Showing posts with label astro citra. Show all posts
Showing posts with label astro citra. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

RABUNNYA CINTA



Skrip ke 37

Tajuk Drama : RABUNNYA CINTA
Genre : Komedi
Durasi: 13 Episod
Skrip oleh : Adza Irdawati, Adza Nasyaemie & Martias Mohd Ali
Lakonan: Johan Rajalawak, Angah Rajalawak, Tauke Rajalawak, Haleeda, Balkish Semundur Khan Mazryn dll.
Pengarah : Din Glamour
Penerbit:Jurey Rosli
Penerbit Eksekutif: Namanzee Harris
Siaran: ASTRO PRIMA (march 2010)

SINOPSIS RABUNNYA CINTA

Hussein (lewat 20an ), merupakan anak kepada pasangan Pak Deli dan Mak Tijah. Dia merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik. Namun yang terlalu dimanjakan oleh ibunya itu adalah Hussein . Hussein masih tinggal bersama ibubapanya dikampung dan masih mengnganggur. Masa luang Hussein dihabiskan dengan berkumpul dan melepak bersama sama kawan sekampungnya. Tidak hanya itu, aktiviti dan kegiatan Hussein pada sebelah malamnya menjadi semakin ekstreem dengan “merempit” . Hussein langsung tidak memikirkan tentang kerja ataupun masa hadapannya . Ini kerana dia tahu sebahagian besar harta milik bapanya ( tanah, rumah sewa, kebun dan sawah ) akan menjadi miliknya jua nanti. Dan memandangkan dia merupakan anak tunggal lelaki , maka pembahagian “Farait” (pembahagian harta dalam Islam ) akan lebih menguntungkannya kelak.

Tidak puas hati melihat kemalasan anak lelakinya itu serta kata kata nasihat dari anak anak perempuannya dan juga kata kata sinis orang kampung tentang Hussein, membuatkan Pak Deli mengambil keputusan memaksa Hussein untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Mak Tijah dan Hussein terkejut mendengar keputusan muktamad Pak Deli itu. Walaupun puas dipujuk dan dirayu, Pak Deli tetap dengan keputusannya itu. Pak Deli mahu Hussein berhijrah jauh kerana mahu Hussein belajar hidup berdikari. Dan sekiranya Hussein masih berada di kampung itu ataupun kawasan berhampiran dengannya, pasti Hussein akan menerima dan meminta bantuan kewangan dari ibunya.

Hussein akhirnya terpaksa akur. Namun berbekalkan keputusan akademik yang agak bagus menguatkan hati Hussein bahawa dia pasti akan mendapat pekerjaan yang bagus di Kuala Lumpur nanti.

Pada masa yang sama Suraini , seorang ibu tunggal dan tinggal berdua dengan anaknya Armani di bandar metropolitan ( Kuala Lumpur ) pening memikirkan nasib anak tunggal perempuannya itu. Perwatakkan Armani yang tomboy dan kasar, kesan dari penceraian ibubapanya serta rasa benci pada kaum lelaki membuatkan ramai rombongan merisik dan meminang “angkat kaki” . Kebanyakkan keluarga dan “calon-calon suami” yang datang takut melihat “sifat kelakian” Armani. Mereka takut sekiranya anak mereka akan dibuli sekiranya dijodohkan dengan Armani kelak.

Suraini akhirnya memanggil Sufiya (anak kakaknya) yang amat kaya dengan santun timurnya serta baik budi pekerti untuk membantunya. Sufiya akhirnya bersetuju untuk menolong membuat transformasi yang drastic kepada Armani iaitu dari seorang tomboy kepada seorang wanita melayu sejati.Tetapi cadangan itu disangkal keras oleh Armani. Ini kerana dia tidak mahu menjadi hipokrit dan kerana dia lebih selesa berkeadaan begitu. Namun setelah melihat kekecewaan diwajah ibunya , Armani terpaksa redha. Sufiya mengatakan bahawa dia kini di dalam proses berpindah kerumah sewa yang baru bersama teman serumahnya Noor. Ini kerana harga sewa rumah di rumah yang diduduki oleh mereka itu akan dinaikkan harga dengan tinggi sekali. Sufiya meminta keizinan dari Suraini untuk mengajak Armani tinggal bersamanya setelah dia selesai berpindah kerumah sewa barunya nanti, bagi memudahkan lagi “sesi pembelajaran dan makeover” kelak.

Pada lokasi yang lain, Hussein selamat tiba di Kuala Lumpur . Dia bernasib baik kerana terserempak dengan teman sekolahnya iaitu Jakaria. Setelah mengetahui bahawa Hussein tidak lagi mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal, maka dengan baik hatinya Jakaria mengajaknya tinggal bersamanya di rumah bujangnya itu. Dan secara kebetulan, Jakaria dan seorang lagi teman serumahnya Nazmi memang sedang mencari penyewa bilik di rumah mereka itu.

