Monday, December 31, 2012

Drama Bersiri OPERASI D6



Skrip ke 66
Tajuk: OPERASI D6
Genre: Sebuah drama bersiri penyiasatan dari fail SPRM

Durasi : 13 episod x 60 minit

PRODUKSI: UNOMEDIA SDN BHD

PRODUSER: Basree Rakijan

SKRIP: Adza Irdawati Adenan, Adza Nasya Emie & Martias Mohd Ali

Usaha pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya amalan rasuah diteruskan dengan tayangan 13 episod drama bersiri “Operasi D6”.
Menerusi episod pengenalannya yang telah pun bermula 29 Mac 2013 lalu, setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2, penonton di dedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai tugasan oleh anggota penyiasatan SPRM yang telus, bebas dan profesional dalam menjalankan tugasan harian diberikan. Malah tayangan drama ini pada masa sama dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih memahami bidang tugas SPRM.
Drama Operasi D6 ini berkisar tentang ketangkasan Pegawai SPRM menggunakan prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam menjalankan tugas memerangi rasuah yang menampilkan pelakon hebat masa kini Qazem Noor, Hairie Sazwan dan penyanyi Aurora Salwa. Ia sebuah lagi kerjasama SPRM/RTM dalam menerbitkan naskah aksi dalam menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah.
Antara episod-episod menarik yang di ketengahkan dalam drama ini termasuklah SPRM melakukan penyiasatan tentang kes perdagangan manusia dilakukan oleh sindiket yang mempergunakan Migration Workers Group (MWG). Kegiatan ketua sindiket bernama Tiger berjaya dibongkar oleh seorang penulis blog bernama Zack yang pernah turut bersama dalam kumpulan Tiger membawa masuk pendatang dari Indonesia yang kononnya mahu memohon suaka politik tetapi dijual kepada orang ketiga.
Dalam tajuk Percikan Aidil Fitri, SPRM berjaya mematahkan percubaan rasuah yang dilakukan oleh sindiket jualan bunga api apabila penjual bunga api di pasar malam bersetuju berkerjasama dengan SPRM bagi menjejak dalang yang memberi rasuah untuk membawa masuk mercun dan bunga api ke Malaysia. Manakala episod Awas Kupu-Kupu Malam pula SPRM menjejak kes bagaimana sebuah kelab malam sering terlepas dari tangkapan walaupun pelbagai aduan oleh orang awam dibuat terhadap kelab tersebut menjadi pusat pelacuran serta pengedaran dadah. Pemilik kelab telah merasuah pegawai penguatkuasa untuk memberi mereka maklumat sebelum sebarang serbuan.
Babak semakin menarik dalam episod di mana SPRM menyelesaikan kes penyeludupan senjata api yang dilakukan oleh seorang nelayan, Jamal di mana mereka merasuah pegawai marin supaya memberi maklumat dan melepaskan bot-bot mereka yang membawa senjata api masuk ke perairan Malaysia.
Saksikan juga episod-episod mengisahkan seorang VIP Datuk Sri Malik merasuah seorang peguan Iswadi Singh sebanyak RM250,000.00 supaya bahan bukti kes anaknya, Najmi yang didakwa membunuh dihapuskan. Begitu juga dalam tajuk “Rahsia Ombak” di mana pegawai SPRM menyamar di pejabat pengurusan pelabuhan bagi mengesan orang dalam yang menerima rasuah untuk melepaskan barang-barang kawalan yand diseludup masuk ke Malaysia.
Akhir sekali dalam tajuk “Selamat Tinggal” yang mengisahkan seorang pegawai SPRM, Jacinta yang terkorban semasa menjalankan penyiasatan sindiket pengedar pasport haram yang diketuai oleh Dato Padil. Sindiket tersebut akhirnya berjaya ditewaskan.
Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan aksi penuh mendebarkan usaha membanteras gejala rasuah ini hanya di TV2.
Selamat menonton drama hasil tulisan saya, adik saya Adza Nasya emie dan suami saya Martias Ali di kaca TV anda pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam hanya di RTM2. selamat menonton.

4 comments:

ieda said...

tahniah !
niee x sabar nak tgk nie ;)

Cinta Misteri said...

wahhhhh bila start tayang ni. dah masuk 2013, mcm tkde nmpk iklan tayang. msti best cerita ni.

Anonymous said...

Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to
say that I have really enjoyed browsing your blog posts.
In any case I'll be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

My blog ... Clicking Here
my website - Biotechnology Today

TiranaAduka said...

salam
Lawatan tirana aduka