Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

SAKA - 13 Episod



Skrip ke 36

Tajuk Drama : SAKA 13 Episod
Genre : Seram
Skrip oleh : Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Penerbit : Jurey Rosli
Siaran : ASTRO RIA (2008)




Sinopsis SAKA

Kisah ini berlaku di Negara Siam dan berempadan dengan Malaysia. Pacai mengalami kesukaran untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun Ulan tabah dengan dugaan tersebut. Pelbagai cara di gunakan bagi melepaskan roh Pacai dari jasad dengan aman namun tidak berjaya.

Namun semakin ramai yang melihat Pacai berjalan sendirian di waktu malam sehingga semua menyedari bahawa Pacai menyimpan Hantu Raya sebagai Sakanya. Roni makin runsing melihat keadaan ayahnya itu dan di tambah pula dengan kahabar-khabar yang mengatakan bahawa ayahnya itu mempunyai Saka. Achara pula cuba untuk menenangkan Roni.

Sokchat yang memang mendendami Roni semakin lantang menyampaikan cerita Saka Pachai dan menyebabkan Roni cuba membelasah Sokchat namun Roni sendiri yang tewas.

Kerana desakan dan kata-kata yang sering dilemparkan akhirnya Roni ertanya sendiri pada ibunya Achara. Achara kemudian menceritakan kedudukan yang sebenarnya.

Sebenarnya Roni adalah anak angkat dan Saka itu adalah milik Roni yang di warisi dari orang tuanya. Roni di buang di dalam hutan selepas dilahirkan bagi membuang saka pemiliknya. Roni tidak percaya kata-kata tersebut namun dia akur dengan carita Achara.

Demi untuk merelakan roh Pacai pergi dengan aman akhirnya Roni mewarisi Saka ayahnya itu dan berazam mahu memulangkan Saka itu kepada tuannya yang sebenar. Namun Roni langsung tidak tahu dan tidak pernah diberi tahu bagai mana untuk menjaga Sakanya itu.

Roni membuat sembahyang hajat untuk mencari siapakah sebenrnya pewaris Saka tersebut dan akhirnya dia mendapat alamat melalui mimpinya. Di dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki Indra.

Dengan bantuan seorang bomoh, akhirnya Pachai dapat menghmebuskan nafasnaya yang terakhir secara aman dan linangan air mata oelh isteri tersbintanya yang merelakan pemergiannya itu.

Pada suatu hari Tok Ketua meminta Roni menghantarkan buah ke seorang pemborong di Malaysia kerana pemandunya kurang sihat. Roni bersetuju dan terus membawa lori tersebut ke sempadan.

Namun tiba di sempadan alangkah terkejutnya dia bila mendapati bahawa pemborong/peniaga buah itu adalah lelaki yang sama muncul di dalam mimpinya. Dia lantas untuk terus mencungkil rahsia tersebut demi untuk mencari siapakah pemilik saka itu sebenarnya.
Roni telah di pelawa untuk singgah di rumah. Isteri Indera pula sarat untuk bersalin pada bila-bila masa danmenyebabkan gerai buah milik Indera tidak ada yang menunggu. Lantas demi mencari kepastian, Roni menawarkan diri berkerja dengan Indera.

Sulaiaman (bapa Indera) juga semakin uzur. Kehadirian Roni seperti membawa alamat buruk kepadanya. Dia kini mengesyaki bahawa kehadiran Roni mahu memulangkan sesuatu yan telah lama dia buang.

Roni serba salah dan tidak tahu apa yan harus ia lakukan. Dalam masa yang sama juga Saka Roni yang menyerupai Roni mula bergaul dengan Achara. Ulan pula menyedari bahawa Roni yang berada bersama Achara bukalah Ron sebenarnya tetapi adalah Saka atau Hantu Raya. Namun Ulan sukar untuk meneragkan kepada Achara kedudukan yang sebenarnya.