Hussein mulai tinggal menyewa di rumah bujang bersama Jack ( Jakaria ) dan Nazmi. Walaupun Hussein mempunyai kelulusan yang baik, namun itu tidak menjanjikan jawatan yang baik untuknya di Kuala Lumpur . Ini kerana kebanyakan majikan lebih mengutamakan pengalama dari sijil sijil kelulusan. Hussein akhirnya bekerja sebagai seorang mat despatch di sebuah syarikat swasta di ibukota. Dengan pengalaman “merempitnya”, kerjanya sebagai Mat Despatch menjadi mudah. Walaupun mereka bertiga kerja di berlainan tempat tetapi keakrapan mereka seperti hubungan adik beradik kandung. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk membantu sesama mereka.

Namun sifat Hussein yang agak kelam kabut dan sangat kuat berangan ini hasil dari terlalu banyak menonton Filem Bollywood, membuatkan Hussein sering dimarahi oleh ketua nya Encik Yazzid. Namun kerana memikirkan agak susah untuk mencari pekerjaan di bandaraya itu membuatkan Hussein hanya memendamkan sahaja marahnya itu. Kini bermulalah kehidupan Hussein dan Armani di Kuala Lumpur.

Pada suatu hari seorang pekerja baru telah diambil bekerja di syarikat itu. Armani ( 20 an) dapat mencuri banyak perhatian pekerja lelaki dan tidak ketinggalan juga Encik Yazzid. Keayuan dan kecantikkannya tiada tolok bandingnya. Setiap langkah dan lenggok Armani teratur hingga kesemua pekerja lelaki menggelarnya Perempuan Melayu KL terakhir. Armani bangga dengan gelaran itu.Ini membuatkan hampir kesemua pekerja wanita memboikot dan tidak mahu bergaul dengannya.

Namun apabila mata Hussein terpandang akan Armani yang tersenyum kearahnya . Mereka terus bergandingan tangan dan menari di pejabat itu dan di beberapa buah lokasi yang menarik tanpa menghiraukan gelagat mereka itu ditonton oleh orang ramai. Akhirnya mata mereka berpandangan. Hussein memegang tangan Armani dan memula langkah untuk mencium tangan Armani yang mungil itu. Tiba tiba terasa sakit yang amat sangat pada bahagian kepala Hussein. Rupa rupanya Encik Yazzid yang mengetuk kepala Hussein. Ini kerana kejadian itu adalah sebahagian dari anganan Hussein yang sememangnya seorang yang kuat berangan. Dan tangan yang dipegangnya itu adalah tangan Encik Yazzid bukannya tangan Armani. Semua orang ketawa dengan kejadian itu termasuklah Armani. Armani berlalu dari situ sambil melirikkan senyuman kepada Hussein . Hussein terus menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pandang pertama .

Di rumah kelihatan Hussein sedang nyenak tidur apabila di dikejutkan oleh Armani yang bersandar manja disisinya. Armani menyuruhnya bangun dan mandi . Hussein terus tersenyum dan menarik Armani . Belum sempat untuk berbuat apa apa, satu tumbukan hinggap di muka Hussein. Baru Hussein menyedari bahawa dia hanya berangan dan bermimpi. Dan orang di sebelahnya adalah Jack. Nazmi ketawa melihat telatah mereka berdua.

Tiba tiba hilai ketawa mereka diganggu dengan bunyi bising dari rumah sebelah mereka. Kelihatan sebuah lori dan pemandu lori sedang menurunkan barang dan memasukkan kesemua barang barang itu ke dalam rumah. Hussein , Jack dan Nazmi menyedari bahawa mereka kini sudah mempunyai jiran. Mereka cuba mengintai untuk mengetahui siapakah jiran baru mereka namun hampa. Ini kerana mereka hanya dapat melihat bahagian kaki sahaja, wajah wajah jiran baru mereka itu terlindung disebalik kotak kotak yang sedang diangkat mereka. Namun apa yang mengembirakan mereka adalah kaki kaki itu aseperti milik tiga orang wanita. Tanpa Hussein sedari salah seorang daripada mereka adalah Armani. Armani, Sufiya dan Noor adalah jiran baru kepada Hussein , Jack dan Nazmi. Kini bermulah kehidupan mereka dalam hidup berjiran.

