Showing posts with label saiful apek. Show all posts
Showing posts with label saiful apek. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

ALONG GEDEBE


Skrip ke 59

Tajuk Drama: ALONG GEDEBE
PRODUKSI: A Aida Production Sdn Bhd
PRODUSER: A Aida
PEMBANTU PRODUSER: Zed Zaidi
TARIKH SIARAN:11,15 Januari 2011
SIARAN: Astro Warna
PENGARAH: Abd Latif Ismail
SKRIP: Adza Irdawati Adenan
IDEA ASAL: saiful apek & martias ali

SINOPSIS

Along seperti tak keruan ketika berjalan di sebuah laluan premis bangunan. Dia ditimpa masalah kerana kereta ditarik syarikat kewangan gara-gara gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan. Malah, tiga adik kesayangan, Angah (Yus Raja Lawak), Alang (Wan Zalif Naquiyudin) dan Achu (Nazatul Shima) meninggalkan rumah tanpa pengetahuannya mencari ayah mereka.
Sambil bercakap dalam diri sendiri, dia hanya memikirkan nasib tiga adik kesayangan meninggalkannya kerana menyangka dia marah kepada mereka kerana banyak kerenah dan kuat makan hingga menyusahkannya. Dengan kekusutan fikiran mencari jalan mengatasi masalah, Along disapa Aida (Wan Sharmila) kebetulan sedang memandu, memujuk untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Pada mulanya Along jual mahal, tetapi akhirnya menerima pelawaan menaiki kereta. Aida, jurusolek syarikat produksi tempatnya bekerja memang sudah lama menaruh hati terhadap Along. Sewaktu dalam kereta, Zed menceritakan masalahnya menyebabkan Aida bersimpati. Dia meminati Along, tetapi hanya bertepuk sebelah tangan. Disebabkan kedaifan, Along menganggap tiga adiknya dan cita-cita menjadi produser berjaya lebih penting daripada memikirkan lamunan cinta. Itu antara babak terakhir bagi Along dan Aida telefilem Along Gedebe di sekitar Hulu Klang. Along Gedebe telefilem komedi menceritakan pengorbanan abang terhadap tiga adiknya. Kata Abd Latif ketika ditemui Rap, telefilem mengisahkan rasa sayang dan tanggungjawab tinggi anak sulung sebagai ketua keluarga menjaga tiga adiknya berbadan besar berikutan ketiadaan ibu dan bapa yang berpisah sejak kecil. "Achu, paling bongsu, 17, bertubuh besar seperti Syanie. Angah pula seperti Bob Kuman. Alang bertubuh besar, bersifat romeo dan senang cair pada kejelitaan perempuan hingga selalu dipermainkan

"Along kurus seperti tak cukup makan. Bagaimanapun, didikan sejak kecil supaya menghormati Along menjadikan mereka semua takut dan hormat pada Along. Along berjanji kepada arwah ibu menjaga adik-adiknya dan hidup bersama walau di mana mereka berada.
"Dia berkorban walaupun tidak bersekolah tinggi. Along bekerja pengurus produksi bebas. Kalau ada masa lapang, Along ke pasar seni menjadi pemuzik jalanan menampung keperluan harian tiga adiknya memerlukan makanan melebihi paras normal manusia biasa.

"Pada masa sama, Angah, Alang dan Achu tersilap langkah apabila memandu van ditinggalkan seketika oleh penculik. Tanpa disedari, ada seorang kanak-kanak dalam van dijadikan tebusan sekumpulan penjenayah.
"Babak lain memaparkan ketua penculik (Redzuan Hashim) memarahi konco-konconya kerana tebusan lesap. Mereka membuat misi mencari tiga budak gemuk melarikan tebusan.

"Ada juga babak tembak dan mencemaskan. Secara keseluruhan, saya berpuashati Along Gedebe tidak memerlukan terlalu banyak aspek teknikal, lagipun penggambaran spontan banyak dilakukan 'outdoor' yang memudahkan gambar jelas dirakam dalam masa yang ekonomikal. Nasib baik hujan turun selepas penggambaran selesai," katanya.

Latif berpengalaman mengarahkan pelbagai drama dan telemovie untuk siaran RTM sejak lebih 20 tahun lalu, berkata, cerita Along Gedebe berkisar mengenai kasih sayang, kekecewaan, patah hati, tamak, kerinduan terhadap ibu-bapa dan pelbagai lagi.

"Jalan cerita mendapat pandangan panel skrip Astro, Mathias Mohd Ali. Apa lebih menarik, ada dialog dalam telefilem ini menggunakan loghat Kelantan memandangkan tajuk cerita pun mengenai Gedebe iaitu 'samseng'. "Ada unsur komedi mencuit hati antaranya telatah penculik yang cuba menangkap tiga beradik terbabit. Saya harap penonton terhibur apabila ia bersiaran pada Januari 2011 di Astro Warna,


ALONG GEDEBE - part 1


ALONG GEDEBE - part 2

ALONG GEDEBE - part 3

ALONG GEDEBE - part 4

ALONG GEDEBE - part 5


ALONG GEDEBE - part 6

ALONG GEDEBE - part 7

Wednesday, December 1, 2010

SELAMAT HARI RAYA CINTA



Skrip Ke 42

Tajuk Drama: SELAMAT HARI RAYA CINTA
Idea Asal: Saiful Apek
Genre : Komedi
Skrip Oleh : Adza Irdawati & Adza Nasyaemie
Pelakon : Saiful Apek, Erra Fazira, Mie Rajalawak, Angah rajalawak,
Bob Kuman, sathiya dan Angeline Tan
Date : 13.10.07
Time : 11.30AM
Channel : RTM1

Wednesday, November 24, 2010

HUA HUA HUA


Skrip ke 36

Tajuk Drama : HUA HUA HUA
Terbitan : Gitu Gitu Production & Noradz Production

Dalam sitkom HUA HUA HUA, saya dan adik saya Adza Nasyaemie hanya berkesempatan menulis skrip untuk episod pertama rancangan HUA HUA HUA ini. Dan rasanya itu adalah skrip terakhir saya sebagai Panel Skrip di Gitu Gitu Production. Apa apapun.. Boss (Saiful Apek) memang terbaik dan sangat kreatif.. Beberapa tahun berada di GITU GITU PRODUCTION adalah satu pengalaman yang takkan saya lupakan. Tks Boss.. salah dan silap harap maafkan.. hoperfully dapat kita bekerjasama pd masa depan... terbaekkk boss... =)

Siri Komedi arahan Saiful @ Apek ini telah ditayangkan di ASTRO Ria bermula pada 17 November 2008 selama 13 minggu. Dimantapkan dengan gandingan pelakon komedi nombor satu negara Saiful @ Apek bersama beberapa pelakon-pelakon komedi lain seperti Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Nabil Raja Lawak serta pelakon undangan seperti Sharifah Shahirah, Raja Azura, Ijoy, Yassin, Zami Ismail dan lain-lain. Turut ditampilkan adalah dua artis baru yang bernaung di bawah Noradz Productions Sdn Bhd iaitu Adzrin Adzhar dan Farra Diarra.

