Wednesday, September 28, 2011

LIBAS THE MOVIE

 

... ...Akhirnya masa yang ditunggu tunggu telah tiba.. hari ini 29hb September filem LIBAS akan mula MELIBAS di seluruh panggung di tanah air.. Tak sangka betul saya cerita yang dah lama disimpan akhirnya dapat juga direalisasikan dan ditayangkan di layar perak. 

Teringat lagi pada 9 tahun yang lalu 2002 En Jurey Rosli dan suami saya Martias Ali telah mula berbincang untuk membuat sebuah filem bersama dimana En Jurey akan bertindak sebagai Penerbit dan pengarah dan suami saya akan menjadi penulis skripnya. Masa yang lama diamabil oleh mereka untuk develope sebuah jalan cerita yang kuat dan akhirnya nama LIBAS diberikan untuk projek pertama mereka itu.

Draf pertama skrip filem LIBAS mula ditulis pada tahun 2004 oleh Martias Mohd Ali dan saya sendiri. Ceritanya mengenai permainan takraw dan perlawanan antara kampung kampung. 

Namun  skrip ini telah diolah kembali sepenuhnya oleh Martias Ali pada tahun 2008 dan menjadikan ia lebih hip, moden dan urban bagi mengikut trend dan peredaran zaman seperti yang diminta oleh pihak penerbit iaitu MDAG Sdn Bhd. Martias telah berkali kali mengolah cerita itu sehingga 5 hingga 6 draf sehingga dipersetujui oleh pihak penerbit dan lahirlah skrip filem LIBAS....



Walaupun nama saya tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun saya  berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script"... dan semua nama watak dalam filem itu saya yang berikan hehe..

Akhir kata.. saya nak ucapkan tahniah kepada penerbit, pengarah, krew krew, semua pelakon,   semua yang terlibat dengan pembikinan filem ni dari yang besar hingga ke pembuat air TAHNIAH!!!!! great job guys!! Dan kepada suamiku Martias Ali.. so proud of you sayang... Harap dapat buat skrip filem terbaru bersama sama nanti..

So apa tunggu lagi jom LIBAS!!!!!!!!!!


Saturday, April 9, 2011

Drama AKU DIA DAN DIA


Skrip ke 61

Tajuk Drama: AKU DIA DAN DIA
Penerbit: Shaharuddin Thamby
Pengarah: Ismail Yaacob
Penulis Skrip:Martias Ali & Adza Irdawati Adenan
Pelakon: ue Aziz, Iqram Dinzly, Memey, Syed Ali,Chap A-Z. dll
Terbitan: Ardwerk Production Sdn Bhd


" Aku Dia & Dia "
Jumaat 8/4/2011 , Jam 10.00 Mlm - Rtm 2 !
Joy , nama penuh Johari ... U ? ... Hei ! apa barang nak tahu nama orang? Ok panggil aku Lia aje, Liasara .. Apa crite ? .. Kasarnya jantan ke perempuan ???
(sedutan dialog dalam Aku Dia & Dia)

Drama AKU DIA DAN DIA adalah hasil skrip tulisan saya dan suami Martias Mohd ALi. Namun nama saya tak dimasukkan ke dalam kredit title dalam drama tu. Tapi tak kisah itu semua dah perkara biasa bagi saya.. Small the matter hehe.. Drama ni dah ditayangkan di RTM2 pada 8hb April 2011 pukul 10 malam.


Tuesday, February 1, 2011

TUAH TERTIPU

Skrip ke 60

Tajuk Drama: TUAH TERTIPU
Penerbit: Jurey Rosli
Penulis Skrip: Adza Irdawati Adenan


Job pertama untuk tahun 2011 saya adalah sebuah telemovie berjudul TUAH TERTIPU yang akan memulakan perggambaran isnin depan. Skrip drama ni dah lama siap. cuma sekarang nak kena repair sikit. Al maklumlah, TUAH TERTIPU ni planing dulunya nak dijadikan filem bersama Saiful Apek namun tak jadi. So kena kasi repair bagi sesuai untuk sebuah telemovie.