Dalam masa yang sama Sokchat pula cuba mengganggu Achara dan menyebabkan Saka Roni megamuk dan membelasah Roni. Perhubungan di antara Achara dan Roni juga telah mebnihkan kandungan anak SAKA.

Roni mulai sedar bahawa isterinya di dalam bahaya lantas pulang semula ke Siam untuk menghapuskan Saka tersebut dengan pertolongan Sulaiaman yang merupakan ayah kandungnya sendiri.


NEK NAK (musim ke2)


Skrip ke 38

Tajuk Drama : NEK NAK (Musim ke2)
Genre : Seram
Skrip oleh : Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Pelakon : Wan Maimunah, Zaidi Omar, Balqish Samundur Khan,
Rose Iskandar , Mimi Rahziah dll
Penerbit : Jurey Rosli
Siaran : ASTRO RIA (2008)

Drama bersiri Nek Nak merupakan sebuah drama bersiri seram yang diambil dari sebuah kisah sebenar. Drama ini telah mendapat sambutan yang hangat dan mendapat rating yang tinggi apabila ditayangkan di ASTRO RIA pada tahun 2008 sehingga disambung untuk musim kedua.

SINOPSIS NEK NAK
Kisah bermula apabila Zaleha melangsungkan perkahwinan dengan jejaka yang sangat dicintainya iaitu Abdul. Mereka melayari kehidupan berumahtangga dengan bahagia sekali. Dan kebahagian mereka memuncak apabila Zaleha didapati mengandung.
Abdul yang terlalu sukakan kanak kanak tidak sabar untuk menimang cahayamata pertama mereka itu. Pada satu hari, Zaleha yang semakin sarat itu memberitahu Abdul bahawa dia merasakan seolah olah anak yang sedang dikandungnya itu amat mengidamkan buah duku yang ditanam dirumah ibubapanya dikampung, Abdul tanpa membuang masa, terus kekampung mertuanya itu untuk mendapatkan buah yang sedang diidamkan oleh isteri yang amat dicintainya itu.
Tetapi bak kata pepatah, diharap panas hingga kepetang namun hujan di tengahhari. Abdul telah menemui kecelakaan dan telah meragut nyawanya semasa dalam perjalanannya pulang kerumah. Berita sedih itu akhirnya telah sampai kepada Zaleha.
Kini Zaleha seakan hilang semangat untuk meneruskan hidupnya. Zaleha menghabiskan masanya dengan meratapi pemergian suaminya itu. Ramai orang kampung yang prihatin akan nasib yang telah menimpa Zaleha itu. Tidak putus putus kata kata semangat dan harapan dicurahkan pada Zaleha untuk meneruskan hidup demi anak yang bakal dilahirkannya. Namun Zaleha yang seakan akan telah hilang pegangan imannya menyalahkan bayi yang dikandungnya itu sebagai sial dan punca dia kehilangan Abdul. Ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat Zaleha itu. Namun Zaleha terus dengan pendiriannya itu. Semakin hari semakin membesar bayi yang dikandung Zaleha, dan semakin membaralah kebencian Zaleha pada kandungannya itu.

Saat yang amat dibenci oleh Zaleha akhirnya datang jua. Kini dia sedang bertarung nyawanya untuk melahirkan anak. Bidan Piah membidankan Zaleha sehinggalah Zaleha selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Seperti jatuh ditimpa tangga, Zaleha akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada saat pertama bayi itu menangis.

Seluruh kampung menjadi kecoh dengan kematian Zaleha itu. Kini semua mempercayai kata kata Zaleha bahawa anak yang dilahirkan oleh Zaleha itu adalah sial. Tiada seorang pun saudara mara mahupun jiran tetangga yang mahu membela bayi itu kerana dikhuatiri nasib malang bakal menimpa mereka pula.
Bersimpati dengan nasib bayi itu, Bidan Piah yang tidak mempunyai sebarang zuriat itu mengambil keputusan untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat. Kini bermulalah kehidupan bayi yang diberikan nama Nak, bersama Bidan Piah.

