Showing posts with label martias mohd ali. telemovie. Show all posts
Showing posts with label martias mohd ali. telemovie. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

CINTA TEKSI BERMETER



Skrip Drama ke 25

Tajuk Drama : CINTA TEKSI BERMETER
Genre: Komedi
Siaran : RTM (2005)
Skrip Oleh : Adza Irdawati Adenan

SINOPSIS
Mohsin ( 29 tahun ) adalah seorang pemandu teksi. Namun kerana kekacakan rupa parasnya orang ramai sering beranggapan bahawa Mohsin seperti orang yang berada.. Mohsin merupakan anak tunggal kepada pasangan Saadiah dan Khamis. Oleh kerana usia Mohsin semakin meningkat tua dan masih tidak berpunya , ibubapa Mohsin telah mengambil keputusan untuk menjodohkan Mohsin kepada anak jiran mereka Yasmin ( 30 tahun ) yang bekerja sebagai setiausaha dan tinggal di bandar. Walaupun Yasmin seorang anak dara tua tetapi kecantikan yang dimilikinya dapat menyembunyikan usia sebenar Yasmin. Walaupun kedua mereka iaitu Mohsin dan Yasmin tidak bersetuju dengan rancangan keluarga masing masing namun mereka terpaksa akur dan menghormati tindakan ibu bapa mereka .
Mohsin agak tertekan dengan perangai tunangnya yang sering berlagak seperti orang kaya walaupun pada dasarnya mereka berasal dari keluarga yang sederhana. Yasmin sering meminta barang barang yang mahal dari Mohsin. Yasmin juga telah menipu rakan rakan serumahnya yang dia telah ditunangkan dengan orang kaya. Perkara seperti inilah yang membuatkan Mohsin ingin mengelakkan diri dari sering bertemu dengan Yasmin.
Pada suatu hari Mohsin telah menumpangkan seorang wanita (Yusnita 20 tahun) menaiki teksinya. Yusnita sedang menangis teresak esak kerana baru ditipu oleh teman lelakinya. Yusnita terus memberitahu segala masaalahnya kepada Mohsin. Mohsin amat bersimpati akan nasib yang menimpa Yusnita. Apabila sampai sahaja di hadapan rumah, Yusnita menjadi kelam kabut kerana dia terlupa untuk membawa wang bersama. Mohsin menyatakan bahawa Yusnita tidak perlu membayar tambang teksinya kerana dia menolong Yusnita dengan ikhlas. Namun begitu Yusnita tetap berjanji akan membayar tambang teksi itu kepada Mohsin suatu hari nanti.
Setelah beberapa hari kemudian Mohsin bertemu kembali dengan Yusnita dan Yusnita ingin membayar wang yang telah dihutangnya namun Mohsin menolak. Yusnita telah mengajak Mohsin keluar makan malam bersamanya untuk membalas budi Mohsin. Dan dari situlah cinta Mohsin dan Yusnita berputik.
Yasmin sedar bahawa Mohsin sering mengelak dari bertemu dengannya. Yasmin tekat mahu berbincang dengan Mohsin untuk menyelesaikan masalaah itu. Semasa Yasmin dan Mohsin berbincang , Mohsin meluahkan rasa tidak puas hatinya akan sikap Yasmin yang sering berlagak seperti orang kaya dan sering meminta minta barang yang tidak mampu dibeli oleh Mohsin. Mohsin juga menyatakan bahawa ia tidak mahu lagi Yasmin menipu semua kawan kawannya bahawa Mohsin adalah orang kaya dan dia mahu Yasmin mengaku pada mereka yang Mohsin hanyalah seorang pemandu teksi sahaja.
Melihatkan ketegasan pada diri Mohsin yang belum pernah dilihat olehnya membuatkan Yasmin kagum dan sedar akan kehebatan diri Mohsin. Yasmin terus berjanji pada dirinya untuk mengubah sikap lamanya itu untuk memikat semula hati Mohsin.
Kini Yasmin telah berubah sikap. Dia lebih bersikap sopan santun dan sering mengambil berat akan diri Mohsin. Tanpa disedari Mohsin juga telah jatuh cinta pada Yasmin. Namun Mohsin sedar yang ia tidak mungkin dapat melepaskan Yusnita kerana ia juga terlalu mencintai Yusnita. Dan yang menambah kekusutan kepada masaalah Mohsin ialah apabila Yusnita selalu memujuk Mohsin untuk masuk meminangnya kerana Yusnita tidak mahu lagi dikecewakan. Dan sekiranya Mohsin tidak mahu bertunang dengannya, Yusnita meminta agar perhubungan antara mereka diputuskan.
Setelah lama berfikir Mohsin mengambil keputusan untuk meminang Yusnita. Mendengar berita gembira itu Yusnita bersiap siap untuk persiapan hari pertunangannya. Dan atas nasihat keluarga Yusnita mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah yang besar sedikit dari rumah flat yang didudukinya sekarang untuk memudahkan majlis yang akan diadakan nanti. Tanpa Mohsin dan Yusnita sedari rumah yang akan dia duduki itu adalah bersebelahan dengan rumah Yasmin. Namun apabila ditanya oleh Mohsin akan alamat rumah baru itu Yusnita menyatakan bahawa dia terlupa akan alamat baru itu dan menyuruh Mohsin menelifon dia sahaja untuk mengetahui kedudukan rumahnya nanti.
Yasmin dan Yusnita sering bertegur sapa dan akhirnya menjadi agak rapat. Yusnita mengajak Yasmin serta keluarganya ke majlis pertunangannya nanti. Namun Yasmin terpaksa menolak kerana dia terpaksa pulang awal pagi kekampungnya pada tarikh itu untuk berbincang sesuatu bersama keluarganya. Namun Yasmin berjanji sekiranya ia dapat pulang awal dia akan membawa keluarganya ke majlis pertunagan Yusnita itu.
Mohsin menyedari yang dia tidak dapat menyuruh ibubapanya untuk meminang Yusnita, Mohsin menyuruh rakan rakan nya yang juga terdiri dari pemandu teksi untuk pergi menemaninya meminang Yusnita. Keluarga Yusnita merasa hairan kerana ibu bapa Mohsin tidak bersama mereka namun Mohsin memberi alasan yang ibubapanya tidak sihat dan tidak dapat hadir pada hari itu .
Yasmin membawa ibubapanya dan ibubapa Mohsin kerumahnya. Mereka akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan antara Yasmin dan Mohsin. Melihatatkan riuh rendah suasana kenduri di rumah sebelah, mengingatkan Yasmin akan jemputan Yusnita ke majlis pretunangannya. Yasmin mengambil keputusan untuk menghadiri majlis pertunangan Yusnita bersama keluarganya serta keluarga Mohsin.
Keadaan menjadi kelam kabut pada hari pertunangan Mohsin dan Yusnita apabila Yasmin, ibubapa Yasmin dan ibubapa Mohsin mendapati Mohsin sedang menyarungkan cincin pertunangan kejari manis Yusnita. Adengan kejar mengejar , tarik menarik dan marah memarahi berlaku. Akhirnya Yasmin dan Yusnita menyuruh Mohsin membuat keputusan untuk memilih salah seorang antara mereka.
Oleh kerana terlalu cintakan Yasmin dan Yusnita dan tidak mahu kehilangan seorang pun antara mereka, Mohsin mengugut untuk memutuskan tali pertunangan dengan kedua duanya sekali.
Mendengarkan ugutan itu, Yasmin mahupun Yusnita menyedari bahawa mereka terlalu mencintai Mohsin dan tidak mahu kehilangannya. Maka mereka bersetuju untuk berkongsi kasih.
Dua tahun berlalu. Yasmin dan Yusnita kini berbadan dua. Mereka bermadu apabila masing masing mengahwini Mohsin. Mereka juga masih tinggal berjiran. Sedang mereka sibuk menjemur pakaian di halaman rumah masing masing kelihatan teksi milik Mohsin berhenti di hadapan rumah Yasmin dan Yusnita. Kelihatan Ying Ying duduk dihadapan dengan mesra melentokkan kepalanya ke bahu Mohsin. Mohsin terkejut apabila menyedari bahawa rumah makcik yang ingin Ying Ying lawati berhadapan dengan rumah kedua dua isterinya. Rahsia percintaan Mohsin dan Ying Ying terbongkar juga akhirnya. Kini Yasmin dan Yusnita mengejar Mohsin untuk memukulnya habis habisan.