Drama ini akan diproducekan oleh WORLD EVOLUTION BRAIN SDN BHD (WEB) dan akan diarahkan oleh En Jurey Rosli. Doa doakanlah semoga penggambaran drama ni berjalan lancar... =)

Tuesday, January 11, 2011

ALONG GEDEBE


Skrip ke 59

Tajuk Drama: ALONG GEDEBE
PRODUKSI: A Aida Production Sdn Bhd
PRODUSER: A Aida
PEMBANTU PRODUSER: Zed Zaidi
TARIKH SIARAN:11,15 Januari 2011
SIARAN: Astro Warna
PENGARAH: Abd Latif Ismail
SKRIP: Adza Irdawati Adenan
IDEA ASAL: saiful apek & martias ali

SINOPSIS

Along seperti tak keruan ketika berjalan di sebuah laluan premis bangunan. Dia ditimpa masalah kerana kereta ditarik syarikat kewangan gara-gara gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan. Malah, tiga adik kesayangan, Angah (Yus Raja Lawak), Alang (Wan Zalif Naquiyudin) dan Achu (Nazatul Shima) meninggalkan rumah tanpa pengetahuannya mencari ayah mereka.
Sambil bercakap dalam diri sendiri, dia hanya memikirkan nasib tiga adik kesayangan meninggalkannya kerana menyangka dia marah kepada mereka kerana banyak kerenah dan kuat makan hingga menyusahkannya. Dengan kekusutan fikiran mencari jalan mengatasi masalah, Along disapa Aida (Wan Sharmila) kebetulan sedang memandu, memujuk untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Pada mulanya Along jual mahal, tetapi akhirnya menerima pelawaan menaiki kereta. Aida, jurusolek syarikat produksi tempatnya bekerja memang sudah lama menaruh hati terhadap Along. Sewaktu dalam kereta, Zed menceritakan masalahnya menyebabkan Aida bersimpati. Dia meminati Along, tetapi hanya bertepuk sebelah tangan. Disebabkan kedaifan, Along menganggap tiga adiknya dan cita-cita menjadi produser berjaya lebih penting daripada memikirkan lamunan cinta. Itu antara babak terakhir bagi Along dan Aida telefilem Along Gedebe di sekitar Hulu Klang. Along Gedebe telefilem komedi menceritakan pengorbanan abang terhadap tiga adiknya. Kata Abd Latif ketika ditemui Rap, telefilem mengisahkan rasa sayang dan tanggungjawab tinggi anak sulung sebagai ketua keluarga menjaga tiga adiknya berbadan besar berikutan ketiadaan ibu dan bapa yang berpisah sejak kecil. "Achu, paling bongsu, 17, bertubuh besar seperti Syanie. Angah pula seperti Bob Kuman. Alang bertubuh besar, bersifat romeo dan senang cair pada kejelitaan perempuan hingga selalu dipermainkan

"Along kurus seperti tak cukup makan. Bagaimanapun, didikan sejak kecil supaya menghormati Along menjadikan mereka semua takut dan hormat pada Along. Along berjanji kepada arwah ibu menjaga adik-adiknya dan hidup bersama walau di mana mereka berada.
"Dia berkorban walaupun tidak bersekolah tinggi. Along bekerja pengurus produksi bebas. Kalau ada masa lapang, Along ke pasar seni menjadi pemuzik jalanan menampung keperluan harian tiga adiknya memerlukan makanan melebihi paras normal manusia biasa.

"Pada masa sama, Angah, Alang dan Achu tersilap langkah apabila memandu van ditinggalkan seketika oleh penculik. Tanpa disedari, ada seorang kanak-kanak dalam van dijadikan tebusan sekumpulan penjenayah.
"Babak lain memaparkan ketua penculik (Redzuan Hashim) memarahi konco-konconya kerana tebusan lesap. Mereka membuat misi mencari tiga budak gemuk melarikan tebusan.

"Ada juga babak tembak dan mencemaskan. Secara keseluruhan, saya berpuashati Along Gedebe tidak memerlukan terlalu banyak aspek teknikal, lagipun penggambaran spontan banyak dilakukan 'outdoor' yang memudahkan gambar jelas dirakam dalam masa yang ekonomikal. Nasib baik hujan turun selepas penggambaran selesai," katanya.

