Showing posts with label Bola Cinta. Show all posts
Showing posts with label Bola Cinta. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

CINTA YANG TERINDAH


Skrip Ke 49

Tajuk Drama:CINTA YANG TERINDAH
Genre : Komedi
Siaran: RTM1 (2009)

SINOPSIS

Mengisahkan seorang eksekutif perempuan muda cantik yang agak sombong di kalangan pekerjanya dan seorang lelaki tampan peramah yang digilai ramai perempuan di pejabatnya.Kisah bermula pada malam pengistiharan raya oleh penyimpan mohor besar raja-raja.Pada malam tersebut Shamsul masih meneruskan kerja-kerjanya di pejabat sebelum bercuti panjang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.Begitu jugalah Kathy yang ingin menyiapkan tugasannya sebelum balik ke kampung.Mereka berdua tidak pernah bersua kerana bekerja di pejabat yang berlainan.

Dalam kelekaan mereka bekerja mereka terlupa yang tiada sesiapa lagi di pejabat masing-masing.Setelah dimaklumkan tentang tarikh hari raya maka mereka berdua mengelabah lalu bergegas bersiap untuk pulang.Mereka berkemas dan terus berlari ke pintu lif yang sedang terbuka lalu mereka berlanggar sesama sendiri dan tercetuslah pandang pertama.Mata bertentang mata tetapi akibat sikap ego dan sombong Khaty berpura-pura marahkan Shamsul.Shamsul yang sentiasa gentlemen itu merendah diri sambil meminta maaf walaupun tahu yang kejadian tersebut adalah akibat daripada kegelojohan Khaty.

Mereka berdua yang bekerja di tingkat 18 memasuki lif tersebut tanpa ada sesiapa di dalamnya. Khaty kelihatan sedikit risau memandangkan hanya mereka berdua di dalamnya.Muka cemas dan resah membuatkan Shamsul cuba untuk berbual-bual.Tetapi malangnya dia disalah erti lalu terjadi pukul memukul.Dalam kekecohan tersebut tiba-tiba lif terberhenti lalu padam lampu yang tinggal hanyalah lampu kecemasan sahaja.

Suasana gelap di dalam lif ini membuatkan Khaty menjadi takut lalu terus memeluk Shamsul.Akibat dari tergamam dipeluk Shamsul terjatuh dan badan mereka bertindihan.Khaty tidak mahu melepaskan pelukannya pada Shamsul.Pada saat ini keegoaan Khaty telah hilang.Berlakulah sentuhan dan panahan asmara di antara mereka.

Tanpa disedari sudah 1 jam mereka terperangkap tanpa ada yang datang membantu.Udara di dalam lif semakin berkurangan.Terpaksalah mereka membuka jacket masing2.Peluh mencurah-curah.Ketika menanti bantuan datang mereka berdua mula berkenalan.Masing-masing menceritakan saat-saat gembira ketika kanak-kanak ketika menyambut hari raya.

Akhirnya setelah hampir 11 jam terperankap di dalam lif akhirnya ketika takbir raya berkumandang mereka diselamatkan oleh penjaga bangunan Mr Singh.Beliau terkejut kerana mendapati ada 2 orang berpelukan tertido di dalam lif.Mereka berdua terkejut lalu bangun tersipu-sipu terus meninggalkan bangunan mendapatkan kereta masing-masing.

Kelihatan Khaty beraya bersama keluarga sambil menceritakan kejadian dalam lif di suatu sudut lain Shamsul juga sedang rancak bercerita samapai tergelak terbahak-bahak

Friday, April 9, 2010

DRAMA BERSIRI "BOLA CINTA" 26 episod



Sebuah drama bersiri berjudul "BOLA CINTA"

Sebuah Konsep : Din Enuja & Martias Ali
Skrip oleh : Adza Nasyaemie, Fairuz Padoli, adza irdawati & Martias Ali

Tajuk : BOLA CINTA
Durasi : 60 min X 26 episod
Penerbit : ENUJA


SINOPSIS BOLA CINTA

Haziq mendapat kontrak bola sepak di sebuah kelab. Fiza pula sedang meraikan kejayaanya mendapat tawaran berlajar di luar negara. Rakan-rakan Haziq mencabar Haziq untuk mencium pipi Fiza jikalau pasukan bola sepaknya Manchester United kalah di tangan Liverpool dalam permainan yang sedang ditayangkan secara langsung itu.