Namun penampilan Armani amat berlainan daripada sikapnya yang Ayu, bersopan santun dan peramah itu. Armani yang sebenarnya agak tomboy dan agak pemarah. Namun berkat nasihat dan leteran oleh Sufiya dan Noor, Armani terpaksa menjadi wanita sejati di pejabat untuk mengambil hati semua pekerja dan ketua nya. Namun dirumah sikap dan cara pemakaiannya yang tomboy menunjukkan dirinya yang sebenar.

Hussein , Jack dan Nazmi mengambil keputusan untuk menegur jiran baru mereka itu. Hussein menyuruh Jack dan Nazmi pergi dahulu dan dia akan menyusul kemudian. Ini kerana dia mahu bersiap siap untuk kelihatan kemas dan hensem dihadapan jiran wanita baru mereka itu.Setelah banyak kali panggilan mereka tidak berjawap , Jack dan Nazmi mengambil keputusan untuk melihat lihat ke dalam rumah itu. Jack dan Nazmi terkejut apabila kedatangan mereka yang berniat baik itu dimarahi oleh Armani. Armani memarahi mereka kerana terus sahaja masuk ke rumah wanita dan tanpa meminta izin. Sufiya dan Noor cuba menyabarkan Armani namun tidak berjaya. Armani menghalau mereka dengan kata kata marah dan hinaan dan terus menutup pintu rumah itu dengan kuat sekali Jack dan Nazmi yang marah dengan sikap Armani itu bertembung dengan Hussein yang siap berpakaian kemas untuk kerumah jiran baru mereka itu. Namun setelah Jack dan Nazmi menceritakan kejadian yang menimpa mereka. Hussein mengajak mereka pulang sahaja. Hussein dengan angkuhnya menjerit dan mengistiharkan peperangan diantara mereka kini bermula. Mereka terus berlalu dari situ. Di rumah Armani, Sufiya dan Noor marah akan sikap Armani yang agak kurang ajar itu. Armani meminta maaf dan memberitahu akan menjaga sikap barannya itu lain kali.
Keesokkan harinya Sufiya dan Noor mengajak Armani untuk meminta maaf dari jiran baru mereka itu dan Armani terpaksa bersetuju. Mereka berdiri dihadapan rumah dan memberi salam. Armani menghampiri pintu rumah itu. Tiba tba pintu rumah itu terbuka dan Armani disimbah dengan air kotor hasil dari air yang dimop oleh Hussein. Habis baju dan muka Armani terkena air kotor itu. Mata Armani juga terkena air itu dan membuatkan dia tidak dapat melihat wajah Hussein.

Hussein kemudian terus menutup pintu dan ketawa berdekah dekah kerana dapat membalas dendam bagi pihak kawan kawannya. Armani yang pada mulanya ingin berdamai menjerit dan mengistiharkan peperangan antara mereka takkan berakhir buat selamanya. Armani dan kawan kawannya pulang kerumah mereka. Jack dan Nazmi memarahi tindakan kejam Hussein. Walaupun Armani bertindak kurang ajar pada mereka semalam namun tindakan Hussein itu agak melampau.Namun Hussein tidak memperdulikan teguran mereka itu.

Kini akan ada sahaja perkara perkara yang akan dilakukan oleh Armani dan Hussein untuk menyakitkan hati masing masing. Berbagai tipu muslihat juga dikenakan oleh mereka. Kehidupan dikedua rumah itu tidak ubah seperti sebuah medan peperangan. Walaupun Jack , Nazmi , Sufiya dan Noor tidak bersetuju dengan permusuhan itu namun mereka terpaksa akur dan menolong rakan mereka untuk membalas dendam. Namun dalam setiap kali berperang tidak Armani mahupun Hussein nampak akan wajah mereka masing masing.

Di pejabat, Armani menjadi seorang wanita sejati bak kata pepatah pijak semut pun tak mati. Sikap baran dan tomboynya langsung tidak dapat dihidu oleh sesiapa pun termasuklah Hussein. Pertemuan demi pertemuan membuatkan cinta berputik di hati mereka. Kini Hussein dicemburui oleh kesemua rakan sekerja lelaki di pejabat itu apabila dapat memiliki hati Armani.

Mereka kini bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Anganan Hussein kini semakin menjadi jadi. Namun Keasyikkan cinta mereka amat tidak disenangi oleh Encik Yazzid yang dalam diam menaruh hati pada Armani. Encik Yazzid akan mencari berbagai alasan untuk memarahi dan memalukan Hussein di hadapan Armani. Armani juga banyak menasihati Hussein bagaimana untuk mempertahankan dirinya daripada berterusan dibuli oleh Encik Yazzid.