Latif berpengalaman mengarahkan pelbagai drama dan telemovie untuk siaran RTM sejak lebih 20 tahun lalu, berkata, cerita Along Gedebe berkisar mengenai kasih sayang, kekecewaan, patah hati, tamak, kerinduan terhadap ibu-bapa dan pelbagai lagi.

"Jalan cerita mendapat pandangan panel skrip Astro, Mathias Mohd Ali. Apa lebih menarik, ada dialog dalam telefilem ini menggunakan loghat Kelantan memandangkan tajuk cerita pun mengenai Gedebe iaitu 'samseng'. "Ada unsur komedi mencuit hati antaranya telatah penculik yang cuba menangkap tiga beradik terbabit. Saya harap penonton terhibur apabila ia bersiaran pada Januari 2011 di Astro Warna,


ALONG GEDEBE - part 1


ALONG GEDEBE - part 2

ALONG GEDEBE - part 3

ALONG GEDEBE - part 4

ALONG GEDEBE - part 5


ALONG GEDEBE - part 6

ALONG GEDEBE - part 7

Wednesday, December 22, 2010

Drama Bersiri "SONGKOK"


Skrip ke 58

Tajuk Drama: SONGKOK
Durasi: 13 episod
Pengarah: Jurey Rosli
Penulis Skrip:Martias Ali, MF Kencana, Adza Nasyaemie & Adza Irdawati Adenan
Pelakon:Mubarak Majid, Zieg Koo, Collan Koo, Yus Waizar, Hasnol, Mandi Chong dll
Terbitan: World Evolution Brain Sdn Bhd

“SONGKOK” mengisahkan tentang kehidupan Mustafa yang merupakan seorang pembuat songkok tradisional . Namun tiada seorangpun dari zuriatnya yang mahu diperturunkan bakatnya itu. Arus pemodenan dan cara pemikiran anak anaknya yang kaya dengan IT membuatkan mereka alpa dan lupa bahawa jasa songkoklah yang membesarkan dan memberi mereka pelajaran hinggalah dapat mengenal dunia yang serba canggih yang menjadi teras hidup mereka kini. Namun Mustafa tidak berdendam malah jauh sekali berkecil hati dengan sikap anak anaknya itu. Cuma rasa terkilan tetap ada.

Chong Lee rakan sedari zaman mudanya amat memahami perasaan temannya itu. Dia tahu bertapa bermaknanya songkok pada Mustafa. Dia juga tahu bertapa kerana songkok buatan tangan Mustafa itu juga telah menyelamatkan nyawanya suatu masa dahulu.
Gerai songkok Mustafa lengang, sepi, sesepi surau dikampung yang diduduki Mustafa dan isterinya Ziaton itu. Hanya segelintir golongan tua yang memenuhi jemaah disurau itu. Dan kebanyakan warga belia seperti anak anak Mustafa, Daris dan Iwan yang telah berhijrah kebandar bagi mengejar kehidupan yang lebih menjamin masa hadapan mereka atau sebenarnya mengejar materialistik dan kebendaan. Kini yang tinggal bersama Mustafa dan Ziaton hanyalah anak tunggal perempuan mereka iaitu Zara. Zara yang sedang belajar ditingkatan lima juga turut berikrar untuk menjejak langkah seperti abang abangnya untuk meninggalkan kampung dan mahu bergelar warga kota . Dia agak malu dengan karenah ayahnya yang sering bercakap dan menceritakan kisah kisah merdeka kepada setiap orang yang ditemuinya. Ini kerana dibelakang Mustafa ramai yang mencemuhnya. Kerana mereka yang mendengar kisah merdeka dari Mustafa tidak dapat menghubung kaitkan antara merdeka dan seorang pembuat songkok seperti Mustafa.

