Sunday, June 9, 2013

KEMBARA MENU BUJANG


Skrip ke 68

Tajuk: KEMBARA MENU BUJANG
Durasi : 13 episod x 30 minit
PRODUKSI: YKS FILM MAKER SDN BHD
PRODUSER: Serina Datuk Redzuawan & Yusof Kelana
Idea Asal : Serina Datuk Redzuawan
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
HOST : Chef Riz 

'KEMBARA MENU BUJANG', rancangan masakan yang berkonsepkan' travelogue' dan tampil dengan kelainan, rancangan 13 episod ini menyaksikan pengembaraan selebriti chef, Chef Riz ke beberapa negeri terpilih di Malaysia. Selain membongkar teknik dan menu masakan istimewa dan mudah untuk orang bujang.

Unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, KEMBARA MENU BUJANG juga berkongsi informasi tentang teknik dan bahan-bahan yang digunakan oleh orang bujang dalam persediaan makanan harian mereka. 

KEMBARA MENU BUJANG diterbitkan oleh YKS Film Maker Sdn Bhd dan akan diarahkan oleh Yusuf Kelana dan akan ditayangkan di RTM Insyaa Allah pada hujung tahun ini.. Tungguuuuu......

Drama HIJABISTA KAMPUNG



Skrip ke 67

Tajuk: HIJABISTA KAMPUNG
PRODUKSI: World Evolution Brain Sdn Bhd
PRODUSER: En Jurey Rosli
Pengarah : En Hazreen Hakim 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie

Kisah mengenai dua tukang jahit yang berebut untuk mendapatkan tempahan baju raya tiap kali tibanya raya. Kisah bagaimana mereka masing masing cuba untuk menonjolkan fesyen fesyen terbaru masa kini bagi menarik bakal pelanggan. 

Siaran: Akan mula ditayangkan pada hari raya tahun ini insyaallah..

Monday, December 31, 2012

Drama Bersiri OPERASI D6



Skrip ke 66
Tajuk: OPERASI D6
Genre: Sebuah drama bersiri penyiasatan dari fail SPRM

Durasi : 13 episod x 60 minit

PRODUKSI: UNOMEDIA SDN BHD

PRODUSER: Basree Rakijan

SKRIP: Adza Irdawati Adenan, Adza Nasya Emie & Martias Mohd Ali

Usaha pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya amalan rasuah diteruskan dengan tayangan 13 episod drama bersiri “Operasi D6”.
Menerusi episod pengenalannya yang telah pun bermula 29 Mac 2013 lalu, setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2, penonton di dedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai tugasan oleh anggota penyiasatan SPRM yang telus, bebas dan profesional dalam menjalankan tugasan harian diberikan. Malah tayangan drama ini pada masa sama dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih memahami bidang tugas SPRM.
Drama Operasi D6 ini berkisar tentang ketangkasan Pegawai SPRM menggunakan prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam menjalankan tugas memerangi rasuah yang menampilkan pelakon hebat masa kini Qazem Noor, Hairie Sazwan dan penyanyi Aurora Salwa. Ia sebuah lagi kerjasama SPRM/RTM dalam menerbitkan naskah aksi dalam menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah.
Antara episod-episod menarik yang di ketengahkan dalam drama ini termasuklah SPRM melakukan penyiasatan tentang kes perdagangan manusia dilakukan oleh sindiket yang mempergunakan Migration Workers Group (MWG). Kegiatan ketua sindiket bernama Tiger berjaya dibongkar oleh seorang penulis blog bernama Zack yang pernah turut bersama dalam kumpulan Tiger membawa masuk pendatang dari Indonesia yang kononnya mahu memohon suaka politik tetapi dijual kepada orang ketiga.
Dalam tajuk Percikan Aidil Fitri, SPRM berjaya mematahkan percubaan rasuah yang dilakukan oleh sindiket jualan bunga api apabila penjual bunga api di pasar malam bersetuju berkerjasama dengan SPRM bagi menjejak dalang yang memberi rasuah untuk membawa masuk mercun dan bunga api ke Malaysia. Manakala episod Awas Kupu-Kupu Malam pula SPRM menjejak kes bagaimana sebuah kelab malam sering terlepas dari tangkapan walaupun pelbagai aduan oleh orang awam dibuat terhadap kelab tersebut menjadi pusat pelacuran serta pengedaran dadah. Pemilik kelab telah merasuah pegawai penguatkuasa untuk memberi mereka maklumat sebelum sebarang serbuan.
Babak semakin menarik dalam episod di mana SPRM menyelesaikan kes penyeludupan senjata api yang dilakukan oleh seorang nelayan, Jamal di mana mereka merasuah pegawai marin supaya memberi maklumat dan melepaskan bot-bot mereka yang membawa senjata api masuk ke perairan Malaysia.
Saksikan juga episod-episod mengisahkan seorang VIP Datuk Sri Malik merasuah seorang peguan Iswadi Singh sebanyak RM250,000.00 supaya bahan bukti kes anaknya, Najmi yang didakwa membunuh dihapuskan. Begitu juga dalam tajuk “Rahsia Ombak” di mana pegawai SPRM menyamar di pejabat pengurusan pelabuhan bagi mengesan orang dalam yang menerima rasuah untuk melepaskan barang-barang kawalan yand diseludup masuk ke Malaysia.
Akhir sekali dalam tajuk “Selamat Tinggal” yang mengisahkan seorang pegawai SPRM, Jacinta yang terkorban semasa menjalankan penyiasatan sindiket pengedar pasport haram yang diketuai oleh Dato Padil. Sindiket tersebut akhirnya berjaya ditewaskan.
Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan aksi penuh mendebarkan usaha membanteras gejala rasuah ini hanya di TV2.
Selamat menonton drama hasil tulisan saya, adik saya Adza Nasya emie dan suami saya Martias Ali di kaca TV anda pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam hanya di RTM2. selamat menonton.

