Skrip ke 69
Tajuk: QARIN
Durasi : 13 episod x 60 minit
PRODUKSI: PC SOFT SDN BHD
PRODUSER: Puan Roziyah
Idea Asal : Afiey Azali, Azali Zabri & Martias Mohd Ali
SKRIP: Adza Nasya Emie & Adza Irdawati Adenan
SINOPSIS QORIN
Mengisahkan
mengenai sepasang suami isteri yang berpindah ke rumah baru selepas Dhiya
(isteri) tidak tahan dengan sikap ibu mertua yang mendesaknya untuk bersalin
anak seorang lagi sedangkan ia masih belum berhasil, ibu mertuanya hingga
menyuruh anaknya Muslim (suami) berkahwin lagi satu untuk mendapat anak lelaki,
yang diidam-idamkannya.
Mereka berpindah
ke sebuah rumah banglow misteri bersama anak perempuan mereka Aurelia. Aurelia
memang seorang kanak-kanak yang tidak ceria dan selalu mendiamkan dirinya, hingga
ia berpindah ke rumah baru itu, Dhiya melihat perubahan pada anaknya itu yang
menjadi gembira. Aurelia mempunyai seorang kawan imaginasi (bagi ibunya).Muslim
menjadi tidak tahan dengan sikap isterinya yang terlalu obsess mengenai anak
mereka itu, Dhiya jarang bercakap mengenai benda lain selain anaknya tunggal
mereka itu, dan Muslim merasakan dirinya terpinggir. Bosan dengan keadaan itu, ia akhirnya
bersetuju untuk keluar dengan gadis yang diperkenalkan ibunya, namun isterinya
tidak kisah dengan hal itu. Keadaan menjadi kaca bilau di rumah apabila Muslim
dan Dhiya sering diganggu oleh ‘makluk-makluk halus’ hingga Muslim bertambah
stess dan mengambil keputusan untuk pindah dari situ.
Aurelia merayu
kepada ibunya supaya jangan bawa ia pindah kerAurelia ia gembira di sini, Dhiya
hanya mampu akur dengan setiap permintaan anaknya itu. Aurelia merasakan
ayahnya tidak menyayangi dirinya itu, kawan misterinya ‘Andika’ mencadangkan
supaya ia mencuba pelbagai perkara yang tidak masuk akal seperti menakut-nakutkan ayahnya itu supaya mendapat
perhatian. Mulai dari itu Muslim sering mengalami kecelakaan, menambahkan
kemahuannya untuk keluar dari situ segera. Muslim yang memang seorang alim
meminta petunjuk ke hadrat ilahi pada satu malam sedang ia hendak membaca al-Quran
dan terus terbuka akan surah Az Zukhruf 43:36. Bingung dengan apa yang
dimaksudkan, terus ia berjumpa dengan seorang ustaz yang bersetuju untuk datang
ke rumahnya bagi melihat ‘keadaan’ di situ.
Ustaz Saari diperkenalkan
dengan isterinya dan ia melihat di sekeliling dinding rumah itu pasti ada
gambar Aurelia yang digantung oleh ibunya itu. Ustaz Saari memberitahu mereka
bahawa terdapat ‘Jin Qarin’ yang mendampingi rumah itu dan memberikan
penjelasan mengenai apa itu ‘Qarin’ dimana kebanyakkannya adalah Kafir dan
hanya mahu menyesatkan manusia yang mereka damping itu, namun dengan matinya
‘tuan’ atau manusia yang didampingi mereka tidak bermakna ‘Qarin’ mereka juga
mati kerana jangka hayat Jin selalunya panjang dan Rasulullah SAW sendiri
mempunyai Qarin namun ia berjaya islamkan Qarinnya. Hanya satu nasihat yang boleh diberikan kepada ustaz
Saari kepada mereka adalah kuatkan iman mereka dan pindah dari rumah itu.
Dhiya cuba
memujuk Aurelia untuk pindah keluar dari situ kerana Muslim sudah tidak mahu tinggal
di rumah berhantu itu, namun Aurelia bertegas tidak mahu pindah dan jikalau ibu
bapanya mahu berpindah meraka boleh tinggalkan dia di rumah itu. Dhiya menjadi
bertambah risau dengan keadaan anaknya dan merasakan bahawa anaknya sedang
berkawan dengan hantu yang ada dalam rumah itu. Andika kini merasut Aurelia
supaya memisahkan ibu dari bapanya kerana ternyata bapa Aurelia tidak sayangkan
dirinya, mereka mulai pelbagai cara yang kebanyakannya menyebabkan pergaduhan
tercetus antara Muslim dan Dhiya, Aurelia kini menjadi bertambah jahat ia benci
setiap kali melihat ibunya hendak solat atau membaca al-Quran kerana Andika
sudah mula meracun fikirannya itu. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh Aurelia
untuk mendapat perhatian ibunya / mengubah perhatian ibunya kepada dirinya
setiap kali Dhiya hendak solat hinggakan Dhiya menjadi lalai dan hal itu
menambahkan marah Muslim terhadap dirinya.
Ramai yang cuba
membantu mereka supaya pindah keluar dari situ, namun setiap seorang yang
datang ke rumah itu dan mencuri perhatian Dhiya daripada Aurelia pasti akan
menerima kecelakaan seperti akan diganggu malahan ramai yang meninggal dunia,
seperti jiran Dhiya yang datang melawat rumah itu memberitahu Dhiya yang sudah
ramai berpindah, ia datang bersama anak gadisnya yang seusia dengan Aurelia.
