tidak pernah terlintas di kepala Ku Zaidah kerana selama ini hal kewangan menjadi tanggungjawab suaminya. Namun tawaran berlakon yang ditawarkan kepada Danial oleh teman lama Ku Zaidah telah mengubah segala galanya. Danial kini telah menjadi satu fenomena baru dalam industri perfileman. Dengan bakat yang diperolehinya , Danial menjadi nama yang disebut sebut, dicari oleh setiap syarikat produksi di tanah air. Sehingga dia memenangi banyak anugerah.

Nama Ku Zaidah kembali menyinari dunia seni dengan menumpang populariti cucunya itu. Setiap tawaran yang diterima oleh Danial diterimanya bulat bulat oleh Ku Zaidah tanpa meminta pendapat ataupun persetujuan dari Danial. Tanpa diketahui Ku Zaidah, Danial tidak berminat untuk berlakon. Namun untuk menjaga hati neneknya, dia teruskan juga.

Jadual harian Danial sangat sarat dengan aktiviti lakonan. Ini membuatkan Danial tertinggal dalam pelajarannya. Danial juga tidak mengalami kehidupan kanak kanak yang lain. Masa nya diluangkan dengan menghafal dialog dan mengenal watak yang bakal dilakonkannya. Dia sedih apabila melihat kanak kanak bermain dan meluangkan masa bersama keluarga mereka. Namun itu semua dipendam sahaja oleh Danial.

Kini Ku Zaidah yang bertindak seperti pengurus kepada Danial lebih banyak mendapat liputan dari media massa. Ini kerana Ku Zaidah tidak membenarkan Danial ditemuramah oleh wartawan mahupun menaiki pentas menerima anugerah yang dimenangi Danial. Ku Zaidah kini semakin ghairah untuk mengejar glamour semula. Hasil dari pendapatan Danial juga kebanyakkannya digunakan Ku Zaidah untuk membeli kereta, rumah atau apa sahaja untuk menunjukkan kepada semua bahawa dia masih seorang Primadona yang sangat berprestij.
Zaleha dan Ahmad ibu kepada Julia dan nenek dan datuk kepada Danial sering menerima sms dari Danial tanpa pengetahuan Ku Zaidah. Di dalam sms itu menyatakan perasaan sebenar Danial terhadap semua yang berlaku dalam hidupnya. Oleh kerana kasihan kepada cucu mereka , Zaleha dan Ahmad bertekad mahu membawa Danial pulang ke kampung. Cadangan itu dibantah keras oleh Ku Zaidah. Ini membuatkan Danial semakin murung. Dan prestasinya dalam bidang lakonan semakin merosot.

Satu syarikat production yang besar kini menawarkan satu watak penting kepada Danial . Dan seperti biasa Ku Zaidah menandatangi kontrak bagi pihak Danial tanpa meminta persetujuan dari Danial. Dan dalam kontrak itu menyatakan Danial terpaksa melakonkan babak stunt tanpa menggunakan stunman. Danial enggan berlakon dalam filem itu. Ini membuatkan Ku Zaidah berang. Ku Zaidah tetap berkeras menyuruh Danial berlakon dalam filem itu.
Keesokkannya, Danial yang tidak dapat menahan lagi kerenah neneknya itu tekad dan terus melarikan diri pulang kekampung ibunya. Ku Zaidah yang seakan tahu akan destinasi Danial terus menjejaknya. Walaupun dihalang keras oleh Zaleha dan Ahmad, Ku Zaidah tetap membawa Danial pulang kerumah.

Danial sedang menyediakan diri untuk melakonkan aksi stunt yang telah berkali kali ditunjuk ajar oleh pakar stuntman yang berpengalaman. Ku Zaidah menunggu sambil berbincang mengenai projek terbaru Danial bersama producer filem itu di bawah.
Tiba tiba keadaan menjadi senyap sunyi apabila Danial terjatuh dan tersasar dari tempat jatuh yang disediakan oleh krew krew dan juga stuntman yang bekerja dalam produksi itu. Danial dibawa kehospital nyawanya kini terancam. Ku Zaidah menyesal akan tindakannya

Thursday, December 16, 2010

Drama Bersiri PINTU TAUBAT

Skrip Ke 45

Tajuk Drama: PINTU TAUBAT
Skrip Oleh: Martias Mohd Ali & Adza Irdawati
terbitan: World Evolution Brain Sdn Bhd
Penerbit: Jurey Rosli
Siaran: ASTRO OASIS (2010)

Rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT

EPISOD 1 : TANGGANGEPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIREPISOD 3 : RASUAH
EPISOD 4 : ANAKEPISOD 5 : AIR NERAKA
EPISOD 6 : CURANGEPISOD 7 : DUSTAEPISOD 8: RAGUTAN MAUT
EPISOD 9: INSAF ZARINAEPISOD 10 : SAMUNEPISOD 11 : TEKSIEPISOD 12 : PELANGGANEPISOD 13 : MALAIKAT MAUT




Thursday, November 25, 2010

NEK NAK (musim ke2)


Skrip ke 38

Tajuk Drama : NEK NAK (Musim ke2)
Genre : Seram
Skrip oleh : Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Pelakon : Wan Maimunah, Zaidi Omar, Balqish Samundur Khan,
Rose Iskandar , Mimi Rahziah dll
Penerbit : Jurey Rosli
Siaran : ASTRO RIA (2008)

Drama bersiri Nek Nak merupakan sebuah drama bersiri seram yang diambil dari sebuah kisah sebenar. Drama ini telah mendapat sambutan yang hangat dan mendapat rating yang tinggi apabila ditayangkan di ASTRO RIA pada tahun 2008 sehingga disambung untuk musim kedua.