EJEN 016


Skrip ke 32

Tajuk Drama: EJEN 016
Idea Asal: saiful Apek & Adza Irdawati

"Ejen 016…Memaparkan seorang ejen yang menentang kejahatan. Ciri-cirinya perlu ada Keyakinan diri,berani,jiwa kental,sanggup hadapi apa jua jenis keadaan,toleransi,cita-cita tinggi dan yang perlu sekali berkorban demi bangsa dan negara.. Berkeyakinan hadapi musuh yang sentiasa membuatkan diri kita dalam keadaan bahaya. Berani dalam apa jua situasi, berani hadapinya dengan jiwa kental. Pengorbanan..apa jua jenis pengorbanan yang dilakukan demi mempertahankan kedaulatan negara"

Dalam banyak banyak Skrip yang telah saya hasilkan, skrip EJEN 016 ni lain sikit citer dia. Saya dulu bekerja sebagai panel skrip Gitu Gitu Production milik Saiful Apek. Jadi saya dipanggil satu hari oleh Abang Saiful dan dia terangkan tentang Idea dia untuk sebuah drama bersiri untuk satu syarikat perhubungan telekomunikasi yang besar . jadi saya dan dia develope a very good and strong idea dan kami dan krew Gitu2 telah pitching kepada orang2 besar Syarikat telekomunikasi itu.

setelah sebulan lebeh dan setelah turun naik pitchingkan idea lalu saya dapat green light dr Boss (Saiful ) utk meneruskan buat skrip drama 13 episod EJEN 016 ni. dan setelah siap kesemua episod lalu kami pitch lagi kepada pihak syarikat telekomunikasi itu tapi kali ni lain macam sikit mesyuarat tu apabila dihadiri oleh satu team writers yang lain. Rasa mmg tak sedap hati. but teruskan pitching dan dalam pitching tu saya kena bertubi2 oleh satu mamat dlm team writers yang lagi satu tu. tapi saya balas dan balas setiap soalan sinis dia kepada saya dan krew gitu2 .

Tup tap2 lepas beberapa bulan berlalu saya terkejut bila drama EJEN 016 mula diiklankan di papper dan TV. Heran jugak sbb mmg takde khabar berita tetiba citer dah nak kuar. Belum sempat nak naik opis tiba2 dapat satu surat pada satu pagi. terkejut jgk bila bukak surat tu ada satu cek RM6000. rupa2nya itu adalah duit kepada pampasan saya menulis skrip EJEN 016. rupa2nya akhir sekali saya baru dapat tahu bahawa "mamat" yang sakan menghentam saya masa mesyuarat tu telah take over dan menulis skrip br untuk drama EJEN 016 ni.. first time kena macam ni. tapi apa2pun alhamdullilah at least dpt duit pampasan dr tak dapat apa2 langsung.. Inilah nasib penulis skrip ... tapi satu yang telah terjadi pada saya sejak dari perdebatan hebat di mesyuarat akhir pitching itu. Saya kini muali FOBIA UNTUK MEMBERI IDEA atau memberi presentation. nasib badan....



Wednesday, September 22, 2010

GITULAH RAYA


Skrip ke 21

Tajuk Drama:GITULAH RAYA
Idea Asal : Adza Irdawati & Saiful Apek
Skrip Oleh: Adza Irdawati
Lakonan: Saiful Apek, Yassin, Bob Ku2, Marsha Af, Zarina Af, Felix Af, Sathiya,Hamid Gurkha, Allahyarhamah Yusni Jaafar,
Siaran :ASTRO RIA (2007)

SINOPSIS


Kecoh di dada dada akhbar mahupun di radio dan televisyen tentang kehilangan 3 orang artis terkenal iaitu Saiful Azam, Yassin dan juga Bob KU2. Ramai juga yang berpendapat mereka ini telah diculik oleh kumpulan Mat Sayap. Dan tidak kurang juga yang mengandaikan mereka telah mengalami kemalangan dan belum dapat ditemui. Kini gerakan dijalankan oleh berbagai pihak untuk mencari mereka dijalankan.

Tiada yang lebih bersusah hati atas kehilangan mereka terutamanya Manager mereka Mr Sam. Oleh kerana khabar angin mengenai ketiga tiga artis itu telah hilang, maka ramailah penerbit dan juga maneger bagi show show yang besar menemui Mr Sam untuk meminta wang pendahuluan yang telah mereka berikan pada Mr Sam bagi mendapatkan khidmat ketiga tiga artis naungannya itu untuk menjayakan filem mahupun show show mereka. Terutamanya yang paling ditakuti oleh Mr Sam ialah Pengurus untuk konsert Hari raya iaitu Manager Siti Nurhaliza iaitu Ayie. Ini membuatkan Mr Sam menjadi seperti orang hilang akal , kerana hampir kesemua wang pendahuluan itu telah dia gunakan untuk persiapan menyambut hari raya Deepavali. Kini Mr Sam terpaksa bersembunyi di pejabatnya untuk mengelakkan lebih ramai producer mahupun orang orang yang berkenaan mencarinya.

Di sebuah lorong di bawah sebuah jambatan, terdapat sebuah warung burger kepunyaan J.Lo atau nama sebenarnya Jalut. J.Lo seorang yang lemah lembut mahupun dari segi sikap dan percakapannya. J.Lo sering mencampur berbagai perisa baru di dalam menu burgernya itu dan itu yang membuatkan warungnya itu tidak laku. Tambahan pulak kini adalah bulan puasa, maka bertambah sukarlah untuk J.Lo meniaga. Namun J.Lo tidak berputus asa dia menvariasikan perniagannya dengan menjual kuih kuih Raya. J.Lo berusaha keras kerana ingin membeli kain ela yang dijual dengan harga yang mahal kerana mempunyai banyak labuci labuci dan berwarna striking yang diidaminya sejak dulu untuk dijahit dan dipakainya semasa Hari raya kelak.

Namun impian J.Lo mungkin tidak kesampaian kerana telah lama warungnya tidak didatangi pelanggan kerana kebanyakkan mereka sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Namun hanya seorang saja pelanggan tetapnya yang setia makan di warung milik J.Lo iaitu Apek.

Apek merupakan seorang salesman yang kurang berjaya. Dia menjual pelbagai jenis barang dari yang kecil sehingga barang yang tidak masuk akal kegunaannya. Maka dia banyak melobi J.lo untuk membeli barang jualan langsungnya itu.

Dan berdekatan dengan warung milik J.Lo terdapat seorang kontraktor Indonesia yang sedang membetulkan jalan iaitu Ranoma. Ranoma seorang peminat fanatic Siti Nurhaliza. Maka dia tidak berhenti henti menyanyi lagu \ Siti Nurhaliza. Dan dialog yang akan diucapkan olehnya juga banyak menggunakan lirik lirik dari lagu Siti Nurhaliza. Namun sejak Aidilfitri yang semakin tiba membuatkan Renoma menjadi sedih dan pilu mengenangkan kampung halaman dan juga saudara maranya yang jauh di seberang. Maka Apek dan juga J.Lo sering menenangkan perasaan Renoma itu dengan turut menyanyikan lagu lagu Siti versi sedih dan diselitkan juga dengan lagu raya yang juga dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

Sedang mereka menceritakan masalah mereka masing masing, kelihatan Mr Sam melaui kedai itu. Mr Sam terkejut melihat ketiga tiga mereka yang amat iras dengan ketiga tiga artis naungannya yang hilang itu. Tiba tiba Mr Sam mendapat satu akal. Dia memujuk Apek , J.Lo dan juga Renoma untuk menyamar menjadi Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin. Pada mulanya semuanya menolak usul oleh Mr Sam itu, namun setelah mendengar wang yang ditawarkan kepada mereka, maka Apek dan J.Lo yang sememangnya memerlukan wang itu terus bersetuju. Namun Renoma yang kuat imannya itu tidak mahu menyertai komplot itu. Namun setelah Mr Sam menyatakan mereka akan menjayakan satu konsert hari Raya bersama Siti Nurhaliza maka Renoma terus bersetuju.

Mr Sam membawa Apek, J.Lo dan renoma ke pejabatnya. Dia mula mengajar cara cara percakapan , berjalan dan juga cara artis menjawab soalan kepada mereka bertiga. Mr Sam juga menayangkan beberapa klip dari lakonan Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin kepada mereka supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas karektor yang terpaksa mereka lakonkan. Namun bukan mudah untuk Mr Sam “mengrooming” ketiga tiga mereka. Dia terpaksa “mengeraskan” J.Lo yang lemah lembut itu untuk menjadi seperti Bob KU2 yang agak brutal. Dia terpaksa membetulkan percakapan Apek dan Renoma supaya bertutur dalam bahasa Malaysia yang sempurna. Dan yang paling mencabar ialah memakaikan mereka pakaian yang sering dipakai oleh ketiga tiga artisnya. Akhirnya mereka ini berjaya di”klon”kan oleh Mr Sam menjadi seperti. Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin.

Namun ujian pertama pada mereka adalah apabila producer David Teoh datang ke pejabat itu. David Teoh yang pada mulanya mahu memarahi Mr Sam kerana kehilangan artis artis yang telah menandatangai kontrak bersamanya untuk menjayakan filem filem mereka telah hilang, namun mereka kembali tenang setelah bertemu dengan Klon yang telah dicipta oleh Mr Sam.

Namun berbagai kekeliruan berlaku apabila Apek, J.Lo mahupun Renoma yang langsung tidak tahu menahu tentang filem membincangkan tentang filem dan kontrak dengan kedua dua producer itu. David teoh merasa amat gembira kerana ketiga tiga yang disangkakan artis itu telah meminta harga yang 300 kali lebih murah berbanding yang telah diminta oleh mereka dahulu untuk menjayakan filem filem itu. Mr Sam yang tidak dapat berkata apa apa bertambah pening dengan situasi itu. Ramai wartawan menelefon Mr Sam untuk menanyakan tentang penemuan ketiga tiga artis itu. Dan terus menjadi bahan berita terkini bahawa ketiga tiga artis itu telah ditemui dan selamat.

Di suatu rumah, kelihatan ketiga tiga artis yang dikatakan hilang iaitu Saiful Azam, Yassin dan juga Bob KU2 sedang bergembira dan sedang mengenakan pakaian raya masing masing. Mereka semua gembira kerana mahu menyambut hari raya bersama sanak saudara dan rakan mereka di kampong. Mereka juga gembira kerana berjaya mengenakan manager mereka yang selalu “cekik darah” dan selalu “songlap” wang hasil dari show mahupun filem yang mereka telah jayakan. Mereka sebenarnya mengambil keputusan untuk lari sebentar dari manager mereka supaya manager mereka insaf dan tidak lagi menindas mereka. Dan apa yang membuatkan mereka mengambil tindakan nekad itu ialah apabila manager mereka menyuruh mereka menjayakan konsert hari raya. Padahal masing masing mahu pulang beraya di kampong masing masing.Namun kegembiraan mereka itu bertukar wajah apabila tersebarnya berita tentang penemuan mereka .
Setelah David Teoh dan juga Prof beredar dari situ. Pak Tam membawa Siti Nurhaliza ke pejabat untuk meminta penjelasan pada Mr Sam tentang konsert hari raya yang akan berlangsung esok. Namun Pak tam gembira setelah melihat ketiga tiga artis sudah kembali. Renoma menjadi terkelu kerana berhadapan dengan idolanya. Atas desakan Pak Tam, Apek, J.Lo dan juga Yassin terpaksa berlatih menyanyi untuk konsert mereka esok. Maka keadaan menjadi kecoh apabila kesemua mereka menyanyi dengan sumbang. Namun lama kelamaan mereka berjaya menyanyi dengan baik sekali. Renoma cuba untuk berbual dengan Siti Nurhaliza, namun dia tidak berjaya apabila abang siti Nurhaliza sering berada disisinya. Namun renoma tetap berpuas hati kerana berjaya bertemu dengan idolanya itu.