Kisah percintaan mereka ini diceritakan kepada kawan mereka masing masing . Semua bersetuju dan merestui hubungan itu. Namun niat mereka untuk berjumpa dengan kekasih hati Hussein dan Armani tidak kesampaian kerana masing masing tidak berani membawa pulang kekasih mereka kerana takut akan diapa apakan oleh jiran mereka. Hussein menceritakan bertapa ayu dan sopan santunnya kekasihnya dan amat berbeza dengan sikap kurang ajar jirannya itu. Armani pula menceritakan betapa lemah lembut dan baik hati kekasihnya itu kepada Sufiya dan Noor dan sikap itu langsung tidak ada pada jirannya yang jahat itu.

Perang diantara mereka kini semakin menjadi jadi apabila Hussein dengan nakalnya memasukkan 5 ke 7 ekor katak ke dalam bilik tidur Armani melalui tingkap. Armani pula membalas dendam dengan memasukkan banyak pakaian wanita ke dalam bilik Hussein melalui tingkap juga semasa Ibu hussein datang melawat. Hussein dimarahai ibunya dengan teruk sekali.
Jack, Nazmi , Sufiya dan Noor turut terjebak dalam permusuhan ini tanpa rela hati mereka. Ini kerana mereka sudah mula jatuh hati sesama mereka. Jack telah jatuh hati pada Sufiya dan Nazmi telah jatuh hati pada Noor. Mereka berempat merahsiakannya dari pengetahuan Hussein dan Armani.Mereka juga keluar bertemu janji secara sembunyi sembunyi. Mereka juga turut berlakon seperti tidak puas hati dengan jiran mereka itu. Mereka juga terpaksa melaksanakan kerja gila Hussein dan Armani semata mata untuk menjaga hati kawan.

Hussein telah banyak kali menawarkan diri untuk menmghantar Armani pulang kerja namun Armani menolaknya secara baik. Ini kerana Armani tidak tahu tindakan gila apa pula yang akan dilakukan oleh jirannya itu apabila Hussein menghantarnya pulang nanti.

Dirumah puncak kesabaran Hussein mahupun Armani berada di puncak apabila Hussein dengan nakalnya telah menggunting semua baju diampaian milik Armani dan Armani pula telah memberitahu semua penduduk taman itu supaya berwaspada dengan jirannya itu yang suka mengendap anak dara orang. Hussein mahupun Armani masing masing berjanji pada Jack, Nazmi , Sufiya dan Noor bahawa mereka tak mungkin akan berbaik mahupun mempunyai niat untuk berdamai sesama mereka.Dengan angkuh mereka menyatakan sekiranya mereka berbaik mereka akan memotong kepala mereka. Segala nasihat dan teguran Jack , Nazmi , Sufiya dan Noor selama ini sia sia kini.

Di pejabat Encik Yazzid terkejut apabila dia dimarahi oleh Hussein yang bertindak berani mempertahankan dirinya dari disabitkan dengan kesalahan kesalahan kecil yang tidak dilakukanpun olehnya . Ia juga hasil dari nasihat dan galakkan dari Armani. Hussein juga menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap Encik Yazzid yang sering mengganggu dan cuba menggoda hampir semua pekerja wanita di pejabat itu. Encik Yazzid malu apabila topeng sebenarya telah ditanggalkan oleh Hussein dihadapan semua pekerjanya. Semua pekerja lelaki mahupun wanita bersorak dan bertepuk tangan menyokong tindakan Hussein itu. Armani merasa bangga dengan keberanian Hussein. Kerana merasa amat malu Encik Yazzid terus menjerit dan ingin memecat Hussein. Namun belum sempat niatnya itu diluahkan, Encik Kamal pemilik syarikat itu yang sejak dari tadi mendengar dengan teliti konfrantasi antara Hussein dan Encik Yazzid terus menghampiri mereka dan memecat Encik Yazid dihadapan semua orang. Encik Yazzid berlalu dari situ dengan perasaan malu dan marah. Hussein terus dinaikkan pangkat oleh Encik Kamal.
Cinta diantara Hussein dan Armani membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berumah tangga. Kesemua kawan kawan mereka dan ahli keluarga telah dimaklumkan kini hanya menunggu hari bahagia itu muncul.

Mendengarkan berita gembira itu, Jack, Nazmi , Sufiya dan Noor tekad dan terus menyatakan niat mereka yang ingin berkahwin juga kepada Hussein dan Armani. Setelah diberitahu bahawa mereka ingin mendirikan rumah tangga dengan jiran mereka, Armani dan Hussein naik marah dan terus ingin menyerang jiran mereka itu. Masing masing nekad untuk berkonfrantasi buat kali terakhir. Akhirnya kedua dua mereka bertemu buat kali pertamanya di hadapan rumah mereka. Hussein dan Armani terkejut apabila mata mereka bertentangan. Tidak sama sekali mereka menyangka bahawa permusuhan selama ini adalah antara mereka. Jack, Nazmi , Sufiya dan Noor hairan dengan renungan mata mereka. Armani dan Hussein menjerit dan memutuskan hubungannya mereka di situ juga. Mereka juga menyatakan bahawa percintaan antara kawan kawan mereka juga putus walaupun tidak meminta izin atau pendapat dari kawan masing masing terlebih dahulu.

