Showing posts with label merdeka ajit. Show all posts
Showing posts with label merdeka ajit. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Drama Kemerdekaan Merdeka Ajis Merdeka Ajit



Skrip ke 12

Drama :Merdeka Ajid Merdeka Ajis (15 Ogos 2008)
Penulis Skrip : Martias Mohd Ali & Adza Irdawati
Pelakon: Nasrizal Ngasri, Azizah Mahzan, Abu Bakar Omar, M Rajoli, Emelda Rosmila, Zamarul Hisham
Siaran: telah keudara di RTM pd 15 Ogos 2008

Skrip drama Merdeka Ajid Merdeka Ajis adalah hasil skrip Martias dan ditulis bersama saya dan ia merupakan skrip ke 12 yang pernah saya tulis bersama suami saya itu.

SINOPSIS
------------

Hajah Rosnah menyuruh anaknya Ajit ke bandar untuk melihat dan sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan. Pada Ajit, hari kemerdekaan tidak membawa apa-apa makna bagi dirinya. Dia lebih suka berfoya-foya dan berlumba haram dengan rakan-rakannya. Semasa berlumba Ajit dan rakannya telah dikejar polis. Dia ditimpa kemalangan dan jatuh pengsan. Setelah sedar dia mendapati dirinya berada di alam lain. Dia yang masih merasa bingung dengan keadaan sekelilingnya tiba-tiba mendapati orang kampung mengejarnya kerana mengendap Gayah anak Pak Itam.

Di alam ini juga namanya bertukar menjadi Ajis anak Pak Samad. Pak Samad malu kerana orang kampung menangkap Ajis semasa menghendap anak Pak Itam. Ajis kemudiannya bersubahat dengan Mahmood untuk mengagalkan rancangan orang kampung meraikan hari Merdeka. Mereka diupah Tuan Wilson untuk menghasut masyarakat kampung agar sentiasa tunduk dengan orang Inggeris.

Dalam pada itu Ajis yang bertukar menjadi Ajit hairan dengan keadaan di sekelilingnya. Hajah Rosnah dan tunang Ajit Siti cuba mengembalikan ingatan Ajit dengan membawanya bersiar-siar. Siti menerangkan keadaan Malaysia setelah 46 tahun merdeka. Ajis yang bertukar menjadi Ajit kagum dengan pencapaian negaranya setelah merdeka. Perasaan Ajit berubah dan semangatnya untuk merdeka daripada Inggeris semakin membuak-buak.

akhirnya Ajis dan Ajid sama sama menyedari akan kepentingan sebuah KEMERDEKAAN. Dan mereka akhirnya kembal ke zaman masing masing dan terus memperjuangkan kemerdekaan.