Monday, December 31, 2012

Rancangan Masakan PERJALANAN HIJRAHKU





Skrip Ke 63
Tajuk:PERJALANAN HIJRAHKU
Durasi : 13 episod x 30 minit
PRODUKSI: YKS FILM MAKER SDN BHD
PRODUSER: Serina Datuk Redzuawan & Yusof Kelana
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
HOST : Serina Datuk Redzuawan

Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak oleh saudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru. Drama ini telah ditayangkan di Astro Oasis 22hb Julai  2012.

DRAMA PUTERI SALAMIA




Skrip ke 62


Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA

Durasi : 5 episod x 1 jam

PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 

PRODUSER: Zay Basaliei  Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. 

Drama ini berkisar seorang Puteri bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorangdiri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.  Drama ini telah ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang.

Sunday, November 27, 2011

Drama Bersiri MAK YONG Musim Kedua





Skrip ke 62

Tajuk Drama: MAK YONG (musim ke dua)

Durasi : 13 episod x 1 jam

PRODUKSI: World Evolution Brain Sdn Bhd

PRODUSER: En Jurey Rosli

Pengarah : En Hazreen Hakim

Idea Asal: Martias Mohd Ali

SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie


Di atas sambutan memberangsangkan pada Drama Mak Yong musim pertama yang telah ditayangkan di RTM pada december 2010 maka pihak penerbit telah menerbitkan MAK YONG musim kedua. Drama ini telah ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang





Wednesday, September 28, 2011

LIBAS THE MOVIE

 

... ...Akhirnya masa yang ditunggu tunggu telah tiba.. hari ini 29hb September filem LIBAS akan mula MELIBAS di seluruh panggung di tanah air.. Tak sangka betul saya cerita yang dah lama disimpan akhirnya dapat juga direalisasikan dan ditayangkan di layar perak. 

Teringat lagi pada 9 tahun yang lalu 2002 En Jurey Rosli dan suami saya Martias Ali telah mula berbincang untuk membuat sebuah filem bersama dimana En Jurey akan bertindak sebagai Penerbit dan pengarah dan suami saya akan menjadi penulis skripnya. Masa yang lama diamabil oleh mereka untuk develope sebuah jalan cerita yang kuat dan akhirnya nama LIBAS diberikan untuk projek pertama mereka itu.

Draf pertama skrip filem LIBAS mula ditulis pada tahun 2004 oleh Martias Mohd Ali dan saya sendiri. Ceritanya mengenai permainan takraw dan perlawanan antara kampung kampung. 

Namun  skrip ini telah diolah kembali sepenuhnya oleh Martias Ali pada tahun 2008 dan menjadikan ia lebih hip, moden dan urban bagi mengikut trend dan peredaran zaman seperti yang diminta oleh pihak penerbit iaitu MDAG Sdn Bhd. Martias telah berkali kali mengolah cerita itu sehingga 5 hingga 6 draf sehingga dipersetujui oleh pihak penerbit dan lahirlah skrip filem LIBAS....



Walaupun nama saya tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun saya  berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script"... dan semua nama watak dalam filem itu saya yang berikan hehe..

Akhir kata.. saya nak ucapkan tahniah kepada penerbit, pengarah, krew krew, semua pelakon,   semua yang terlibat dengan pembikinan filem ni dari yang besar hingga ke pembuat air TAHNIAH!!!!! great job guys!! Dan kepada suamiku Martias Ali.. so proud of you sayang... Harap dapat buat skrip filem terbaru bersama sama nanti..

So apa tunggu lagi jom LIBAS!!!!!!!!!!


Saturday, April 9, 2011

Drama AKU DIA DAN DIA


Skrip ke 61

Tajuk Drama: AKU DIA DAN DIA
Penerbit: Shaharuddin Thamby
Pengarah: Ismail Yaacob
Penulis Skrip:Martias Ali & Adza Irdawati Adenan
Pelakon: ue Aziz, Iqram Dinzly, Memey, Syed Ali,Chap A-Z. dll
Terbitan: Ardwerk Production Sdn Bhd


" Aku Dia & Dia "
Jumaat 8/4/2011 , Jam 10.00 Mlm - Rtm 2 !
Joy , nama penuh Johari ... U ? ... Hei ! apa barang nak tahu nama orang? Ok panggil aku Lia aje, Liasara .. Apa crite ? .. Kasarnya jantan ke perempuan ???
(sedutan dialog dalam Aku Dia & Dia)

Drama AKU DIA DAN DIA adalah hasil skrip tulisan saya dan suami Martias Mohd ALi. Namun nama saya tak dimasukkan ke dalam kredit title dalam drama tu. Tapi tak kisah itu semua dah perkara biasa bagi saya.. Small the matter hehe.. Drama ni dah ditayangkan di RTM2 pada 8hb April 2011 pukul 10 malam.