Di rumah, Hussein menceritakan bahawa bakal isterinya itu adalah musuhnya dan meminta supaya Jack dan Nazmi memilih antara kawan atau kekasih. Jack dan Nazmi terpaksa akur dan memilih kawan dari percintaan mereka. Begitu juga berlaku di rumah Armani di mana Sufiya dan Noor terpaksa memilih persahabatan mereka dengan Armani daripada percintaan mereka dengan Jack dan Nazmi. Akhirnya Husseein dan Armani berpuas hati.

Jack, Nazmi, Sufiya dan Noor bertemu untuk kali terakhir . Mereka akur terpaksa mengikut kehendak kawan mereka yang sudah mereka anggap sebagai keluarga mereka sendiri.
Di pejabat pertemua demi pertemuan antara Armani dan Hussein membuatkan perasaan cinta mereka mengatasi dari perasaan benci mereka. Akhirnya mereka berdamai dan meminta maaf. Cinta suci mereka itu bersambung semula.Namun mereka ada satu masalah dan menghadapi dilema kerana tidak berani untuk memberitahu kawan mereka masing masing. Ini kerana kawan kawan mereka sanggup memutuskan percintaan kerana mereka demi sebuah persahabatan. Mereka kini bercinta dalam diam diam.

Namun pada suatu hari rahsia mereka terbongkar juga apabila Jack , Nazmi, Sufiya dan Noor terserempak apbila mereka sedang bermadu kasih disebuah taman bunga. Jack , Nazmi , Sufiya dan Noor mengejar Armani dan Hussein kerana mahu menunaikan janji mereka untuk memotong kepala Hussein dan Armani sekiranya mereka berdamai semula. Dan kerana marah kepada Hussein dan Armani yang pandai pandai memutuskan percintaan mereka.

Tidak berapa lama kemudian kelihatan Hussein , Jack dan Nazmi dibantu oleh Armani , Sufiya dan Noor masing masing cuba membuka pangar yang menghalang antara kedua dua rumah itu. Jari jari mereka semua dipenuhi dengan inai menandakan mereka sudahpun selamat berumah tangga. Tiba tiba tuan rumah yang menyewakan kedua dua rumah miliknya kepada mereka marah apabila melihat pagar rumah dibuka. Hussein berkata mereka tidak mahu hidup berjiran lagi dan mahu hidup bersama seperti sebuah keluarga yang besar dan bahagia. Tuan rumah menyatakan bahawa sekiranya mereka mahu meruntuhkan rumah itu sekalipun tak mengapa asalkan mereka tetap membayar wang kepadanya. Mereka semua ketawa dan bergembira. Tiba tiba terdapat sebuah lori berhenti dihadapan rumah mereka. Kelihatan sepasang suami isteri baru berpindah di rumah yang berhadapan dengan mereka itu. hussein , Armani, Jack, Sufiya, Nazmi dan Noor saling berpandangan sesama sendiri dan terus menjerit sekuat hati takut kejadian permusuhan antara jiran seperti lalu berulang kembali.

Rabunnya Cinta Episod 1

Rabunnya Cinta Episod 2

Rabunnya Cinta Episod 3

Rabunnya Cinta Episod 4

Rabunnya Cinta Episod 5

Rabunnya Cinta Episod 6

Rabunnya Cinta Episod 7

Rabunnya Cinta Episod 8

Rabunnya Cinta Episod 9

Rabunnya Cinta Episod 10


Rabunnya Cinta Episod 11


Rabunnya Cinta Episod 12

Rabunnya Cinta Episod 13 (akhir)


Tuesday, November 2, 2010

Drama Bersiri DENDAM KESUMA


Tajuk Drama : DENDAM KESUMA
Skrip oleh: Adza Nasyaemie, Adza Irdawati, MF Kencana & Martias Mohd Ali
Pengarah: Zaili Sulan
Durasi: 6 Episod X 1 jam
Siaran: Astro Citra
Ditayangkan pada : Oktober 2010

Drama lapan episod bercorak epik itu diarahkan pengarah berkaliber, Zaili Sulan. Selain Faezah drama yang bakal ditayangkan pada September ini menampilkan Mubarak Majid, Rashid Jaafar, Rashidah Jaafar, Roslan Hussien, Namron dan Tania Zara.