Kini Nak telah meningkat dewasa. Namun kisah lampau masih menghantuinya. Suara suara sumbang penduduk kampung yang menyatakan bahawa dia pembawa sial amat mengguris hatinya. Gadis gadis yang sebaya dengannya enggan berkawan dengannya. Begitu juga dengan jejaka kampung yang cuba menjauhkan diri dari Nak. Dan hampir kesemua penduduk kampung tanpa teragak agak menudingkan jari mereka kepada Nak sekiranya terjadi kejadian malang yang melanda penduduk kampung itu.Nak akhirnya sering bersendirian. Namun Ayop, seorang pemuda yang agak kacak dikampung itu tidak bersetuju dengan semua penduduk kampung. Baginya Nak bukan pembawa sial tetapi seorang gadis yang sedang diuji imannya oleh Allah s.w.t. Ayop berjaya menaikkan kembali semangat Nak untuk menjalani hidupnya. Dan tanpa diketahui oleh Ayop, dalam diam Nak memendam perasaan terhadapnya. 

Pada satu hari yang indah, sebuah keluarga baru berpindah masuk kekampung mereka. Keluarga itu terdiri daripada Pak Abas dan Cik Saodah bersama satu satunya anak mereka Nur. Itu adalah antara hari gembira untuk Nak kerana Nur yang juga bersikap seperti Ayop tidak mahu mendengar tentang perkara pekara buruk tentang Nak. Malah Nur juga mahu menjalinkan persahabatan dengan Nak. Kini Nak Ayop dan Nur sebagai kawan kawan yang benar benar ikhlas mahu bersahabat dengannya.

Nak tidak dapat memendamkan lagi perasaan cinta yang terbit dari hatinya untuk Ayop. Dia akhirnya memberitahu Nur bahawa dia telah jatuh hati pada seseorang. Walaupun sering diasak dengan soalan oleh Nur tentang siapakah yang sedang bertahta dihati Nak itu, namun Nak berkeras tidak mahu memberitahu siapakah lelaki yang dimaksudkan itu sehinggalah dia benar benar pasti yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tetapi apa yang tidak diketahui Nak adalah, Ayop telah jatuh hati pada Nur. Dan begitu juga sebaliknya.
Akhirnya hubungan cinta antara Ayop dan Nur terbongkar jua. Nak amat hampa dengan penemuannya itu. Nak merasakan dirinya telah dikhianati oleh orang yang sangat sangat dipercayainya. Kini Nak menjauhkan diri dari Ayop dan Nur. 

Akhirnya Ayop mendirikan rumahtangga bersama Nur. Dan pada masa yang sama Nak yang sangat baik hati, penuh sopan santun, penuh budaya timur akhirnya telah bertukar kepada seorang wanita yang sangat pembenci dan pendendam. Nak berjanji pada dirinya untuk memusnahkan masjid yang telah dibina oleh Ayop dan Nur itu.

Bidan Piah yang sedih melihat akan nasib yang menimpa Nak akhirnya mencari jalan supaya Nak dapat melupakan masaalah yang dihadapinya itu. Bidan Piah cuba menyibukkan Nak dengan menurunkan semua ilmu ilmu yang berkaitan dengan perbidanan . Dan usaha Bidan Piah itu berjaya apabila Nak dapat mengalihkan perhatiannya pada bidang perbidanan. Namun apa yang tidak diketahui oleh Bidan Piah ialah Nak telah menyalah gunakan ajarannya itu untuk membalas dendamnya pada semua penduduk kampong yang selama ini sering mencaci, menghina dan kepada yang telah mengkhianati dirinya iaitu Ayop dan Nur.
Nak kini mencampur adukkan ilmu hitam dalam amalan perbidanannya. Nak dalam diam telah “membela” sejenis makluk untuk menampakkan dirinya sebagai seorang yang sangat cantik dan menarik. Semua jejaka yang dulunya telah mencercanya kini tergila gilakan Nak yang tampil dengan kecantikkan yang amat “luar biasa”. Sebagai balasan Nak akan “menjamu” makluk itu dengan uri bayi yang dibidankannya.
Bidan Piah yang dapat menghidu perbuatan terkutuk Nak itu akhirnya menggugut Nak untuk menghentikan perbuatannya. Akhirnya Bidan Piah telah dibunuh oleh makhluk yang dibela Nak. Amat marah dengan tindakan yang diambil oleh makluk yang dibelanya itu membuatkan Nak mahu menghapuskannya. Namun makluk itu lebih pantas dan terus merasuk Nak.