SINOPSIS NEK NAK
Kisah bermula apabila Zaleha melangsungkan perkahwinan dengan jejaka yang sangat dicintainya iaitu Abdul. Mereka melayari kehidupan berumahtangga dengan bahagia sekali. Dan kebahagian mereka memuncak apabila Zaleha didapati mengandung.
Abdul yang terlalu sukakan kanak kanak tidak sabar untuk menimang cahayamata pertama mereka itu. Pada satu hari, Zaleha yang semakin sarat itu memberitahu Abdul bahawa dia merasakan seolah olah anak yang sedang dikandungnya itu amat mengidamkan buah duku yang ditanam dirumah ibubapanya dikampung, Abdul tanpa membuang masa, terus kekampung mertuanya itu untuk mendapatkan buah yang sedang diidamkan oleh isteri yang amat dicintainya itu.
Tetapi bak kata pepatah, diharap panas hingga kepetang namun hujan di tengahhari. Abdul telah menemui kecelakaan dan telah meragut nyawanya semasa dalam perjalanannya pulang kerumah. Berita sedih itu akhirnya telah sampai kepada Zaleha.
Kini Zaleha seakan hilang semangat untuk meneruskan hidupnya. Zaleha menghabiskan masanya dengan meratapi pemergian suaminya itu. Ramai orang kampung yang prihatin akan nasib yang telah menimpa Zaleha itu. Tidak putus putus kata kata semangat dan harapan dicurahkan pada Zaleha untuk meneruskan hidup demi anak yang bakal dilahirkannya. Namun Zaleha yang seakan akan telah hilang pegangan imannya menyalahkan bayi yang dikandungnya itu sebagai sial dan punca dia kehilangan Abdul. Ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Zaleha itu. Namun Zaleha terus dengan pendiriannya itu. Semakin hari semakin membesar bayi yang dikandung Zaleha, dan semakin membaralah kebencian Zaleha pada kandungannya itu.

Saat yang amat dibenci oleh Zaleha akhirnya datang jua. Kini dia sedang bertarung nyawanya untuk melahirkan anak. Bidan Piah membidankan Zaleha sehinggalah Zaleha selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Seperti jatuh ditimpa tangga, Zaleha akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada saat pertama bayi itu menangis.

Seluruh kampung menjadi kecoh dengan kematian Zaleha itu. Kini semua mempercayai kata kata Zaleha bahawa anak yang dilahirkan oleh Zaleha itu adalah sial. Tiada seorang pun saudara mara mahupun jiran tetangga yang mahu membela bayi itu kerana dikhuatiri nasib malang bakal menimpa mereka pula.
Bersimpati dengan nasib bayi itu, Bidan Piah yang tidak mempunyai sebarang zuriat itu mengambil keputusan untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat. Kini bermulalah kehidupan bayi yang diberikan nama Nak, bersama Bidan Piah.

Kini Nak telah meningkat dewasa. Namun kisah lampau masih menghantuinya. Suara suara sumbang penduduk kampung yang menyatakan bahawa dia pembawa sial amat mengguris hatinya. Gadis gadis yang sebaya dengannya enggan berkawan dengannya. Begitu juga dengan jejaka kampung yang cuba menjauhkan diri dari Nak. Dan hampir kesemua penduduk kampung tanpa teragak agak menudingkan jari mereka kepada Nak sekiranya terjadi kejadian malang yang melanda penduduk kampung itu.Nak akhirnya sering bersendirian. Namun Ayop, seorang pemuda yang agak kacak dikampung itu tidak bersetuju dengan semua penduduk kampung. Baginya Nak bukan pembawa sial tetapi seorang gadis yang sedang diuji imannya oleh Allah s.w.t. Ayop berjaya menaikkan kembali semangat Nak untuk menjalani hidupnya. Dan tanpa diketahui oleh Ayop, dalam diam Nak memendam perasaan terhadapnya. 

Pada satu hari yang indah, sebuah keluarga baru berpindah masuk kekampung mereka. Keluarga itu terdiri daripada Pak Abas dan Cik Saodah bersama satu satunya anak mereka Nur. Itu adalah antara hari gembira untuk Nak kerana Nur yang juga bersikap seperti Ayop tidak mahu mendengar tentang perkara pekara buruk tentang Nak. Malah Nur juga mahu menjalinkan persahabatan dengan Nak. Kini Nak Ayop dan Nur sebagai kawan kawan yang benar benar ikhlas mahu bersahabat dengannya.

Nak tidak dapat memendamkan lagi perasaan cinta yang terbit dari hatinya untuk Ayop. Dia akhirnya memberitahu Nur bahawa dia telah jatuh hati pada seseorang. Walaupun sering diasak dengan soalan oleh Nur tentang siapakah yang sedang bertahta dihati Nak itu, namun Nak berkeras tidak mahu memberitahu siapakah lelaki yang dimaksudkan itu sehinggalah dia benar benar pasti yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tetapi apa yang tidak diketahui Nak adalah, Ayop telah jatuh hati pada Nur. Dan begitu juga sebaliknya.
Akhirnya hubungan cinta antara Ayop dan Nur terbongkar jua. Nak amat hampa dengan penemuannya itu. Nak merasakan dirinya telah dikhianati oleh orang yang sangat sangat dipercayainya. Kini Nak menjauhkan diri dari Ayop dan Nur. 

Akhirnya Ayop mendirikan rumahtangga bersama Nur. Dan pada masa yang sama Nak yang sangat baik hati, penuh sopan santun, penuh budaya timur akhirnya telah bertukar kepada seorang wanita yang sangat pembenci dan pendendam. Nak berjanji pada dirinya untuk memusnahkan masjid yang telah dibina oleh Ayop dan Nur itu.

