Monday, December 31, 2012

Rancangan Masakan JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA

Skrip ke 64
Tajuk:JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA
Durasi : 13 episod x 30 minit

PRODUKSI: YKS FILM MAKER SDN BHDPRODUSER: Serina Datuk Redzuawan & Yusof Kelana
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
HOST : Serina Datuk Redzuawan & Chef El Hadi 
Sponsor: Vida Beauty

Jelajah Selera Etnik Pamoga adalah sebuah rancangan masakan pelbagai etnik masyarakat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak."Untuk mengetengahkan masakan golongan etnik yang ada seperti suku Orang Asli kami terpaksa meredah hutan dan memasuki kawasan perkampungan mereka. Chef El-Hadi akan mendapatkan menu itu dan memasaknya di setiap tempat yang mereka kunjungi.







Unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, Jelajah Rasa Etnik Pamoga juga berkongsi informasi tentang teknik dan bahan-bahan yang digunakan oleh orang asli dalam persediaan makanan harian mereka. Segala menu dan resipi masakan yang dipaparkan dalam rancangan ini merupakan resepi yang menggunakan bahan yang didapati di kawasan perkampungan orang asli itu sendiri. Dalam setiap paparan episod, Serina dan Chef Elhadi akan melakukan aktiviti memasak di lokasi yang mereka kunjungi. Selain mempelajari menu baru daripada masyarakat tempatan, Chef Elhadi juga akan berkongsi menu masakan Morocco. 
Antara kaum-kaum etnik yang dipaparkan dalam rancangan ‘Jelajah Rasa Etnik Pamoga’ ialah 
1. Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Cuweh, Grik, Perak
2. Etnik Melayu Siam di Tumpat, Kota Bharu, Kelantan
3. Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Selangor
4. Etnik Jawi Peranakan di Kampung Kolam, Pulau Pinang; 
5. Etnik Minangkabau di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
6. Baba dan Nyonya di Melaka
7. Etnik Jawa di Batu Pahat, Johor
8. Etnik Iban di Bekenu, Miri, Sarawak 
9. Etnik Dusun Lotud di Kampung Bajau, Tamparuli, Tuaran, Sabah 
10. Etnik Portugis di Bandar Hilir, Melaka. 
11. Etnik Orang Kedayan d Bekenu, Miri, Sarawak
12. Orang Asli Semai di Tapah, Perak dan  Cameron Highlands, Pahang 
13.  Etnik Bajau Sama di Kampung Kota, Tiranuk, Tuaran, Sabah 
Jelajah Rasa Etnik Pamoga diterbitkan oleh YKS Film Maker Sdn Bhd dan diarahkan oleh Yusuf Kenala dengan tajaan utama daripada Vida Beauty. Teruskan menonton Jelajah Rasa Etnik Pamoga pada setiap hari Selasa jam 11.30 pagi bermula 4 Disember 2012, semestinya di TV3. 


Ditayangkan di TV3 pada Setiap Hari Selasa pukul 11:30 pagi
bermula pada 12.12.2012

No comments: