Monday, May 3, 2010

ZAHARUL VS ZARINA 1



Skrip ke 18

Tajuk: ZAHARUL VS ZARINA 1
Skrip: Martias Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Faizal Yusof, Ani Mayuni & dll
Siaran: Telah keudara di ASTRO RIA (2008)

Drama telemovie "ZAHARUL VS ZARINA" bahagian 1 adalah hasil skrip Martias Mohd Ali dan saya membantu sama dalam proses penghasilan skrip itu.

Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "ZAHARUL VS ZARINA 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali.

SINOPSIS
======

Zaharul bencinta dengan Rina seorang setiausaha kepada seorang Dato yang merupakan seorang usahawan yang amat berjaya namun terkenal dengan sikap gatalnya. Rina menerima banyak hadiah hadiah mahal dr Dato sehingga membuatkan Zaharul curiga akan kesetiaan Rina. melihatkan Zaharul yang terlalu stress itu membuatkan Opie teman serumah yang juga merupakan seorang make up artis memberikan satu idea kepada Zaharul untuk menguji kesetiaan kekasihnya itu. Zaharul pada mulanya menolak namun bersetuju akhirnya untuk menyamar menjadi seorang perempuan dan bekerja di syarikat Rina untuk mengitip kegiatan Rina dengan Dato itu. Kini Zaharul bertukar kepada Zarina.

Pelbagai adengan lucu yang memerlukan Zaharul dan Zarina berada di satu tempat yang sama. Dato akhirnya melupakan niatnya untuk mengorat Rina kerana kini dia tertarik kepada "Zarina". Dato ini dalam misi untuk mendapatkan Zarina.

Akhirnya semua rahsia terbongkar apabila Rina menemui barangan wanita di bilik Zaharul. Rina mahu memutuskan hubungan mereka kerana menyangka bahawa Zaharul telah mempunyai wanita lain selainnya. Ini membuatkan Zaharul terpaksa mengaku bahawa dia sebenarnya adalah Zarina.

Akhirnya setelah berbincang mereka bersatu semula dan Dato akhirnya insaf untuk tidak menganggu man mana lagi pekerja wanita kerana takut terkena seperti yang telah dilakukan oleh Zaharul/Zarina itu..

Thursday, April 29, 2010

VCD "KERANAMU IBU"


Skrip ke 17 (2004)

Tajuk :"KERANAMU IBU"
Skrip : Adza Irdawati & Martias Ali
Terbitan: Mariana Hashim Production Sdn. Bhd.
Lakonan: Wan Maimunah, Daeng Faiz, Vanida Imran, Hamdan Aku Kaya,Azzman Jantan, M Rajoli, Kamaliah Md Dom, Maak Jah, Zain Yahya

Sinopsis
--------

Alif, 11 tahun seorang kanak-kanak cacat yang tinggal dalam keadaan yang amat miskin bersama neneknya yang buta di kampung. Disebabkan terlalu merindukan kasih sayang ibu, Alif mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya yang kini telahpun berkahwin dan hidup dalam keadaan serba kemewahan. Dalam perjalanan mencari ibunya seorang diri di bandar Kuala Lumpur sesuatu telah berlaku kepada Alif, sementara itu nenek Timah yang di tinggalkan seorangan di kampung amat kesunyian dan asyik bertitisan air mata juga mengalami malang apabila cedera parah ditimpa air panas. Dapatkah nenek Timah diselamatkan? Sempatkah Alif menatap wajah ibunya?

Lagu nyanyian Allahyarham Achik SPin "ENGKAULAH IBU" telah dijadikan lagu tema untuk VCD KERANA MU ini..http://www.fmc.com.my/telemovie/keranamu_ibu.html



Monday, April 26, 2010

QUDUT DAN QATIK


Skrip ke 15

VCD "QUDUT DAN QATIK" (2005)

Skrip : Adza Irdawati Adenan
Pengarah:Saiful Apek & Opie Zami
Pelakon:Saiful Apek,Opie Zami, Syanie, Kuman KU2, Ayin, Shake, Badrul, Carl dan Damak
Syarikat penerbitan: Gitu-Gitu Production Sdn Bhd & Nizarman (M) Sdn Bhd

Skrip "QUDUT DAN QATIK" adalah skrip saya yang kelima belas dan telah dijadikan VCD dan telah diedarkan pada tahun 2005 oleh syarikat NIZARMAN. "QUDUT DAN QATIK" adalah gabungan idea saya bersama Saiful Apek semasa saya menjadi team writer di GITU GITU PRODUCTION.