Tanpa diduga anak Chong Lee, Chong Wu atau lebih senang dipanggil Wu seakan jatuh cinta dengan seni membuat songkok yang halus lagi teliti oleh mustafa itu. Setelah berkali kali Chong Lee memujuk teman rapatnya agar menerima Wu sebagai anak muridnya akhirnya Mustafa bersetuju. Maka bermulalah hidup Wu sebagai pembuat songkok. Ramai teman Wu mencemuh Wu kerana berjinak dalam bidang yang jauh tersasar dari budaya dan kepercayaan mereka itu. Namun Wu tidak memperdulikan kata kata hinaan mereka itu. Jauh disidut hatinya, Wu sedar bertapa dia dan terutama sekali bapanya terhutang nyawa pada Mustafa dan songkoknya itu.

Pada satu malam tanpa diduga, Daris dan Iwan pulang kerumah Mustafa. Tujuan mereka Cuma satu, iaitu untuk membawa Mustafa, Ziaton dan Zara tinggal bersama mereka dibandar. Daris dan Iwan menyatakan mereka mahu membalas budi ayah mereka dan mahu ibubapa serta adik kesayangan mereka mengecapi kemewahan yang dinikmati mereka di ibukota itu. Namun niat murni mereka itu tidak dipersetujui oleh Mustafa. Kerana berpindah keibukota bermakna tamatlah kerjanya sebagai pembuat songkok di gerainya itu. Marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa yang lebih mengutamakan songkok dan gerainya lebih daripada anak anaknya, membuatkan Daris dan Iwan keluar dari rumah . Ziaton dan Zara cuba memujuk Mustafa namun usaha mereka sia sia. Mustafa bertegas bahawa membuat songkok adalah hidupnya. Dan dia tidak sekali kali akan meninggalkan apa yang telah sebati dengan hidupnya selama ini.
Daris dan Iwan berjalan tanpa arah tuju di kawasan kampung mereka itu. Akhirnya mereka bertemu dengan Chong Lee di satu simpang. Lalu Chong Lee menjemput Daris dan Iwan kerumahnya.

Sementara itu, di hadapan rumah Mustafa kedengaran riuh rendah suara anak anak muda yang menghabiskan waktu mereka dengan gejala rempit. Mustafa kesal melihat sikap anak anak muda dikampungnya itu. Oleh kerana tidak tahan dengan bunyi deruman enjin enjin motor mereka yang saban malam menjadikan jalan diahadapan rumah Mustafa sebagai tapak permulaan lumba haram mereka, maka Mustafa nekad dan terus berhadapan dengan mereka. Mustafa menyedarkan mereka bahawa negara memerlukan tenaga belia seperti mereka untuk mencapai kegemilangan dan kedaulatan negara pada masa hadapan. Mustafa juga nekad akan memberitahu akan aktiviti yang mereka jalankan saban malam kepada ibubapa mereka masing masing sekiranya masih mahu meneruskan kerja sia sia mereka itu. Ini membuatkan mereka marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Mustafa itu.

Di rumah Chong Lee, Daris dan Iwan meluahkan perasaan mereka kepada Chong Lee . Mereka tidak faham kenapa ayah mereka lebih mengutamakan songkok dari segalanya. Akhirnya Chong Lee menceritakan segala galanya kepada Daris dan Iwan.

Chong Lee menceritakan bahawa suatu masa dahulu dia adalah seorang komunis . Dan dia melarikan diri dari militant itu kerana tidak setuju dengan fahaman songsang mereka. Chong Lee menjadi orang buruan dan dikehendaki dibunuh oleh ketua komunis kerana telah dianggap pengkhianat. Chong Lee akhirnya ditemui lalu ditembak oleh bekas pasukan komunisnya. Dengan luka yang parah, Chong Lee menggagahi dirinya untuk melarikan diri dengan masuk kedalam sebuah surau. Dan disitulah merupakan saat pertama Chong Lee dan Mustafa bertemu. Tanpa mengira fahaman, bangsa mahupun agama, Mustafa menyelamatkan Chong Lee dari dibunuh oleh komunis yang mulai mencarinya didalam surau itu dengan memakaikannya songkok miliknya kepada Chong Lee. Dengan penyamaran itu akhirnya dapat mengaburi mata komunis dan mereka akhirnya berlalu dari situ. Chong Lee terhutang budi dan nyawa kepada Mustafa. Dan pertolongan Mustafa tidak terhenti disitu sahaja. Takut keluarganya mendapat bahaya, akhirnya Mustafa mengambil keputusan untuk merawat luka Cong Lee di gerai songkoknya dan bukan dirumahnya. Maka bermula dari situ satu ikatan persahabatan mula bersemi di kedai songkok itu.