Pak Tam mula bertanya tentang bayaran mereka. Namun belum sempat Mr sam menyatakan sebut harga Renoma menyatakan bahawa dia ikhlas membuat konsert itu dan tidak mahu sebarang bayaran untuk menjayakan konsert itu mahupun sepuluh konsert yang akan datang. Mr Sam menjadi bertambah pening kerana dia kini bukannya dapat mengaut keuntungan dengan membuat penipuan itu tetapi sebenarnya mempercepatkan proses kebankrupan syarikatnya.

Tiba tiba mereka semua dikejutkan dengan kedatangan ketiga tiga artis original iaitu Saiful Azam , Bob KU2 dan Yassin. Ketiga tiga klon iaitu Apek, J.Lo dan Renoma terus melarikan diri setelah bertentangan mata dengan artis yang sebenar itu dan meninggalkan Mr Sam seorang diri untuk membetulkan keadaan. Mr. Sam memohon maaf kepada artis artis naungannya kerana baru kini dia sedar bertapa sifat tamaknya telah membawa bencana kepada dirinya dan juga syarikat miliknya. Mr Sam berjanji akan lebih bertanggung jawab dan jujur pada artis artisnya itu.

Apek, JLo dan Renoma kembali kewarung milik J.Lo. Mereka merasa bersalah kerana turut berkomplot bersama Mr sam. Namun mereka semua merasa puas kerana masing masing mendapat keuntungan dalam penyamaran mereka. Renoma dapat bertemu dengan artis pujaannya iaitu Siti Nurhaliza. Manakala Apek dan J.Lo yang mendapat cash cek dari Producer David Teoh dan juga dari Prof. Razak Moheidi. Maka mereka semua mempunyai kenanagan Hari Raya Aidilfitri yang termanis dalam hidup mereka kecuali Apek kerana dia menyambut Hari raya Cina.

Monday, April 26, 2010

QUDUT DAN QATIK


Skrip ke 15

VCD "QUDUT DAN QATIK" (2005)

Skrip : Adza Irdawati Adenan
Pengarah:Saiful Apek & Opie Zami
Pelakon:Saiful Apek,Opie Zami, Syanie, Kuman KU2, Ayin, Shake, Badrul, Carl dan Damak
Syarikat penerbitan: Gitu-Gitu Production Sdn Bhd & Nizarman (M) Sdn Bhd

Skrip "QUDUT DAN QATIK" adalah skrip saya yang kelima belas dan telah dijadikan VCD dan telah diedarkan pada tahun 2005 oleh syarikat NIZARMAN. "QUDUT DAN QATIK" adalah gabungan idea saya bersama Saiful Apek semasa saya menjadi team writer di GITU GITU PRODUCTION.

SINOPSIS
------------

Kisah 2 orang budak kampung bernama Qudut dan Qatik yang berpeluang menjejakkan kaki di negara orang. Secara tidak sengaja, sesampai sahaja di sana ketika mereka sedang membuat panggilan ke kampung, Qudut dan Qatik telah menerima satu panggilan misteri melalui sebuah telefon yang ditinggalkan dalam sebuah tong sampah. Panggilan tersebut meminta mereka membuat satu kerja yang mereka tidak begitu faham kerana pemanggilnya bercakap dalam bahasa Inggeris. Tanpa mereka sedari, dan secara tidak sengaja mereka telah menuruti segala arahan yang diberikan oleh pemanggil tersebut. Qudut dan Qatik tidak tahu bahawa mereka sedang terlibat dalam sebuah kes jenayah yang melibatkan penculikan seorang anak orang kaya. Penerima panggilan tersebut sepatutnya menyelesaikan kes tersebut dan mendapat upah yang lumayan dari orang kaya tersebut. Oleh kerana Qudut dan Qatik yang menjawab panggilan tersebut, maka mereka kini perlu menyelamatkan anak orang kaya tersebut dan semuanya berlaku tanpa dirancang...

Sunday, April 18, 2010

KAMBINGKU TOM CRUISE


Skrip ke 11

Tajuk Sitkom: KAMBINGKU TOM CRIUSE
Skrip oleh : Adza Irdawati
Lakonan : Kumpulan SENARIO
Siaran : TV3 (telah keudara pada tahun 2004)

Kambingku Tom Cruise adalah skrip kesebelas pernah saya tulis dan skrip pertama sitkom untuk TV3 bagi saya. Skrip ini adalah untuk rancangan Sitkom Senario yang telah dipentaskan di SRI PENTAS TV3 dan telah keudara di TV3..

SINOPSIS
======

Mengisahkan Johan(wahid) seorang kanak kanak yang sangat nakal. Dia pulang kekampung Datuknya (Atok- Saiful Apek) sempena untuk menyambut raya Korban Aidil Adha. Di kampung Johan bertemu dengan kawannya iaitu mamat (Azlee). setelah mereka bergabung mereka terus melakukan aktiviti yang sangat digemari mereka iaitu mendera binatang. Yang menjadi mangsa utama mereka ialah Tom Criuse (lan pet pet), kambing peliharaan Atok. Mereka terus mendera dan mendera Tom Cruise sehinggalah pada malam sebelum raya korban, Tom Criuse berdoa semoga Johan mendapat pengajaran atas kelakuannya yang suka mendera binatang.

Keesokkan paginya Johan bangun dan terkejut apabila dia mendapati dirinya kini telah bertukar menjadi Tom Criuse-Kambing. Dia bertambah terkejut apabila mendapati Tom Criuse kini berada dalam badannya. Kini Mamat datang dan terus menderanya. sementara itu Atok bersiap sedia untuk mengorbankan "Tom Criuse" sempena Raya Korban itu.

Johat benar benar insaf akan semua perbuatannya yang suka mendera binatang dan insaf.

Tiba tiba Johan terbangun dari tidurnya. Dia terkejut apabila dia adalah dirinya sendiri. Dan akhirnya dia sedar bahawa itu semua hanyalah mimpi. Johan terlihat Mamat sedang mendera Tom Criuse dan terus menasihatinya untuk berhenti dari mendera binatang. Dan johan juga menghalang Atok dari menjadikan Tom Criuse sebagai korban. Johan akhirnya mengambil keputusan membela Tom Criuse sebagai binatang peliharaannya di KL.