Kampung itu kini kecoh dengan pembunuhan Bidan Piah . Semua penduduk menuduh Nak telah membunuh ibu angkatnya itu. Setelah berkumpul mereka berbincang untuk memburu mencari nak untuk menuntut keadillan.Namun mereka semua terkejut apabila “Nak” mulai mengamuk dan telah membunuh ramai penduduk kampung itu. Tanpa penduduk kampung itu sedari bahawa Nak kini dibawah kuasa makluk halus yang telah merasuknya.Ketua kampung kini memanggil Ustaz Zali untuk menghentikan amukan Nak itu. Dan dalam pertarungan antara ilmu hitam dan bacaan ayat ayat suci Al Quran dari Ustaz Zali akhirnya Nak dapat ditumpaskan. Nak akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa kini makhlus halus yang dahulu bertuankan Nak kini mencari tuan yang baru. Dan selagi dia tidak bertuan maka selama itu juga penduduk kampung itu akan “diganggunya” dengan menyamar sebagai Nek Nak.

Terbitan dan Arahan yang sangat mantap dari Pemenang Pengarah terbaik iaitu En Jurey Rosli.

DRAMA BERSIRI "NEK NAK" Musim 1



Skrip ke 35

Tajuk Drama : NEK NAK (Musim 1)
Genre : Seram
Skrip oleh : Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Pelakon : Wan Maimunah, Zaidi Omar, Balqish Samundur Khan,dll
Penerbit : Jurey Rosli
Siaran : ASTRO RIA (2008)

Drama bersiri Nek Nak merupakan sebuah drama bersiri seram yang diambil dari sebuah kisah sebenar. Drama ini telah mendapat sambutan yang hangat dan mendapat rating yang tinggi apabila ditayangkan di ASTRO RIA pada tahun 2008 sehingga disambung untuk musim kedua

Thursday, April 8, 2010

FILEM "SEREEM" - sebuah Filem Komedi


Skrip Filem Ketiga

Tajuk Filem: SEREEM
Terbitan & Arahan: Bob Singah
Cerita asal: Saiful Apek , Adza Irdawati & Martias Ali
Skrip oleh: Adza Irdawati & Martias Ali
Pelakon: Bob Singah, airis yasmeen dll

SEREEM merupakan skrip filem ketiga oleh saya dan suami saya Martias Ali pada tahun 2004. Filem ini adalah idea asal dari Saiful Apek Adza Irdawati dan Martias Ali. Filem ini telah membuat penggambaran pada tahun 2008 dan selesai sepenuhnya pada tahun 2009. Filem ini sepatutnya telah ditayangkan di semua pawagam pada akhir tahun 2009, namun malangnya ada sedikit masalah melibatkan produksi maka filem ini tidak dapat menemui penonton sehingga sekarang...

SINOPSIS SEREEM

Kisah bermula di sebuah kawasan perkuburan di mana seorang budak sedang membaca novel berjudul Serrem sewaktu ayahnya sedang membaiki kereta. Tiba-tiba 3 sahabat baik ( Poy, Sen dan Hinggit) dalam perjalanan tergesa-gesa untuk pulang kerumah melintasi kereta mereka.