Dan di satu kejadian lain pula, Chong Lee menceritakan kepada Daris dan Iwan bagaimana Mustafa meminta derma kepada seluruh penduduk kampung bagi menjayakan perjalanan Tuanku Abdul Rahman untuk ke London bagi menuntut kemerdekaan. Chong Lee juga turut sama dalam membantu rakan karibnya itu. Akhirnya Mustafa dan Chong Lee dapat mengumpul sejumlah wang dan oleh kerana bag yang diisi wang koyak maka Mustafa memasukkan semua wang yang dikumpulnya bersama Chong Lee kedalam songkok yang pernah digunakannya untuk menyelamatkan nyawa Chong Lee dahulu. Mustafa menyerahkan songkok berisi wang itu kepada salah seorang orang kanan kepada Tuanku Abdul Rahman.

Tanpa disangka, gambar Tuanku Abdul Rahman yang terpampang di muka hadapan surat khabar itu sedang mengenakan songkok milik Mustafa yang diserahkan olehnya kepada orang kanan Tuanku suatu masa dahulu. Tambah mengejutkan Mustafa apabila dia menerima surat dari Tuanku Abdul Rahman. Namun surat itu tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapapun oleh Mustafa termasuk Chong Lee mahupun seluruh keluarga Mustafa hingga kini.

Mendengar kisah kisah kehebatan ayah mereka bersama songkoknya membuatkan Daris dan Iwan sedar bertapa bermaknanya songkok dalam hidup ayah mereka. Daris dan Iwan mulai insaf.
Kumpulan mat rempit akhirnya menunjukkan rasa protes mereka pada Mustafa dengan cara membakar kedai songkok milik Mustafa. Akhirnya berita kebakaran itu tiba juga ditelinga Mustafa. Dengan cemas Mustafa tiba dikedainya yang hampir separuh dijilat api. Mustafa sedih melihat bencana yang menimpa kedainya itu. Namun seraya teringatkan sesuatu yang berharga yang berada dalam kedainya itu, Mustafa tanpa berfikir panjang terus merempuh masuk kedalam kedai itu. Wu yang melihat keadaan itu terus cuba menyelamatkan Mustafa lalu turut sama masuk kedalam kedai yang semakin dijilat api itu.
Chong Lee, Daris, Iwan, Ziaton, Zara dan orang kampung tiba kemudian ditempat kejadian dan masing masing cuba membantu. Namun sudah terlambat apabila mereka terlihat Wu membawa keluar sekujur tubuh yang tidak bernyawa lagi iaitu mayat Mustafa yang kelihatan sedang memeluk songkok yang hampir terbakar hangus ditangannya. Daris , Iwan , Ziaton, Zara, Chong Lee meratapi kematian Mustafa itu. Wu menyatakan bahawa Mustafa mahu menyelamatkan songkok kesayangannya dari terbakar namun akhirnya telah mengakibatkan dirinya yang terkorban.

Setelah selesai upacara pengkebumian Mustafa kesemua yang hadir semakin beransur pulang dan hanya meninggalkan anak anak dan isteri Mustafa di sisi kubur Mustafa itu. Daris menangis sambil memeluk songkok yang cuba diselamatkan oleh arwah ayahnya itu. Namun tiba tiba sepucuk surat jatuh dari dalam songkok itu. Kesemua mereka hairan. Daris membuka perlahan surat itu lalu membacanya. Dia terkejut apabila mendapati surat itu datangnya dari Tuanku Abdul Rahman yang menyatakan terima kasih kepada Mustafa kerana bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Mustafa. Dan beliau menyatakan bahawa beliau berbangga bahawa seorang pembuat songkok seperti Mustafa sanggup berjuang bersamanya memerdekakan tanah melayu dari terus dijajah.
... ...