Thursday, October 10, 2013

DRAMA BERSIRI - QORIN


Skrip ke 69

Tajuk: QARIN
Durasi : 13 episod x 60 minit
PRODUKSI: PC SOFT SDN BHD
PRODUSER: Puan Roziyah
Idea Asal : Afiey Azali, Azali Zabri & Martias Mohd Ali 
SKRIP: Adza Nasya Emie & Adza Irdawati Adenan

SINOPSIS QORIN

Mengisahkan mengenai sepasang suami isteri yang berpindah ke rumah baru selepas Dhiya (isteri) tidak tahan dengan sikap ibu mertua yang mendesaknya untuk bersalin anak seorang lagi sedangkan ia masih belum berhasil, ibu mertuanya hingga menyuruh anaknya Muslim (suami) berkahwin lagi satu untuk mendapat anak lelaki, yang diidam-idamkannya.

Mereka berpindah ke sebuah rumah banglow misteri bersama anak perempuan mereka Aurelia. Aurelia memang seorang kanak-kanak yang tidak ceria dan selalu mendiamkan dirinya, hingga ia berpindah ke rumah baru itu, Dhiya melihat perubahan pada anaknya itu yang menjadi gembira. Aurelia mempunyai seorang kawan imaginasi (bagi ibunya).Muslim menjadi tidak tahan dengan sikap isterinya yang terlalu obsess mengenai anak mereka itu, Dhiya jarang bercakap mengenai benda lain selain anaknya tunggal mereka itu, dan Muslim merasakan dirinya terpinggir.  Bosan dengan keadaan itu, ia akhirnya bersetuju untuk keluar dengan gadis yang diperkenalkan ibunya, namun isterinya tidak kisah dengan hal itu. Keadaan menjadi kaca bilau di rumah apabila Muslim dan Dhiya sering diganggu oleh ‘makluk-makluk halus’ hingga Muslim bertambah stess dan mengambil keputusan untuk pindah dari situ.

Aurelia merayu kepada ibunya supaya jangan bawa ia pindah kerAurelia ia gembira di sini, Dhiya hanya mampu akur dengan setiap permintaan anaknya itu. Aurelia merasakan ayahnya tidak menyayangi dirinya itu, kawan misterinya ‘Andika’ mencadangkan supaya ia mencuba pelbagai perkara yang tidak masuk akal seperti  menakut-nakutkan ayahnya itu supaya mendapat perhatian. Mulai dari itu Muslim sering mengalami kecelakaan, menambahkan kemahuannya untuk keluar dari situ segera. Muslim yang memang seorang alim meminta petunjuk ke hadrat ilahi pada satu malam sedang ia hendak membaca al-Quran dan terus terbuka akan surah Az Zukhruf 43:36. Bingung dengan apa yang dimaksudkan, terus ia berjumpa dengan seorang ustaz yang bersetuju untuk datang ke rumahnya bagi melihat ‘keadaan’ di situ.

Ustaz Saari diperkenalkan dengan isterinya dan ia melihat di sekeliling dinding rumah itu pasti ada gambar Aurelia yang digantung oleh ibunya itu. Ustaz Saari memberitahu mereka bahawa terdapat ‘Jin Qarin’ yang mendampingi rumah itu dan memberikan penjelasan mengenai apa itu ‘Qarin’ dimana kebanyakkannya adalah Kafir dan hanya mahu menyesatkan manusia yang mereka damping itu, namun dengan matinya ‘tuan’ atau manusia yang didampingi mereka tidak bermakna ‘Qarin’ mereka juga mati kerana jangka hayat Jin selalunya panjang dan Rasulullah SAW sendiri mempunyai Qarin namun ia berjaya islamkan Qarinnya. Hanya satu  nasihat yang boleh diberikan kepada ustaz Saari kepada mereka adalah kuatkan iman mereka dan pindah dari rumah itu.
Dhiya cuba memujuk Aurelia untuk pindah keluar dari situ kerana Muslim sudah tidak mahu tinggal di rumah berhantu itu, namun Aurelia bertegas tidak mahu pindah dan jikalau ibu bapanya mahu berpindah meraka boleh tinggalkan dia di rumah itu. Dhiya menjadi bertambah risau dengan keadaan anaknya dan merasakan bahawa anaknya sedang berkawan dengan hantu yang ada dalam rumah itu. Andika kini merasut Aurelia supaya memisahkan ibu dari bapanya kerana ternyata bapa Aurelia tidak sayangkan dirinya, mereka mulai pelbagai cara yang kebanyakannya menyebabkan pergaduhan tercetus antara Muslim dan Dhiya, Aurelia kini menjadi bertambah jahat ia benci setiap kali melihat ibunya hendak solat atau membaca al-Quran kerana Andika sudah mula meracun fikirannya itu. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh Aurelia untuk mendapat perhatian ibunya / mengubah perhatian ibunya kepada dirinya setiap kali Dhiya hendak solat hinggakan Dhiya menjadi lalai dan hal itu menambahkan marah Muslim terhadap dirinya.