Poy memandu kereta. Hinggit mahu segera pulang kerana teman wanitanya sedang menunggunya, manakala Sen mahu pulang segera kerana ibunya telah memesan beberapa biji telor ayam untuk membuat makan malam.

Dalam tergergesa-gesa mereka telah terlanggar seorang gadis remaja (Rina) yang baru sahaja melarikan diri dari rumah. Akibat dari kejadian tersebut, kereta mereka telah terhumban ke dalam gaung.

Apabila mereka mendaki semula gaung tersebut, mereka mendapati budak yang mereka langgar itu telah tiada. Kerana bersimpati dengan nasib yang telah menimpa gadis remaja tersebut akhirnya mereka mengambil keputusan untuk ke hospital untuk mencarigadis tersebut dan untuk memastikan gadis itu selamat.

Sesampai di kaunter pertanyaan mereka telah berjaya mengesan di mana gadis itu di rawat. Mereka akhirnya mendapati bahawa gadis tersebut berada di dalam koma dan doctor tidak boleh berbuat apa-apa.

Mereka juaga merasa seperti ada seseorang (Vampoyo) sedang mengekori mereka. Pada sangkaan mereka orang tersebut adalah penyiasat yang mahu menangkap mereka. Mereka sering mengelak dari bertemu dengan orang tersebut.

Oleh kerana mereka mendapati bahawa gadis tersebut masih lagi tidak sedarkan diri dan rupa parasnya masih berbalut, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga gadis remaja itu sedar untuk mereka meminta maaf. Namun mereka telah di temukan dengan seorang gadis remaja yang lain.

Gadis itu mengenalkan dirinya sebagai Rina dan sedang melepak di luar hospital. Mereka juga mendapati bahawa Rina mahu melarikan diri dari rumah dengan membawa sebuah bag pakaian. Rina merupakan seorang gadis bermasalah dan amat degil.

Vampoyo yang pada mulanya mereka sangka seorang penyiasat sedang giat memujuk Rina untuk “tidak kembali” ke pangkuan keluarga. Ketiga-tiga sahabat cuba sedaya upaya memujuk Rina namun Vempoyo sering menjadi penghalang.

Vempoyo telah menyembunyikan Rina dan menyebabkan ketiga-tiga sahabat ini berusaha mencari Rina. Akhirnya mereka menyedari bahawa Vempoyo merupakan hantu. Mereka mulai merasa kecut dan menggunakan segala kepakaran yang mereka mampu bagi melawan Vempoyo.

Dalam pada masa yang sama juga, Hinggit merasa amat kecewa apabila mendapati teman wanitanya tidak mahu menjawap setiap panggilan telefonnya. Sen pula merasa tertekan kerana 10 biji telor yang di kirim oleh ibunya menjadi semakin kurang kerana sering pecah.

Poy yang pada mulanya menganggap gadis remaja tersebut degil dan brutal tiba-tiba telah jatuh hati pada pada Rina. Namun dalam diam Sen juga telah jatuh hati pada Rina.

Setelah pelbagai usaha dilakukan akhirnya Rina mengambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan keluarga. Namun semua menjadi hairan kerana Rina telah pergi ke wad di mana gadis remaja yang koma itu berada. Rina terus barig dan masuk ke dalam tubuh gadis tersebut. Barulah mereja sedar bahawa Rina yang mereka kenal adalah roh kepada gadis yang mereka langgar itu.

Segala kekusautan tidak berhenti di situ bila mana mereka terlihat tiga mayat yang menyerupai diri mereka sedang di tolak ke bilik mayat. Akhirnya Vempoyo memberitahu bahawa mereka semua telah mati dan Vempoyo di tugaskan untuk membawa mendaftarkan orang-orang mati.

Kerana tidak mahu mempercayai yang mereka telah mati, mereka lantas melarikan diri.

Kembali semula ke budak yang sedang membaca novel tersebut yang tiba-tiba menjerit apabila 3 pemuda mengetuk cermin kereta meminta tolong kerana kereta mereka rosak.