Tajuk: MENCARI DATIN
Durasi : 60 minit
PRODUKSI: PENTAS WAYANG SDN BHD
PRODUSER: TS JEFREY
Idea Asal : MARTIAS ALI
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
SIARAN : TV9 (mungkin akan ditayangkan pada hujung feb 2014 nnt)
SINOPSIS QORIN
Razak awal 50an,
seorang ahli peniagaan yang berjaya. Mempunyai
dua orang isteri iaitu Saleha (40an) isteri tua dan Maria (awal 30an). Perkara
yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat
menghormati dan memahami dunia bermadu.
Razak mempunya seorang anak perempuan bernama Junaidah berusia dalam 20 an hasil
perkahwinannya dengan Saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil
perkahwinan dengan isteri kedua.
Razak begitu taat pada
jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri
pertama dan kedua. Segalanya begitu sempurna bagi Razak.
Namun segalanya mula
berubah bila mana Razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi
mendapatkan status Dato’ dari sebuah istana
negeri. Razak merasakan itu merupakan
satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profile syarikat yang di
milikinya itu. Berita itu kemudian sampai ke pengetahuan Saleha dan Maria.
Saleha terus merasakan
bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar Datin.
Saleha mulai berubah dari segi pakaian, perwatakan serta
percakapannya. Junaidah menjadi
mastermind untuk groom ibunya sebagai persediaan untuk menjadi seorang
Datin.
Perbuatan Saleha itu
menyebabkan Maria mulai merasa meyampah pada madunya itu. Saleha merasa yang
dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Perbuatan Saleha
menyebabkan Maria mulai tertekan.
Wani (20an) adik kepada Maria mulai menghasut
Maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin. Wani menyuruh Maria memujuk Razak untuk menceraikan
isteri tuanya. Persengketaan antara Maria dan Saleha akhirnya tercetus.
Masing-masing mencari jalan supaya Razak
declare siapa yang harus mendapat title Datin.
Kini keharmonian
kehidupan bermadu Razak mulai bergoncang.
Razak tahu bahawa Saleha yang layak mendapat pangkat datin kerana ia
adalah isteri yang pertama. Namun Razak juga amat menyayangi Maria.
Saleha mulai
berjinak-jinak dengan group datin yang sering ke sebuah kelab Pocho-Pocho. Saleha mengaku yang dia adalah Datin
Saleha. Tanpa dia sedari ada seorang
yang menyamar menjadi Datin yang cuba
mengambil kesempatan untuk menipu datin-datin di kelab itu. Salehater pengarauh
dan melabur dalam satu projek dengan dangan jumlah wang yang banyak.
Maria pula semakin
gilakan glamor. Dia seriang menawarkan diri untuk menjadi peanung di beberapa
acara amal. Maria menjadi semakin sibuk.Razak semakin kusut
dengan perangai kedua-dua isterinya. Lantas dia banyak menghabiskan masa dengan
Qasih, setiausaha di pejabatnya. Satu hari Saleha di
jemput ke satu majlis amal di mana Maria menjadi penaung. Saleha mulai memecah tembelang dengan
menatakan bahawa Maria bukan datin. Pergaduhan dan tarik rambut berlaku di
hadapan pihak media. Suasana menjadi kecoh.
Keesokan harinya
kedua-dua mereka berada di dalam penjara kerana membuat kacau. Razak datang untuk menjamin mereka berdua.
Razak kemudian memberi tahu bahawa dia tidak terpilih untuk mendapat gelaran
Dato dankerana kesibukan mereka berdua mengejar title Datin, Razak telah
mengahwini Qasih sebagai isteri ketiganya.
Setahun kemudian Razak
mendapat gelaran Datuk bila mana Junaidah melahirkan cucu mereka yang pertama.
1 comment:
menarik
Post a Comment