Tuesday, November 23, 2010

BIAR RAHSIA


PULAU KASIH


Skrip ke 29


Tajuk Drama: PULAU KASIH
Idea & Skrip Asal : Nora Helmi
Olahan Skrip: Adza Irdawati Adenan
Siaran: RTM 2004

Sinopsis

Pulai Kasih mengisahkan tentang kepincangan keluarga En Mizan yang disebabkan oleh kesibukkan Encik Mizan mengejar harta dan kemewahan duniawi.

Ini membuatkan anaknya Danial semakin terpinggir dan semakin mendekati gejala tidak sihat. namun berlainan dengan anak gadisnya dania, dia gadis yang sungguh baik dan berbudi bahsa. Dania sering menasihati abangnya supaya lebih menghormati ayah mereka namun gagal.

Danial semakin hanyut dalam dunianya. Ini membuatkan Encik Mizan mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya dan menumpukan lebih perhatian kepada anak mereka. Mizan akhirnya membawa isterionya Sari dan anak anaknya Danial dan Dania ke sebuah pulau iaitu Pulau Kasih. Walaupun berat untuk mengikut keluarganya namun setelah puas dipujuk oleh adik dan ibunya, danial terpaksa akur.

Di pulau Danial dan ayahnya tetap bertelagah dan berkelahi. ini merunsingkan Sari.

Sebelum mereka pulang Mizan mengambil keputusan untuk memancing dan memaksa danial mengikutnya.

Tiba tiba mereka terlihat satu bot lanun melakukan rompakan . sedar akan kegiatan mereka dilihat oleh Mizan dan Danial akhirnya lanun lanun itu menangkap mereka dan diikat di dalam bot.

pelbagai perkara berlaku semasa mereka menjadi tebusan lanun lanun itu. Akhirnya mereka dapat diselamatkan dan ini menyedarkan Mizan dan Danial bertapa mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Mulai tarikh itu mereka akan ke Pulau Kasih pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara mereka.

Monday, November 22, 2010

CINTA KALI KEDUA


Skrip ke 29

Tajuk Drama: CINTA KALI KEDUA
Idea Asal : Martias Mohd Ali
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan
Siaran : RTM 2004

Cinta Kali Kedua

Sebuah Percintaan Warga Tua

Hajah Ramlah (50an) menghabiskan sisa-sisa kehidupan tuanya dengan membuka sebuah pusat penjagaan orang-orang tua sejak 2 tahun dahulu. Di sinilah ia banyak mencurah baktinya menjaga kebajikan orang-orang tua sama ada ditinggallkan keluarga ataupun tidak berkemampuan. Namun perkahwinannya dahulu tidak dikurniakan zuriat.

Sebelum berkahwin dengan suaminya itu, Hajah Ramlah pernah bertunang dengan seorang pemuda Askar Melayu bernama Mustafar. Namun ikatan pertunangan mereka semakin hari semakin terlerai setelah keluarganya terpaut dengan seorang pemuda yang berkerja sebagai pegawai estet. Pertunangan mereka hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila kedua orang tuanya memutuskan pertunangan tersebut. Di saat itu, Mustafar sedang bertugas di sempadan Thailand.

Setelah hampir 2 tahun menghilang diri, Mustafar kembali ke kampung halaman mencari Ramlah. Namun ibu Mustafar menyerahkan cincin belah rotan yang dipulangkan semula oleh keluarga Ramlah. Mustafar kecewa dan menganggap bahawa Ramlah tidak setia pada janji mereka.

Ramlah berkahwin dengan Ramli dalam keadaan terpaksa. Namun kebahagiaan yang diimpikan tidak kesampaian juga. Ramli sebenarnya telah beristeri dan mempunyai anak. Kehidupannya kini bermadu. Setelah kematian Ramli, segala hartanya jatuh kepada isteri yang pertama bersama anak-anaknya. Walaupun begitu Ramli teleh meberikan wang simpanan yang cukup untuk masa tua Ramlah. Dari wang itulah Ramlah membuka pusat jagaan orang-orang tua. Namun setelah 2 tahun mengusahakan rumah jagaan tersebut, ia kini menghadapi masaalah kewangan bila peruntukan yang diperlukan tidak perolehi.