Dhiya seperti terpikat dengan kecantikkan kanak-kanak itu dan meminta ia datang
ke situ lagi untuk bermain dengana anaknya, selepas mereka pulang sahaja terus
kanak-kanak perempuan itu diganggu begitu teruk hinggakan ia menjadi fobia untuk
tidur dan terpaksa menerima perhatian daripada wad psychology.
Suatu pergaduhan
tercetus antara Muslim dan Dhiya apabila Muslim pulang ke rumah melihat Dhiya
sedang bermesra seorang diri dan berpakaian begitu seksi sekali di atas katil,
Muslim merasakan Dhiya sudah curang dengan dirinya itu. Tanpa diketahui mereka
bahawa lelaki yang menyerupai Muslim ketika datang mengoda Dhiya itu adalah
kawan Aurelia ‘Andika’. Muslim terus meletus kemarahan dan menyatakan sudah
cukuplah ia tahan dengan sikap Dhiya yang terlalu obsess mengenai Aurelia dan
menganggap Aurelia masih lagi hidup sedangkan Aurelia meninggal dunia dalam
kemalangan yang disebabkan oleh kelalaian Dhiya memandu.
Baharulah
diketahui oleh umum bahawa selama ini Aurelia adalah ‘hantu’ yang bersama
mereka, sebab itu ibu mertuanya Puan Zaharah mendesak Dhiya supaya melahirkan
anak seorang lagi supaya Dhiya boleh pulih dari kemurungan selepas kehilangan
Aurelia, Muslim pula terpaksa melayan / play along dengan kerenah isterinya
yang mempercayai anaknya masih lagi hidup itu atas nasihat pakar psychology
yang merawat kemurungan / sakit jiwa Dhiya itu, memintanya untuk memberi masa
kepada isterinya untuk menerima kenyataan anak mereka sudah meninggal dunia
itu.
Kisah Dhiya
pula, ia sebenarnya telah membuat suatu perjanjian pada malam kemalangan tragik
itu dengan ‘bayangan/syaitan’ yang ia akan melakukan apa sahaja supaya anaknya
masih di sisinya, oleh itu ‘bayangan/syaitan’ menyatakan yang ia boleh
membiarkan ‘Qarin’ Aurelia tetap bersama Dhiya selagi Dhiya melakukan segala
yang boleh untuk melindungi dan menyayangi ‘Qarin’ Aurelia itu. Kisah Aurelia
pula, ia seronok tinggal di situ bersama Andika yang juga merupakan Qarin
pemilik rumah lama itu yang mati dibunuh kejam, dan ialah yang menghantui rumah
itu selama ini.
Ustaz Saari
datang menemui mereka ‘Andika dan Aurelia’ supaya mereka tidak lagi menganggu
keluarga Muslim dan biarkan mereka berpindah dari situ, dan terkejutnya selepas
Ustaz Saari pulang keadaan menjadi tenang, seperti mereka benar-benar faham dan
terima permintaan Ustaz Saari itu, Muslim berasa begitu senang sekali dan
kehidupan mereka seminggu itu menjadi gembira kerana Dhiya seperti sudah
‘sedar’ dan terima hakikat anak mereka sudah meninggal dunia tanpa mengetahui
bahawa Aurelia dan Andika sedang merancang sesuatu yang besar bagi mereka
berdua serta Ustaz Saari yang merasakan dirinya sudah menang itu.
Pada malam
majlis tahlil yang diadakan oleh Muslim bagi roh anak mereka Aurelia, keadaan
menjadi tertekan dan kacau bilau diganggu oleh Aurelia dan Andika hingga semua
tetamu pulang dari rumah itu dalam keadaan segera dan ketakutan, Ustaz Saari
cuba untuk menghalau Aurelia dan Andika malangnya ia terbunuh selepas diserang
oleh Aurelia dan Andika. Dhiya menjadi takut dengan Aurelia dan terus cuba
melarikan dirinya itu, menyebabkan Aurelia marah kerana ia sudah berjanji akan
melakukan apa sahaja untuk melindungi Aurelia kini ia mahu tinggalkan Aurelia,
Muslim merayu kepada Qarin anaknya itu supaya melepaskan mereka. Aurelia menyuruh ibunya pilih sama ada hendak
bersamanya selamanya atau bersama ayahnya yang sudah sayangkan dirinya itu,
Muslim menerangkan yang ia begitu sayangkan Aurelia namun ia sudah terima
pemergian anaknya itu, ia redha dan mahu mulakan kehidupan yang baharu.
Sedihnya, Dhiya memilih untuk bersama suaminya kerana ia baru mengetahui
dirinya mengandung anak kedua. Berang dengan apa yang dikatakan oleh ibunya
itu, Aurelia sendiri telah menyebabkan kematian ibunya itu, Muslim meraung
penuh kesedihan dengan kematian isteri tersayangnya itu. Andika hanya
tersenyum, dan terus mengajak Aurelia supaya pergi dari situ. Mereka
meninggalkan Muslim dan Dhiya.
Memang sudah
tertulis bahawa kebanyakkan Jin Qarin adalah Jin Kafir yang hanya akan
menyesatkan manusia dan menyebabkan mereka alpha terhadap Ilahi..