Bidan Piah yang sedih melihat akan nasib yang menimpa Nak akhirnya mencari jalan supaya Nak dapat melupakan masaalah yang dihadapinya itu. Bidan Piah cuba menyibukkan Nak dengan menurunkan semua ilmu ilmu yang berkaitan dengan perbidanan . Dan usaha Bidan Piah itu berjaya apabila Nak dapat mengalihkan perhatiannya pada bidang perbidanan. Namun apa yang tidak diketahui oleh Bidan Piah ialah Nak telah menyalah gunakan ajarannya itu untuk membalas dendamnya pada semua penduduk kampong yang selama ini sering mencaci, menghina dan kepada yang telah mengkhianati dirinya iaitu Ayop dan Nur.
Nak kini mencampur adukkan ilmu hitam dalam amalan perbidanannya. Nak dalam diam telah “membela” sejenis makluk untuk menampakkan dirinya sebagai seorang yang sangat cantik dan menarik. Semua jejaka yang dulunya telah mencercanya kini tergila gilakan Nak yang tampil dengan kecantikkan yang amat “luar biasa”. Sebagai balasan Nak akan “menjamu” makluk itu dengan uri bayi yang dibidankannya.
Bidan Piah yang dapat menghidu perbuatan terkutuk Nak itu akhirnya menggugut Nak untuk menghentikan perbuatannya. Akhirnya Bidan Piah telah dibunuh oleh makhluk yang dibela Nak. Amat marah dengan tindakan yang diambil oleh makluk yang dibelanya itu membuatkan Nak mahu menghapuskannya. Namun makluk itu lebih pantas dan terus merasuk Nak.

Kampung itu kini kecoh dengan pembunuhan Bidan Piah . Semua penduduk menuduh Nak telah membunuh ibu angkatnya itu. Setelah berkumpul mereka berbincang untuk memburu mencari nak untuk menuntut keadillan.Namun mereka semua terkejut apabila “Nak” mulai mengamuk dan telah membunuh ramai penduduk kampung itu. Tanpa penduduk kampung itu sedari bahawa Nak kini dibawah kuasa makluk halus yang telah merasuknya.Ketua kampung kini memanggil Ustaz Zali untuk menghentikan amukan Nak itu. Dan dalam pertarungan antara ilmu hitam dan bacaan ayat ayat suci Al Quran dari Ustaz Zali akhirnya Nak dapat ditumpaskan. Nak akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa kini makhlus halus yang dahulu bertuankan Nak kini mencari tuan yang baru. Dan selagi dia tidak bertuan maka selama itu juga penduduk kampung itu akan “diganggunya” dengan menyamar sebagai Nek Nak.

Terbitan dan Arahan yang sangat mantap dari Pemenang Pengarah terbaik iaitu En Jurey Rosli.

Wednesday, November 24, 2010

SURAT CINTA


Skrip ke 33

Tajuk Drama : SURAT CINTA
Skrip Oleh: Adza Irdawati, Adza Nasyaemie & Martias Mohd Ali
Pengarah: En Jurey Rosli
Syarikat Penerbitan: World Evolution Brain (WEB)
Siaran: RTM2 (2010)

SiNOPSIS

10 tahun yang lampau, ada 3 sahabat baik menetap di sebuah kampung. Umur mereka di sekitar 16 tahun dan masih bersekolah. Iman seorang yang pemalu dan takut dengan perempuan. Sunil seorang berbadan gemuk dan kuat makan manakala Bakar @ Burn seorang mat bunga dan ulat buku. Setiap pagi mereka ke sekolah menaiki sebuah bas yang biasa mereka naiki, dan di situ kisah mereka bermula.

Wati merupakan anak ketua kampung yang jelita dan menjadi perhatian ramai yang seusia mereka. Namun Wati merupakan seorang yang pendiam dan mudah tersenyum. Ia berkawan baik dengan Chomel seorang gadis yang berbadan besar. Setiap pagi Iman, Sunil dan Burn akan menaiki bas yang sama menuju ke sekolah.

Dalam diam-diam Iman jatuh hati pada Wati sehingga ia meminta Burn mengarangkan sebuah surat cinta untuk Wati. Di dalam surat cinta tersebut Iman berazam mahu menjadikan Wati isterinya suatu hari nanti. Iman meminta Sunil memasukan surat cinta tersebut ke dalam beg Wati. Namun dengan tidak sengaja Sunil telah memasukan surat tersebut ke dalam beg kepunyaan Chomel.

Chomel pula memang gemar membuli Iman dan mempermainkan Iman. Namun semenjak Chomel mendapat surat tersebut, ia cuba merapati Iman walaupun Iman sebenarnya memberikan perhatian kepada Wati.

Iman beranggapan bahawa Wati telah membaca surat tersebut menerima “cintanya” itu. Keyakinan tersebut semakin menebal apabila Wati semakin rapat dengan Iman. Di dalam surat tersebut Iman akan menunggu Wati di perhentian bas yang sama 10 tahun akan datang.

Namun pada hakikatnya Chomel seperti mendapat semangat baru apabila ada insan yang menaruh hati padanya. Chomel terus menanam tekat bahawa Iman adalah calon suaminya akan datang.

10 tahun berlalu. Iman tidak berjaya di dalam pelajaran dan bekerja sebagai seorang penghantar surat. Burn menjadi seorang peguam yang disegani manakala Sunil pula bekerja sebagai seorang jurusolek artis.

