Wednesday, January 15, 2014

DRAMA MENCARI DATIN


Skrip Ke 70

Tajuk: MENCARI DATIN

Durasi : 60 minit
PRODUKSI: PENTAS WAYANG SDN BHD
PRODUSER: TS JEFREY
Idea Asal : MARTIAS ALI
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
SIARAN : TV9 (mungkin akan ditayangkan pada hujung feb 2014 nnt)

SINOPSIS QORIN

Razak awal 50an, seorang ahli peniagaan yang berjaya. Mempunyai dua orang isteri iaitu Saleha (40an) isteri tua dan Maria (awal 30an). Perkara yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat menghormati dan memahami dunia bermadu.  Razak mempunya seorang anak perempuan  bernama Junaidah berusia dalam 20 an hasil perkahwinannya dengan Saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua. 

Razak begitu taat pada jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri pertama dan kedua. Segalanya begitu sempurna bagi Razak.
Namun segalanya mula berubah bila mana Razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi mendapatkan status Dato’  dari sebuah istana negeri.  Razak merasakan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profile syarikat yang di milikinya itu. Berita itu kemudian sampai ke pengetahuan Saleha dan Maria.

Saleha terus merasakan bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar Datin.  Saleha mulai berubah dari segi pakaian, perwatakan serta percakapannya.  Junaidah menjadi mastermind untuk groom ibunya sebagai persediaan untuk menjadi seorang Datin. 

Perbuatan Saleha itu menyebabkan Maria mulai merasa meyampah pada madunya itu. Saleha merasa yang dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Perbuatan Saleha menyebabkan Maria mulai tertekan.
Wani  (20an) adik kepada Maria mulai menghasut Maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin.  Wani menyuruh Maria memujuk Razak untuk menceraikan isteri tuanya. Persengketaan antara Maria dan Saleha akhirnya tercetus. Masing-masing mencari jalan  supaya Razak declare siapa yang harus mendapat title Datin.

Kini keharmonian kehidupan bermadu Razak mulai bergoncang.  Razak tahu bahawa Saleha yang layak mendapat pangkat datin kerana ia adalah isteri yang pertama. Namun Razak juga amat menyayangi Maria.

Saleha mulai berjinak-jinak dengan group datin yang sering ke sebuah kelab Pocho-Pocho.  Saleha mengaku yang dia adalah Datin Saleha.  Tanpa dia sedari ada seorang yang menyamar menjadi  Datin yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu datin-datin di kelab itu. Salehater pengarauh dan melabur dalam satu projek dengan dangan jumlah wang yang banyak.

Maria pula semakin gilakan glamor. Dia seriang menawarkan diri untuk menjadi peanung di beberapa acara amal.  Maria menjadi semakin sibuk.Razak semakin kusut dengan perangai kedua-dua isterinya. Lantas dia banyak menghabiskan masa dengan Qasih, setiausaha di pejabatnya. Satu hari Saleha di jemput ke satu majlis amal di mana Maria menjadi penaung.  Saleha mulai memecah tembelang dengan menatakan bahawa Maria bukan datin. Pergaduhan dan tarik rambut berlaku di hadapan pihak media. Suasana menjadi kecoh.

Keesokan harinya kedua-dua mereka berada di dalam penjara kerana membuat kacau.  Razak datang untuk menjamin mereka berdua. Razak kemudian memberi tahu bahawa dia tidak terpilih untuk mendapat gelaran Dato dankerana kesibukan mereka berdua mengejar title Datin, Razak telah mengahwini Qasih sebagai isteri ketiganya.

Setahun kemudian Razak mendapat gelaran Datuk bila mana Junaidah melahirkan cucu mereka yang pertama.