SINOPSIS
Skrip ke 49

Skrip oleh: Adza Nasyaemie, Adza Irdawati, MF Kencana & Martias Mohd Ali
Pengarah: Zaili Sulan
Durasi: 6 Episod X 1 jam
Siaran: Astro Citra
Ditayangkan pada : Oktober 2010

Drama lapan episod bercorak epik itu diarahkan pengarah berkaliber, Zaili Sulan. Selain Faezah drama yang bakal ditayangkan pada September ini menampilkan Mubarak Majid, Rashid Jaafar, Rashidah Jaafar, Roslan Hussien, Namron dan Tania Zara.

EPISOD 1

Terjadi perselisihan faham antara Sultan Mahmud Shah dengan Bendahara Seri Maharaja apabila bendahara mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali tanpa mempersembahkan dahulu Tun Fatimah kepada sultan yang pada masa itu baru sahaja kematian permaisurinya..Perbuatan bendahara ini telah menyebabkan sultan berdendam dengan bendahara dan dendam ini semakin membara apabila Raja Mudeliar dan Kitul memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan untuk pergi menabur fitnah tentang bendahara kepada Sultan bahawa ia hendak merampas takhta kerajaan Melaka dari Sultan Mahmud Shah.

Bendahara Seri Maharaja dan keluarganya telah dihukum bunuh tanpa diusul periksa dahulu. Maka matilah ayah, abang dan ahli keluarga Tun Fatimah termasuk suaminya Tun Ali. Berita itu pantas sampai ketelinga Tengku Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud Shah dan dengan segera dia ke tempat menjatuhkan hukuman. Di sana Tengku Zainal sempat menghentikan hukuman yang bakal dijatuhkan kepada Tun Fatimah.

EPISOD 2

Tun Fatimah menjadi seakan orang gila kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa hampir seluruh keluarganya telah dibunuh. Tengku Zainal yang kasihan melihat keadaan Tun Fatimah telah membawa Tun Fatimah untuk dirawat oleh Nenek Kebayan yang tinggal di dalam hutan. Tengku Zainal merahsiakan tentang hal itu dari sesiapa bagi menjaga keselamatan Tun Fatimah. Tun Fatimah sering teringatkan kisah-kisah pertemuan dirinya dan suaminya, Tun Ali.

Diketahuilah punca mengapa Raja Mendaliar begitu dendam kepada Tun Mutahir hinggakan memfitnah Tun Mutahir yang akhirnya menyebabkan ia sekelurga dibunuh. Hal ini bermula apabila pertama kali Portugis datang mendarat ke pelabuhan Melaka, mereka telah menanyakan khabar bendahara Melaka. Seterusnya ke rumah Dato’ Bendahara dan menyampaikan rantai emas ke leher bendahara sendiri. Tanpa tidak terus memohon untuk ke Istana Sultan Melaka. Apabila selesai memberi hadiah maka mereka terus bongkarkan sauh dan pergi.

EPISOD 3

Tun Fatimah masih dalam keadaan tidak waras. Kehilangan ahli keluarga benar benar membuatnya sedih. Diatas permintaan Tengku Zainal maka Nenek Kebayan terus cuba untuk merawatnya. Tengku Zainal menjadi merah kepada kekandanya Sultan Mansur diatas kekejaman yang dilakukan kepada Tun Fatimah dan keluarganya, maka dia terus mengadap Baginda. Apabila diajukan tentang hukuman yang dijalankan kepada keluarga Tun Fatimah, Baginda Sultan menyatakan bahawa dia tidak dapat berbuat apa apa kerana hukuman telah dijalankan.

Baginda juga bersedih kerana Tun Fatimah yang amat diminatinya dianggap telah mati. Tiba-tiba Raja Mendaliar menanyakan kepada Tengku Zainal akan kebenaran tentang khabar angin bahawa Tengku Zainal telah menyelamatkan Tun fatimah. Sultan terkejut mendengar perkhabaran itu, bimbang diapa-apakan Tun Fatimah. Tengku Zainal berbohong menyatakan Tun Fatimah telah melarikan dirinya sebelum ia sempat berbuat apa-apa.

Bertambah sedihlah Sultan Mahmud Syah apabila mengetahui wanita yang disukainya itu hilang entah kemana. Ia juga baru menyedari akan betapa bodohnya tindakkannya itu membunuh Bendahara yang bijaksana. Baginda mengambil keputusan untuk turun tahta sementara, dan anaknya Sultan Ahmad Syah mengantikannya. Raja Mendaliar memberitahu pihak Portugis bahawa ini adalah masa yang paling baik untuk menyerang Melaka.