Wati kini menjadi seorang penyanyi popular. Pertemuan tidak sengaja antara Wati dan Burn di sebuah majlis telah menyebabkan Burn jatuh hati kepada Wati. Iman hanya tersenyum dan tidak merasa apa-apa kerana ia telah melupakan “cinta monyetnya” dahulu. Burn sering keluar bersama Wati dan semakin hari Burn menyimpan azam untuk melamar Wati.

Namun pada satu hari, Iman telah didatangi sepucuk surat misteri yang mengandungi salinan surat cintanya yang pertama yang pernah dihantar kepada Wati 10 tahun yang lampau. “Wati” begitu mengharapkan bahawa Iman mengotakan janjinya dahulu. Kini Iman di persimpangan dilema kerana takut Burn akan kecewa setelah Burn kini benar-benar gila bayang.

Hari demi hari Iman semakin gelisah memandangkan hari yang mereka janjikan bersamaan dengan hari Burn berhasrat untuk melamar Wati.

Sunil pula baru menyedari bahawa ia masih menyembunyikan rahsia kesilapan surat tersebut selama 10 tahun. Sunil akhirnya menceritakan bahawa surat tersebut sebenarnya telah tersalah penerima. Sunil mengambil keputusan untuk menemui Chomel dan menceritakan perkara sebenarnya.

Keberanian Sunil bertemu “Chomel” telah menyebabkan “Chomel” jatuh hati kepada Sunil. Namun secara tiba-tiba Iman mulai menyedari bahawa sewaktu mereka bersekolah dahulu, dia dan Chomel begitu mesra dan sering membuatkan mereka gembira. Barulah Iman menyedari bahawa selama ini hatinya telah terpaut pada Chomel.

Iman kini bakal kehilangan Wati dan Chomel. Namun di dalam hatinya ia lebih sanggup melepaskan Wati daripada mengecewakan Chomel. Iman lantas meminta Sunil memutuskan perhubungannya dengan Chomel dan menyebabkan Sunil meradang.

Namun atas dasar persahabatan Sunil mengambil keputusan untuk berpisah dengan Chomel bagi memberi laluan kepada Iman dan menyebabkan Iman terharu. Iman baru menyedari bahawa Sunil merupakan sahabat sejatinya dan dia pula meminta maaf atas sifat buruknya itu.

Wati dan Burn menanti hari persandingan begitu juga dengan Chomel dan Sunil. Iman pasrah dan balik ke kampung. Dia kemudian duduk di perhentian bas menggamit nostalgia silam. Tiba-tiba bas sekolah lama yang pernah ia naiki dahulu tiba dan pemandu tersebut menyuruh ia naik.

Di dalam bas tersebut seorang gadis duduk di kerusi yang pernah Chomel monopoli dahulu. Gadis tersebut mengeluarkan perkataan yang sering “Chomel” gunakan bagi menyakat Iman suatu masa dahulu. Rupanya “Chomel” yang kini bersama Sunil adalah adik kepada Chomel yang pernah mereka gelarkan Gebu.

Chomel meminta Gebu mengambil tempatnya dan menyamar menjadi dirinya kerana dia tidak yakin dengan dirinya yang masih berbadan besar

Chomel membuat keputusan itu kerana dia tidak mahu menghampakan Iman yang mungkin menyimpan harapan selama 10 tahun untuk bertemu dengan seorang gadis jelita manakala bentuk badannya masih seperti masa zaman remajanya dahulu.

Akhirnya surat cinta yang membawa banyak kekeliruan telah menemukan dan menyatukan kesemua mereka semula.


Tuesday, November 23, 2010

IDRIS BECA - 13 Episod



Skrip ke 31
Tajuk Drama: IDRIS BECA
Durasi: 13 episod X 30 min

Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
Penerbit : En Jurey Rosli

Syarikat: World Evolution Brain (WE
B)
Lakonan: Wan Hanafi Su, yus Waizar, Kamaliah mat Dom, Damien dll.
Siaran : RTM 2007
Di atas kejayaan telemovie "ANAK PENARIK BECA" skrip oleh Martias Ali dan arahan oleh En Jurey Rosli di dalam memenangi beberapa award di Anugerah Sri Angkasa, maka sebuah novel adaptasi dari drama ini dan juga sebuah drama bersiri 13 episod berjudul "IDRIS BECA" telah direalisasikan. Drama IDRIS BECA menceritakan kehidupan Idris semasa kecil hingga dewasa dan sehinggalah dia bekerja sebagai penarik beca dan digelarkan Idris beca oleh semua teman temannya.

Sinopsis Setiap Episod

Episod 1

Kamal (anak Idris) baru sahaja berkerja di sebuah syarikat. Ia kemudian meminta supaya Idris berhenti dari berkayuh beca dan berjanji akan membantu keluarganya.Namun Idris menjadi serba salah. Ia kemudian bertemu Malik dan Haji Deraman. Mereka juga menasihatkan Idris supaya bersara. Idris kemudian bersetuju dengan pandangan kawan-kawannya itu memandangkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Keesokan harinya Idris tidak dapat duduk senang dirumah. Ia mulai resah. Lantaran ia membersihkan dan membetulkan beca kesayangannya itu. Setelah agak keletihan ia terus duduk lalu terlelap di atas becanya itu. Idris terus dibuai pelbagai mimpi yang kenangan silamnya bersama beca tuanya itu (recap babak dalam telemovie Anak Penarik Beca)
Bila terjaga dari mimpi, Idris mengambil keputusan untuk kebandar dengan becanya. Namun di dalam perjalanan menuju ke bandar, ia telah terlibat dalam kemalangan. Idris cedera dan terus dibawa ke hospital.