Wednesday, September 29, 2010

EKSPRES KASIH


Skrip ke 24

Tajuk Drama: EKSPRES KASIH
Skrip Oleh: Adza Irdawati
Genre: Komedi
Siaran :RTM 2007

SINOPSIS
Cerita ini hanya melibatkan sehari sahaja dalam kehidupan Kulup. Iaitu dari pagi sehari sebelum hari raya hinggalah menjelang tengah malam menjelang syawal.
Kulup lewat 20an bekerja sebagai pemandu bas di syarikat bas Ekspress Kasih. Kulup adalah seorang yang amat pemalu,rendah diri dan terlalu tidak yakin pada diri sendiri. Kulup juga seorang yang kuat berangan.

Di stesen bas tempat dia bekerja, Kulup sering bertemu dengan seorang gadis awal 20an yang ayu dan sangat cantik.Dengan tingkah laku yang sopan dan senyuman yang boleh menghentikan degup jantung sesiapa sahaja yang melihatnya, Kulup menyedari yang dia sudah jatuh cinta. Siasatan demi siasatan dan tidak ketinggalan bantuan rakan rakan, Kulup mengetahui nama gadis idamannya itu ialah Kasih, yang kebetulan pula sama dengan nama syarikat bas tempat dia bekerja. Kulup semakin mempercayai bahawa ini adalah suatu yang dinamakan jodoh. 

Setiap hari Kasih akan pergi ke tempat kerja dengan menaiki bas dan pulang dari kerja dengan menunggu teman lelakinya Ayop di stesen bas itu. Ayop akan menjemputnya dengan sebuah kereta mewah dan menghantarnya pulang. Walaupun Kulup tahu hati Kasih sudah pun dimiliki. Namun dia tidak dapat membuang perasaan cinta yang semakin mekar dalam hatinya. Sebaliknya pula bagi Kasih. Dia langsung tidak sedar akan kewujudan Kulup di stesen bas itu jauh sekali di hatinya. 

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja Kulup pergi dan membongkar rahsia Ayop kepada Kasih. Rahsia Ayop yang menipu Kasih itu. Kulup tahu bahawa setelah menghantar Kasih pulang ke rumah setiap hari , Ayop akan kembali semula ke stesen bas itu untuk menjemput isterinya dari kerja bersama tiga orang anaknya dari sekolah. Dan mereka akan bertemu di tepi jalan stesen bas itu juga. Namun Kulup sedar siapalah dirinya untuk memberitahu itu semua pada Kasih dan terus mendiamkan dirinya sahaja. Ada diantara rakan sekerja Kulup yang sudah tamat kerja sedang bersiap siap untuk pulang sambil menceritakan perancangan mereka untuk menyambut hari raya esok. Di stesen bas itu juga kelihtan ramai umat islam yang sedang sibuk membeli belah pada saat saat terakhir untuk menyambut syawal esok. 

Jam ditangan Kulup menunjukkan pukul 8:30 pagi. Mata Kulup liar mencari bayang Kasih. Kesemua rakan sekerjanya sering memperli tindakannya itu. Ini kerana Kulup sanggup ke tempat kerjanya awal pagi setiap hari hanya untuk melihat Kasih pergi dan pulang dari kerja sedangkan syif kerja Kulup bermula pada sebelah petang. Tepat jam 8:45 pagi kelihatan Kasih duduk di tempat duduk di stesen itu. Rakan rakan Kulup menggalakkannya supaya Kulup pergi menegur Kasih namun belum sempat Kulup mengorak langkahnya, Kasih bergegas kearah Ayop yang berhenti di sisi jalan itu bersama kereta mewahnya. Kesemua rakan Kulup mentertawakannya. 

Kulup juga sedang menghadapi masalah di tempat kerjanya. Syarikat bas tempat dia mencari rezeki itu mengalami kerugian yang teruk kerana semakin hari semakin kurang penumpang yang menaiki bas syarikat itu. Ada kalanya Kulup hanya menghantar seorang sahaja penumpang. Pemilik syarikat bas itu nekad ingin menutup dan menjual perniagaannya sekiranya keadaan berterusan begitu. Ini bermakna Kulup akan kehilangan pekerjaannya. Kulup berada dalam dilema. 
Disebuah kampung , tidak jauh dari stesen itu Leha yang sedang sarat mengandung. sedang bertengkar dengan suaminya. Leha menegaskan bahawa dia sudah berjanji pada ibunya untuk merayakan hari raya tahun ini dikampungnya bersama sanak saudaranya. Manakala suami Leha pula menegaskan bahawa dia berjanji pada ibunya bahawa mereka akan merayakan syawal pada tahun ini di kampungnya. Pertengkaran mereka semakin lama semakin hebat. 
Di sebuah klinik/hospital berhampiran pula kelihatan keadaan dalam huru raya. Kesemua jururawat sedang giat bertungkus lumus mencari seseorang. Terdapat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek dan bersinglet pagoda turut sama dalam pencarian itu. Tidak lama kemudian seorang Doktor dan lengkap berpakaian seragam Doktor keluar dari klinik itu perlahan lahan dan berlalu dari situ.

Kini sudah masuk pukul 5:00 petang. Hati Kulup berdebar apabila terlihat Kasih yang baru pulang dari kerja dan setia menunggu kekasihnya di kerusi di stesen bas itu. Tiba tiba hati kulup bagaikan dirobek apabila Ayop datang menghampiri Kasih. Mereka ingin beredar dari situ. Tetapi belum sempat Mereka pergi Ayop dikejutkan dengan kedatangan isteri dan tiga orang anaknya. Melihat Ayop berpimpinan tangan dengan Kasih, isteri Ayop terus naik angin. Dia terus menampar wajah Kasih dan terus memarahi Kasih di khalayak ramai tanpa menghiraukan maruah Kasih. Kasih terkejut apabila isteri Ayop memberitahu bahawa Ayop sudah mempunyai 3 isteri dan dia adalah isterinya yang ketiga. Dan Ayop sudah mempunyai 9 orang anak. Dan sekiranya Kasih teringin menjadi isteri Ayop yang keempat supaya melangkah mayatnya dulu.

Belum sempat Kasih mempertahankan dirinya dengan memberitahu bahawa dia tidak tahu cerita yang sebenar. Isteri Ayop memberitahu bahawa pasti Ayop akan mengatakan bahawa dia adalah seorang usahawan berjaya namun pada hakikatnya Ayop hanyalah seorang driver kepada ayahnya dan kereta mewah yang dipandu itu adalah milik ayahnya. Dia juga memberitahu bahawa selama ini segala perbelanjaan Ayop dan kedua isterinya serta anak nya yang lain ditanggung oleh keluarganya yang kaya. Dan dia tidak mahu menanggung Kasih pula sekiranya Kasih ingin berkahwin dengan Ayop kelak. Kasih yang merasa malu terus berlalu dari situ. Ayop seperti orang bodoh tidak menghiraukan Kasih terus berlari dan memujuk isterinya yang berlalu dari situ. Sudah pasti dia tidak mahu kehilangan isteri yang menyara hidupnya itu. 