Mustafar yang kecewa telah membawa diri jauh dari kampung halaman. Kerana masih berpegang teguh pada janjinya dahulu, Mustafar terus membujang sehingga usia tuanya. Namun semenjak mencecah usia tua, Mustafar mulai merasa kesunyian tanpa kasih sayang. Walaupun ia mempunyai wang simpanan dan harta namun jiwanya kosong tanpa teman.

Pada suatu hari, Mustafar berjalan sendirian di tengah kota. Sedang ia berjalan di sebuah lorong, tiba-tiba ia di sambun oleh 2 orang penjenayah. Akibat dari itu, Mustafar telah dipukul keras ke kepala dan dompetnya di ragut. Mustafar yang ditemui oleh orang awam terus dibawa ke hospital.

Ekoran dari hentakan itu, Mustafar hilang ingatan. Kerana tiada dokumen diri dan tiada sesiapa yang menuntut Mustafar setelah berita penemuannya di siarkan di akhbar, pihak hospital mengambil keputusan untuk menghantar Mustafar ke rumah kebajikan masyarakat. Pihak Kebajikan Masyarakat telah meminta beberapa pusat jagaan orang tua untuk mengambil Mustafar dan Hajah Ramlah tergerak hati untuk menerima Mustafar ke pusat jagaannya walaupun di tentang oleh Hamidi (pegawai kanannya) yang menyatakan bahwa kedudukan kewangan pusat itu kini semakin meruncing untuk menerima penghuni baru.

Musatafar agak bingung kerana gagal mengenal dirinya sendiri. Namun setiap kali ia terlihat wajah Hajah Ramlah, ia seperti teringat sesuatu. Hajah Ramlah langsung tidak terlintas difikirannya bahawa Mustafar adalah bekas tunangnya dahulu. Mustafar pula seperti ingin tahu siapakah Hajah Ramlah sebenarnya dan sering mengekori gerak geri Hajah Ramlah sehingga Hajah Ramlah merasa curiga.

Pelbagai mimpi silam menghantui Mustafar semenjak ia mendiami pusat jagaan itu sehinggalah satu hari ia terjaga dari tidur dan menjerit nama Ramlah. Ramlah yang kebetulan melintasi bilik Mustafar tergamam dengan peritiwa itu. Ia kemudian menemui Mustafar dan merenung Mustafar sedalamnya sehinggalah ia menyedari bahawa Mustafar adalah bekas tunangnya dahulu.

Untuk memulihkan semula ingatan Mustafar, Ramlah mulai bercerita tentang cinta mereka dahulu serta rintangan yang mereka lalui. Sedikit demi sedikit cinta Ramlah berputik semula. Namun di sebalik itu juga, perasaan kecewa yang belum pernah ia luahkan kepada Ramlah membuak sama. Kini Mustafar pula mulai jual mahal dan tidak dapat menerima Ramlah kembali di dalam dirinya.

Pehubungan Mustafar dan Ramlah juga tidak disenangi oleh Hamadi yang beranggapan bahawa Hajah Ramlah akan mengabaikan pusat itu kelak. Penghuni-penghuni rumah itu dapat merasakan sesuatu keajaban bila mendapat tahu bahawa Mustafar adalah bekas kekasih Ramlah. Namun mereka kecewa dengan sikap Mustafar yang seperti mahu membalas dendam.

Penghuni pusat iru mulai merancang sesuatu. Mereka membuat pelbagai cara bagi menyatukan kembali Ramlah dan Mustafar. Dalam diam-diam mereka melamar Ramlah bagi pihak Mustafar dengan membuat hantaran sendiri. Palbagai helah yang mereka lakukan supaya Mustafar dapat menerima Ramlah kembali. Akhirnya Mustafar mengalah juga. Cintanya berputik untuk kali yang kedua.

Semua penguhuni merasa gembira dengan keputusan Mustafar. Namun disaat gembira itu tiba-tiba Hamadi menyatakan bahawa pusat itu terpaksa ditutup kerana pihak bank meminta Ramlah melangsaikan hutang sewa beli tapak pusat itu. Namun Mustafar menjadi penyelamat dengan menyatakan bahawa wang simpanan dan hartanya cukup untuk menyelamatkan pusat itu.