Dalam pada itu seorang pemuda Inggeris ( Mathias Heweitt ) telah sampai di bandaraya Melaka dan terus mencari Idris Beca dengan bertanya kepada orang-orang beca di bandar. Mereka mengatakan bahawa Idris baru sahaja kemalangan dan kini sedang dirawat di hospital.Tulang kaki Idris yang pernah patah dahulu kini retak semula. Doktor menasihatkan Idris terus bersara dari mengayuh becanya. Namun Idris berkeras untuk keluar dari hospital dan hanya mahu di rawat di rumah. Mathias Heweitt tiba di hospital dan mendapati Idris telah keluar.

Episod 2

Kamal menjadi berang dengan keputusan Idris untuk pulang ke rumah. Ia kemudian menyewa sebuah lori untuk membawa beca tersebut ke pusat pembuangan sampah. Dalam pada itu tiba-tiba muncul Mathias Hewitt di rumah. Mathias Hewitt adalah seorang wartawan bebas yang berasal dari kota London. Ia menceritakan bahawa ayahnya seorang pegawai Inggeris di Malaysia dahulu meminta ia mencari “Idris Beca” dan membuat catatan tentang kisah hidup Idris Beca untuk disiarkan kepada masyarakat di negaranya.

Lama-kelamaan barulah Idris menyedari bahawa pegawai Inggeris tersebut pernah terhutang nyawa kepadanya suatu masa dahulu. Idris kemudian mulai bercerita kisah hidupnya itu.Penceritaan Idris bermula di tahun awal 50an di kala Idris berusia dalam lingkungan 11 tahun. Ayahnya (Pak Ehsan) merupakan seorang nelayan laut yang kuat berkerja dan kuat semangat. Kehidupan mereka agak susah kais pagi makan pagi dengan pendapatan yang tak menentu. Idris yang mempunyai seorang abang berusia 14 tahun bernama Yahya sentiasa membantu ayahnya turun ke laut menangkap ikan. 

Tiap-tiap hari selepas sembahyang maghrib Idris akan di hantar ke rumah Haji Ishak untuk belajar mengaji dan juga bersilat. Ia berkawan pula dengan Deraman anak Haji Ishak. Musim tengkujuh menjelang lagi. Namun Pak Ehsan tetap degil untuk turun ke laut walaupun isterinya Rogayah menghalang. Ah Meng (Taukey Meng) dan Haji Ishak puas menasihatkan Pak Ehsan supaya jangan kelaut, namun ia tetap berdegil.Pak Ehsan terus ke laut bersama anak sulungnya Yahya. Namun bala petaka menimpa dua beranak itu apabila sampan mereka karamdipukul ribut. Itulah kali terakhir Idris menatap wajah ayahnya.

Episod 3

Kehidupan Idris kini bersama ibunya di sebuah rumah usang berdekatan dengan pantai. Namun semenjak ketiadaan suaminya, Rogayah sering tidak sihat. Idris yang masih mentah alpa dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.Taukey Meng cuba membantu dengan menghulurkan keperluan harian. Namun lama kelamaan pertolongan Taukey Meng telah di salah ertikan oleh jiran-jiran Rogayah. Mereka menuduh Rogayah membuat perbuatan sumbang dengan Taukey Meng demi menyara kehidupan. Rogayah mulai merasa sedih dan melarang Taukey Meng membantunya lagi. Kerana tertekan, Rogayah jatuh sakit. Penyakit Rogayah semakin tenat sehinggalah ia menjadi nazak.Idris yang amat sedih dan buntu kemudian menceritakan kepada Haji Ishak tentang kesihatan ibunya. Haji Ishak kemudian pergi ke rumah Rogayah dan mendapati Rogayah tenat. Ia kemudian meminta bantuan Taukey Meng membawa Rogayah ke rumah sakit dengan menggunakan lanca milik Taukey Meng namun Rogayah meninggal dunia di dalam perjalanan. 

Semenjak hari itu, Idris menjadi anak yatim piatu. Haji Ishak kemudian membawa Idris tinggal bersamanya. Ia menanam semula semangat Idris dengan pelbagai nasihat dan panduan hidup. Selama 3 tahun Haji Ishak menjaga idris seperti anaknya sendiri. Haji Ishak memberi 3pegangan hidup kepada Idris itu murah Ibadat, murah simpai, dan murah memberi.Sepanjang Idris tinggal di rumahn Haji Ishak dia tidak lupa menjenguk rumah usangnya, ia sering kerumah peninggalan ayahnya itu untuk bercucuk tanam dan menternak ayam kampung bagi mencari sedikit duit menampung serta meringankan Haji Ishak.

Episod 4

Sewaktu usia Idris mencecah 13 tahun, Idris sudah pandai berdikari. Sebahagian sayur yang di tanamnya di jual kepada orang kampung. Namun pada suatu hari ia mendapati ternakan ayamnya semakin kerap dicuri. Ia kemudian mulai mengintip bagi menangkap pencuri tersebut. Akhirnya ia terlihat Ah Seng anak kepada Taukey Meng yang punya angkara mencuri ayam ternakannya itu. Dengan perasaan marah ia lantas meluru ke arah Ah Seng dan terus membelasah Ah Seng. Secara kebetulan, Haji Ishak terlihat kejadian tersebut dan terus meleraikan mereka.