Jam menunjukkan pukul 7:15 petang. Kulup baru selesai berbuka dengan hanya memakan nasi bungkus di dalam bas dan termenung jauh mengenangkan nasib yang menimpa Kasih . Tidak lama kemudian seorang demi seorang penumpang menaiki bas itu. Mereka adalah Leha yang akhirnya bertekad untuk menunaikan janji pada ibunya supaya merayakan hari raya di kampung ibunya. Doktor yang lengkap berpakaian doktor itu menyusul masuk kedalam bas selepas Leha. Leha menyerahkan tiket bas kepada Kulup dan diikuti oleh Doktor. Tetapi sebelum menyerahkan tiket itu. Doktor tercari cari kesemua poket di baju dan uniformnya. Tidak lama kemudian dia teringat sesuatu. Dia mengeluarkan sebuah dompet dari dalam kasutnya. Apabila dia membuka dompet untuk mencari tiket Kulup terlihat kearah kad pengenalan dan hairan. Gambar pada kad pengenalan itu tidak sama dengan wajah Doktor. Tiba tiba dia dikejutkan dengan tiket betul betul di hadapan matanya yang diserahkan oleh Doktor. Kulup tersenyum dan menyuruh mereka duduk. Leha duduk di bahagian tengah begitu juga doktor. Namun sebelum dia duduk dia menutup semua kain tudung tingkap dalam bas itu. Kulup dan Leha hairan dengan gelagat Doktor itu. Doktor terus menyatakan bahawa kulitnya tidak boleh terkena cahaya kerana akan mendapat satu alahan yang teruk . Kulup dan Leha tidak dapat berkata apa apa dan hanya mendiamkan diri melihat keanehan doktor itu. 

Kulup tersenyum hambar melihat hanya 2 orang penumpang sahaja yang menaiki basnya hari itu. Belum sempat Kulup menutup pintu basnya untuk beredar, pintu itu diketuk kuat dari luar. Apabila Kulup membuka pintu itu alangkah terkejutnya Kulup apabila mendapati Kasih masuk dan menyerahkan tiket basnya pada Kulup. Kulup sedar bengkak di mata Kasih pasti pasti berpunca dari tangisan. Kasih yang ingin menenangkan fikirannya dari masalah yang dialaminya mengambil keputusan untuk pulang dan beraya di kampungnya sahaja. Setelah semua tiket bas yang lain habis. Kasih terpaksa membeli tiket bas dari Syarikat Ekspress Kasih yang sememangnya masih banyak itu. Bagai mimpi menjadi nyata. Kedatangan Kasih disambut dengan gembira sekali oleh Kulup. Kini bermulalah perjalanan Bas Ekspress Kasih dari Kuala Lumpur ke Kulim Kedah.

Sejak dari bertolak Kulup seperti tidak dapat duduk senang. Sesekali matanya liar melihat kearah cermin mencari kelibat Kasih namun tidak kelihatan. Kasih membaringkan kerusinya dan ia teru terusan mengalir air mata mengenangkan nasibnya. Manakala Doktor itu liar memandang keluar tingkap sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya. Leha pula sedang makan.

Sedang laju bas Ekspress Kasih meluncur di jalan raya tiba tiba Kulup terlihat akan sebuah kereta yang baru terbabas di hadapannya. Kulup memberhentikan bas itu untuk melihat keadaan pemandu kereta itu. Belum sempat Kulup berkata apa apa pemandu itu membuka bonet keretanya dan mengambil sebuah bag dan terus meluru masuk ke dalam bas dan menyatakan hasrat untuk menumpang bas itu. Kulup menyarankan supaya lelaki itu berhenti di balai Polis berdekatan untuk membuat aduan mengenai kemalangan yang dialami oleh lelaki itu namun lelaki itu enggan. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Edie dan ingin cepat pulang kerumah kerana kesemua saudaranya sedang menantinya untuk menyambut hari lebaran esok . Dia itu terus memaksa Kulup untuk meneruskan perjalanan. Kasihan mendengar cerita Edie itu, Kulup bersetuju meneruskan perjalanan mereka. 
Setelah beberapa puluh minit berlalu kedengaran suara Doktor itu yang bercakap seorang diri semakin lama semakin kuat. Seperti sedang memberikan ceramah dalam bidang kedoktoran kepada puluhan penuntut. Leha dan Edie hairan melihat kelakuan Doktor itu merenungnya. Menyedari orang sedang melihat kearahnya Doktor itu terus baring dan berpura pura tidur. 

Tidak lama kemudian Kulup terkejut apabila suatu suara yang paling merdu di dunia menyapanya dari belakang. Tidak lain tidak bukan Kasih duduk di kerusi belakang kerusi Kulup. Kasih bertanya berapa lama lagikah mereka akan sampai ke destinasi mereka. Dan tanpa mereka menyedari pertanyaan itu terus bertukar ke arah perbualan topik topik yang lebih menarik. Dan hinggalah ke topik yang lebih sensitif seperti isu mengenai hati dan perasaan. Kulup memberi banyak nasihat kepada Kasih mengenai cara menangani masalahnya itu. Kasih menyedari bahawa Kulup adalah seorang lelaki yang amat baik hati dan amat berlainan dari lelaki yang lain. Kasih menyatakan yang dia hairan kerana dia langsung tidak menyedari akan kewujudan Kulup di stesen bas yang dikunjunginya setiap hari hampir enam bulan itu. Kulup pula menyembunyikan kebenaran bahawa dia sering menunggu kehadiran Kasih di stesen bas itu selama enam bulan itu, dan juga perasaannya pada Kasih. 

Tidak lama kemudian kerancakkan perbualan mereka diganggu suatu jeritan. Tidak lama mereka menyedari bahawa jeritan itu datang dari Leha yang sedang sakit untuk melahirkan anaknya. Kulup terus memberhentikan basnya .Dalam keadaan panik itu. Kulup menggerakkan Doktor yang sedang tidur itu untuk membantu Leha melahirkan anaknya. Doktor itu seperti orang bodoh dan membuat pemeriksaan yang lucu ke atas Leha yang tiada kena mengena dengan kelahiran. Leha terus menjerit memberitahu Kulup supaya meneruskan perjalanannya ke Kulim secepat mungkin ini kerana dia tidak mahu mungkir janji pada ibunya dan akan cuba bertahan sehingga sampai di rumah ibunya untuk berraya. Kasih cuba menenangkan Leha sambil Doktor masih membuat pemeriksaan yang lucu dan aneh ke atas Leha. 

Kulup dengan panik cuba memandu basnya untuk sampai ke destinasi mereka dengan laju. Manakala Edie cuba menutup telinganya daripada mendengar bunyi jeritan Leha menahan kesakitannya.Jeritan Leha semakin lama semakin kuat . Ini membuatkan Kulup nekad untuk membawa bas itu lebih laju. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi siren Polis di belakang bas itu. Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta peronda Polis menahan bas itu. Kulup terpaksa memberhentikan bas itu dan membenarkan 2 orang anggota Polis masuk ke dalam bas itu. Edie yang kelihatan cemas terus berlari ke tempat duduk belakang dan bersembunyi. Setelah menceritakan keadaan yang Leha. Pihak Polis memberitahu bahawa Kulim hanya 5 minit dari situ dan mereka sedia mengeskod bas itu sehingga ke destinasinya. Kulup menarik nafas lega. 

Kini kereta Polis peronda berada di hadapan bas itu dan melancarkan dan mempercepatkan lagi perjalanan mereka. Edie yang cemas menghampiri Kulup dan memaksa Kulup untuk berhenti dan menurunkannya di sisi jalan sekarang juga. Namun Kulup enggan kerana dia ingin menghantar Leha ke rumah ibunya dulu. Dalam keadaan marah. Edie kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari bagnya dan mengacukan pada Kulup supaya memberhentikan bas itu. Kasih , Doktor dan Leha panik melihat keadaan itu. Namun tanpa disedari oleh Edie, Kulup memberanikan diri dengan menepis kearah tangan Edie yang memegang pistol itu hingga menyebabkan pistol jatuh ke tangga bas. Belum sempat Edie tunduk dan mengambil pistol itu, Kulup membelok sedikit basnya itu sehingga menyebabkan kepala Edie terhantuk ke pintu bas dan pengsan. Kasih kagum melihat keberanian Kulup itu. 