Saturday, April 10, 2010

VCD "OK"



Tajuk VCD : OK
Skrip : Adza Irdawati Adenan
Pengarah : Saiful Apek
Pelakon : Saiful Apek , Bob Ku2, Yassin, D'ADZA & Chicken Disk

SINOPSIS "OK"

Lim Tem Pek (Apek) merupakan seorang pengusaha VCD cetak rompak yang terkemuka di ibukota..?? Walau pun itulah cita citanya, untuk menjadi berita hangat pada muka hadapan setiap surat khabar di Malaysia namun pada hakikatnya dia hanya penjual vcd vcd haram di pasar pasar malam sahaja. Pada suatu hari kegiatannya telah dapat dihidu oleh pihak berkuasa dan akhirnya terpaksa dipenjarakan selama beberapa tahun di penjara kerana enggan membayar denda pada pihak mahkamah.

Setelah keluar dari penjara Lim Tem Pek telah insaf dan bersumpah tidak akan lagi melakukan kerja kerja yang melanggar undang undang itu. Kini dia ingin melakukan sesuatu yang halal untuk menebus kesalahannya pada negara.

Setelah lama berfikir, minatnya yang mendalam di dalam bidang penyiaran tidak dapat ditolak ketepi olehnya . Akhirnya Lim Tem Pek mengambil keputusan untuk mencari artis berkumpulan untuk bernaung di bawah syarikat barunya Suala Merlu Snd Bhd. Dengan berbekalkan wang pemberian ayah dan ibunya yang sudah meninggal yang masih ada di dalam simpanan, Lim Tem Pek hanya dapat menghasilkan sebuah album sahaja. Kini niat murninya disiarkan didalam iklan disetiap surat khabar dan majalah di malaysia ni. Secara tak langsung cita cita untuk namanya tercatat di surat khabar termakbul walau pun kolum iklan yang disiarkan hanyalah sebuah kolum yang kecil dan dihujung hujung surat khabar. Namun Lim Tem Pek tetap berbangga.

Di sebuah kampung yang digelar Kampung Baham Harimau terdapat sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak iaitu Kuman yang merupakan jaguh di dalam kampung tersebut. Kuman yang sejak dari lahir telah menanam sifat untuk menjadi yang pertama atau jaguh dalam segala hal. Walaupun di rumah , dia lah orang pertama yang akan mandi , bersarapan , baca surat khabar dan lain lain lagi. Tiada sesiapa pun termasuk ibu bapanya yang dibenarkan berbuat apa apa pun melainkan dia, orang pertama yang melakukannya dahulu.

Kampung Baham Harimau sering mengadakan pesta makanan.Terdapat banyak jenis pertandingan berkaitan dengan makanan seperti, siapa makan paling banyak, siapa makan paling sikit, siapa boleh siapkan makanan dalam tiga minit (selalunya pemenangnya adalah orang yang memasak mee segera lah...) , dan bermacam macam lagi. Dan telah menjadi adat pertandingan di situ, ia pasti akan dimenangi oleh jaguh kampung yang tidak pernah tewas pada tangan sesiapapun iaitu Kuman.

Ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan Kuman yang berturut turut pada setiap tahun itu. Piala piala yang dimenanginya lebih banyak dari trofi trofi yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Pada suatu hari pencabar terdekatnya Yassin yang baru kalah terbaca tentang iklan yang disiarkan oleh Lim Tem Pek di surat khabar. Tanpa berfikir panjang Yassin terus mencabar Kuman dihadapan seluruh penduduk Kampung Baham Harimau untuk pergi ke Kuala Lumpur dan menjadi artis rakaman untuk Suala Merlu Snd Bhd. Sekali gus menjadi orang pertama dikampung mereka digelar sebagai artis.

Untuk menunjukkan bahawa dia tidak akan tewas dengan cabaran kawannya itu Kuman menyatakan yang dia pasti tidak akan menjejakkan lagi kakinya dikampung itu sekiranya ia gagal. Walaupun berbuih mulut ibubapanya menasihatkan supaya Kuman menghentikan kerja gila untuk ke Kuala Lumpur namun Kuman tetap berkeras. Kini Kuman telah bersiap siap untuk memulakan "adventurenya" itu

Di sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari Kampung Baham Harimau terdapat sebuah kampung bernama Kampung Menjunjung Sireh. Di kampung itu tinggallah empat orang anak gadis yang sejak dari kecil asyik melalak (menyanyi) sahaja. Mereka akan menyanyi walaupun semasa mereka membasuh pakaian, membasuh pinggan, mandi , memasak mahupun sedang membeli belah dan beberapa tempat lagi yang tidak begitu logik. Cita cita mereka untuk menjadi artis yang terkenal suatu hari nanti selalu sahaja dikutuk dan diperlekehkan oleh seluruh penduduk kampung itu.

Yanie , Ida , Tuty dan Rina sering membuat latihan vokal sendiri di rumah. Setiap rancangan TV yang berkaitan dengan nyanyian pasti tidak akan dilepaskan oleh mereka. Namun mereka semua mempunyai pe el (perangai) mereka masing masing.

Yanie kakak sulung mereka mempunyai suara yang paling merdu antara mereka semua. Namun kerana terlalu lama asyik menyanyi dihadapan ketiga tiga orang adiknya, dia tidak mempunyai keyakinan untuk bernyanyi dihadapan penonton lebih dari tiga orang.

Walaupun pernah dicuba olehnya, namun yang keluar adalah suara suara yang amat sumbang sekali dan menyebabkan banyak kaca kaca dirumah mereka habis pecah.Ida anak kedua pula mempunyai masalah berat badan . Walaupun mempunyai badan yang besar namun suaranya sangat halus sekali. Ida sering menghadapi masaalah apabila membayangkan dirinya dihadapan penonton yang pada pandangannya akan mengutuk habis habisan tentang berat badannya itu.
Tuty merupakan anak paling cantik antara mereka . Walaupun berbadan kecil namun dia bersuara besar. Tuty amat senang jatuh hati pada lelaki. Namun citarasanya amat teruk sekali. Dia sering terpikat kepada orang orang yang "unik" pada pandangan matanya lah. Ramai lelaki lelaki unik ini dipermainkan oleh Tuty. Tuty bertekad untuk tidak melukakan hati lelaki lelaki lagi sekiranya dia bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari lagi. Namun sekiranya terdapat jejaka jejaka yang benar benar hensem yang ingin menarik perhatiannya pasti akan "direject" oleh Tuty.