Haji Ishak memarahi sikap Idris lantas memukul Idris. Tiba-tiba Haji Ishak di serang penyakit jantung dan terus meninggal dunia. Idris meratapi kematian Haji Ishak dan mulai menyalahi dirinya sendiri.Dalam pada itu, Taukey Meng naik berang dengan sikap Ah Seng yang masih degil dan nakal. Ia memukul Ah Seng yang masih tidak tahu untuk membalas budi keluarga Pak Ehsan. Taukey Meng menceritakan bagaimana satu masa dahulu, Pak Ehsan pernah menyelamatkan nyawa dia dan isterinya sewaktu sampan mereka karam di pukul ombak besar. Di kala itu Taukey Meng sedang melarikan diri dari dipaksa menganggotai Parti Komunis Malaya.Mujur pada ketika itu Pak Ehsan sedang memukat ikan di laut dan terlihat mereka berdua lantas membawa mereka ke kampung. Semenjak itu Taukey Meng berjanji akan sentiasa mengenang dan membalas budi Pak Ehsan sekeluarga.

Idris mengambil keputusan untuk kembali ke rumah buruk tinggalan arwah ayahnya bagi memulakan kehidupan baru setelah kematian Hj Ishak. Namun pada masa yang sama, Pak Rahman mahu mengambil semula tapak rumah milik arwah bapanya dengan alasan hutang tanah itu masih belum di bayar. Kerana mengenangkan itulah sahaja harta peninggalan ayahnya maka Idris berjanji untuk melunaskan hutang arwah ayahnya itu dengan bekerja bersungguh - sungguh. 

Di waktu pagi Idris terus ke jeti nelayan membantumemunggah ikan demi mendapatkan sedikit bekalan untuk di bawa pulang. Sesungguhnya Idris sanggup berkerja lebih masa untuk mendapatkan wang yang lebih tanpa mengenal penat lelah.
Idris amat kecewa apabila sekumpulan kanak-kanak lain mengejek dan mencercanya. Namun Idris tidak mempeduli malah dia dapat mengawal perasaan dengan tabah. Pada saat itu Idris mengumpul azam mengubah kehidupannya untuk membina masa depan yang lebih sempurna tanpa merasa kemiskinan sebagai sempadan untuk hidup bahagia.

Episod 5

Kerana terlalu kuat berkerja akhirnya Idris mulai sakit-sakit. Ekoran dari itu Idris pengsan sewatu menuju kepasar membawa ikan. Taukey Meng yang kebetulan berada di situ terus membawa Idris ke rumahnya yang tidak jauh dari situ.Ia kemudian memberikan rawatan cara tradisional cina. Taukey Meng menasihatkan Idris supaya banyak berehat dan jangan memikirkan pasal hutang tanahnya itu. Taukey Meng kemudian secara senyap telah mendahulukan wangnya bagi membayar hutang Pak Ehsan kepada Pak Rahman. Isteri Taukey Meng juga menjaga Idris seperti anaknya sendiri.
Ah Seng masih teringatkan bagaimana Idris membelasahnya dahulu dan terus berdendam. Namun lama kelamaan Idris berjaya mengambil hati Ah Seng. Idris yang memulakan bagi memulihkan keadaan dengan dahulu meminta maaf kepada Ah seng walaupun pada hakikatnya Ah Seng yang bersalah. 

Taukey Meng menyuruh Ah Seng supaya mencontohi sikap Idris. Dengan kehadiran Idris sepanjang jatuh sakit dirumah Taukey Meng, Aheng mulai berubah menjadi seorang budak yang baik dan rapat dengan Idris.Idris melihat banyak beca yang dibaiki oleh Taukey Meng dan merasakan bahawa ia perlu memiliki sebuah beca bagi meringankan kerjanya. Setelah sembuh dirawat dan dijaga oleh Taukey Meng, Idris kembali sihat dan kembali semula ke rumahnya.

Episod 6

Kerana mengenangkan jasa Taukey Meng, Idris mengambil keputusan untuk membalasnya dengan cara mengemas halaman bengkel kedai taukey Meng setiap pagi selepas ia mengangkut ikan di jeti, walaupun Taukey Meng tidak pernah meminta dia membuatnya.
Kerana simpati dan kasihan pada Idris, Taukey Meng lalu memberi 5 sen setiap hari kepada Idris sebagi upah. Setiap hari selepas selesai membuat kerja itu Idris akan bertemu dengan Malik kawan baiknya.Malik seorang budak yang gemar bermain seruling. Di sinilah Idris belajar meniup seruling.Wang yang di terima dari upah mengambil barangan hasil laut dan juga upah membersihkan kedai Taukey Meng disimpannya. Harapan Idris agar suatu hari ia mampu membeli becanya sendiri bagi 

mengubah masa depan dirinya.Setelah genap setahun, Idris mengambil simpanannya dan menuju ke kedai Taukey Meng dan menyatakan hasrat untuk memiliki beca. Taukey Meng simpati dan terharu dengan kesungguhan Idris lantas memberikan sebuah beca kepada Idris. Ia juga menyuruh Idris membayarnya jika ia mempunyai wang lebih.Maka bermulalah kehidupan Idris sebagai penarik beca. Semua orang tergamam melihat kesungguhan Idris sehingga mampu memiliki becanya sendiri.

Episod 7

Idris mulai berkerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat. Wang yang ia dapat digunakan untuk membayar hutang rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya.Pelbagai kejadian yang menimpa Idris. Ada yang tidak membayar sewa beca dan ada juga yang memberi lebihan wang kerana kebaikan dan keperibadian Idris. Idris di senangi oleh semua orang. Selain daripada berurusan dengan Taukey Meng , Idris juga sentiasa berurusan dengan keluarga Raju. Penoreh getah di ladang getah berdekatan kampungnya.Raju mempunyai anak yang bernama Muthu yang berkawan baik dengan Idris setelah tertarik dengan sifat baik hati dan kuat bekerja.Namun ada suara-suara yang tidak senang dengan kerjaya baru Idris. Penarik-penarik beca lama merasakan Idris mulai mencuri pelanggannya. Akibat dari itu, Idirs telah di pukul dan becanya di tolak masuk ke dalam parit.