Dengan mengikut arah dari Leha bas itu kini berhenti betul betul dihalaman rumah ibu Leha. Leha tidak tertahan lagi dan terus menjerit dengan kuat. Doktor itu juga kemudian menjerit dengan kuat. Kulup bertanya kenapa Doktor tidak cuba untuk membantu Leha melahirkan anaknya. Doktor itu menyatakan dia hanya seorang doktor gigi dan tidak mengambil bidang perbidanan. Kulup kemudian memberanikan diri dan menghampiri Leha. Dia menyatakan supaya Leha jangan bimbang dan dia akan membidankan Leha. Kulup menyatakan bahawa dia pernah 2 kali membantu ayahnya di ladang melahirkan anak lembu. Mahu tidak mahu Leha terpaksa merelakan bantuan Kulup itu.

Dari luar bas itu kedengaran suara tangisan bayi bersama alunan takbir raya dari surau berdekatan. Kesemua ahli keluarga Leha berdiri di luar bas itu. Dengan perlahan lahan pintu bas terbuka. Kelihatan Edie yang masih pengsan jatuh tergolek di tanah. Bag yang dipegangnya turut jatuh lalu terbuka . Kelihatan banyak wang kertas jatuh bertaburan dan berterbangan di halaman rumah itu. Pihak Polis yang melihatnya terus melihat kearah gambar yang disimpan dalam poket mereka dan mendapati wajah orang yang dikehendaki adalah sama dengan wajah Edie. Mereka terus menggari Edie dan memasukkan dalam kereta Polis.
Tidak lama kemudian kelihatan Kulup turun dari tangga bas dengan memapah Leha keluar dari bas itu. Ahli keluarga mereka mendapatkan Leha dari Kulup. Diikuti oleh Kasih yang memegang bayi yang dibalut dengan baju sejuknya. Tiba tiba suami Leha sampai dengan kereta bersama ibunya. Mereka terus mendapat Leha dan anak yang baru dilahirkannya. Suami Leha meminta maaf kerana tidak mahu mengikut Leha pulang beraya di kampung . Mereka semua bermaaf maafan dan berbaik semula. Semua gembira sambil mencium anggota baru keluarga mereka itu. Semua mereka berterima kasih kepada Kulup kerana membantu Leha melahirkan bayi itu. Kulup hanya tersenyum sambil matanya menjeling kearah Kasih yang membalas senyumannya itu. 

Kulup kemudian dihampiri oleh 2 orang anggota Polis tadi. Mereka terus mengucapkan syabas kepada Kulup kerana berjaya menangkap penjenayah yang paling dikehendaki kerana kes rompak , samun dan banyak lagi. Mereka juga menyatakan terdapat hadiah ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya menumpaskan penjenayah itu. Kulup tersenyum gembira. 

Tidak lama kemudian kelihatan Doktor keluar sambil tersenyum lebar.Tiba tiba mereka terkejut apabila melihat sebuah ambulans masuk ke dalam halaman rumah ibu Leha. Kelihatan beberapa orang jururawat dan lelaki yang berpakaian seluar pendek dan bersinglet di Klinik sebelum ini mendapatkan Doktor. Tanpa berlengah lengah lagi mereka menyatakan bahawa Doktor itu sebenarnya adalah seorang pesakit mental yang berjaya melarikan diri dari klinik/ hospital mereka. Dia berjaya melarikan diri dengan mencuri pakaian Doktor dan menyamar sebagai Doktor untuk melepaskan dirinya.Barulah Kulup menyedari bahawa gambar pada kad pengenalan yang dilihat olehnya tadi dari dompet pesakit mental itu seiras dengan wajah lelaki yang bersinglet pagoda itu. Pastinya pesakit mental itu telah terambil dompet semasa ia mengambil uniform Doktor yang sebenar dan pastinya pesakit mental itu menggunakan duit lelaki itu untuk membeli tiket. Akhirnya semua jururawat dan Doktor yang sebenar itu berterima kasih pada Kulup dan membawa pesakit mental itu pergi dari situ. 

Jam menunjukkan tepat pukul 12:00 malam. Kulup memberhentikan basnya dihadapan rumah Kasih. Sebelum Kasih turun dari bas dia sempat mengucapkan Selamat Hari raya pada Kulup dan begitu juga dengan Kulup. Kasih bertanya dimana Kulup akan menyambut hari raya . Kulup menyatakan bahawa dia akan beraya dia atas bas sahaja ini kerana kampungnya jauh di Johor. Setelah berfikir seketika Kasih menjemputnya beraya bersama ahli keluarganya. Tidak lama kemudian kedatangan mereka dijemput oleh  semua sanak saudara Kasih.
Setahun berlalu Kasih kini telah sah bergelar isteri. Isteri kepada Kulup dan Syarikat bas Ekspress Kasih dimiliki oleh Kulup . Pemilik syarikat bas itu menjual syarikat itu dengan harga yang murah kepada Kulup. Dan Kulup membeli syarikat itu dengan hasil ganjaran yang diterimanya dari pihak Polis. Pemilik itu menjual syarikat itu kerana dia menyangka syarikat itu akan bankrup dan menjual dengan harga yang rendah pada Kulup. Namun tanggapannya itu meleset. Ini kerana syarikat itu bertambah berkembang dan maju kerana Kulup yang telah dianggakat sebagai seorang wira oleh rakyat Malaysia berjaya menarik ramai penumpang menaiki bas syarikatnya itu. 

Walaupun bergelar seorang usahawan berjaya, Kulup masih seperti dulu. Dia tetap membawa bas walaupun mempunyai banyak pekerja yang bekerja dibawahnya. Kekayaan dan kejayaan tidak mengubah sikap Kulup yang pemalu dan rendah diri itu.Pada suatu hari Kulup menaiki bas untuk memulakan perjalanannya. Belum sempat Kulup bertolak Kasih berlari kearahnya untuk menghantar bekal makanan padanya. Mereka berdua naik ke atas bas itu. Kelihatan seorang lelaki berpakaian Doktor, seorang wanita sarat mengandung dan seorang lelaki yang wajahnya sedikit seperti samseng yang memegang erat bag di tangannya sedang duduk di tempat masing. Mereka semua tersenyum lebar kepada Kulup dan Kasih. Kulup dan Kasih berpandangan sesama mereka. Tidak lama kemudian kedengaran dari jauh dan dari luar bas suara jeritan Kulup dan Kasih...

Thursday, September 23, 2010

Drama Bersiri FOBIA (Musim 2)



Skrip ke 23

Tajuk Drama: FOBIA (Musim 2)
Durasi : 30 min X 13 Episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Arahan : Encik Jurey Rosli
Genre: Seram
Siaran : ASTRO 2007

Drama bersiri ini memaparkan tentang Emilya, seorang penuntut Universiti sedang membuat tesis terhadap penyakit Fobia. Dia kesebuah hospital dan ingin bertemu dengan Kaunselor perubatan penyakit Fobia dan sekali gus ingin mewawancara pesakit Fobia untuk ditulis dalam tesisnya kelak. Namun tujuan sebenar Emylia ialah memahami bagaimana untuk mengatasi Fobia. Ini kerana Emylia juga mempunyai Fobia. Iaitu Fobia pada sentuhan . Ini kerana dia pernah cuba diperkosa oleh teman lelakinya suatu ketika dulu.

Pelbagai jenis Fobia dan penghidap Fobia telah ditemu bual oleh Emylia. Kini Emylia bertekad untuk membuat penyelidikan yang lebih mendalam mengenai Fobia dan penghidap Fobia.

Wednesday, September 22, 2010

Drama Bersiri " FOBIA" Musim 1



Skrip ke 22

Tajuk Drama: FOBIA (Musim 1)
Durasi : 30 min X 13 Episod
Skrip Oleh: Adza Irdawati & Martias Mohd Ali
Arahan : Encik Jurey Rosli
Genre: Seram
Siaran : ASTRO 2007

Drama bersiri ini memaparkan tentang penyakit fobia dan kesannya kepada penghidap fobia itu sendiri.

Fobia yang dipaparkan dalam episod episod musim pertama ini ialah:

Fobia Telefon - PHONOPHOBIA/ TELEFHONOPHOBIA
Fobia Ibu Mertua - PENTHERAPHOBIA
FobiaCabut Gigi - ODONTOPHOBIA
FobiaTikus - MUSOPHOBIA/MURIPHOBIA
Fobia Gemuk - OBESOPHOBIA
Fobia Lif
Fobia Duit - CHROMETOPHOBIA / CHREMATOPHOBIA
Fobia Kipas
Fobia Cermin - EISOPTROPHOBIA
Fobia Kahwin
Fobia Hutan
Fobia Kotor - AUTOMYSOPHOBIA
Fobia Segala galanya - PANAPHOBIA

Oleh kerana sambutan penonton yang amat memberangsangkan drama bersiri ini telah di sambung ke Musim kedua pada tahun 2008

GITULAH RAYA


Skrip ke 21

Tajuk Drama:GITULAH RAYA
Idea Asal : Adza Irdawati & Saiful Apek
Skrip Oleh: Adza Irdawati
Lakonan: Saiful Apek, Yassin, Bob Ku2, Marsha Af, Zarina Af, Felix Af, Sathiya,Hamid Gurkha, Allahyarhamah Yusni Jaafar,
Siaran :ASTRO RIA (2007)

SINOPSIS


Kecoh di dada dada akhbar mahupun di radio dan televisyen tentang kehilangan 3 orang artis terkenal iaitu Saiful Azam, Yassin dan juga Bob KU2. Ramai juga yang berpendapat mereka ini telah diculik oleh kumpulan Mat Sayap. Dan tidak kurang juga yang mengandaikan mereka telah mengalami kemalangan dan belum dapat ditemui. Kini gerakan dijalankan oleh berbagai pihak untuk mencari mereka dijalankan.

Tiada yang lebih bersusah hati atas kehilangan mereka terutamanya Manager mereka Mr Sam. Oleh kerana khabar angin mengenai ketiga tiga artis itu telah hilang, maka ramailah penerbit dan juga maneger bagi show show yang besar menemui Mr Sam untuk meminta wang pendahuluan yang telah mereka berikan pada Mr Sam bagi mendapatkan khidmat ketiga tiga artis naungannya itu untuk menjayakan filem mahupun show show mereka. Terutamanya yang paling ditakuti oleh Mr Sam ialah Pengurus untuk konsert Hari raya iaitu Manager Siti Nurhaliza iaitu Ayie. Ini membuatkan Mr Sam menjadi seperti orang hilang akal , kerana hampir kesemua wang pendahuluan itu telah dia gunakan untuk persiapan menyambut hari raya Deepavali. Kini Mr Sam terpaksa bersembunyi di pejabatnya untuk mengelakkan lebih ramai producer mahupun orang orang yang berkenaan mencarinya.

Di sebuah lorong di bawah sebuah jambatan, terdapat sebuah warung burger kepunyaan J.Lo atau nama sebenarnya Jalut. J.Lo seorang yang lemah lembut mahupun dari segi sikap dan percakapannya. J.Lo sering mencampur berbagai perisa baru di dalam menu burgernya itu dan itu yang membuatkan warungnya itu tidak laku. Tambahan pulak kini adalah bulan puasa, maka bertambah sukarlah untuk J.Lo meniaga. Namun J.Lo tidak berputus asa dia menvariasikan perniagannya dengan menjual kuih kuih Raya. J.Lo berusaha keras kerana ingin membeli kain ela yang dijual dengan harga yang mahal kerana mempunyai banyak labuci labuci dan berwarna striking yang diidaminya sejak dulu untuk dijahit dan dipakainya semasa Hari raya kelak.

Namun impian J.Lo mungkin tidak kesampaian kerana telah lama warungnya tidak didatangi pelanggan kerana kebanyakkan mereka sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Namun hanya seorang saja pelanggan tetapnya yang setia makan di warung milik J.Lo iaitu Apek.

Apek merupakan seorang salesman yang kurang berjaya. Dia menjual pelbagai jenis barang dari yang kecil sehingga barang yang tidak masuk akal kegunaannya. Maka dia banyak melobi J.lo untuk membeli barang jualan langsungnya itu.

Dan berdekatan dengan warung milik J.Lo terdapat seorang kontraktor Indonesia yang sedang membetulkan jalan iaitu Ranoma. Ranoma seorang peminat fanatic Siti Nurhaliza. Maka dia tidak berhenti henti menyanyi lagu \ Siti Nurhaliza. Dan dialog yang akan diucapkan olehnya juga banyak menggunakan lirik lirik dari lagu Siti Nurhaliza. Namun sejak Aidilfitri yang semakin tiba membuatkan Renoma menjadi sedih dan pilu mengenangkan kampung halaman dan juga saudara maranya yang jauh di seberang. Maka Apek dan juga J.Lo sering menenangkan perasaan Renoma itu dengan turut menyanyikan lagu lagu Siti versi sedih dan diselitkan juga dengan lagu raya yang juga dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

Sedang mereka menceritakan masalah mereka masing masing, kelihatan Mr Sam melaui kedai itu. Mr Sam terkejut melihat ketiga tiga mereka yang amat iras dengan ketiga tiga artis naungannya yang hilang itu. Tiba tiba Mr Sam mendapat satu akal. Dia memujuk Apek , J.Lo dan juga Renoma untuk menyamar menjadi Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin. Pada mulanya semuanya menolak usul oleh Mr Sam itu, namun setelah mendengar wang yang ditawarkan kepada mereka, maka Apek dan J.Lo yang sememangnya memerlukan wang itu terus bersetuju. Namun Renoma yang kuat imannya itu tidak mahu menyertai komplot itu. Namun setelah Mr Sam menyatakan mereka akan menjayakan satu konsert hari Raya bersama Siti Nurhaliza maka Renoma terus bersetuju.

Mr Sam membawa Apek, J.Lo dan renoma ke pejabatnya. Dia mula mengajar cara cara percakapan , berjalan dan juga cara artis menjawab soalan kepada mereka bertiga. Mr Sam juga menayangkan beberapa klip dari lakonan Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin kepada mereka supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas karektor yang terpaksa mereka lakonkan. Namun bukan mudah untuk Mr Sam “mengrooming” ketiga tiga mereka. Dia terpaksa “mengeraskan” J.Lo yang lemah lembut itu untuk menjadi seperti Bob KU2 yang agak brutal. Dia terpaksa membetulkan percakapan Apek dan Renoma supaya bertutur dalam bahasa Malaysia yang sempurna. Dan yang paling mencabar ialah memakaikan mereka pakaian yang sering dipakai oleh ketiga tiga artisnya. Akhirnya mereka ini berjaya di”klon”kan oleh Mr Sam menjadi seperti. Saiful Azam, Bob KU2 dan juga Yassin.

Namun ujian pertama pada mereka adalah apabila producer David Teoh datang ke pejabat itu. David Teoh yang pada mulanya mahu memarahi Mr Sam kerana kehilangan artis artis yang telah menandatangai kontrak bersamanya untuk menjayakan filem filem mereka telah hilang, namun mereka kembali tenang setelah bertemu dengan Klon yang telah dicipta oleh Mr Sam.

Namun berbagai kekeliruan berlaku apabila Apek, J.Lo mahupun Renoma yang langsung tidak tahu menahu tentang filem membincangkan tentang filem dan kontrak dengan kedua dua producer itu. David teoh merasa amat gembira kerana ketiga tiga yang disangkakan artis itu telah meminta harga yang 300 kali lebih murah berbanding yang telah diminta oleh mereka dahulu untuk menjayakan filem filem itu. Mr Sam yang tidak dapat berkata apa apa bertambah pening dengan situasi itu. Ramai wartawan menelefon Mr Sam untuk menanyakan tentang penemuan ketiga tiga artis itu. Dan terus menjadi bahan berita terkini bahawa ketiga tiga artis itu telah ditemui dan selamat.