SINOPSIS
------------

Kisah 2 orang budak kampung bernama Qudut dan Qatik yang berpeluang menjejakkan kaki di negara orang. Secara tidak sengaja, sesampai sahaja di sana ketika mereka sedang membuat panggilan ke kampung, Qudut dan Qatik telah menerima satu panggilan misteri melalui sebuah telefon yang ditinggalkan dalam sebuah tong sampah. Panggilan tersebut meminta mereka membuat satu kerja yang mereka tidak begitu faham kerana pemanggilnya bercakap dalam bahasa Inggeris. Tanpa mereka sedari, dan secara tidak sengaja mereka telah menuruti segala arahan yang diberikan oleh pemanggil tersebut. Qudut dan Qatik tidak tahu bahawa mereka sedang terlibat dalam sebuah kes jenayah yang melibatkan penculikan seorang anak orang kaya. Penerima panggilan tersebut sepatutnya menyelesaikan kes tersebut dan mendapat upah yang lumayan dari orang kaya tersebut. Oleh kerana Qudut dan Qatik yang menjawab panggilan tersebut, maka mereka kini perlu menyelamatkan anak orang kaya tersebut dan semuanya berlaku tanpa dirancang...

Thursday, April 22, 2010

5 JAM SEBELUM SYAWAL



Skrip ke 14

Drama : 5 JAM SEBELUM SYAWAL
Penulis Skrip : Martias Mohd Ali & Adza Irdawati
Genre: Aksi dan suspen
Siaran: telah keudara pd 2005

Skrip telemovie 5 JAM SEBELUM SYAWAL adalah hasil skrip Martias dan ditulis bersama saya dan ia merupakan skrip ke 13 yang pernah saya tulis bersama suami saya itu.

5 JAM SEBELUM SYAWAL tidak seperti drama raya yang selalu keudara di kaca TV anda. Telemovie ini bergenrekan aksi dan suspens. Ia mengisahkan sebuah keluarga yang sedang bersiap untuk menyambut raya dan akhirnya mengetahui bahawa anak bongsu mereka telah diculik. Keluarga itu telah diberi masa sehingga pukul 12 tengah malam untuk membayar tebusan dan menyelamatkan anak mereka itu. Jika tidak anak mereka itu akan dibunuh. Kini mereka sekeluarga gelisah kerana hanya tinggal 5 jam sahaja lagi untuk masa berganjak ke pukul 12 dan juga bermakna 5 jam lagi Syawal bakal menjelma.

Tuesday, April 20, 2010

Drama Kemerdekaan Merdeka Ajis Merdeka Ajit



Skrip ke 12

Drama :Merdeka Ajid Merdeka Ajis (15 Ogos 2008)
Penulis Skrip : Martias Mohd Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Nasrizal Ngasri, Azizah Mahzan, Abu Bakar Omar, M Rajoli, Emelda Rosmila, Zamarul Hisham
Siaran: telah keudara di RTM pd 15 Ogos 2008

Skrip drama Merdeka Ajid Merdeka Ajis adalah hasil skrip Martias dan ditulis bersama saya dan ia merupakan skrip ke 12 yang pernah saya tulis bersama suami saya itu.

SINOPSIS
------------

Hajah Rosnah menyuruh anaknya Ajit ke bandar untuk melihat dan sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan. Pada Ajit, hari kemerdekaan tidak membawa apa-apa makna bagi dirinya. Dia lebih suka berfoya-foya dan berlumba haram dengan rakan-rakannya. Semasa berlumba Ajit dan rakannya telah dikejar polis. Dia ditimpa kemalangan dan jatuh pengsan. Setelah sedar dia mendapati dirinya berada di alam lain. Dia yang masih merasa bingung dengan keadaan sekelilingnya tiba-tiba mendapati orang kampung mengejarnya kerana mengendap Gayah anak Pak Itam.

Di alam ini juga namanya bertukar menjadi Ajis anak Pak Samad. Pak Samad malu kerana orang kampung menangkap Ajis semasa menghendap anak Pak Itam. Ajis kemudiannya bersubahat dengan Mahmood untuk mengagalkan rancangan orang kampung meraikan hari Merdeka. Mereka diupah Tuan Wilson untuk menghasut masyarakat kampung agar sentiasa tunduk dengan orang Inggeris.

Dalam pada itu Ajis yang bertukar menjadi Ajit hairan dengan keadaan di sekelilingnya. Hajah Rosnah dan tunang Ajit Siti cuba mengembalikan ingatan Ajit dengan membawanya bersiar-siar. Siti menerangkan keadaan Malaysia setelah 46 tahun merdeka. Ajis yang bertukar menjadi Ajit kagum dengan pencapaian negaranya setelah merdeka. Perasaan Ajit berubah dan semangatnya untuk merdeka daripada Inggeris semakin membuak-buak.

akhirnya Ajis dan Ajid sama sama menyedari akan kepentingan sebuah KEMERDEKAAN. Dan mereka akhirnya kembal ke zaman masing masing dan terus memperjuangkan kemerdekaan.