Akhirnya mereka berkahwin di dalam pusat jagaan orang-orang tua itu dengan segalanya di uruskan oleh penghuni pusat tersebut.

Sunday, November 21, 2010

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod


Skrip ke 28

SUASANA - Drama Bersiri 13 Episod
Skrip Oleh : Adza Irdawati & Martias Ali
Arahan: Martias Mohd Ali
Penerbit : K&S Vision Sdn Bhd & Martias Entertainment
Siaran : RTM1 (Januari, 2007)

Pelakon
Ciko Harahap sebagai Harith
Joey Daud sebagai Joie
Acong “Sweetchild” sebagai Azhar
Louis Iskandar sebagai Alberth
Dayang Erema sebagai Ana
Mak Jah sebagai Datin K
Adza Rinawati sebagai Rina

Sitkom Suasana merupakan sebuah sitkom muzikal dan menampilkan barisan pelakon yang terdiri dari artis artis rakaman seperti Cico Harahap, Joey Daud, Acong Sweetchild, Louis Iskandar dan juga Dayang Erema. Proses pemilihan pelakon telah mengambil masa kira-kira sebulan di mana lebih dari 60 orang pelakon telah di ujibakat yang mana kateria pemilihan utama memerlukan kesemua pelakon harus boleh menyanyi sebagai syarat utama biarpun sebagai watak sampingan ataupun watak extra.
Bagi proses penjiwaan watak, kesemua pelakon utama telah diberi kursus “Character Development” selama 2 minggu di mana mereka harus mengenal watak masing-masing dengan sepenuhnya.
Sitkom ini juga tidak di lakukan di dalam studio sebagai mana lazimnya. Sebuah kafe telah disewa selama 1 bulan dan di ubah suai untuk proses pengambaran bagi mengwujudkan suasana kafe yang berlainan dan ceria. Proses penataan cahaya juga melalui proses “rigging” dimana lampu-lampu di pasang secara kekal.

Konsep
Konsep Sitkom Suasana menggabungkan suasana persahabatan dan juga muzikal yang digarap dalam situasi sebuah kafe bernama Kafe Suasana yang telah ditulis oleh Martias Mohd Ali yang juga bertindak sebagai pengarah. Skrip pula ditulis oleh Adza Irdawati Adenan dan mempunyai 5 babak dan tidak seperti sitkom biasa yang hanya menggunakan 3 babak sahaja. Ia juga menggabungkan sedikit konsep dari sitkom ternama Friends dan juga Ally Mc Beal. Konsep warna hijau yang dapat dilihat di dalam sitkom ini melambangkan suasana aman dan damai.
Sitkom ini agak berlainan dari sitkom-sitkom lain yang pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan di mana ceritanya berkait di antara satu dengan yang lain.

Apa yang dapat dibanggakan adalah, sitkom ini tidak langsung menggunakan pelakon/pelawak yang sedia ada yang sering dilihat di sitkom-sitkom tempatan. Satu lagi kelainan di dalam sitkom ini adalah, tidak adanya kesan bunyi ketawa (sound efx) yang lazimnya di guna pakai di dalam penerbitan sitkom-sitkom tempatan. Sitkom ini juga tidak menggunakan dialog-dialog jenaka tetapi lebih menumpukan kepada situasi yang bakal membuatkan penonton tidak kering gusi.
Ini merupkan sitkom pertama yang diarahkan oleh Martias Mohd Ali yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penulis skrip dan pernah memenangi Anugerah Skrip Terbaik menerusi drama Anak Penarik Beca dan juga drama terbaik Hari-hari Terakhir Seorang Wanita. Kecenderungan untuk menerbitkan sitkom bermutu dimasa depan telah membawa En Martis Mohd Ali bertemu dengan Marc Cherry penulis dan pencipta sitkom Desperate Housewife sewaktu menghadiri Screenwriting Expo 5 bertempat di Hollywood Los Angels pada 19hb- 24hb Oktober yang lalu.