Di suatu rumah, kelihatan ketiga tiga artis yang dikatakan hilang iaitu Saiful Azam, Yassin dan juga Bob KU2 sedang bergembira dan sedang mengenakan pakaian raya masing masing. Mereka semua gembira kerana mahu menyambut hari raya bersama sanak saudara dan rakan mereka di kampong. Mereka juga gembira kerana berjaya mengenakan manager mereka yang selalu “cekik darah” dan selalu “songlap” wang hasil dari show mahupun filem yang mereka telah jayakan. Mereka sebenarnya mengambil keputusan untuk lari sebentar dari manager mereka supaya manager mereka insaf dan tidak lagi menindas mereka. Dan apa yang membuatkan mereka mengambil tindakan nekad itu ialah apabila manager mereka menyuruh mereka menjayakan konsert hari raya. Padahal masing masing mahu pulang beraya di kampong masing masing.Namun kegembiraan mereka itu bertukar wajah apabila tersebarnya berita tentang penemuan mereka .
Setelah David Teoh dan juga Prof beredar dari situ. Pak Tam membawa Siti Nurhaliza ke pejabat untuk meminta penjelasan pada Mr Sam tentang konsert hari raya yang akan berlangsung esok. Namun Pak tam gembira setelah melihat ketiga tiga artis sudah kembali. Renoma menjadi terkelu kerana berhadapan dengan idolanya. Atas desakan Pak Tam, Apek, J.Lo dan juga Yassin terpaksa berlatih menyanyi untuk konsert mereka esok. Maka keadaan menjadi kecoh apabila kesemua mereka menyanyi dengan sumbang. Namun lama kelamaan mereka berjaya menyanyi dengan baik sekali. Renoma cuba untuk berbual dengan Siti Nurhaliza, namun dia tidak berjaya apabila abang siti Nurhaliza sering berada disisinya. Namun renoma tetap berpuas hati kerana berjaya bertemu dengan idolanya itu.

Pak Tam mula bertanya tentang bayaran mereka. Namun belum sempat Mr sam menyatakan sebut harga Renoma menyatakan bahawa dia ikhlas membuat konsert itu dan tidak mahu sebarang bayaran untuk menjayakan konsert itu mahupun sepuluh konsert yang akan datang. Mr Sam menjadi bertambah pening kerana dia kini bukannya dapat mengaut keuntungan dengan membuat penipuan itu tetapi sebenarnya mempercepatkan proses kebankrupan syarikatnya.

Tiba tiba mereka semua dikejutkan dengan kedatangan ketiga tiga artis original iaitu Saiful Azam , Bob KU2 dan Yassin. Ketiga tiga klon iaitu Apek, J.Lo dan Renoma terus melarikan diri setelah bertentangan mata dengan artis yang sebenar itu dan meninggalkan Mr Sam seorang diri untuk membetulkan keadaan. Mr. Sam memohon maaf kepada artis artis naungannya kerana baru kini dia sedar bertapa sifat tamaknya telah membawa bencana kepada dirinya dan juga syarikat miliknya. Mr Sam berjanji akan lebih bertanggung jawab dan jujur pada artis artisnya itu.

Apek, JLo dan Renoma kembali kewarung milik J.Lo. Mereka merasa bersalah kerana turut berkomplot bersama Mr sam. Namun mereka semua merasa puas kerana masing masing mendapat keuntungan dalam penyamaran mereka. Renoma dapat bertemu dengan artis pujaannya iaitu Siti Nurhaliza. Manakala Apek dan J.Lo yang mendapat cash cek dari Producer David Teoh dan juga dari Prof. Razak Moheidi. Maka mereka semua mempunyai kenanagan Hari Raya Aidilfitri yang termanis dalam hidup mereka kecuali Apek kerana dia menyambut Hari raya Cina.

Wednesday, August 25, 2010

LAGU BUAT DEWI


Skrip ke 20

Tajuk Drama: Lagu Untuk Dewi
Skrip Oleh: Martias Ali & Adza Irdawati
Lakonan: Zamarul Hisham, Rozita Che Wan dll
Siaran : RTM (2006)

SINOPSIS
------------

Telah masuk satu tahun, Razali hidup dalam keadaan kurang siuman. Saban hari ia merasakan bahawa isterinya ada bersama dan bercakap dengannya pada hal isterinya telah hampir setahun meninggal dunia. Orang kampung menggelarnya “Zali Gila” namun pada pandangan Razali, orang kampung yang gila kerana tidak percaya yang isterinya masih hidup.

Razali merupakan seorang nelayan dan berkahwin dengan sepupunya Dewi seorang gadis jelita. Perkahwinan mereka bahagia dan sedang menanti saat-saat menimang cahayamata. Razali seorang pemuda kacak yang memiliki kebolehan bermain gitar dan menyanyi. Saban malam Ia tidak jemu-jemu menyanyikan lagu untuk isterinya. Kadang-kadang bila ilham menjelma, Razali akan mencipta beberapa lagu khusus untuk Dewi.

Dewi sering memujuk Razali menghantar lagu-lagu ciptaannya kepada syarikat rakaman, namun bagi Razali lagu-lagu ciptaannya khusus untuk orang yang ia sayangi sahaja. Tanpa pengetahuan Razali, Dewi telah merakamkan lagu ciptaan Razali ke dalam keset dan mengirim lagu-lagu tersebut ke syarikat rakaman.

Sewaktu Razali kelaut, Dewi telah menerima sepucuk surat dari syarikat rakaman yang menyatakan minat untuk megambil lagu Razali. Dewi merasa gembira namun takut untuk memberi tahu pada Razali. Lantaran itu, Dewi telah membalas surat persetujuan tanpa kebenaran Razali.

Selang beberapa minggu kemudian, Dewi telah ditimpa petaka apabila ia terjatuh. Di kala itu, Razali telah ke laut untuk menangkap ikan. Ekoran dari itu, Dewi keguguran dan kehilangan banyak darah. Dewi menghembuskan nafas terakhirnya tanpa Razali disisinya.

Razali pulang seperti biasa ke rumah, namun suasana rumahnya berubah. Jenazah isterinya telah terbaring didalam rumah. Razali yang terlalu sayangkan isterinya meratapi kematian isterinya setiap hari dan masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Akibat terlalu tertekan, Razali mulai menjadi kurang siuman.

Mulai dari hari tu, Razali sering dilihat bercakap seorang diri seperti sedang bercakap dengan isterinya. Ia membasuh baju-baju isterinya serta menyediakan makanan untuk isteri kesayanganya. Saban hari ia memujuk isterinya supaya bercakap dengannya dan ingin tahu apakah isterinya merajuk kepadanya.

Keadaan kurang siuman Razali akhirnya menjadi bahan sindiran orang kampung. Razali sering diperbodohkan dan dipermain-mainkan. Dari hari kesehari, keadaan hidup Razali menjadi semakin tidak terurus.

Beberapa bulan kemudian, lagu ciptaan Razali mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Namun tidak siapa tahu lagu tersebut adalah ciptaannya kerana pencipta lagu tersebut menggunakan nama samaran “Dewi”. Di rumah Razali walaupun mempunyai radio dan TV namun ia tidak pernah memasangnya semenjak kematian “Dewi”.

Tidak berapa jauh dari rumah Razali, terdapat rumah Pak Mail dan isterinya Che Pah yang mempunyai seorang anak dara yang sungguh jelita bernama Melati. Melati sering menjadi perhatian pemuda kampung yang tidak putus-putus menyatakan hasrat mahu menyuting Melati. Namun kesemuanya ditolak oleh Melati yang menyatakan bahawa ia masih belum mahu berumahtangga. Farid seorang pemuda kampung yang menjadi peraih ikan dianggap sebagai pemuda yang paling berjaya dan bergaya. Ia juga menyimpan hasrat mahu memperisterikan Melati. Lantaran itu ia sering mengumpan Pak Mail dan Che Pah dengan wang ringgit.

Pada suatu pagi, Melati mandi dibelakang rumah di dalam bilik air yang terletak diluar rumah. Sambil mandi Melati menyanyikan sebuah yang sedang popular di radio. Dikala itu juga Razali melintasi kawasan rumah tersebut. Ia tergamam mendengar seperti suara Dewi sednag menyanyikan lagu yang ia cipta untuk isterinya.