EPISOD 4

Tun Fatimah semakin sembuh. Dan kini dia semakin mendendami Sultan Mansur kerana telah membunuh keluarganya dengan kejam. Tun Fatimah meminta Nenek Kebayan mengajarnya untuk mendalami ilmu persilatan sebagai persediaannya untuk menuntut bela atas kematian keluarganya itu. Tengku Zainal gembira melihat Tun Fatimah telah kembali sihat. Dalam diam Tengku Zainal telah jatuh hati Pada Tun Fatimah dan hampir setiap malam Tengku Zainal masuk kedalam hutan dan kerumah Nenek Kebayan semata-mata untuk bertemu dengan Tun Fatimah. Tanpa mengetahui perasaannya itu tidaklah bertepuk sebelah tangan.

Raja Mendaliar iaitu salah seorang pembesar istana dan orang yang paling dipercayai oleh Tuanku Sultan, merasa curiga dengan kelakuan tengku Zainal itu, maka dia mengekori Tengku Zainal dan terkejut apabila mendapati bahawa Tengku Zainal bertemu dengan Tun Fatimah secara sembunyi sembunyi. Raja Mendaliar segera ke Hulu Melaka untuk menemui Sultan Mahmud Syah dan memberitahu akan Tun Fatimah masih lagi hidup dan adiknya, Tengku Zainal selama ini telah berbohong kepada baginda Sultan.

Murka dengan perbuatan adiknya itu, Sultan Mahmud Syah segera kembali ke istananya dan mangambil semula tahtanya itu. Dititahkan supaya adiknya itu dihukum bunuh kerana telah membohongi dirinya, serta Tun Fatimah dibawa mengadap baginda.

EPISOD 5

Tun Fatimah dan Tengku Zainal terkejut apabila mereka tiba-tiba didatangi oleh pegawal istana diketuai oleh Raja Mendaliar. Tun Fatimah bertambah dendam kepada Sultan Mahmud Syah apabila lelaki yang telah banyak membantunya itu juga dihukum bunuh oleh Sultan yang kejam itu.

Sultan Mansur gembira apabila bertemu semula dengan Tun Fatimah. Dia meminta supaya Tun Fatimah menjadi isterinya dan sekaligus menjadi Permaisuri Melaka. Tun Fatimah yang amat mendendami Sultan Mansur tanpa berfikir dua terus menolaknya. Sultan Mansur murka. Namun tiba tiba Tun Busu Setia mengadap dan menyatakan bahawa dia akan memujuk sepupunya supaya bersetuju menjadi isteri baginda. Tun Fatimah marah kepada Tun Busu Setia kerana menyangkakan sepupunya itu gilakan harta dan pangkat. Namun Tun Busu Setia menyatakan bahawa dia memujuk Tun Fatimah untuk menjadi Permaisuri Sultan kerana dengan cara itu mereka boleh menuntut kebenaran diatas kematian keluarga mereka itu. Akhirnya Tun Fatimah terpaksa bersetuju. Maka berkahwinlah Tun Fatimah dan Sultan Mansur.

EPISOD 6

Tun Fatimah kini bergelar Permaisuri Melaka. Walaupun dia menjadi isteri kepada Sultan Melaka namun tidak sekali kali dia melupakan niatnya untuk menuntut bela atas kematian keluarganya. Tanpa pengetahuan sesiapa terutama Sultan Mansur, Tun Fatimah sering bertemu 3 orang teman rapatnya iaitu Tun Anum, Laila Sari dan Dang Rani, dengan nasihat Tun Busu Setia mereka bertiga mulai menyamar menjadi lelaki dan keluar di waktu malam dan mula menyisat tentang kegiatan Raja Mendaliar.

Pada masa yang sama Raja Mendaliar telah bersekongkol bersama Laksamana Diego Lopez De Sequeira dari Portugis untuk menggulingkan tanah melaka. Tun Busu Setia kini telah dinaikkan pangkat dan sering bersama Anakanda Sultan Mansur iaitu Tengku Ahmad. Dengan perlahan lahan Tun Busu Setia menggunakan pengaruhnya itu dan membuka mata Tengku Ahmad tentang kebenaran Raja Mendaliar yang kini seakan berkuasa besar di dalam negeri Melaka itu. Tun Busu Setia juga mempengaruhi Tengku Ahmad untuk menyiasat kan kematian Tun Mutahir dan keluarganya itu.