Mujur Malik, Ah Seng dan Muthu datang membantu. Idris tidak dapat mengayuh beca kerana kakinya sakit. Malik yang teringin untuk memiliki becanya sendiri menawarkan diri untuk menggantikan Idris. Kerana kesungguhan itu, Idris mengajar Malik cara-cara menunggang basikal.Mereka berdua menjadi sahabat baik.

Episod 8

Malik akhirnya bercadang untuk membeli beca. Ia meminta Idris membantunya kerana wang yang ia ada masih belum mencukupi. Idris bersetuju kerana mengenangkan Malik banyak membantunya dan juga Malik adalah sahabat baiknya. Dari situ bermulalah kehidupan mereka berdua sebagai penarik beca. Kehadiran seorang pegawai Inggeris telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat kampung. Namun tidak bagi Idris yang tidak pernah memandang isu kulit dan agama di dalam soal mencari sesuap makan. Pegawai Inggeris itu menawarkan Idris menghantarnya ke rumah seorang resident Inggeris. Namun perbuatannya tidak di senangi Malik banyak menasihati Idris namun Idris masih dengan pendiriannya sendiri. Akibat dari itu Idris telah di pukul oleh orang kampung.Tulang kaki Idris telah patah dan Idris terpaksa duduk di rumah. Oleh sebab itu Idris tidak dapat membayar hutang kepada Pak Rahman. Idris cuba sedaya upaya untuk pulih dengan cepat. Namun Malik menghalang Idris dari berbuat demikian kerana takut akan memudaratkan.

Ah Seng datang bersama ayahnya Taukey Meng. Taukey Meng menggunakan ubat-ubatan tradisi cina bagi menyembuhkan luka Idris. Raju dan Muthu juga simpati turut membantu dengan memberikan ubat-ubatan India. Namun ternyata luka Idris memakan masa yang lama untuk di sembuhkan. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, Idris terpaksa menggadai becanya bagi meringankan beban kehidupan sehariannya.Kemerdekaan negara berlangsung pada 31 ogos 1957, namun pada tarikh yang sama Idris terlantar dalam kesedihan.

Episod 9

Pada suatu hari, orang kampung mulai kecoh bila pegawai Inggeris yang cuba pernah mereka pukul dahulu muncul sambil menunggang beca milik Idris. Ia kemudian terus menuju ke rumah Idris.Idris tergamam dengan kehadiran pegawai Inggeris tersebut. Ia mengucapkanterima kasih kepada Idris kerana sanggup menggadaikan nyawa bagi menyelamatkan dirinya dahulu. Ia mendapat tahu bahawa Idris terpaksa menggadai beca akibat kejadian tersebut lantas terus menebus semula beca tersebut dan memberikan kepada Idris.

Pegawai Inggeris tersebut menyatakan bahawa kemerdekaan dan kemajuan negara akan lebih cepat dinikmati jika lebih ramai orang mencontohi sifat dan perlakuan Idris.Ia menyatakan pada Idris, suatu hari nanti ia mahu semua orang mengetahui siapa Idris Beca. Selepas mengucapkan selamat Merdeka, pegawai Ingeris itu pergi dan menyatakan bahawa tugasnya di tanah bertuah ini sudah selesai.Orang kampung yang terlibat di dalam kejadian memukul Idris berkumpul dan meminta maaf kepada Idris.

Episod 10

Setelah pulih sepenuhnya Idris mulai mengayuh beca semula. Pada suatu hari ia telah terserempak dengan Muthu yang di dalam kesedihan. Muthu amat kecewa kerana percintaan dia dan Rani telah di dihalang oleh orang tua Rani.Idris memujuk Mutu supaya bersabar. Idris mengambil keputusan untuk bertemu orang tua Rani dan berbincang dengan ayah Rani. Kerana menghormati keberanian Idris serta budi bahasa Idris akhirnya ayah Ranimerestui perhubungan Muthu dan Rani.

Dalam masa yang sama, Pak Majid sering menceritakan kebaikan tingkah laku Idris kepada isteri ( Mak Esah) dan anaknya Hasnah. Namun Mak Esah lebih berangan-angan untuk menjodohkan Hasnah dengan seorang lelaki bernama Jamal, seorang pegawai kerajaan dan anak kepada ketua kampung. Namun Pak Majid tidak senang dengan sikap bongkak Jamal yang terlalu bangga dengan status dirinya. Jamal sengaja mengumpan Mak Esah dengan pemberian wang ringgit juga pakaian.Bila Jamal mengetahui Idris adalah saingannya, ia kemudian mulai bermusuh dengan Idris.

Episod 11

Hasnah lebih menyanjungi sikap Idris walaupun Idris terlalu merendah dirinya. Namun lama kelamaan Idris jatuh hati kepada Hasnah. Namun Idris cuba melawan perasaannya. Ia cuba menjauhkan dirinya dari Hasnah. Namun pada suatu hari Idris merasa cemburu apabila Mak Esah meminta Jamal menghantar Hasnah ke kelas masakan, dengan menaiki motosikal.

Jamal pula berniat buruk dan membawa Hasnah ke sebuah pantai yang terpencil. Jamal cuba memperkosa Hasnah. Kebetulan Idris cuba mententeramkan hatinya dengan bermain seruling di tepi pantai. Tiba-tiba ia terdengar suara Hasnah menjerit meminta tolong. Idris terus menuju kearah suara itu.Jamal dan Idris berlawan. Idris membuka pencak silatnya menyebabkan Jamal teruk dibelasah. Idris kemudian membawa Hasnah pulang kerumahnya.