Dalam kotak fikiran Razali, suara itu adalah suara isterinya. Ia lantas membuka pintu bilik air dan masuk. Melati lantas menjerit dan kebetulan Farid datang untuk berjumpa Pak Mail. Farid bersama kawan-kawannya lantas membelasah Razali yang dituduh cuba mencabul kehormatan Melati.

Kerana mengenangkan Razali memang tidak siuman, orang kampung mengambil keputusan merantai Razali dirumahnya sendiri. Namun Pak Mail dan Che Pah masih berperikemanusiaan. Setiap hari ia memberi bekalan makanan kepada Razali. Walau bagaimana pun, Razali tidak mahu menjamahnya.

Che Pah menyatakan simpatinya akan nasib yang menimpa Razali kepada Melati. Melati merasa bersalah. Ia mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan Razali sambil membawa bekal makanan.

Pada pandangan Razali, kehadiran Melati adalah kehadiran isterinya. Razali mulai mejamah makanan yang disuapkan oleh Melati. Sedikit demi sedikat keadaan Razali semakin pulih. Melati telah membersihkan Razali dengan mencukur dan memberi Razali baju bersih. Perasaan belas kasihan Melati lama-lama menjadi sayang.

Sesekali Razali menyuruh Melati menyanyikan lagu yang sering ia nyanyikan. Didalam rumah Razali terdapt selonggok surat yang masih belum dibuka. Melati merasa hairan kerana kebayakan suar tersebuat datangnya dari syarikat rakaman. Namun Melati tidak membuka surat tersebut.

Che Pah mengamuk apabila Melati sering menceritakan tentang Razali. Che Pah mahu Melati mengahwini Farid. Namun Melati menolak. Tanpa pengetahun Pak Mail, sebenarnya Che Pah banyak meminjam wang daripada Farid untuk membeli barang kemas dan beberapa barang lain. Che Pah takut jika Farid tidak menjadi menantunya, ia terpaksa membayar hutang yang banyak kepada Farid.

Kesihatan Razali semakin beransur pulih semenjah kehadirian Melati. Namun Razali kecewa kerana Melati(yang di sangka isterinya) sering kerumah Che Pah hingga tidak pulang di waktu malam. Razali menjadi berang dengan sikap Melati yang mengabaikan rumahtangga.

Perasaan Razali semakin berang apabila Che Pah sering memerahi “isterinya” dan menyebabkan Razali mengamuk. Kerana kuatir sesuatu akan berlaku kepada Melati, Che Pah memaksa Melati menerima pinangan Farid sebagai alasan demi menjaga keselamatan mereka semua. Namun Melati menolak keras desakan orang tuanya.

Pada suatu malam Melati kerumah Razali dengan harapan agar Razali dapat menerima bahawa isteri sebenarnya telah tiada. Namun kehadirian Melati ke rumah Razali telah diserbu oleh orang kampung yang mengatakan bahawa Melati menjalani hubungan sulit dengan Razali. Ketua kampung mendesak supaya mereka berkahwin.

Disebabkan peristiwa itu, Farid menjadi berang dan memaksa Che Pah membayar segala hutang piutangnya dengan segera.

Disaat kritikal itu Razali terdengar temubual penyanyi “lagu untuk dewi” menceritakan bagai mana seorang gadis bernama Dewi telah memberikan lagu itu kepadanya sebelum ia meninggal dunia. Setelah mendengar lagu itu di radio barulah Razali menyedari bahawa isterinya telah tiada.

Razali membuka semua surat yang di kirim dan mendapati terdapat banyak wang royalty di dalam sampul surat tersebut. Ia kemudian menemui Che Pah dan membantunya menyelesaikan segala hutangnya kepada Farid dan berhasrat untuk mengahwini Melati.

Monday, June 21, 2010

Drama AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 1



Skrip ke 18

Tajuk: AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 1
Skrip: Martias Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Joey Daud , Rashidi Ishak, Shajiry
Pengarah: En. Jurey Rosli
Siaran: Telah keudara di ASTRO RIA (2008)

Drama telemovie "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN" bahagian 1 adalah hasil skrip Martias Mohd Ali dan saya membantu sama dalam proses penghasilan skrip itu.

Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali.

Kisah EMPAT orang sahabat sekampung iaitu Saiful, Azli, Mazlan dan Wahid berkerja di ibukota merupakan sahabat yang sanggup berbuat apa sahaja untuk demi sebuah persahabatan. Saiful berkerja sebagai penghantar surat mankala Azli merupakan seorang doktor. Wahid pula merupakan seorang chef disebuah hotel dan Mazlan merupakan seorang juru hias dalaman.

Mereka tinggal di sebuah rumah yang serderhana dengan Azli bertindak sebagai ketua rumah memandangkan usia serta kerjayanya. Wahid lebih kepada menjaga hal masak-memasak, Manakala Mazlan lebih kepada hiasan rumah. Namun Saiful merupakan seorang pemuda yang agak pemalas serta sukar untuk membuat kerja. Saiful sering di marahi dan mereka sering menasihati Saiful supaya berubah.
Pada suatu hari, Saiful mengalami demam biasa. Ia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Azli di sebuah klinik swasta bagi mendapatkan MC. Namun Azli yang begitu mengambil berat tentang dirinya mengambil keputusan memeriksan kesihatan Saiful secara terperinci. Ia mengambil sempal darah serta membuat ujian X-Ray ke atas Saiful.

Selang beberapa hari Siful pergi semula ke klinik setelah Azli menyuruhnya mengambil keputusan ujian kesihatan tersebut. Saiful yang dalam keadaan kelam kabut telah terlanggar seorang pembantu perubatan iaitu Syanie dan menyebabkan rekod-rekod perubatan yang di pegang oleh Syanie tertukar sarung. Rekod seorang pesakait kronik yang menunggu masa untuk mati telah termasuk ke dalam fail Saiful.
Saiful kemudian menuju ke dalam bilik Azli. Azli membuka fail Saiful dan merasa amat terkejut apabila mendapati sahabat baiknya mempunyai masa tidak sampai sebulan untuk hidup. Azli lantas merahsiakan perkara tersebut kepada Saiful dan menyuruh Saiful pulang sambil memberikan MC selama seminggu kepada Saiful.
Saiful merasa amat gambira lalu pulang. Azli lantas menghubungi Wahid serta Mazlan dan menyuruh meraka berjumpa dengannya. Azli kemudian menceritakan tetang nasib yang bakal menimpa sahabat baik mereka. Mekeka kemudian menjadi amat sedih dan mengambil keputusan untuk menjaga Saiful dan menunaikan apa sahaja pemintaan Saiful.

Saiful pulang kerumah dan terus tidur. Azli, Mazlan dan Wahid kemudian pulang ke rumah. Mereka kemudian membeli makanan yang lazat dan menghidangkan secara eklusif di atas katil Saiful. Saiful yang terjaga dari tidur merasa hairan. Namun ia tidak menesyaki apa-apa. Azli bertanyakan kepada Saiful apa sahaja yang ia mahu mereka akan cuba tunaikan.

Secara beseloroh Saiful meminta motor besar sebagai ganti motor kapchainya. Pada keesokan harinya Saifut terkejut melihat sebuah motor berkuasa tinggi berada di depan rumah. Azli dan Wahid berkata motor tersebut adalah hadiah dari mereka. Saiful mula merasa hairan.
Saiful terus menguji dengan meminta beberapa perkara termasuk duit. Azli dan Wahid tanpa membantah terus menunikan apa sahaja pemintaan Saiful. Dengan wang serta motor besar, Saiful enjoy katak bersama teman wanitanya. 

Namun pada satu malam Saiful pulang agak lewat. Ia lantas masuk tanpa Azli, Mazlan dan Wahid perasan akan kehadirian Saiful. Saiful terdengar perbulan antara mereka tentang dirinya yang mempunyai 2 minggu lagi untuk hidup. Saiful tiba-tiba menjadi pitam dan pengsan.