Pada suatu hari, Tun Fatimah merasa tidak sedap badan dan setelah berjumpa dengan bidan, diketahuilah dirinya bahawa ia sedang berbadan dua. Jijik akan dirinya yang membawa bayi lelaki yang telah membunuh kaum keluarganya, Tun Fatimah telah mengambil keputusan untuk membuang kandungannya itu. Hancur hati baginda apabila dikhabarkan bahawa Tun Fatimah telah keguguran, ia berjanji dengan Tun Fatimah untuk menunaikan apa sahaja permintaan Tun Fatimah sekiranya Tun Fatimah memberikannya putera lelaki. Tun Fatimah mengambil kesempatan itu untuk meminta bahawa putera lelaki sulungnya itu akan ditabal menjadi sultan selepas pemergian baginda. Baginda Sultan Mahmud Syah bersetuju dengan syarat Tun Fatimah itu.

EPISOD 7

Negeri Melaka menjadi lemah dan pincang dengan ketiadaan Bendahara Tun Mutahir. Keadaan menjadi huru hara dan tidak terkawal. Sultan Mahmud Syah juga tidak lagi tahu apa yang perlu dilakukannya dengan rakyatnya itu, ia kini benar-benar menyesali akan perbuatannya itu membunuh bapa Tun Fatimah. Buntu akan apa yang perlu dilakukan, Sultan mengangkat Tun Perak untuk mengantikan tempat Tun Mutahir selaku Bendahara Melaka yang baharu.

Mendapat perkhabaran akan pembunuhan Tun Mutahir dan Tun Ali, orang Portugis di Guo yang masih lagi marah akan peristiwa penangkapan orang-orang Portugis seramai 18 orang termasuklah Ruy De Aranjo kecuali Diego Lopez De Sequeira serta ada yang terbunuh. Tambahan pula mereka dihalau dan dilarang untuk menjalankan perniagaan di Melaka. Diego Lopez telah membuat keputusan untuk mempercepatkan persiapan untuk menyerang dan menakluki negeri Melaka.

Siasatan demi siasatan akhirnya Tun Fatimah mengetahui bahawa dalang yang membuat fitnah dan menyebabkan keluarganya terbunuh adalah Raja Mendaliar. Dengan lengkap perpakaian lelaki Tun Fatimah, Tun Anum , Dang Rani dan Laila Sari terus kerumah Raja Mendaliar untk membunuhnya. Namun Raja Mendaliar sempat melarikan diri ke istana dan terus dikejar oleh mereka.

EPISOD 8

Di Istana Raja Mendaliar mengejutkan seluruh isi istana dengan kehadirannya yang berdarah akibat telah diserang itu. Tun Fatimah, Tun Anum , Dang Rani dan Laila Sari turut tiba di istana. Sultan yang tidak kenal akan Tun fatimah yang berpakaian lelaki itu bertanyakan kenapa mereka mahu membunuh Raja Mendaliar. Tun Fatimah menyatakan bahawa keluarganya dibunuh atas fitnah yang dilemparkan oleh Raja Mendaliar. Terkejut dengan kata kata itu maka Sultan bertanya kebenaran kepada Raja Mendaliar. Namun Raja Mendaliar masih mahu menipu. Tun Busu Setia dan Tengku Ahmad tiba dan turut bersetuju dengan kata kata Tun Fatimah itu dan membuatkan Tuanku Sultan bertambah curiga akan kata kata Raja Mendaliar. Sultan Mahmud menyatakan bahawa dia akan menyelamatkan Raja Mendaliar sekiranya dia memberitahu perkara yang sebenar.

Akhirnya Raja Mendaliar mengaku bahawa dialah yang menyebar fitnah sehingga menyebabkan Tun Mutahir dan keluarganya terbunuh. Semua terkejut dengan kata kata Raja Mendaliar itu. Dengan tiba tiba Tun Fatimah terus menghunus keris dan membunuh Raja Mendaliar. Tuanku murka dengan tindakan Tun Fatimah itu dan terus menamparnya sehingga menyebabkan tenggolok yang dipakainya terjatuh . Sultan Mansur terkejut apabila mendapati orang itu adalah Tun Fatimah. Tun Fatimah memohon ampun atas perbuatannya. Namun Tuanku Sultan mengampunkannya sebaliknya dia meminta supaya Tun Fatimah membunuhnya kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada keluarga Tun Fatimah tanpa usul periksa.

Namun Tun Fatimah menyatakan bahawa dia tidak mungkin dapat berbuat begitu kerana hanya Tuanku Sultan adalah suaminya dan dia juga mulai menyayangi tuanku. Namun kegembiraan itu hanya sementara , ini kerana Melaka kini diserang oleh Portugis. Tidak lama kemudian Sultan Melaka, Tun Fatimah dan seluruh isi istana melarikan diri ke Kota Tinggi.

Drama Bersiri DENDAM KESUMA