Drama Bersiri PLANET KIARA


Skrip ke 65
Tajuk:PLANET KIARA
Durasi : 26 Episod X 30 min
Penerbitan : BLUE NAGAS Sdn Bhd 


Penerbit Amy Mazurah

SKRIP: Adza Irdawati Adenan, Adza Nasya Emie,Martias Mohd ALi & Ayuni
Drama Planet Kiara ini yang mengetengahkan konsep sains dan teknologi dengan gabungan robotik dan CGI (Computer-Generated Imagery) telah dibangunkan dan dipersembahkan secara mudah dan jelas. Melalui cara ini masyarakat akan lebih memahami dan menerima sains kerana ianya disampaikan secara praktikal dan mengaplikasikan STI dalam kehidupan seharian.

Drama Planet Kiara mengisahkan kehidupan seharian keluarga Prof. Johari dan anak-anaknya iaitu Adam, Tasya, Cahya, Aril dan robot PSN-1 di sebuah kota. Pada setiap siri, konsep sains akan ditonjolkan dengan huraian jawapan melalui interaksi kekeluargaan. Diharap penerbitan drama bersiri Planet Kiara ini akan dapat memberi nafas baru dalam penyampaian sains dan teknologi serta dapat mencetus populariti bidang sains di kalangan masyarakat pada masa kini.

Ditayangkan di TV3 setiap Khamis pukul 6:30 petang
bermula pada 27.12.2012

Rancangan Masakan JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA

Skrip ke 64
Tajuk:JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA
Durasi : 13 episod x 30 minit

PRODUKSI: YKS FILM MAKER SDN BHDPRODUSER: Serina Datuk Redzuawan & Yusof Kelana
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
HOST : Serina Datuk Redzuawan & Chef El Hadi 
Sponsor: Vida Beauty

Jelajah Selera Etnik Pamoga adalah sebuah rancangan masakan pelbagai etnik masyarakat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak."Untuk mengetengahkan masakan golongan etnik yang ada seperti suku Orang Asli kami terpaksa meredah hutan dan memasuki kawasan perkampungan mereka. Chef El-Hadi akan mendapatkan menu itu dan memasaknya di setiap tempat yang mereka kunjungi.







Unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, Jelajah Rasa Etnik Pamoga juga berkongsi informasi tentang teknik dan bahan-bahan yang digunakan oleh orang asli dalam persediaan makanan harian mereka. Segala menu dan resipi masakan yang dipaparkan dalam rancangan ini merupakan resepi yang menggunakan bahan yang didapati di kawasan perkampungan orang asli itu sendiri. Dalam setiap paparan episod, Serina dan Chef Elhadi akan melakukan aktiviti memasak di lokasi yang mereka kunjungi. Selain mempelajari menu baru daripada masyarakat tempatan, Chef Elhadi juga akan berkongsi menu masakan Morocco. 
Antara kaum-kaum etnik yang dipaparkan dalam rancangan ‘Jelajah Rasa Etnik Pamoga’ ialah 
1. Orang Asli Jahai di Kampung Sungai Cuweh, Grik, Perak
2. Etnik Melayu Siam di Tumpat, Kota Bharu, Kelantan
3. Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Selangor
4. Etnik Jawi Peranakan di Kampung Kolam, Pulau Pinang; 
5. Etnik Minangkabau di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
6. Baba dan Nyonya di Melaka
7. Etnik Jawa di Batu Pahat, Johor
8. Etnik Iban di Bekenu, Miri, Sarawak 
9. Etnik Dusun Lotud di Kampung Bajau, Tamparuli, Tuaran, Sabah 
10. Etnik Portugis di Bandar Hilir, Melaka. 
11. Etnik Orang Kedayan d Bekenu, Miri, Sarawak
12. Orang Asli Semai di Tapah, Perak dan  Cameron Highlands, Pahang 
13.  Etnik Bajau Sama di Kampung Kota, Tiranuk, Tuaran, Sabah 
Jelajah Rasa Etnik Pamoga diterbitkan oleh YKS Film Maker Sdn Bhd dan diarahkan oleh Yusuf Kenala dengan tajaan utama daripada Vida Beauty. Teruskan menonton Jelajah Rasa Etnik Pamoga pada setiap hari Selasa jam 11.30 pagi bermula 4 Disember 2012, semestinya di TV3. 


Ditayangkan di TV3 pada Setiap Hari Selasa pukul 11:30 pagi
bermula pada 12.12.2012