Saturday, November 20, 2010

PABILA CAHAYA BERSINAR SEMULA


Skrip ke 27
Justify Full
Tajuk Drama: Pabila Cahaya Bersinar Semula
Skrip Oleh : Adza Irdawati

Sinopsis

Danial seorang anak kepada seorang jutawan merupakan seorang playboy dan sering menghabiskan harta keluarganya. walau puas dipujuk oleh ibubapanya Danial tetap dengan sikapnya itu. Danial bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya dan menjalin hubungan dengan setiausahanya June. Namun semakin lama June semakin tidak sabar dengan sikap playboy Danial yang sering bertukar pasangan di belakangnya.

Satu hari setelah keluar dari kelab malam dalam keadaan mabuk tiba tiba ketika Danial melintas jalan untuk ke keretanya satu cahaya kereta bersinar kearahnya dan dengan sepantas itu dia telah dilanggar.

Keadaan sunyi sepi tiba tiba Danial tersedar dan terkejut apabila mendapati bahawa penglihatannya kini telah tiada. Bukan sahaja dia menjadi buta malah dia kini telah hilang ingatan. Akhirnya Tok Ali Tok Batin orang asli menyatakan bahawa dia telah menemui Danial di tepi tebing sungai di hujung kampung mereka Danial terkejut.

Oleh kerana tidak tahu asal usulnya maka Tok Ali menamakannya Adam. Bermula hidup Adam sebagai salah seorang orang asli di perkampungan orang asli itu.

Tahun berlalu Danial telah berkahwin dengan anak Tok Batin bernama Maya dan kini Maya menggandungkan anak pertama mereka.

Maya sering mengikut Danial menjual barangan hasil kraf mereka dan orang asli di kampung mereka di bandar. Tiba tiba seorang wanita terkejut apabila terserempak dengan Danial. Wanita itu adalah Ibu Danial. Setelah diberitahu dan diterangkan oleh Ibu Danial tentang asal usulnya, kini ingatannya kembali teringat kembali. Dia terus memeluk ibunya.

Ibu Danial berkeras mahu membawa Danial pulang namun Maya agak keberatan. Namun Maya terpaksa akur dengan permintaan suaminya itu.

Berita penemuan Danial heboh diperkatakan. Ibu dan ayah Danial membawa Danial berjumpa pakar mata dan akhirnya Danial menjalani pembedahan mata dengan mendapat derma organ mata.

Setelah matanya kembali normal . Danial terkejut apabila terlihat kearah Maya yang tidak secantik seperti citarasanya. June tiba dihospital dan terus berpelukkan dengan Danial. Maya sedih.

Danial kembali kepada sifat lamanya semula. Dia mengabaikan Maya yang kini sarat mengandung itu. Dia berfoya foya dan bermain cinta dengan June tanpa segan silu dihadapan maya. Kecewa dengan sikap Danial. Maya lari dan pulang kekampungnya. Danial tidak memperdulikan kehilangan Maya.

Pada suatu malam Danial tiba tiba bermimpi . dia terlihat dirinya dilanggar oleh satu kereta yang cahayanya bersinar menyilaukan mata Danial. dan akhirnya Danial dapat melihat bahawa yang melanggarnya adalah June.

Danial terus menemui June dan melaporkan hal itu ke pihak polis.
June akhirnya tertangkap. Danial kini sedar bahawa dia bersalah terhadap Maya. Dia pulang ke kampung dan diikuti oleh ibubapa yang menghalang niatnya itu. Danial berlari kerumah dan terkejut mendengar tangisan bayi di rumah itu. Tok Batin mengambil bayi yang baru dilahirkan dan diserahkan kepada Danial dan menyatakan bahawa itu adalah anaknya. Bila Danial bertanya tentang Maya, Tok Batin menyatakan bahawa Maya telah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka. Danial terkejut dan menyesal dengan perbuatannya. dia berlari kehutan dnamun tiba tiba kakinya tersadung kayu dan terjatuh dan matanya terkena dahan pokok. Akhirnya Danial kembali menjadi buta. Danial menjerit sekuat hatinya.