Haziq baru mengetahui yang Fiza adalah anak kepada Dato Rahman, pemilik kelab Keramat FC itu. Ia mengambil keputusan untuk berjumpa Fiza untuk memohonnya supaya tidak memberitahu kejadian tersebut kepada bapanya, yang pasti akan menutup peluangnya bermain bola sepak bersama pasukan tersebut.

Haziq dibelasah oleh kekasih Fiza, Jamal yang merupakan senior dan juga kapten pasukan bola sepak Keramat FC dan menyebabkan Haziq terlantar di hospital.

Fiza melawat Haziq di hospital untuk memohon maaf atas keterlanjuran Jamal memukul Haziq hinggakan keadaannya parah. Fiza ditemani oleh ayahnya Dato Rahman, pemilik Keramat FC. Fiza menyedari yang dalam diam-diam ia telah jatuh hati kepada Haziq, ia mengambil keputusan untuk memaafkan Haziq. Haziq diyakini oleh Fiza yang ia akan memujuk ayahnya supaya mengambil Haziq bermain semula dalam pasukan Keramat FC itu. Haziq juga sebenarnya sudah jatuh hati kepada Fiza.

Atas pujukkan Reena iaitu anak juru latih Keramat FC, Haziq diberi peluang keemasan untuk menyertai kem latihan pasukan Keramat FC. Jurulatih Bahar begitu senang hati atas kemampuan dan skill Haziq, ia sering memuji Haziq di hadapan keluarganya hinggakan timbul perasaan suka Reena ke atas Haziq.

Dalam masa yang sama kemampuan Haziq di atas padang bola menimbulkan perasaan tak senang hati beberapa orang pemain tetap Keramat FC, terutamanya Jamal. Jamal merupakan anak kepada Dato Gaus, seorang teman baik Dato Rahman. Dato Rahman mempunyai masalah kewangan sehinggakan ia terpaksa menjual beberapa saham besar syarikatnya kepada Dato Gaus. Jamal meracuni fikiran ayahnya untuk meminta Dato Rahman menyingkirkan Haziq, namun tidak berjaya apabila Dato Rahman bulat-bulat menentang permintaan Dato Gaus.

Di kampung, ibu Haziq, Zaleha merasa risau melihat anaknya begitu taksub dengan bermain bola sepak itu. Ia bimbang anaknya tidak mahu melanjutkan pelajaran. Haziq berjanji ia akan melanjutkan pelajarannya jika ia mempunyai peluang. Haziq dan Fiza berjumpa buat kali terakhir di padang bola sebelum Fiza hendak bertolak pergi ke luar negara, mereka berdua begitu sedih sekali. Jamal merasa cemburu melihat keadaan itu. Dalam masa yang sama, Reena kawan baik Fiza juga telah mula jatuh hati pada Haziq.
Dalam satu sesi latihan kaki Haziq telah dibentes oleh Jamal. Hal ini menyebabkan Haziq terpaksa direhatkan dari bermain bola sepak. Dato Rahman dan Jurulatih Bahar amat kecewa apabila pemain bintang mereka itu tidak dapat bermain untuk jangka waktu yang lama. Haziq mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej tempatan, ibu bapa Haziq amat gembira akan tawaran tersebut. Haziq berbelah bahagi.