Rina pula merupakan adik bongsu mereka.Rina mempunyai suara serak serak basah ala ala Ella. Rina agak tomboy berbanding dengan kakak kakak mereka. Sesiapa sahaja yang menggangu atau mengutuk mereka akan segera "dibereskan" oleh Rina. Namun pada hakikatnya Rina mempunyai kecantikan semulajadi yang pasti dapat menawan sesiapa sahaja yang melihatnya, itupun jika dia disolek. Namun Rina berkeras untuk tidak mahu disolek mahupun oleh kakak kakaknya kerana dia berpendirian tegas untuk tidak menjadi seorang hipokrit.
Suatu hari Yanie terbaca tentang iklan oleh Lim Tem Pek itu. Setelah lama berbincang mereka berempat berazam untuk ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita cita mereka menjadi penyanyi. Disamping itu juga mereka ingin membuktikan pada orang kampung tentang kebolehan sebenar mereka dan menutup setiap mulut yang menghina mereka dahulu. Dan setelah lama berbincang mereka memberi nama kumpulan mereka sebagai kumpulan D Adza bersempena dengan nama keluarga mereka.

Tidak jauh dari Kampung Menjunjun Sireh terdapat pula sebuah kampung bernama Kampung Kecil Anak Badak. Di kampung itu terdapat sekumpulan kanak kanak yang berkawan baik. Mereka adalah Edie , Jiji, Syawal dan Jibam.Kerja mereka adalah menyakat dan mempermainkan penduduk kampung .Mereka juga masing masing amat berminat untuk bernyanyi namun nyanyian mereka lebih menjurus kepada lagu lagu komedi yang mereka gubah sendiri. Mereka mengelarkan kumpulan mereka ChickenDis.("masakan ayam" kata orang melayu)
Mereka sering menghiburkan penduduk kampung dengan celoteh dan lagu lagu komedi mereka. Ramai yang menyuruh mereka ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis seperti idola mereka SENARIO. Edie yang terbaca tentang iklan dari Syarikat Suala Merlu Snd Bhd menyarankan kepada kawan kawannya untuk mencuba nasib. Oleh kerana pada masa itu cuti sekolah mereka masih panjang maka semua mereka pun bersetuju.

Lim Ah Pek merasa bangga kerana ramai yang datang ke pejabatnya untuk diuji bakat. Kuman yang agak lewat sampai itu menolak setiap peserta yang berada dihadapannya sehinggalah dia berada paling hadapan dan orang pertama untuk diuji bakat oleh Lim Ah Pek. Tidak lama kemudian Kuman , kumpulan D Adza , Kumpulan ChickenDis dan kesemua calon yang hadir selesai diuji bakat oleh Lim Tem Pek. Semua berdebar untuk menunggu keputusan dari Lim Tem Pek untuk menjadi penyanyi yang bernaung di bawah syarikat Suala Merlu Snd Bhd itu. Dalam pada itu dalam diam diam Tuty tertarik hati dengan Kuman yang pada pandangannya Lelaki idaman yang dicari carinya selama ini.

Lim Tem Pek menghadapi dilema apabila dia berminat dengan tiga calon yang datang untuk uji bakat iaitu Kuman , Kumpulan D Adza dan Kumpulan ChickenDis. Ini kerana pada Lim Tem Pek setiap mereka mempunyai kelebihan masing masing. Namun Lim Tem Pek tidak mempunyai cukup modal untuk membuat tiga buah album. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah memilih yang terbaik antara tiga calon itu.

Lim Tem Pek menyatakan keputusannya membawa Kuman, D Adza dan ChickenDis ke peringkat akhir uji bakat.Mereka semua amat gembira kerana telah dipilih ke peringkat akhir. Dan siapa yang tidak berjaya Lim Tem Pek menyarankan supaya pulang saja dan cuba lagi lain tahun.

Lim Tem Pek menyuruh mereka berlatih vokal masing masing di dalam studio miliknya. Dia juga telah mengupah beberapa orang guru musik untuk mengajar cara teknik menyanyi dengan betul. Kuman sering ingin menjadi yang pertama untuk memulakan latihan .Lim Tem Pek menyatakan dia akan membuat suatu Show di .......... Di sana dia akan menguji bakat sebenar Kuman , D Adza dan ChickenDis. Cara mereka menyanyi, berinteraksi bersama peminat dan reaksi peminat terhadap mereka akan diambil kira. Dan siapa dapat menyampaikan persembahan yang terbaik akan diberikan kontrak membuat album bersama syarikat Suala Merlu Snd Bhd.

Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta antara Kuman dan Tuty. Namun oleh kerana azam yang kuat untuk menyahut cabaran penduduk kampungnya supaya menjadi artis pertama dikampungnya membuatkan Kuman banyak menggunakan taktik kotor.Show yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Kini bakat sebenar mereka semua akan diuji. ChickenDis diberi penghormatan oleh Lim TemPek untuk menjadi artis pertama memulakan persembahan. Oleh kerana ini melanggar prinsip Kuman untuk jadi yang pertama , Kuman mengambil keputusan untuk mensabotaj kumpulan Chicken Dish. Kuman telah memanggil Syawal ke belakang pentas kerana katanya ada peminat wanita ingin bertemu dengannya. Syawal yang bangga itu terus kebelakang pentas. Tiba tiba Kuman menangkap dan mengikat tangan Syawal dan diikat pada tandas di belakang pentas itu.

Ahli kumpulan ChikenDish yang lain mencari cari Syawal namun tidak berjumpa. Untuk tidak membuang masa. Lim Tem Pek menyuruh kumpulan D Adza memulakan persembahan. Kuman merasakan tindakannya mengikat Syawal tadi hanyalah sia sia kerana dia masih tidak dipilih oleh Lim Tem Pek untuk menjadi orang pertama memulakan persembahan pada hari itu. Kini dia berazam untuk mensabotaj kumpulan D Adza pula.

Rina menegaskan bahawa dia tidak mahu disolek. Namun setelah puas dipujuk oleh kakak kakaknya Rina terpaksa akur. Setelah selesai sahaja di mekap Rina kelihatan sangat cantik. Rina yang tidak menyangkakan perubahan drastik pada dirinya itu merasa gembira dan tidak sabar sabar untuk memulakan persembahan. Mereka akhirnya berjalan di atas pentas. Tiba tiba Ida menyorok dibelakang Iyanie , Ini kerana dia tidak mahu penonton mempersendakan tentang berat badannya. Tiba tiba mata Ida terpandang kepada penonton penonton yang kebanyakkannya mempunyai berat badan yang sama dengannya. Ini membuatkan Ida merasa selesa dan yakin bahawa dia pasti tidak akan diketawakan oleh orang orang yang senasib dengannya.