Ramai yang cuba membantu mereka supaya pindah keluar dari situ, namun setiap seorang yang datang ke rumah itu dan mencuri perhatian Dhiya daripada Aurelia pasti akan menerima kecelakaan seperti akan diganggu malahan ramai yang meninggal dunia, seperti jiran Dhiya yang datang melawat rumah itu memberitahu Dhiya yang sudah ramai berpindah, ia datang bersama anak gadisnya yang seusia dengan Aurelia. Dhiya seperti terpikat dengan kecantikkan kanak-kanak itu dan meminta ia datang ke situ lagi untuk bermain dengana anaknya, selepas mereka pulang sahaja terus kanak-kanak perempuan itu diganggu begitu teruk hinggakan ia menjadi fobia untuk tidur dan terpaksa menerima perhatian daripada wad psychology. 
Suatu pergaduhan tercetus antara Muslim dan Dhiya apabila Muslim pulang ke rumah melihat Dhiya sedang bermesra seorang diri dan berpakaian begitu seksi sekali di atas katil, Muslim merasakan Dhiya sudah curang dengan dirinya itu. Tanpa diketahui mereka bahawa lelaki yang menyerupai Muslim ketika datang mengoda Dhiya itu adalah kawan Aurelia ‘Andika’. Muslim terus meletus kemarahan dan menyatakan sudah cukuplah ia tahan dengan sikap Dhiya yang terlalu obsess mengenai Aurelia dan menganggap Aurelia masih lagi hidup sedangkan Aurelia meninggal dunia dalam kemalangan yang disebabkan oleh kelalaian Dhiya memandu.

Baharulah diketahui oleh umum bahawa selama ini Aurelia adalah ‘hantu’ yang bersama mereka, sebab itu ibu mertuanya Puan Zaharah mendesak Dhiya supaya melahirkan anak seorang lagi supaya Dhiya boleh pulih dari kemurungan selepas kehilangan Aurelia, Muslim pula terpaksa melayan / play along dengan kerenah isterinya yang mempercayai anaknya masih lagi hidup itu atas nasihat pakar psychology yang merawat kemurungan / sakit jiwa Dhiya itu, memintanya untuk memberi masa kepada isterinya untuk menerima kenyataan anak mereka sudah meninggal dunia itu.
Kisah Dhiya pula, ia sebenarnya telah membuat suatu perjanjian pada malam kemalangan tragik itu dengan ‘bayangan/syaitan’ yang ia akan melakukan apa sahaja supaya anaknya masih di sisinya, oleh itu ‘bayangan/syaitan’ menyatakan yang ia boleh membiarkan ‘Qarin’ Aurelia tetap bersama Dhiya selagi Dhiya melakukan segala yang boleh untuk melindungi dan menyayangi ‘Qarin’ Aurelia itu. Kisah Aurelia pula, ia seronok tinggal di situ bersama Andika yang juga merupakan Qarin pemilik rumah lama itu yang mati dibunuh kejam, dan ialah yang menghantui rumah itu selama ini.

Ustaz Saari datang menemui mereka ‘Andika dan Aurelia’ supaya mereka tidak lagi menganggu keluarga Muslim dan biarkan mereka berpindah dari situ, dan terkejutnya selepas Ustaz Saari pulang keadaan menjadi tenang, seperti mereka benar-benar faham dan terima permintaan Ustaz Saari itu, Muslim berasa begitu senang sekali dan kehidupan mereka seminggu itu menjadi gembira kerana Dhiya seperti sudah ‘sedar’ dan terima hakikat anak mereka sudah meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa Aurelia dan Andika sedang merancang sesuatu yang besar bagi mereka berdua serta Ustaz Saari yang merasakan dirinya sudah menang itu.

Pada malam majlis tahlil yang diadakan oleh Muslim bagi roh anak mereka Aurelia, keadaan menjadi tertekan dan kacau bilau diganggu oleh Aurelia dan Andika hingga semua tetamu pulang dari rumah itu dalam keadaan segera dan ketakutan, Ustaz Saari cuba untuk menghalau Aurelia dan Andika malangnya ia terbunuh selepas diserang oleh Aurelia dan Andika. Dhiya menjadi takut dengan Aurelia dan terus cuba melarikan dirinya itu, menyebabkan Aurelia marah kerana ia sudah berjanji akan melakukan apa sahaja untuk melindungi Aurelia kini ia mahu tinggalkan Aurelia, Muslim merayu kepada Qarin anaknya itu supaya melepaskan mereka. Aurelia  menyuruh ibunya pilih sama ada hendak bersamanya selamanya atau bersama ayahnya yang sudah sayangkan dirinya itu, Muslim menerangkan yang ia begitu sayangkan Aurelia namun ia sudah terima pemergian anaknya itu, ia redha dan mahu mulakan kehidupan yang baharu. Sedihnya, Dhiya memilih untuk bersama suaminya kerana ia baru mengetahui dirinya mengandung anak kedua. Berang dengan apa yang dikatakan oleh ibunya itu, Aurelia sendiri telah menyebabkan kematian ibunya itu, Muslim meraung penuh kesedihan dengan kematian isteri tersayangnya itu. Andika hanya tersenyum, dan terus mengajak Aurelia supaya pergi dari situ. Mereka meninggalkan Muslim dan Dhiya.

Memang sudah tertulis bahawa kebanyakkan Jin Qarin adalah Jin Kafir yang hanya akan menyesatkan manusia dan menyebabkan mereka alpha terhadap Ilahi..

6 comments:

sitirohaida said...

jalan cerita memang best dan menakutkan MD..bila nak keluar nie..

Akupenghibur.com said...

cerita nie yang acik nanti dari MD.. d tayangkan di mana ??

bicara mak dara said...

Kisah si dairy: hehe tenkiuuuuu sis.. sebenarnya blom mula shooting lagi.. maybe awal thn dpn kot :)

Aku Penghibur: Terima kasih Acik atas sokongan tanpa henti dr Acik. Insyaallah akan ditayangkan di RTM

Tengkubutang said...

wahh.. best niii..

[sutera kasih] said...

Drama nj best sgt!! ツ

UmmuAyyash said...

serius best !