Sekembalinya Fiza ke tanah air berikutan cuti semesternya, ia menjadi terkejut apabila mengetahui yang Haziq sedang direhatkan berikutan kecederaannya. Fiza menjadi marah dengan Jamal, dan memutuskan hubungan mereka. Reena terkejut apabila melihat reaksi negatif Fiza apabila diberitahu yang dia dan Haziq sedang bercinta, tali persahabatan mereka yang sekian lama akrab itu menjadi jauh berikutan cinta tiga segi tersebut. Haziq berasa bersalah atas apa yang terjadi.

Haziq mengambil keputusan untuk mengembirakan hati ibu bapanya dengan setuju untuk melanjutkan pelajarannya itu, ia juga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Reena berikutan kejadian tegahan Jurulatih Bahar serta persahabatan Reena dan Fiza yang terjejas kerana dirinya itu. Semasa mendaftarkan diri di kolej itu, Haziq bertemu dengan lelaki yang sedari dahulu lagi menawarkan kontrak bola sepak kepadanya iaitu Habib.

Habib yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak kolej tempat Haziq berlajar itu telah mengambil Haziq untuk bermain dalam pasukannya itu, dan kali ini Haziq menerima tawaran Habib. Kelab bola sepak Keramat FC pula kian teruk apabila ia asyik sahaja kalah dalam pertandingan berikutan tunggak utama pasukan itu, Haziq sudah tiada. Dato Rahman mengambil keputusan untuk merehatkan Jamal walaupun ditegah Dato Gaus, bapa Jamal.

Dalam sebuah kejohanan bola antara kolej, kemampuan Haziq telah menarik perhatian seorang pemilik kelab besar dan terkenal Malaysia, Gempak FC. Kelab yang selama ini memang diminati oleh Haziq. Pada masa yang sama, Dato Rahman memujuk Haziq untuk menyertai semula Keramat FC dan menawarkan kontrak yang mahal sekali. Haziq benar-benar di dalam dilema sama ada bermain dengan pasukan yang sememangnya menjadi impiannya selama ini ataupun kelab pertama yang mengambilnya itu.

Fiza yang masih lagi mengharapkan Haziq itu kecewa apabila Haziq menolak tawaran ayahnya itu, dalam masa yang sama persahabatannya dengan Reena kembali terjalin. Haziq kini bermain dalam pasukan yang paling kuat Malaysia, Gempak FC. Ia juga menjadi bintang bola popular Malaysia, mempunyai peminat yang begitu ramai sekali, namun segemilang mana kehidupannya kini, ia masih berasa sunyi kerana dalam diam-diam perasaan cintanya terdapat dua insan iaitu Fiza dan Reena masih ada. Akhirnya Jamal mulai insaf dan berjaya menawan hati Fiza. Reena mendapat panggilan dari Haziq untuk keluar bersama.


Drama bersiri BOLA CINTA ini akan menemui penonton TV2, jam 9 malam. Diarahkan Jo Yusof, dan dilakonkan oleh Shahz Jaszle, Memey Suhaiza, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Rosnah Johari, Rahim Jailani dan Hafidzuddin Fazil.

Thursday, April 8, 2010

Filem LIBAS - skrip Filem kedua



Skrip Filem pertama

Tajuk Filem: LIBAS
Arahan: Jurey Rosli
Terbitan MDAG
Idea Asal: Jurey Rosli & Martias Ali
Skrip Asal oleh: Martias Ali & Adza Irdawati
Olahan Skrip oleh: Martias Ali
Lakonan : Rosyam Nor, Scha dll

Libas merupakan hasil idea asal oleh Jurey Rosli dan Martias Ali pada tahun 2003. Skrip Libas kemudian telah ditulis oleh Martias Ali dan Adza Irdawati. Namun skrip ini telah diolah kembali oleh Martias Ali pada tahun 2008.

Walaupun nama saya tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun saya berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script" =)

Filem ini akan menemui para penonton di layar perak pada 2011.. TUNGGGUUUUUUUU...
Website:http://www.libasthemovie.com.my




Sinopsis:

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun , demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di pegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi raja libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.

Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja libas melihat pewaris kepada bola warisan.