Lagu dimainkan, dan kali ini Yanie pulak mengalami traumanya iaitu terpaksa bernanyi dihadapan penonton yang melebihi tiga orang. Semua adik adik Iyanie memujuk Iyanie untuk menghapuskan rasa takutnya itu. Iyanie memejamkan matanya dan membayangkan dia bernyanyi hanya dihadapan ketiga tiga adiknya. Perlahan lahan Iyanie membuka matanya dan mendapati dia sudah dapat menghapuskan traumanya. Suara merdunya amat disukai oleh semua penonton .
Kuman yang tidak puas hati kerana tidak dipilih untuk menjadi orang pertama memulakan persembahan mengambil keputusan untuk mensabotaj pertunjukkan D Adza. Kuman cuba mengganggu mikrofon yang sedang digunakan oleh kumpulan D Adza. Tanpa ia sedari mikrofon yang ditutup bunyinya itu sedang digunakan oleh buah hatinya Tuty. Menyedari hal itu Tuty terus memandang ke arah Kuman yang berada di belakang pentas. Oleh kerana tidak mahu melukakan hati Tuty, Kuman membetulkan semula mikrofon yang disabotajnya tadi.

Tidak lama kemudian Syawal yang diikat oleh Kuman dapat melarikan diri dan mendapatkan anggota kumpulannya yang lain. Lim Tem Pek menyuruh mereka bersiap untuk membuat persembahan selepas sahaja D Adza selesai.

D Adza yang baru habis membuat pertunjukkan itu mendapat tepukan gemuruh dari semua penonton. Lim Tem Pek yang menyaksikan reaksi penonton tersenyum bangga. Kini tibalah giliran ChikenDis pulak membuat persembahan. Sedang mereka rancak menyanyi Kuman yang tidak puas hati kerana menjadi artis yang terakhir untuk membuat persembahan mengambil keputusan untuk bertindak. Sedang Kuman menghampiri tirai untuk dijatuhkan keatas kepala kumpulan ChickenDis namun sempat dihalang oleh Tuty .ChickenDis mendapat sambutan hangat dari penonton. Semua berpuas hati dengan persembahan mereka.

Kini tibalah giliran Kuman. Kuman tidak mempunyai semangat untuk membuat persembahan. Ini kerana dia bukanlah orang pertama membuat persembahan pada hari itu. Setelah puas dipujuk oleh Tuty akhirnya Kuman akur dan memberi persembahan yang sangat baik. Kini penonton memberikan tepukan gemuruh pada Kuman pula.

Secara tidak langsung segala masaalah atau trauma yang menimpa Kuman, D Adza dan ChikenDis dapat diatasi. Kuman mula memahami bahawa menjadi orang pertama dalam segala hal tidak menjadikan dirinya sebagai pemenang. Tidak kira giliran anda yang keberapa namun sekiranya anda terbaik anada tetap akan menjadi yang terbaik. Iyanie dapat mengatasi rasa takutnya untuk menyanyi dihadapan penonton yang melebihi tiga orang. Ida pula terpaksa menerima keadaan dirinya dengan seadanya dan tidak malu dengan apa yang dia miliki.

Tuty akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mempermainkan perasaan kaum lelaki lagi setelah menemui lelaki idamannya iaitu Kuman. Rina pula mula bersikap seperti seorang gadis . Dia kini lebih gemar mengenakan make up dan pakaian wanita. ChickenDis dapat membuktikan pada orang kampung bahawa mereka benar benar berbakat dalam bidang nyanyian mahupun bidang lawak jenaka. Kini mereka semua menjadi seperti sebuah keluarga.

Lim Tem Pek merasa bangga dengan kebolehan kesemua calon yang ingin menjadi artis dibawah syarikatnya. Oleh kerana modal yang tidak cukup , Lim Tem Pek hanya dapat menerbitkan hanya sebuah album sahaja.Namun dia menghadapi dilema untuk memilih anatara mereka.

Akhirnya Lim Tem Pek mengambil keputusan untuk mengambil kesemua mereka iaitu Kuman, D Adza dan ChikcenDis untuk menjadi artis syarikatnya namun dengan satu syarat. Mereka terpakasa berkongsi album. Ini bermakna tiga artis membuat sebuah album kompilasi. Mereka semua bersetuju dengan syarat Lim Tem Pek itu.

Akhirnya syarikat Suala Merlu Sdn Bhd menjadi sangat maju ini kerana album kompilasi Kuman, D Adza dan Chiken mendapat sambutan hangat.

Lagu "KEMBALILAH" nyanyian D'ADZA 
adalah antara lau sound track dalam VCD "OK"

Thursday, April 8, 2010

Filem SHYY.. DIA DATANG.. skrip Filem pertama saya..


Skrip Filem Kedua

Tajuk Filem: Shhh... DIA DATANG
Arahan: SAIFUL APEK
Terbitan: NORADZ PRODUCTION SDN BHD
Cerita asal: Dato; Azhar Sulaiman & Iqbal Putra
Skrip oleh: Martias Ali & Adza Irdawati
Lakonan : Saiful Apek, Accapan, Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azwan Ali, Amy Mastura, Nabil Raja Lawak, Adrin Adzhar, Dato Jalalludin Hassan,Zami Ismail, Ahmad Busu, Imuda, Khatijah Tan, Aaron Aziz, Allahyarham Shukery Hashim, Kuna, Airis Yasmin, Jalil Hamid,

Shhh... DIA DATANG merupakan skrip filem kedua oleh saya dan suami saya Martias Ali. Filem ini telah membuat penggambaran pada tahun 2008 dan selesai sepenuhnya pada tahun 2009. Filem ini sepatutnya telah ditayangkan di semua pawagam pada akhir tahun 2009, namun malangnya ada sedikit masalah melibatkan produksi maka filem ini tidak dapat menemui penonton sehingga sekarang.

Sinopsis:

Edd(Aaron Aziz) dan Enol(Saiful Apek) merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul barang-barang terbuang dan itulah juga mata pencarian mereka seharian. Mereka berdua sering melepak di gerai Pak Da bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang lain iaitu Udin dan Mat.

Satu hari mereka telah terbaca iklan jawatan kosong mencari pekerja filem. Edd dan Enol sememangnya mempunyai impian dan sering berangan-rangan untuk menjadi pengarah filem. Mereka sering di tertawakan oleh kawan-kawan mereka iaitu pak Da(Zami Ismail), Mak Da(Khatijah Tan), Udin(Imuda) dan Mat(Ahmad Busu). Mereka tetap mencuba nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung.