Apabila ia sedar, Azli dan Wahid berada di sisinya. Saiful mula merasa lemah seperti mahu mati. Azli dan Wahid merasa amat sedih. Azli meminta maaf kerana tidak menceritakan perkara sebenar. Mereka meminta Saiful membuat apa saja pemintaan kepada mereka. Setelah berfikir panjang, Saiful mahu merasa nikmat hariraya keran ia mahu memohon maaf kepada semua termasuh keluarganya di kampung. Saiful mahu merasa nikmat Aidilfitri untuk kali terakhir.

Azli, Mazlan dan Wahid lantas merancang sesuatu untuk Saiful. Wahid segera memasak kuih-kuih raya serta menghias ruamah seperti hariraya. Azli pula membeli beberapa pakaian baru untuk Saiful. Namun Saiful mahu bershopping seperti di bulan puasa. Meraka lantas membawa Saiful ke Jalan Masjid India. Azli menggunakan wang yang banyak menyuruh peniaga di sekitar memasang lagu raya. Azli, Mazlan dan Wahid juga terpaksa berpuasa yang yok. 

Apabila tiba waktu Maghrib mereka berbuka di warung. Orang ramai merasa hairan melihat aksi mereka seperti dalam bulan Ramadhan. Saiful meminta dibelikan baju raya dan banyak lagi. Suasana di rumah merka seperti sedang sibuk ketibaan Aidilfitri.

Hari terus berganti. Hanya tinggal beberapa hari lagi tempoh hayat Saiful. Saiful meminta mereka membawanya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Mereka lantas menuju ke kampung halaman.
Tiba di kampung halaman , Azli menceritakan kepada ayah Saiful tentang nasib yang bakal menimpa Saiful. Di saat itu pula penduduk kampung sedang berpuak-puak. Mat Rock yang merupakan musuh kepada Saiful merasa bengang kerana Azura adalah kekasih lama Saiful. Keadaan kesihatan Saiful menyebabkan Azura menjadi kasihan dan mahu bersama Saiful untuk kali terakhir. Niat Mazlan untuk menyunting Azura juga terbantut.

Rajoli yang merupakan ayah Saiful dan juga merangkap Ketua Kampung terus bertemu penduduk kampung. Ia merayu agar penduduk kampung membantunya untuk kali ini. Di atas pemintaan terakhir anaknya, ia mahu melihat suasana kampung ketika menyambut malam Hari Raya. Jika di ikut daidalam pengiraan Azli, Saiful akan mati di pagi "Aidilfitri" yang merka cipta kelak.

Kerana pujuk dan rayu tok penghulu akhirnya penduduk kampung setuju. Penduduk kampung lantas membuat gotong royang menukar suasana kampung menadi suasana hari raya dengan menyalakan lampu pelita serta memasak kuih tradisional seperti dodol, ketupat, lemaang dan bahulu.

Cinta Azura berputik semula. Saiful juga merasa benda yang sama namun usianya semakin hampir di penghujung. Saiful memint satu lagi pemintaan supaya ia boleh bertunang dengan Azura. Bapa Azura yan merupakan musuh kepada tok Penghulu paa mulanya tidak setuju namun setelah azura mendesak dengan pelbagai alasan akhirnya ia setuju.Mat Rock bertambah bengang. Ia lantas cuba menggagalkan usaha penduduk kampung dengan pelbagai cubaan.

Sikap gotong royong semua menyebabkan mereka lupa tentang persengketaan sesama penduduk kampung. Saiful dilayan seperti anak raja. Ada sahaja hadiah yang diterima dari penduduk kampung.Pada malam Hari Raya semua penduduk berkumpul di rumah Tok Penghulu. Tiba-tiba Saiful measa semakin sakit kerana fikirannya merasakan yang ia bakal mati esok hari. Pendudk kampung cuba mencerikannya.

Keesokan harinya, penduduk kampung berpakaian baju tradisional. Semua datang kermah tok penghulu. Masing-masing membawa duit raya untuk di beri kepada Saiful. Saiful semakin tenat.Tiba-tiba Syanie muncul bertemu Azli. Ia memberi tahu bahawa fail Saiful merupakan satu kesilapan. Semua terkejut. Saiful tiba-tiba terus sihat. Duit raya pemberian sahabat-sahabat baiknya serta orang kampung mencecah beribu ringgit. Saiful menjadi gembira terus lari dan mengajak Azura berkahwin. Azli, Mazlan dan Wahid serta penduduk kampung terus mengajar Saiful dan meminta ia memulangkan semula pemberian mereka.
Saiful terus mengambil motor dan membawa Azura bersama sambil berkata "selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Halal kan semuanya."

Sunday, April 18, 2010

KAMBINGKU TOM CRUISE


Skrip ke 11

Tajuk Sitkom: KAMBINGKU TOM CRIUSE
Skrip oleh : Adza Irdawati
Lakonan : Kumpulan SENARIO
Siaran : TV3 (telah keudara pada tahun 2004)

Kambingku Tom Cruise adalah skrip kesebelas pernah saya tulis dan skrip pertama sitkom untuk TV3 bagi saya. Skrip ini adalah untuk rancangan Sitkom Senario yang telah dipentaskan di SRI PENTAS TV3 dan telah keudara di TV3..

SINOPSIS
======

Mengisahkan Johan(wahid) seorang kanak kanak yang sangat nakal. Dia pulang kekampung Datuknya (Atok- Saiful Apek) sempena untuk menyambut raya Korban Aidil Adha. Di kampung Johan bertemu dengan kawannya iaitu mamat (Azlee). setelah mereka bergabung mereka terus melakukan aktiviti yang sangat digemari mereka iaitu mendera binatang. Yang menjadi mangsa utama mereka ialah Tom Criuse (lan pet pet), kambing peliharaan Atok. Mereka terus mendera dan mendera Tom Cruise sehinggalah pada malam sebelum raya korban, Tom Criuse berdoa semoga Johan mendapat pengajaran atas kelakuannya yang suka mendera binatang.

Keesokkan paginya Johan bangun dan terkejut apabila dia mendapati dirinya kini telah bertukar menjadi Tom Criuse-Kambing. Dia bertambah terkejut apabila mendapati Tom Criuse kini berada dalam badannya. Kini Mamat datang dan terus menderanya. sementara itu Atok bersiap sedia untuk mengorbankan "Tom Criuse" sempena Raya Korban itu.

Johat benar benar insaf akan semua perbuatannya yang suka mendera binatang dan insaf.

Tiba tiba Johan terbangun dari tidurnya. Dia terkejut apabila dia adalah dirinya sendiri. Dan akhirnya dia sedar bahawa itu semua hanyalah mimpi. Johan terlihat Mamat sedang mendera Tom Criuse dan terus menasihatinya untuk berhenti dari mendera binatang. Dan johan juga menghalang Atok dari menjadikan Tom Criuse sebagai korban. Johan akhirnya mengambil keputusan membela Tom Criuse sebagai binatang peliharaannya di KL.

Thursday, April 8, 2010

Filem LIBAS - skrip Filem kedua



Skrip Filem pertama

Tajuk Filem: LIBAS
Arahan: Jurey Rosli
Terbitan MDAG
Idea Asal: Jurey Rosli & Martias Ali
Skrip Asal oleh: Martias Ali & Adza Irdawati
Olahan Skrip oleh: Martias Ali
Lakonan : Rosyam Nor, Scha dll

Libas merupakan hasil idea asal oleh Jurey Rosli dan Martias Ali pada tahun 2003. Skrip Libas kemudian telah ditulis oleh Martias Ali dan Adza Irdawati. Namun skrip ini telah diolah kembali oleh Martias Ali pada tahun 2008.

Walaupun nama saya tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun saya berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script" =)

Filem ini akan menemui para penonton di layar perak pada 2011.. TUNGGGUUUUUUUU...
Website:http://www.libasthemovie.com.my




Sinopsis:

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun , demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di pegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi raja libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.

Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja libas melihat pewaris kepada bola warisan.