Sewaktu Idris pulang kerumah ia mendapati sekumpulan pemuda (kuncu-kuncu Jamal) sedang menanti. Mereka mulai membelasah Idris. Malik yang terlihat kejadian tersebut terus memberi tahu Deraman. Kebetulan, Muthu dan Ah Seng juga berada di situ dan mereka lantas pergi ke tepat kejadian untuk membantu.Idris cedera parah. Beca miliknya juga telah dirosakkan. 

Episod 12

Idris terlantar di rumah. Ah Seng membawa beca milik Idris kerumahnya untuk di baiki. Idris beranggapan becanya kini tidak dapat di baiki lagi. Namun Ah Seng kembali semula kerumahnya dan membawa beca tersebut yang telah di baiki. Mak Esah mulai akur dan mulaimenyesal. Pak Majid bercadang untuk menjodohkan Idris dan Hasnah. Puas Pak Majid memujuk Idris supaya menerima Hasnah sebagai isteri namun Idris seakan telah patah hati.Setelah gagal memujuk akhirnya Pak Majid meminta kawan-kawan Idris pula membantu bagi memujuk Idris yang sememangnya seorang yang keras hati. Kekerasan hati Idris akhirnya cair juga bila mana mereka meminta Idris menyanyi bersama Hasnah di pentas ghazal di satu majlis keramian. Cinta Idris dan Hasnah berputik semula.

Akhirnya mereka berkahwin berpelaminkan beca Idris.Cerita Idris terhenti disitu. Mak Nah menitiskan air matanya mendengar cerita dari Idris. Kamal juga menyedari betapa beca tersebut terlalu bernilai dalam diri ayahnya. Baru ia teringat yang beca tersebut telah di bawa ke pusat pelupusan sampah dan terus menuju ke situ. Namun tiba di situ ia mendapati beca tersebut telah tiada.

Episod 13

Kamal kini semakin rungsing bila Idris sering bertanya di mana becanya kini. Pelbagai alasan Kamal berikan. Kamal kemudian pergi ke kedai Ah Seng bagi membeli beca baru. Namun Ah Seng curiga kerana Idris teramat sayang kepada beca tuanya itu.Kamal membawa beca baru dan menunjukkan kepada Idris. Namun Idris tidak mahu menerimanya. Ia mahukan beca lamanya itu. Sementara itu, Mathias Hewitt terus mencari dan menemuramah kawan-kawan lama Idris bagi menyiapkan rencananya itu.

Kamal menemui jalan buntu untuk memujuk hati ayahnya. Idris semakin sayu apabila hari sambutan kemerdekaan semakin hampir dan becanya pada kali ini mungkin tidak dapat turut serta dalam perarakan.Namun secara tiba-tiba Ah Seng, Muthu, Malik dan Deraman muncul bersama beca Idris yang telah siap di hias bagi tujuan perarakan. Idris tersenyum puas. Mathias Hewitt sempat merakamkan gambar Idris bersama kawan-kawan seperjuangannya bergaya di atas beca merdeka milik Idris.Rencana dan gambar tersebut kemudian menghiasi muka depan sebuah akhbar tabloid di kota London.


(gambar diatas merupakan Novel oleh Martias Mohd Ali yang diadaptasikan dari drama ANAK PENARIK BECA)

Friday, April 9, 2010

DRAMA BERSIRI "RADIO" 13 Episod


Skrip ke 40

Tajuk Drama: RADIO (musim 2)
Durasi : 13 Episod (30 min)
skrip Adza Irdawati, Martias Mohd Ali
Pengarah: Jurey Rosli
Syarikat: World Evolution Brain (WEB)
Siaran: ASTRO RIA (2007)

Sinopsis RADIO

Satu keluarga telah dibunuh oleh tentera Jepun kerana mereka memiliki Radio yang diharamkan pada waktu pendudukan tentera Jepun. Radio tersebut juga telah ditanam bersama mayat-mayat keluarga tersebut.
60 tahun kemudian, Jalil telah mewasiatkan Radio pusaka tersebut kepada anaknya Rizzwan sebelum ia meninggal dunia. Radio tersebut telah di warisi oleh keturunan Jalil selepas mereka menggali dan menyempurnakan mayat-mayat yang telah di bunuh oleh tentera Jepun selepas mereka dibunuh.
Dalam serba kebingungan, Rizzuan membawa radio antik itu balik ke rumah. Pada malam hari radio itu telah hidup dengan sendirinya dan menyiarkan berita pembunuhan seorang gadis. Rizzuan kebingungan dan mengabaikan berita tersebut sehinggalah ia mendapati kejadian tersebut benar-benar berlaku dan berita mengenainya keluar sehari lebih awal di radio pusaka tersebut.
Pada sebelah malamnya Rizzuan mulai dihantui dengan suara gadis tersebut yang menyalahkan dirinya kerana tidak membantunya. Rizzuan menjadi serba ketakutan lantas membuang Radio tersebut ke dalam tempat pembuangan sampah.

Namun apabila ia kembali ke rumah, ia dapati Radio tersebut berada di tempat asalnya dan terus mengeluarkan berita tragis yang seterusnya. Rezzuan terus mengabaikan berita tersebut sehingga mangsa-mangsa mengganggunya setiap malam dan menjadikan ia merasa bersalah atas kematian mangsa-mangsa tersebut.

Semenjak dari itu Rizzuan tekad untuk membantu mangsa-mangsa yang disebutkan di dalam berita di radio tersebut. Selepas ia berjaya menghalang pembunuhan dan tragedi hitam, Radio tersebut akan memainkan lagu-lagu keroncong sehinggalah siaran berita seterusnya ke udara.