Mereka sangat gembira bila terima panggilan yang mereka telah di terima bekerja sebagai pekerja Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Edd terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi kerja pada hari pertama. Edd tidak dapat diselamatkan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Edd ada meninggalkan pesan kepada sahabatnya Enol. Enol hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya untuk menjadi pekerja filem. Namun kemunculan Raja(Acappan) menjadikannya semakin bersemangat dan bertekad untuk meneruskan impiannya dan sahabatnya Edd.

Bermulalah kehidupan Enol sebagai pekerja filem. Setelah melaporkan diri di set pengambaran, beliau di beri tugas sebagai ‘handyman’. Dari hari ke hari, Enol belajar serba sedikit cara-cara pembikinan filem dan menyimpan hasrat untuk menjadi pengarah filem. Enol berkenalan dengan Zara(Airis Yasmin) secara kebetulan. Zara merupakan gadis kampung yang datang ke Bandar dan bercita-cita untuk menjadi pelakon. Hari makin hari hubungan mereka menjadi rapat. Dalam pada itu, Datin Kat sering turun ke lokasi untuk menambat hati Enol. Pada mulanya Enol rasa kekok dan tidak selesa, tapi bila dia memikirkan itulah satu-satunya peluang jika dia ingin menjadi pengarah filem, terus dia melayan segala kerenah Datin Kat.

Datin Kat yang di kala itu kesunyian dan mempunyai pergolakan rumahtangga dengan suaminya Dato G(Shukery Hashim), terus melayan dan memikat Enol dengan wang ringgitnya. Dato G merupakan seorang suami yang suka berfoya-foya dan hidup mewah atas harta isterinya sendiri. Gadis-gadis yang menjadi pelakon tambahan di dalam filemnya pasti akan menjadi gadis tambahannya pula untuk bersuka-ria. Semua pertemuan akan di atur oleh Pengurus Produksinya iaitu Angah (Angah Raja LAwak).

Datin Kat dah lama tahu mengenai kegiatan suaminya, sehinggalah pada suatu hari telah berlaku satu konflik di lokasi yang melibatkan Enol dan Pengarah(Jalil Hamid). Datin Kat masuk campur dan bermula dari hari itu Datin Kat telah bertekad untuk mengambil alih production nya itu. Dato G tidak bersetuju dan mula mengelabah. Dato G telah menetapkan syarat dan menyuruh Datin Kat menandatangani perjanjian seandainya Datin Kat ingin mengambil alih production tersebut. Datin Kat bersetuju dengan segala syarat-syarat yang telah di tetapkan. Ini memeranjatkan Dato G kerana pada awalnya, syarat yang dikenakan adalah dengan harapan Datin Kat tidak bersetuju dan menyerah kalah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Apakah yang akan terjadi seterusnya…Adakah Datin Kat berjaya menyiapkan filem tersebut? Apakah Enol bersedia dan berjaya menjadi seorang pengarah filem, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang pengarahan. Bagaimana dengan hubungan Enol dan Zara? Siapa yang dipilih oleh Enol di antara Zara, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan cantik atau pun Datin Kat, seorang wanita kaya yang berharta dan berkedudukan?....Saksikan kesudahannya dalam filem Shhh…Dia Datang


Synopsis

Edd (Aaron Aziz) and Enol (Saiful Apek) has been friends since childhood days. They share a similar hobby which is collecting recycle items and this has been their core source of income. The two of them is frequently seen hanging around Pak Da food stall together with their group of friends which is Udin and Mat.

One day, they accidentally came across an advertisement seeking for filming crews. Coincidently Edd and Enol had this dream/ambition that one day they would want become a film director. They frequently were being laughed by their friends Pak Da (Zami Ismail), Mak Da (Khatijah Tan), Udin (Imuda) and Mat (Ahmad Busu) of their ambition. Irregardless of being laugh at, they still pursue to seek for the chance to be a filming crew and try their luck, to their surprise they were called to attend for an interview.

Both of them were overjoyed upon receiving a phone call informing them that they have been chosen to be part of the filming crew. Unfortunately, on their 1st day to work bad luck strikes when Edd was involved in a road accident. Edd couldn’t be saved and died soon after the incident. Edd had left a last note of advice to Enol just before he passed away.

Due to that incident Enol almost gave up hope in pursuing his dream to become a filming crew. However with the emergence of Raja whom made him strong and determined to continue his late friend Edd and his childhood dream.

Life as filming crew for Enol begins. Upon reporting at the filming set, he’s been given the task as a ‘Handyman’. As time progress, Enol learned what film making is all about and wished that one fine day he would become a film director. Zara originated from ‘Kampung’ arrived to town with ambition to become an actress. Day after day their relationship grew stronger. At the same time Datin Kat frequently visited the location to attract Enol’s attention. In the early stage Enol felt uneasy however after giving it a long thought he realized that this might be his ticket to become a film director in the near future and thus he continued to follow Datin Kat’s wishes.

Datin Kat whom is lonely and facing marriage crisis with Dato G, continued to entertained and attract Enol with her wealthiness. Due to the status of his rich wife, Dato G take advantage of his wife wealthiness by flirting around and boasting with luxury lifestyle. Ladies whom acted as extra in his film will be his flirting mates. All this activities is arranged by his Production Manager, Angah.

Datin kat has known Dato G’s wrong doings until on one fine day there was a conflict at the location involving Enol and the director. Datin Kat intervened and starting from that day Datin Kat is determined to take over her production company. Dato G disagrees and started to panic over the incident. Dato G then gave Datin Kat his conditioned and made Datin Kat to sign an agreement.

Datin Kat had wished to take over the production company. Datin Kat agreed to all the conditioned set by Dato G.

To Dato G surprised, the clause he created with the purpose of Datin Kat would withdrew her intention of taking over the production company had fail. Datin Kat decided to accept the challenge and continue to take over the company.

What will happened next......Will Datin Kat succeed in completing the film? Will Enol succeed in becoming a film director…without having any experience in directing? How’s the relationship between Enol and Zara? Who will be Enol’s choice between Zara, a soft spoken and beautiful ‘Kampung Girl’ or Datin Kat, a rich lady with high status? ….Be sure to watched the conclusion of Shhh…DIA DATANG movie.