Teringat lagi pada 9 tahun yang lalu 2002 En Jurey Rosli dan suami saya Martias Ali telah mula berbincang untuk membuat sebuah filem bersama dimana En Jurey akan bertindak sebagai Penerbit dan pengarah dan suami saya akan menjadi penulis skripnya. Masa yang lama diamabil oleh mereka untuk develope sebuah jalan cerita yang kuat dan akhirnya nama LIBAS diberikan untuk projek pertama mereka itu.
Draf pertama skrip filem LIBAS mula ditulis pada tahun 2004 oleh Martias Mohd Ali dan saya sendiri. Ceritanya mengenai permainan takraw dan perlawanan antara kampung kampung.
Namun skrip ini telah diolah kembali sepenuhnya oleh Martias Ali pada tahun 2008 dan menjadikan ia lebih hip, moden dan urban bagi mengikut trend dan peredaran zaman seperti yang diminta oleh pihak penerbit iaitu MDAG Sdn Bhd. Martias telah berkali kali mengolah cerita itu sehingga 5 hingga 6 draf sehingga dipersetujui oleh pihak penerbit dan lahirlah skrip filem LIBAS....
Akhir kata.. saya nak ucapkan tahniah kepada penerbit, pengarah, krew krew, semua pelakon, semua yang terlibat dengan pembikinan filem ni dari yang besar hingga ke pembuat air TAHNIAH!!!!! great job guys!! Dan kepada suamiku Martias Ali.. so proud of you sayang... Harap dapat buat skrip filem terbaru bersama sama nanti..
So apa tunggu lagi jom LIBAS!!!!!!!!!!